Friday, September 30, 2016

RATING TERTINGGI BAGI SEPTEMBER 2016

Umno Sabah tidak terjejas dengan parti baharu yang disiarkan dalam blog ini pada 23 September 2016. Blog ini masih mencari pembaca tetapi sokongan pembaca terhadap posting dalam blog ini nampaknya semakin meningkat.

Rating tertinggi bagi bulan September 2016 ialah:-

1. Umno Sabah tidak terjejas dengan parti baharu ( 23 September)
2. Abang menteri, adik penjenayah ( 1 September)
3. 37 tahun dengan PNB, akhirnya HamadKamal piah bersara ( 14 September)
4. Ikiam dan Risda lancarkan logo halal baru ( 24 september)
5.Girlfriend Muhyiddin bercerai ( 7 september)
6. Kumpulan pertama jemaah haji tiba di KLIA ( 18 September)
7. Ceo Rapid Rail Sdn Bhd patut letak jawatan ( 9 September)
8. Sah MH370 ditemui di tanzania ( 15 September)
9. Terengganu terima pelaburan sebanyak RM33 bilion ( 5 September)
10. Tindakan Shafie tidak beri kesan kepada politik  Sabah ( 4 September)

Thursday, September 29, 2016

MAHATHIR TIDAK SETUJU ANWAR JADI PM



KUALA LUMPUR 28 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan hasrat pakatan pembangkang untuk menjadikan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, bekas Perdana Menteri itu mengesahkan jangkaan banyak pihak bahawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyid­din Yassin menjadi pilihannya untuk mengisi jawatan tertinggi pentadbiran negara jika pakatan pembangkang berkuasa.

Salleh berpandangan, Dr. Mahathir berbuat demikian untuk menangkis dakwaan yang menya­takan beliau mahu anaknya­, Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri.

“Jadi, tindakan menamakan Muhyiddin sebagai bakal Perdana Menteri membayangkan anaknya tidak akan mengambil alih jawatan berkenaan.

“Namun, itu tidak bermakna Mukhriz tidak boleh dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan pada masa sama, Muhyiddin menjadi Perdana Menteri sementara,” katanya dalam kenya­taan melalui laman blog beliau, http://sskeruak.blogspot.my, malam tadi.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM telah menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 ketika berucap dalam satu majlis di London baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, cada­ngan Dr. Mahathir itu dibantah oleh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang termasuk Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Ketua Sekretariat pakatan pembangkang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang bertegas mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tindakan Dr. Mahathir itu membuktikan beliau tidak dapat lari daripada menonjolkan sifatnya sebagai seorang diktator.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) memberitahu, pembangkang yang sememangnya dalam keadaan lemah akan menjadi semakin berpecah belah kerana Dr. Mahathir membuat keputusan tanpa berunding dengan sekutu-sekutunya.

“Saya yakin akhirnya masa depan PPBM akan menjadi bertambah pudar serta dipinggirkan oleh parti-parti pembangkang yang lain,” jelasnya.

Mohd. Puad menambah, Anwar juga tidak akan memberi ruang kepada Dr. Mahathir untuk memperalatkannya dengan mudah berikutan pengalaman pahit dipecat oleh bekas Perdana Menteri itu.

Wednesday, September 28, 2016

UMNO KEDAH TAK GENTAR DENGAN MUKHRIZ

ALOR SETAR, 26 Sept (Bernama) -- UMNO Kedah tidak gentar sekiranya bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Mukhriz, yang kini menjadi Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berhak bertanding di mana-mana kerusi seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam dan Parlimen Jerlun yang pernah disandangnya.

"Mungkin Mukhriz mahu bertanding di Parlimen Kubang Pasu yang pernah disandang bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad. Kita alu-alukan dan kita tidak gentar untuk berhadapan dengan parti itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Kedah di sini, hari ini.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah mengulas laporan media mengenai kenyataan Mukhriz yang mahu mengetuai PPBM di Kedah dan seterusnya bertanding dalam PRU ke-14 di negeri kelahirannya itu.

Ditanya mengenai sokongan kepada PPBM, Ahmad Bashah berkata mereka yang menyokong parti pembangkang itu adalah yang kecewa kerana tidak mendapat sebarang jawatan dalam parti di peringkat cawangan.

"Parti itu (PPBM) hanya disokong oleh mereka yang kecewa dengan UMNO sama seperti pemimpinnya yang kecewa dengan UMNO. Sekarang mereka yang kecewa itu ada peluang untuk mendapat jawatan," katanya.

Ahmad Bashah berkata perkara itu tidak menggugat kedudukan UMNO kerana parti berusia 70 tahun itu telah menabur bakti kepada rakyat dan mereka mampu menilai perjuangan yang dilakukannya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mewujudkan bazar wanita bagi membuka peluang kepada golongan itu menambah pendapatan sekaligus menjadi pusat sehenti untuk peniaga dan usahawan wanita.

Terdahulu, Ahmad Bashah dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datuk Yatimah Sarjiman serta Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Suraya Yaacob menjadi tetamu pada program bicara santai bersama Menteri Besar Kedah dengan topik 'Muafakat Wanita Kedah'.

--BERNAMA

Tuesday, September 27, 2016

MUHYIDDIN AKAN JADI PM SEMENTARA RAMAL SALLEH

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya cuba menepis cakap-cakap bahawa beliau mahu anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri akan datang, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Merujuk kepada laporan dalam The Star Online hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, dengan menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Dr Mahathir ingin menyatakan bahawa bukanlah anaknya yang akan menyandang jawatan itu.

"Bagaimanapun, itu tidak bererti Mukhriz tidak boleh dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, manakala Muhyiddin pula hanya menjadi Perdana Menteri sementara," kata Salleh dalam catatan terbaru dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my.

Salleh berkata laporan itu mengesahkan apa yang diperkatakan banyak orang bahawa Muhyiddin, bukan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Kata beliau, Dr Mahathir akhirnya melenyapkan persoalan penting tentang orang yang berada dalam fikirannya untuk mengggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sekiranya Perdana Menteri digulingkan atau Barisan Nasional diketepikan, yang merupakan objektif utama Dr Mahathir menubuhkan parti baharunya, PPBM".

Salleh berkata Dr Mahathir juga mengesahkan pengumuman beliau di Petaling Jaya pada 2008 bahawa Perdana Menteri baharu nanti perlu 'dibimbing' oleh sebuah jawatankuasa orang lama dan tidak akan diberi kebebasan atau terlalu banyak kebebasan untuk mentadbir negara ini.

"Mahathir berkata hari ini bahawa walaupun Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri dan presiden parti itu, PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) juga mempunyai seorang pengerusi.

"Jadi, Perdana Menteri perlu berbincang dengan pengerusi, bermakna Mahathir, sebelum membuat sesuatu keputusan. Perdana Menteri tidak boleh membuat sebarang keputusan dengan sendiri," katanya.

Salleh berkata, malah, Dr Mahathir mencadangkan agar kedudukan pengerusi parti itu perlu mengatasi Kabinet memandangkan anggota Kabinet perlu "mendengar kata" Perdana Menteri.

"Kesimpulannya, Perdana Menteri tidak mempunyai kebebasan dan berada di bawah pengerusi parti, yang lebih berkuasa daripada Kabinet seperti Pengerusi Mao mentadbir China selama 31 tahun dulu," katanya.

-- BERNAMA

Monday, September 26, 2016

TINDAKAN SHAFIE APDAL TIDAK BERI KESAN KEPADA POLITIK SABAH

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Keputusan bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk mengambil alih sebuah parti yang diasaskan di Sabah, dilihat oleh penganalisis politik sebagai laluan pintas yang menyediakan platform politik untuk beliau bertanding pilihan raya umum akan datang.

Walaupun masih awal untuk mengetahui kesan daripada langkah beliau itu, penganalisis bagaimanapun percaya bahawa bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu tidak mungkin memberi kesan terhadap senario politik Sabah, mahupun menyebabkan sebarang perubahan besar dalam sokongan rakyat terhadap Umno.

Khamis lepas, Shafie pergi ke pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya untuk memutuskan sebarang perubahan kepada nama parti, logo dan pelbagai butiran lain. Turut hadir, Anggota Dewan Undangan Negeri Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong, dan bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Anggota Parlimen Penampang Darell Leiking.

Shafie, yang mengambil alih sebuah parti yang ditubuhkan di Sabah pada 2013, memberitahu pemberita bahawa nama dan lain-lain butiran baharu parti itu hanya akan diumumkan selepas RoS meluluskannya.

PARTI ASAL SABAH

Penganalisis politik Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata adalah jelas bahawa Mohd Shafie cuba untuk menjimatkan masa dan tenaga dengan mengambil alih parti sedia ada kerana urusan untuk mendaftarkan parti baru akan memakan masa.

"Dengan khabar angin yang tersebar bahawa pilihan raya akan diadakan lebih awal, mengambil alih (sebuah parti yang tidak aktif) adalah satu langkah bijak. Dia (Shafie) kini perlu mempunyai strategi (untuk memastikan kejayaan parti)," kata Jeniri, yang berkhidmat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Tanpa sokongan kuat daripada peringkat akar umbi dan senarai calon-calon yang boleh dipercayai, agak sukar bagi parti itu untuk memenangi sokongan rakyat, katanya.

Selain itu, cabaran paling besar bagi Shafie adalah untuk menyatukan semua parti pembangkang di negeri itu di bawah satu pakatan.

"Dia tahu bahawa satu-satunya cara untuk dia (kekal dalam politik) adalah dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan bukannya menebarkan sayapnya ke Semenanjung. Inilah hakikat praktikalnya. Saya tidak memandang rendah terhadap Datuk Seri Shafie tetapi pengaruhnya adalah terhad kepada kumpulan tertentu," kata Jeniri.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Suffian Mansor berkata keputusan Shafie untuk mengambil alih sebuah parti yang diasaskan di Sabah mungkin berpunca daripada fakta bahawa kebanyakan ahli-ahli politik Sabah dan Sarawak tidak mahu dikaitkan dengan parti-parti dari Semenanjung.

"Adalah bijak bagi beliau untuk tidak menyertai PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Dia perlu mendapat sokongan akar umbi masyarakat tempatan. Seperti yang anda tahu, rakyat di Sabah dan Sarawak lebih suka menyokong parti tempatan. Jika dia bergabung dengan PPBM, pasti ramai yang akan akan menyoalnya tentang bagaimana dia akan berjuang untuk membela hak-hak Sabah," katanya.

Suffian, pensyarah kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata Shafie mungkin telah mengkaji pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini dan menyedari bagaimana sentimen tempatan memberi kesan terhadap keputusannya dan membolehkan Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar.

(Pada pilihan raya Sarawak 7 Mei lepas, BN memenangi 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.)

"Pertama, dia perlu menambat hati dan minda pengundi Sabah tetapi saya rasa akhirnya partinya akan bergabung dengan PPBM.

"Tetapi kini, masalah yang paling besar adalah bagaimana parti itu akan bekerjasama dengan PKR di Sabah. DAP tidak menjadi masalah kerana mereka lebih cenderung untuk bertanding di kawasan majoriti Cina; PKR, di sisi lain, akan memilih untuk kerusi campuran dan juga majoriti Islam," kata Suffian.

MUNGKIN BEKERJASAMA DENGAN USNO BARU

Pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial UNIMAS Dr Arnold Puyok percaya bahawa Shafie berkemungkinan "menyekutukan dirinya" dengan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau USNO Baru, yang ditubuhkan pada 2013.

"Bagaimanapun, saya kira pengundi Islam berkemungkinan besar akan menyokong CM (Ketua Menteri) Musa Aman dan pemimpin-pemimpin Bajau lain seperti Datuk Seri Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia)," katanya.

Profesor Madya di Jabatan Sosiobudaya Universiti Malaya (UM) Dr Awang Azman Awang Pawi berkata penyertaan parti yang diterajui Shafie dalam politik Sabah boleh menjejaskan PKR lebih daripada BN atau parti-parti pembangkang lain seperti DAP.

"Kesan awal terhadap PKR berlaku selepas Darell keluar parti (untuk menyertai Shafie). Di Sabah, adalah perkara biasa untuk ahli-ahli politik melompat dari satu parti kepada yang lain. Sekarang kesemua mata tertumpu kepada (Ketua PKR Sabah) Datuk Seri Lajim Ukin... pastinya menarik untuk melihat apakah langkah beliau seterusnya. Adakah beliau akan menyertai parti Shafie?"

Awang Azman berkata politik Sabah sangat bersifat kenegerian dan pembentukan satu lagi parti pembangkang akan menolak PKR, yang merupakan parti nasional, terpinggir ke satu sudut.

Lajim, yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, meninggalkan UMNO pada 2012 untuk menyertai PKR. Beliau kini merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah.

PRAMATANG

Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik dan Keselamatan Universiti Malaysia Sabah, Dr Zaini Othman pula berpendapat bahawa adalah terlalu awal untuk meramalkan kesan langkah terbaru Shafie.

"Ia adalah jelas bahawa dia mahu menjadikan kehadirannya dirasai di Sabah selepas meninggalkan UMNO. Orang ramai telah menjangkakannya tetapi bagi saya, ia masih terlalu awal untuk menganalisis kesan politiknya ke atas Sabah dan pada peringkat kebangsaan," katanya.

-- BERNAMA

Sunday, September 25, 2016

PTPTN DIMINTA TIDAK ANIAYAI PEMINJAM

KUALA TERENGGANU, 25 Sept (Bernama) -- Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memberi amaran keras kepada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) agar tidak menganiayai mana-mana peminjam dalam usaha mengutip semula hutang pinjaman daripada peminjam.

Bagaimanapun beliau berkata peminjam perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak PTPTN bagi mencari kaedah terbaik atau menstruktur semula pijaman mereka agar bayaran balik dapat dibuat tanpa berlaku sebarang penganiayaan.

Beliau berkata menurut kajian, para peminjam yang gagal membayar balik hutang PTPTN, bukan dalam kalangan peminjam yang tidak mempunyai wang, tetapi mereka terikat dengan pembayaran pinjaman lain seperti ansuran rumah, kereta atau pinjaman peribadi.

"Apa yang penting, kalau kita berhutang mesti kena bayar. Jadi kepada peminjam jika tidak mampu bayar, jumpa pihak PTPTN terlebih dahulu bagi berbincang semula penstrukturan semula pinjaman berkenaan.

"Saya telah arahkan kepada PTPTN jangan aniaya sesiapa pun (peminjam). Kalau ada mana-mana peminjam yang rasa dianiaya, boleh datang jumpa saya secara peribadi dan bagi maklumat lengkap pihak PTPTN yang melakukan perkara tersebut," katanya.

Idris berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan 'The 18th International Conference For University Administration 2016' anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, Ahad.

Persidangan selama tiga hari bermula Sabtu itu turut dihadiri 336 peserta termasuk dari Brunei dan Yaman.

Antara panel yang hadir memberi ceramah termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dr Ahmad Zaidee Laidin, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Asma Ismail dan Pengarah Institut Kepimpinan Pendidikan Prof Dr Alma Harris.

Idris dalam pada itu turut menarik perhatian kepada para peminjam agar membudayakan sikap 'pinjam dan bayar balik' bagi memastikan mereka tidak menghadapi kesulitan dengan pihak yang memberi pinjaman.

Katanya, sejak PTPTN menggunakan pelbagai kaedah pembayaran balik pinjaman termasuk menerusi potongan gaji secara bulanan, jumlah kutipan balik pinjaman itu semakin meningkat.

"Malah, sasaran PTPTN untuk capai kutipan RM2 bilion tahun ini sudahpun tercapai dan kami jangka sehingga akhir tahun ini jumlah kutipan tersebut akan meningkat sehingga RM3 bilion.

"Ini menunjukkan para peminjam semakin sedar tanggungjawab mereka dan budaya ini harus diaplikasi dalam kalangan peminjam yang lain," katanya.

-- BERNAMA

Saturday, September 24, 2016

IKIAM DAN RISDA LANCARKAN LOGO HALAL BARU



Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan melancarkan logo halal baru khusus bagi produk keluaran Muslim, awal tahun depan.

Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin (gambar) berkata logo yang akan dilancarkan pada satu persidangan itu, bertujuan mengesahkan produk berkenaan keluaran usahawan Muslim selepas memperoleh sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Keperluan menambah satu lagi logo halal adalah bagi membezakan produk keluaran Muslim dan bukan Muslim. Ia juga dapat membantu kalangan usahawan pekebun kecil Risda dan bukan agensi itu menerajui pasaran halal domestik dan antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Risda peringkat negeri di Ipoh, Perak hari ini.

Mengulas lanjut, Zahidi berkata logo baru itu juga bagi meredakan keraguan segelintir masyarakat mengenai isu halal berkenaan.

Selain itu, katanya, usahawan Malaysia berpotensi besar menerajui industri halal dunia berikutan persetujuan negara menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dianggotai 12 negara.

Malaysia kini dalam proses ratifikasi TPPA selama dua tahun.

"Di peringkat Asean misalnya, ada sebuah syarikat Muslim yang memiliki 60 cawangan di seluruh China meminta Risda membekal serta memasarkan produk halal kepada mereka. Oleh itu, peluang berkenaan sudah tersedia," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan usahawan Melayu untuk mendapatkan sijil halal berikutan peratusan mereka yang terlalu kecil berbanding usahawan bukan Muslim.

"Syarikat Muslim yang mempunyai sijil halal untuk dipasarkan dalam negara hanya 28 peratus berbanding 72 peratus syarikat bukan Islam.

"Malah, syarikat milik Muslim yang berdaftar Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi tujuan eksport hanyalah 11 peratus berbanding 89 peratus dimiliki bukan Islam," katanya.

Menyentuh pembentangan Bajet 2017 pada bulan depan, beliau berharap Risda akan menerima peruntukan sepenuhnya.

- Bernama

Friday, September 23, 2016

UMNO SABAH TIDAK TERJEJAS DENGAN PARTI BAHARU

PETALING JAYA, 23 Sept (Bernama) -- UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah yakin sokongan rakyat di negeri itu kekal positif dan akan berterusan walaupun terdapat usaha untuk membangunkan sebuah parti politik baharu, kata Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.

Katanya tindakan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah dan bertanding pada pilihan raya umum akan datang disifatkan tidak akan menjejaskan BN.

"Saya cukup yakin rakyat kekal dengan UMNO dan BN, ini kerana kita sudah mempunyai 'track record' dan 'trademark'... jadi, sudah pasti terdapat perbezaan yang amat ketara," katanya kepada pemberita pada prapelancaran Sambutan 50 Tahun Felcra, di Perkarangan Utama Sri Pentas, di sini Jumaat.

Mohd Shafie dilaporkan mengesahkan beliau telah mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.

Parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Mohd Shafie bagaimanapun enggan mendedahkan nama baharu serta nama parti yang telah diambil alih itu bagi menghormati beberapa pihak dan pengumuman hanya akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada ROS.

Bung Moktar berkata pembangunan kepada rakyat yang selama ini dilakukan oleh BN dan UMNO bukan perkara mudah dan memerlukan perancangan berterusan.

"Kerajaan pimpinan BN sentiasa mendengar masalah rakyat dan berusaha menyelesaikannya dengan segera.

"Itu adalah kelebihan kita. Kita mampu bersatu dalam beberapa isu walaupun bukan semua isu tersebut kita boleh setuju tetapi akhirnya kita akan bersetuju dengan isu-isu yang tertentu dan ini akan memberi kelebihan kepada BN sebab kita memahami perjuangan masing-masing," ujar beliau.

-- BERNAMA


Thursday, September 22, 2016

SHAFIE AFDAL MAHU JADI KETUA MENTERI SABAH?



PUTRAJAYA 22 Sept. - Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini mengesahkan beliau telah mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.



Mohd. Shafie Apdal


Menurut Mohd. Shafie, parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini.

Bagaimanapun, Mohd. Shafie enggan mendedahkan nama baharu serta nama parti yang telah diambil alih itu bagi menghormati beberapa pihak dan pengumuman hanya akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada ROS.

“Parti ini akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan keahliannya berkonsepkan untuk semua kaum, kami juga sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai matlamat yang sama.

“Saya tidak menubuhkan parti baharu kerana perlu melalui beberapa prosedur yang panjang dan tindakan ambil alih parti politik sedia ada adalah yang terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghantar permohonan kepada ROS di sini hari ini.

Mohd. Shafie tiba di ROS pada pukul 9.35 pagi diiringi beberapa penyokongnya termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong dan Ahli Parlimen Penampang, Darrell Leiking.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Semporna itu pada 4 Julai lalu mengumumkan keluar parti selepas keahliannya digantung Majlis Tertinggi UMNO sejak 24 Jun lalu.

Pengumuman dibuat beberapa hari selepas Majlis Tertinggi memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mengulas mengapa beliau tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohd. Shafie berkata, PPBM terlalu bersi

Ulasan saya, nampaknya Shafie Apdal lebih berminat menjadi Ketua Menteri Sabah. Sebab itu beliau mengambilalih sebuah parti berasaskan Sabah dan ia akan menjadi rakan kongsi Pakatan Harapan. Sebagai bekas Naib Pesiden Umno selama dua penggal, sepatutnya beliau menyertai PPBM dan menjadi menjadi penaja Timbalan Presiden PPBM berganding bahu dengan Muhyiddin Yasin.

Sebaliknya beliau lebih berminat menjadi pemimpin negeri berbanding dengan pemimpin pusat. Sebab itu beliau rela menghidupkan parti berasaskan Sabah. Maka rakyat Sabah ada pilihan sama ada mahu mengekalkan Musa Aman sebagai ketua menteri atau memilih Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri.

Wednesday, September 21, 2016

PEMBANGKANG TAK PERNAH SEPAKAT KATA NOH OMAR

SHAH ALAM, 21 Sept (Bernama) -- Keghairahan DAP mendesak rakan sekutunya supaya bersetuju mengadakan pilihan raya mengejut sebelum persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), disifatkan hanya mahu menunjuk kuasa politik.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata DAP kini merasakan mereka lebih berkuasa daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana menguasai kerajaan Pulau Pinang dan majoriti kerusi DUN Selangor iaitu 15 daripada 56 kerusi keseluruhan.


Pertelingkahan antara kedua-dua parti itu yang tidak berkesudahan hanya menunjukkan pembangkang tidak pernah sepakat walaupun sering mengakui memperjuangkan agenda yang sama, katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama belia Selangor di sini malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan DAP yang mahu kerajaan Selangor mengadakan pilihan raya mengejut ekoran cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya, yang didakwa sengaja 'mengubah' peta negeri itu.

"Kedua-dua parti ini dan rakan pakatan mereka tidak pernah satu kepala...DAP sekarang rasa dia cukup besar (menguasai Pulau Pinang dan sebahagian kerusi DUN Selangor)," katanya.

"PKR yang sekadar kuda tunggangan DAP pula masih mempunyai fikiran untuk menunjukkan kuasa politiknya sehingga menyebabkan kerajaan Selangor menjadi carca marba," kata Noh.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini, sekali lagi menegaskan kerajaan negeri tidak akan mengadakan pilihan raya lebih awal meskipun menerima desakan daripada DAP.

Beliau sebaliknya akan mengemukakan surat rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pertemuan bagi mendapatkan maklumat berhubung asas usul persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat.

SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan DUN bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 Sept lepas.

Kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

-- BERNAMA

Tuesday, September 20, 2016

ANWAR RANCANG GULING MAHATHIR SEJAK 1998





KUALA LUMPUR -  Mahkamah Tinggi semalam diberitahu bahawa bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merancang untuk menggulingkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1998.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Lokman Noor Adam, 43, berkata rancangan Anwar itu telah dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor ketika mereka berjumpa di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor Bahru, pada tahun berkenaan.

"Pada waktu itu, Mohamad Ezam ada memberitahu saya dan dua orang lagi mengenai rancangan Anwar dan turut memaklumkan Anwar yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak boleh bekerjasama dengan Mahathir.

"Mohamad Ezam memaklumkan Anwar sudah tidak boleh tahan dengan Mahathir dan tidak bersetuju dengan dasar ekonomi dan politik yang dibawa oleh Mahathir," katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Lokman merupakan saksi keempat defendan yang memberi keterangan pada hari kedua pendengaran kes saman fitnah RM100 juta difailkan Anwar terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Lokman, yang merupakan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berkata Mohamad

Ezam pernah memujuknya untuk menjadi sebahagian daripada rancangan Anwar untuk

menjadi Presiden Umno.

Saksi keempat itu berkata beliau ada berjumpa dengan seorang pegawai khas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika itu (1998) untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya sama ada Anwar mempunyai rancangan untuk 'menikam belakang' Mahathir ataupun ia rancangan Mohamad Ezam.

Lokman berkata, rancangan Anwar itu telah disahkan oleh pegawai khas kepada Ahmad Zahid.

Lokman turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau berada di kediaman rasmi Anwar pada 2 September 1998 semasa tiga orang polis menyerahkan surat kepada Anwar berhubung pemecatan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Saya katakan beliau (Anwar) dipecat kerana usahanya untuk menggulingkan Mahathir," katanya.

Lokman berkata, beliau juga telah dipecat sebagai anggota Umno pada 6 Oktober 1998 selepas Anwar dipecat daripada jawatannya itu pada 2 September 1998.

"Selepas itu, saya masuk PKR dan pernah dilantik sebagai Setiausaha Pemuda PKR tetapi digugurkan daripada parti itu pada 2004 selepas mengkritik kepimpinan parti itu," katanya yang turut memaklumkan Anwar adalah idolanya sebelum ini.

Pendengaran kes saman di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan bersambung Khamis.

Khairy turut hadir di mahkamah hari ini. Beliau yang merupakan saksi defendan pertama selesai memberi keterangannya semalam.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman fitnah itu dengan mendakwa Khairy, yang ketika itu naib ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari 2008.

Katanya, perkataan fitnah dan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan di laman web, termasuk dalam portal Malaysiakini.com. –Bernama

Monday, September 19, 2016

MENTERI JAWAB PERTANYAAN DI SIDANG DEWAN RAKYAT BULAN HADAPAN



KUALA LUMPUR 19 Sept. - Sesi khas Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pada sidang Dewan Rakyat akan dilaksanakan bermula 17 Oktober sehingga 24 November 2016.


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, dari segi pelaksanaan semasa persidangan, MQT akan bermula pukul 10 pagi hingga 10.30 pagi setiap Selasa dan Khamis sebelum bermulanya sesi pertanyaan-pertanyaan lisan.

“MQT bertujuan membolehkan isu-isu semasa berkaitan dengan masalah rakyat dijawab dengan pantas,” katanya selepas sesi taklimat dan simulasi MQT di Dewan Rakyat semalam.


Sunday, September 18, 2016

KUMPULAN PERTAMA JEMAAH HAJI TIBA DI KLIA



SEPANG, 18 Sept (Bernama) -- Kumpulan pertama 442 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini dengan pesawat SV5644 Saudi Airlines.



Ketibaan mereka pada 11.21 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah itu disambut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Badlisyah Abdul Ghani, pengurusan tertinggi TH serta anggota keluarga dan saudara mara yang menunggu sejak 10 pagi.

Bercakap kepada pemberita, Badlisyah berkata sebanyak 47 penerbangan akan membawa pulang kesemua 22,320 jemaah haji bermula hari ini, dengan penerbangan terakhir dijadual tiba di tanah air pada 15 Okt.

Beliau berkata sembilan orang jemaah tidak berjaya melaksanakan ibadat wukuf, satu daripada rukun yang mesti dilaksanakan setiap jemaah bagi menentukan ibadat haji yang sempurna kerana mengalami masalah kesihatan yang serius.

"Seramai 12 jemaah meninggal dunia, 11 kematian di Tanah Suci dan seorang ketika di tanah air," katanya.






Badlisyah berkata semua jemaah haji dibekalkan dengan borang penilaian bagi mendapatkan maklum balas perkhidmatan yang disediakan TH, antaranya turut melibatkan soal keselamatan untuk membolehkan penambahbaikan dilakukan jika ada rungutan.

Dalam pada itu, Dr Muhammad Syafiq Muhammad Isa dan isteri Dr Hanisah Jeffrey, jemaah yang merupakan pasangan termuda dalam kumpulan tersebut berkata peluang mengerjakan rukun Islam kelima di usia muda merupakan satu pengalaman terindah yang tidak mungkin dilupakan.

Dr Muhammad Syafiq, 27, berkata umat Islam yang telah berdaftar dengan TH perlu mempersiapkan diri dari segi ilmu dan kewangan kerana panggilan menunaikan haji mungkin dibuat di saat akhir.

"Saya sendiri tidak menjangka dapat pergi haji tahun ini...tetapi selepas isteri disenaraikan sebagai mereka yang layak, saya turut ditawarkan tempat atas kapasiti mahram atau pengiring kepada isteri.

"Ini kerana syarat Arab Saudi yang menetapkan wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu ditemani oleh seorang mahram," katanya yang bertugas di Hospital Kuantan, Pahang.

Bagi Dr Hanisah, 26, yang bertugas di tempat sama dengan suaminya, berkata keputusan ibu bapanya mendaftarkan beliau sebagai pendeposit di Tabung Haji ketika masih di sekolah rendah membawa tuah sehingga dapat menunaikan haji ketika usia muda.

Sebab itu, saya amat bersyukur dengan keputusan ibu bapa mendaftarkan saya ketika masih di sekolah rendah dan usaha itu bertambah manis apabila dapat menunaikan haji bersama-sama suami, katanya.

-- BERNAMA

Saturday, September 17, 2016

KENYATAAN JEFF OOI BERSIFAT KURANG AJAR

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kenyataan Anggota Parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi terhadap Allahyarham Datuk Dr Haron Din di Twitter semalam bersifat kurang ajar dan melampaui sensitiviti umat Islam.

Menyebut demikian, Setiausaha Veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub berkata Jeff sebagai seorang rakyat Malaysia, sepatutnya memahami adat resam keagamaan kaum lain.

"Apa yang dilakukan Jeff Ooi ternyata beliau sudah lupa bahawa negara ini majoriti rakyatnya adalah Melayu beragama Islam. Kebiadapan Jeff ini membuktikan dirinya sudah hilang rasa hormat kepada penganut agama lain," kata Mustapha dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menerusi akaun twitternya Jeff menulis: "Adios Harun Din, let there be peace" (Selamat jalan Harun Din, semoga wujud perdamaian).

Sehubungan itu, Mustapha mengutuk kebiadapan Jeff itu dan menuntut beliau meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam negara ini.

"Penghinaan ini bukan hanya kepada Haron tetapi turut dirasai oleh semua orang Islam di negara ini. Perlu diingat bahawa kami orang Melayu boleh berbeza dalam fahaman politik tetapi kami tetap bersatu dalam hal membabitkan agama.

"Walaupun Haron seorang pemimpin PAS tetapi beliau adalah seorang beragama Islam. Orang Melayu beragama Islam dalam PAS atau UMNO seperti pepatah Melayu...cubit paha kanan, paha kiri turut terasa sakitnya... apabila menyentuh mengenai agama Islam," katanya.

Sementara itu, Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) Abdul Ghani Samsuddin berkata Amanah kecewa terhadap tindakan Jeff itu hingga mencetuskan kemarahan semua pihak.

"Amanah menolak sekeras-kerasnya tindakan Jeff itu, perbezaan pendapat dan ideologi fahaman politik tidak sepatutnya menjadi sebab untuk tidak menghormati Haron Din," katanya.

Tindakan Jeff itu tidak membawa sebarang faedah kepada negara kerana sebagai rakyat Malaysia harus saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam mewujudkan sebuah masyarakat harmoni, katanya.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Mansor Othman turut menyelar sikap biadap dan tidak bertanggungjawab Ooi itu.

Mansor berkata, PKR Pulau Pinang berlepas diri daripada tindakan rasis dan bebal Ooi.

"Parti Keadilan Rakyat sentiasa percaya bahawa manusia itu dilahirkan mulia dan kita seharusnya meletakkan kemuliaan insan sebagai asas penting dalam etika kita berpolitik," katanya dalam satu kenyataan.

Mansor yang juga Anggota Parlimen Nibong Tebal berkata perbezaan politik tidak seharusnya menjadikan seseorang itu hilang sifat kemanusiaan dengan mempersendakan kematian sesiapa pun.

"Kami ingin menyatakan rasa kehilangan dan berdoa semoga diberikan keteguhan dan kesabaran kepada keluarga almarhum dalam menempuh suasana sedih ini," katanya.

-- BERNAMA

Friday, September 16, 2016

SAMBUTAN HARI MALAYSIA DICADANGKAN DIGILIR KESEMUA NEGERI

BELURAN, 16 Sept (Bernama) -- Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee mencadangkan agar tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia diadakan bergilir-gilir dengan negeri lain dan tidak terhad kepada Sabah dan Sarawak seperti kebiasaan.

Anggota Parlimen Beluran itu berkata ini akan mengukuhkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Sambutan Hari Malaysia penting untuk dihayati oleh semua rakyat Malaysia bagi meningkatkan semangat patriotisme kepada negara," katanya pada sambutan Hari Malaysia peringkat daerah Beluran di sini, Jumaat.

Thursday, September 15, 2016

SAH MH370 DITEMUI DI TANZANIA



Malaysia hari ini mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di pulau Pemba, perairan Tanzania, Jun lalu adalah dari pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang

Misi mencari lebih dua tahun itu menghasilkan beberapa penemuan serpihan pesawat Boeing 777 yang hilang pada Mac 2014 ketika membawa 239 penumpang dan anak kapal, tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur, menuju ke Beijing, China.

Antara yang dikenalpasti, menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, termasuk beberapa nombor bahagian serta rupa bentuk fizikal, dimensi dan pembinaan disahkan serpihan seksyen dalam pesawat bagi flaperon Boeing 777.

"Tarikh yang dicap berkait dengan satu daripada bahagian menyatakan bahawa pengeluaran adalah pada 23 Januari 2002, yang mana konsisten dengan tarikh penghantaran bagi MH370 pada 31 Mei 2002.

"Sebagai tambahan kepada nombor bahagian Boeing, semua penanda identifikasi mempunyai nombor 'OL' kedua yang mana ia adalah pengenalpastian unik berkaitan pembinaan bahagian (pesawat)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Penyiasat sebelum ini mengesahkan sekeping serpihan yang ditemui di Pulau Reunion, Perancis pada Julai 2015 sebagai sebahagian daripada MH370.

Mereka juga sedang memeriksa beberapa serpihan lain yang ditemui di Mozambique, Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues, sebuah wilayah di Mauritius.

Wednesday, September 14, 2016

37 TAHUN DENGAN PNB, AKHIRNYA HAMAD KAMA PIAH BERSARA

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, akan bersara berkuat kuasa 30 Sept, 2016, selepas 37 tahun bersama Kumpulan PNB.

Lembaga Pengarah PNB turut mengumumkan Datuk Abdul Rahman Ahmad, 47, bekas CEO Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) akan mengambil alih jawatan Presiden/CEO Kumpulan mulai 1 Okt, 2016.

"Hamad telah bersama dengan kumpulan selama 37 tahun, 18.5 tahun sebagai CEO. Beliau memainkan peranan penting dalam memastikan pulangan yang kompetitif dan berterusan kepada pemegang unit PNB.

"Sebagai mewakili lembaga dan pengurusan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Hamad atas perkhidmatan cemerlang dan komitmen beliau dalam menjadikan PNB sebagai sebuah institusi pelaburan utama dan dihormati di negara ini pada hari ini," kata Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, dalam satu kenyataan.

Semasa tempoh perkhidmatan Hamad, jumlah aset di bawah pengurusan PNB meningkat enam kali ganda daripada RM38.7 bilion pada Disember 1997 kepada lebih RM260 bilion ketika ini.

Pada masa yang sama, jumlah unit dalam agihan berkembang enam kali ganda daripada 30.7 bilion unit pada Disember 1997 kepada lebih 208 bilion unit, dengan jumlah akaun pemegang berganda daripada 6.9 juta akaun pada 1998 kepada 12.8 juta akaun.

Wahid berkata Hamad menjadikannya sebagai misi beliau untuk memastikan PNB dapat memenuhi harapan tinggi pemegang unitnya setiap tahun meskipun persekitaran pasaran yang mencabar.


PNB memberikan pulangan yang konsisten dan kompetitif bagi semua dananya termasuk Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Wawasan 2020, dengan dana utama ASB menyediakan purata pulangan 8.63 peratus setahun dalam tempoh 10 tahun lepas.

Hamad, bagaimanapun, akan terus berkhidmat sebagai Pengerusi PNB Development Sdn Bhd, cabang pembangunan hartanah milik penuh PNB.

Sementara itu pengganti Hamad, Abdul Rahman memiliki pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang audit, korporat dan ekuiti swasta.

"Lembaga gembira dan yakin proses penggantian yang teratur akan dapat dicapai.

"Saya berharap dapat bekerjasama dengan beliau untuk membangunkan kekuatan yang sedia ada dalam institusi kami dan membawa dengan jayanya PNB ke fasa pembangunan korporat seterusnya," kata Wahid.

Sebelum menubuhkan Ekuinas, Abdul Rahman merupakan Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Bhd, dan memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Resources Corp Bhd.

Beliau memiliki Sarjana Sastera dalam Ekonomi daripada Cambridge University, United Kingdom.

Hamad dalam satu kenyataan berasingan berkata beliau merasa sangat terharu dapat berkhidmat kepada rakyat Malaysia lebih 37 tahun dalam PNB, menjadi sebahagian daripada pasukan yang terlibat dalam pelaksanaan dasar kerajaan bagi perkongsian dan pengagihan harta korporat dalam kalangan masyarakat menerusi skim amanah saham.

"Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menyumbang bagi kebaikan kehidupan pemegang unit PNB menerusi pengumpulan pelaburan dan peningkatan pendapatan," kata Hamad.

Menurutnya beliau berharap satu hari nanti setiap rakyat Malaysia akan dapat mengubah kehidupan mereka dengan melengkapkan diri mereka sendiri dengan kemahiran kewangan dan pelaburan.

-- BERNAMA

Tuesday, September 13, 2016

WSJ TIDAK BERLANDASKAN PRINSIP KEWARTAWANAN



KUALA LUMPUR 13 Sept. - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, rakyat Malaysia tidak harus terpengaruh dengan laporan Wall Street Journal (WSJ) kerana tindakannya secara berterusan menyerang urusan politik Malaysia, jelas tidak berlandaskan prinsip kewartawanan.


Beliau berkata, sebaliknya WSJ telah menunjukkan sikap angkuh dan visi terpesongnya mengenai Malaysia dan jika rakyat Malaysia menerimanya bulat-bulat, ia akan menghakis keharmonian, kestabilan dan kemakmuran negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Beliau berkata, laporan WSJ kini tidak pun mempunyai maklumat baharu dan mereka hanya mengulangi berita lama dan mengumpulkan semula tuduhan-tuduhan tanpa bukti yang telah mereka laporkan sebelum ini.

"Mereka tidak berbuat apa-apa pun untuk mewajarkan tuduhan yang mencemarkan itu selain memetik sumber yang tidak dinamakan dan dokumen yang secara misterinya didakwa hanya WSJ yang telah bercakap dan melihatnya.

"Sumber dan dokumen ini mungkin tdak wujud atau mungkin daripada musuh-musuh serta tidak lengkap ataupun salah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA



Monday, September 12, 2016

KELUAR UMNO JALAN TERBAIK



PUTRAJAYA 12 Sept. – Tindakan keluar parti adalah jalan terbaik bagi mana-mana ahli UMNO yang sengaja dan sentiasa menimbulkan kontroversi, bagi mengelakkan mereka terus menjadi 'duri dalam daging' kepada perjuangan parti.


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, UMNO merupakan parti yang berstruktur, dan tidak menjadi masalah sekiranya ahli yang sentiasa menimbulkan kontroversi mahu meninggalkan parti.

Katanya, ketika ini dipercayai terdapat gerakan untuk menarik ahli UMNO keluar, namun UMNO masih teguh dan bersedia untuk menggalas harapan rakyat.

"Saya percaya mereka tidak akan berjaya untuk tarik ahli UMNO keluar parti, ahli kita setia dengan UMNO. Saya juga ingin dedahkan bahawa ramai yang dipecat dan keluar parti sebelum ini membuat rayuan untuk men­yertai kita (UMNO) semula.

"Pelbagai alasan diberikan untuk menyertai UMNO semula termasuk tindakan yang dikenakan tidak adil, perkara ini akan diteliti dan senarai nama yang membuat rayuan juga akan dilampirkan," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini sebagai mengulas tindakan dua veteran UMNO Johor iaitu bekas Pengerusi Tetap UMNO Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan bekas Timbalan Ketua UMNO Kulai, Tosrin Jarvanti yang bertindak keluar parti beberapa hari lalu.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, tindakan dua individu terbabit langsung tidak menjejaskan UMNO kerana Baharom sendiri sebenarnya merupakan ahli yang sentiasa menimbulkan kontroversi kepada parti.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menghadiri Program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat Peringkat Parlimen Putrajaya 2016 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Presint 9, di sini.

Sebanyak 300 ekor lembu dikorbankan di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan 120 ekor daripadanya disumbangkan oleh Tengku Adnan untuk diagihkan ke setiap cawangan UMNO di Putrajaya, surau-surau dan masjid.

Ketika mengulas mengenai penggantungan bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd. Rafiq Naizamohideen, Tengku Adnan berkata, tindakan tersebut diambil berdasarkan siasatan yang menyeluruh, selain disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh.

"Kita ada bukti melalui cakera padat video (VCD) dan juga rakaman-rakaman yang dilampirkan, dalam hal ini dia tidak sepatutnya meluahkan ketidakpuasan hati kepada umum dan meminta parti untuk mengubah keputusan," katanya.

Mohd. Rafiq digantung sebagai ahli UMNO selama enam tahun atau dua penggal, manakala jawatannya sebagai Exco Pemuda UMNO juga digugurkan kerana dikatakan cuba mensabotaj Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

BUDAK BUDAK MACAM TI LIAN KER ROSAKKAN MCA



Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata beliau lebih rapat dengan DAP berbanding MCA kerana parti yang memerintah di Pulau Pinang itu memiliki sokongan masyarakat Cina.

Beliau berkata demikian sebagai menjawap bidasan ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker yang menyindir bahawa Nazri kelihatan lebih rapat dengan DAP di sebalik memenangi pilihan raya umum di bawah BN, yang dibantu oleh semua parti komponen termasuk MCA.

“Saya baik dengan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng kerana saya hormati demokrasi, kerana masyarakat Cina pilih Lim dan DAP jadi saya kena menghormati demokrasi dan mereka.

“Si Ti saya nak hormat kenapa, rakyat pun tolak dia. Dan saya yakin kalau dia bertanding pun rakyat tolak dia sebab orang Cina cukup benci dengan orang macam ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Nazri menambah bahawa beliau mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dengan
ke
pemimpinan tertinggi MCA tetapi cuba dirosakkan oleh ahli-ahli MCA tertentu.

“Pemimpin MCA yang saya kenali cukup baik dan kita bekerjasama baik dengan mereka.

“Tapi budak-budak macam ni rosakkan hubungan. Tapi hubungan kita dengan presiden, naib presiden sngat baik dan intim,” katanya.

Nazri seterusnya menuduh Ti cuba mencari populariti kerana ingin membuat kemunculan semula pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya dapat tahu dia (Ti) kena gugur masa bertanding di Kuantan dulu, (Datuk Seri) Chua Soi Lek buang dia dulu.

“Dia dulu pernah jadi exco dan PRU lepas, Chua buang dia. Parti dia pun tak nak dia, jadi boleh bayanglah apa standard MCA, dia memang kena gugur.




“Dia ni ambil nama nak jadi calon sebab 2013 dia kena gugur jadi sekarang dia baik dengan (Presiden MCA, Datuk Seri) Liow Tiong Lai, dia cuba nak jadi calon tapi nasihat saya, kalau letak dia kalah di Kuantan nanti,” katanya dengan nada sinis.

Nazri dan Ti terheret dalam pebalahan mulut selepas pemimpin MCA itu mendesak Umno mengubah strategi politik ‘jaguh kampung’ serta mengutamakan survival BN dan bukan hanya parti itu sendiri.

Ti berhujah retorik Umno itu membantu parti Melayu berkenaan memenangi undi di kawasan luar bandar tetapi taktik seumpamanya menghakis sokongan pengundi bandar di kawasan majoriti Melayu dan mengorbankan rakan-rakan gabungan BN.

Saturday, September 10, 2016

TUJUH PRINSIP UNTUK UMNO KEKAL RELEVAN



BATU PAHAT, 10 Sept (Bernama) -- UMNO perlu mengamalkan tujuh prinsip penting untuk kekal relevan, sekali gus memastikan survival parti keramat itu, kata Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata tujuh prinsip itu perlu diamalkan bagi menentukan kekuatan parti dalam menghadapi saingan politik di negara ini.

Salleh yang juga menteri komunikasi dan multimedia berkata tujuh prinsip itu ialah perjuangan, jangan berpecah, kena ada ketua, kerja berpasukan, mempunyai dasar parti yang jelas dan selari dengan rakyat, pendekatan yang sesuai dan berani serta bijaksana.

"Tujuh prinsip ini merupakan formula yang terbaik bagi menentukan kekuatan parti dalam menghadapi saingan politik dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di sini, Sabtu.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Sri Gading Datuk Ab Aziz Kaprawi yang juga timbalan menteri pengangkutan.

Salleh berkata tujuh prinsip itu sesuai bagi memastikan bahawa UMNO terus relevan dan berkekalan sejajar dengan perjuangan UMNO seperti diperuntukkan dalam Fasal 3, perlembagaan parti iaitu memperjuangkan bangsa dan agama.

Sementara itu, beliau berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu risau dengan kewujudan parti baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana ia diyakini tidak akan menjejaskan parti.

Katanya apa yang lebih penting adalah untuk menerangkan kepada anggota parti dan mereka di luar parti tentang kenapa mereka perlu memberi sokongan padu kepada BN dan juga UMNO.

"Parti baharu ini diwujudkan untuk tujuan-tujuan yang tertentu dan saya yakin antara mereka (pemimpin parti baharu) nanti sudah pasti akan ada pergelutan kerana masing-masing ada kepentingan politik," katanya.

Salleh berkata anggota UMNO tidak seharusnya risau kerana memang menjadi kebiasaan di mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi akan wujud perkembangan seperti itu.

"Saya lihat parti baharu ini tidak akan menjejaskan kedudukan parti memerintah kerana penubuhan parti tersebut untuk kepentingan politik semata-mata dan di antara mereka itu ada persaingannya," katanya.

Salleh berkata jika dibandingkan antara BN dengan parti lawan, sudah tentu banyak kebaikan yang dapat dilihat pada UMNO dan BN yang telah berjaya membawa lebih kestabilan dan kedamaian dan itu akan dapat diteruskan jika mereka (rakyat) bersama-sama BN.

"BN sahaja yang mempunyai dasar yang selari dengan kehendak rakyat, dasar yang memberi kepada rakyat peluang pekerjaan, (pelbagai) peluang diberikan kepada rakyat di negara kita Malaysia ini tetapi mereka (parti lawan) tidak mempunyai dasar sedemikian, mereka hanya sekadar untuk berebut kuasa semata-mata tanpa keikhlasan yang jelas," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata anggota dan pemimpin UMNO perlu memberi penjelasan kepada rakyat.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai perjumpaan bekas Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, Salleh berkata ia adalah sekadar mencari publisiti.

Menurutnya perjuangan Dr Mahathir dan Anwar tidak akan selari kerana pandangan politik mereka adalah berbeza.



-- BERNAMA

Friday, September 9, 2016

CEO RAPID RAIL SDN BHD PATUT LETAK JAWATAN



KUALA LUMPUR 9 Sept. - Perkhidmatan tren Rapid KL LRT, laluan Kelana Jaya tergendala selama hampir sejam pagi semalam berikutan gangguan teknikal di Stesen Jelatek ke Stesen Damai.


Gangguan perkhidmatan yang berlaku menyebabkan penumpang yang kebanyakannya dalam perjalanan ke tempat kerja terkandas dan terpaksa berjalan kaki di atas trek LRT memandangkan tren tidak berfungsi.

Jurucakap RapidKL akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 3 petang ini bagi menjelaskan punca gangguan yang berlaku terhadap perkhidmatan tersebut.

Utusan Malaysia semalam melaporkan gangguan perkhidmatan LRT yang berlaku di antara Stesen Ampang Park dan Stesen Dang Wangi, menyebabkan laluan antara beberapa stesen di pusat bandar raya dihentikan untuk memulihkan keadaan.



Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta Rapid Rail Sdn. Bhd. memberi penjelasan mengenai gangguan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) membabitkan laluan Setiawangsa-KLCC semalam.


Beliau menganggap insiden kedua dalam tempoh seminggu itu sebagai membimbangkan.

“@MyRapidKL should explain LRT breakdown this morning. Concerned abt recent disruptions. Two breakdowns in a week is very worrying,” katanya dalam catatan Twitter beliau semalam.

Insiden itu berlaku pada waktu puncak 9 pagi tadi apabila sebuah tren dari Datuk Keramat menuju ke Jelatek tiba-tiba terhenti di atas trek di antara Stesen Datuk Keramat dan Damai, menyebabkan penumpang terperangkap di dalam tren selama 20 minit.

Semua penumpang kemudian diarahkan keluar dan berjalan di atas trek menuju ke Stesen Damai, yang mengambil masa hampir 10 minit.

Menurut Twitter Rapid KL, servis bagi kedua-dua perjalanan itu pulih semula kira-kira 11.45 pagi.

Pada Rabu lepas, ribuan pengguna perkhidmatan LRT terkandas berikutan masalah teknikal yang menyebabkan keseluruhan perkhidmatan dari laluan Gombak hingga Putra Heights terjejas bermula 7 pagi.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari sama meminta Rapid Rail Sdn. Bhd. mengemukakan laporan penuh mengenai gangguan perkhid­matan LRT laluan Kelana Jaya itu selewat-lewatnya pada 21 September ini.

Ulasan saya, CEO Rapid Rail perlu letak jawatan kerana gagal memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para penumpang LRT sehingga terpaksa datang lambat ke pejabat, dimarahi boss, gagal menemui pelanggan yang dijanjikan.

Rapid Rail memang lembab. Saya tengok sudah lama eskelator di stesen Masjid Jamek tidak dibaiki yang menyebabkan orang tua nak naik 50 anak tangga amat seksa. Sudah dua bulan eskaltor itu tidak dibaiki.

Thursday, September 8, 2016

ROS LULUSKAN BERSATU DENGAN AKRONIM PPBM

PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini secara prinsip meluluskan permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan akronim PPBM, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kelulusan rasmi hanya akan diberikan selepas pihak PPBM memberi penjelasan berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti itu kepada ROS.

Bercakap dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini Khamis, beliau berkata penggunaan akronim PPBM bukan atas arahan ROS, sebaliknya atas permintaan parti itu sendiri semasa mendaftarkan permohonan sebelum ini.

"Dalam permohonan awal, mereka mahu menggunakan nama panggilan parti sebagai Bersatu tetapi selepas pihak ROS membuat semakan nama itu telah banyak digunakan oleh parti dan pertubuhan lain.

"Selepas rundingan semula dibuat, pihak parti memohon meletakkan akronim PPBM dan ROS meluluskannya seperti yang dipohon," katanya, sambil menambah nama Bersatu telah digunakan oleh enam parti dan pertubuhan setakat ini.

Kelulusan itu juga membabitkan sedikit perubahan pada logo berbanding logo asal semasa permohonan dibuat, katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau tidak campur tangan dalam kelulusan permohonan tersebut serta menegaskan permohonan mana-mana parti atau organisasi akan diluluskan jika mematuhi syarat-syarat dalam Akta Pertubuhan 1966.

Ditanya risiko PPBM sekiranya menggunakan nama Bersatu bagi mempromosikan parti itu, Ahmad Zahid berkata mereka secara rasmi telah melanggar perlembagaan parti tersebut.

"Sekiranya mereka masih menggunakan nama Bersatu tindakan pembatalan pertubuhan itu boleh diambil ROS berdasarkan Akta Pertubuhan," katanya.

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lepas menyerahkan permohonan bagi mendaftar sebuah parti baharu dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu di ROS.

Hadir sama dalam sidang media itu Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah.

-- BERNAMA

Wednesday, September 7, 2016

GIRL FRIEND MUHYIDDIN BERCERAI



KUALA LUMPUR 6 Sept. – Peguam, Stanley Clement Agustin dan isterinya, Datuk Nika Gee Siew Yee yang dikaitkan dengan seorang bekas pemimpin kanan negara kini sah bercerai.


Pembubaran perkahwinan itu direkodkan oleh Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad ketika bertemu dengan peguam ke­dua-dua pihak terbabit di kamar hakim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Stanley, 65, diwakili pegu­am, S. Periasamy manakala Nika, 54, diwakili peguam Choo Dee Wei dan Bryan Ng Yin Miin.
 Ahli perniagaan wanita itu tidak hadir pada prosiding hari ini manakala Stanley walaupun kelibatnya dilihat di kafeteria sejam sebelum prosiding bermula turut tidak kelihatan sewaktu prosiding kes tersebut.

Sementara itu, Periasamy ketika ditemui pemberita memberitahu, perkahwinan itu di­bu­barkan melalui persetuju­an kedua-dua pihak dan ber­­kuat kuasa serta-merta.
 Ketika ditanya mengenai terma-terma perceraian, peguam tersebut enggan memberi sebarang komen.

Dee Wei turut mengesahkan mengenai pembubaran perkahwinan tersebut ketika ditemui selepas tamat prosiding.
“Mereka kini membawa haluan masing-masing,” katanya.

Menurut petisyen perceraian terpinda bertarikh 17 Ogos 2015, Stanley menyatakan beliau berkahwin secara sah di sisi undang-undang dengan Nika pada 24 April 2007 iaitu dua hari sebelum tarikh persaraannya dari­pada perkhidmatan kerajaan di Jabatan Peguam Negara.

Pengendali portal Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin pernah menyiarkan dokumen akuan bersumpah seorang lelaki mendakwa wujud hubu­ngan sulit antara isterinya dengan seorang ahli politik ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaima­napun menafikan dan meng­anggap dakwaan Raja Petra itu sebagai fitnah, tuduhan liar, tidak berasas dan berniat jahat serta menuntut agar lelaki terbabit yang kini hidup dalam ‘buangan’ di luar negara agar meminta maaf.

Ketika menjadi Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Stanley pernah mengendalikan perbica­raan kes peragawati sambilan, Noritta Samsudin yang mati dibunuh di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas di sini pada Disember 2003.

Beliau juga pernah menjawat jawatan antaranya Ketua Unit Pendakwaan Wilayah Persekutuan dan Pegawai Pendakwa di Bank Negara Malaysia.

Tuesday, September 6, 2016

TERENGGANU TERIMA PELABURAN SEBANYAK RM33 BILION

KUALA TERENGGANU, 5 Sept (Bernama) -- Terengganu terus menerima pelaburan firma tempatan dan asing biarpun dalam senario ekonomi global semasa yang agak mencabar.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud berkata sebanyak 192 projek perkilangan dengan pelaburan kira-kira RM33 bilion telah diluluskan serta dilaksanakan di negeri berkenaan bagi tempoh 1980 sehingga Dis 2015.

"Pelaburan ini diterajui sumber tempatan sebanyak 62 peratus atau RM20 bilion manakala baki 38 peratus (RM13 bilion) disumbangkan sumber asing.

Monday, September 5, 2016

SYED ABAS SEDIA BERI LALUAN KEPADA MUKA BAHARU

TAWAU, 5 Sept (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung Datuk Syed Abas Syed Ali bersedia memberi laluan kepada muka baharu untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata sekiranya tidak dipilih oleh parti untuk menjadi calon kawasan itu pada PRU14 nanti, beliau akan akur dan akan membantu individu yang dipilih sebagai calon.

"Saya serahkan perkara ini kepada pucuk pimpinan parti ... kita perlu akur dan sekiranya saya tidak dipilih, saya tetap akan membantu mana-mana individu yang dicalonkan oleh parti," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Syed Abas yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkata pemimpin silih berganti merupakan perkara biasa di negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berpolitik dan yang penting adalah kesetiaan kepada parti.

"Pada zaman pemerintahan parti Berjaya, walaupun saya memenangi DUN Balung sebelum itu, saya tidak dicalonkan semula, tetapi saya tetap memberi sokongan kepada pengganti saya," katanya.

Syed Abas dipilih sebagai ADUN Balung pada 1978 sehingga 1981 di bawah pentadbiran Berjaya dan pada 2004 sehingga sekarang mewakili Barisan Nasional (BN) daripada UMNO.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah meluluskan RM33 juta bagi menangani masalah bekalan air di beberapa kawasan di DUN Balung termasuk di Kampung Kongsi 8, Kongsi 10 dan Ranggu.

"Kami akan menyalurkan air dari loji Balung melalui Ranggu dan ke kawasan lain yang sering menghadapi masalah bekalan air" katanya.

Ketika ini, penduduk di Kampung Kongsi 8, Kongsi 10 dan Ranggu menerima bekalan air dari loji Utara, Tawau.

-- BERNAMA

Sunday, September 4, 2016

JANGAN BALAS DENDAM KEPADA ORANG YANG PERNAH ZALIMI KITA

JASIN, 4 Sept (Bernama) -- Kehebatan pemimpin UMNO bukan datang daripada diri mereka semata-mata sebaliknya datang daripada sokongan anggota peringkat akar umbi parti, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti itu berkata pemimpin UMNO perlu sedar kedudukan dan jawatan dipegang mereka hari ini adalah suatu amanah yang diberikan anggota peringkat akar umbi parti.

"Kita (pemimpin UMNO) ada atas pentas ini kerana di bawah (anggota akar umbi) sokong kita. Kerana yang bawah yang atas ini jadi hebat.

"Jadi bila ada di atas ini, kena tahu lah kehebatan itu bukan kerana diri kita semata-mata tetapi kerana sokongan akar umbi kita," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jasin di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam dan kira-kira 1,000 anggota UMNO Bahagian Jasin.

Ahmad Zahid berkata pemimpin UMNO perlu menjalankan amanah dalam kedudukan dan jawatan diberikan akar umbi kepada mereka dan bukan menjadikannya sebagai sesuatu yang memberikan pulangan lumayan dalam pelbagai bentuk.

"Berapa lama boleh pegang jawatan. Sampai dalam kubur. Selagi pegang jawatan kita mesti jaga kebajikan anak buah kita. Jangan kira cawangan mana bahagian mana perwakilan mana yang sokong kita, selepas menang pegang jawatan kita mesti adil jaga semua," katanya.

Beliau berkata dalam menjalankan amanah itu, pemimpin UMNO perlu mengenepikan protokol bagi mendekati anggota peringkat akar umbi dan juga rakyat secara keseluruhannya.

Katanya dengan mengenepikan protokol dalam mendekati rakyat, pemimpin UMNO dapat menguasai minda dan hati nurani mereka seterusnya memperoleh sokongan untuk parti pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita ada Tan Sri Ali (Mohd Ali) dari dulu suka turun padang, pergi kenduri dari pagi sampai petang tengok rakyat tanpa protokol semua, semangat begini harus ada pada pemimpin," katanya.

Ahmad Zahid turut berkongsi pengalamannya ketika bertugas sebagai penolong pengurus di Bank Simpanan Nasional (BSN) sekitar tahun 70an yang mengamalkan sikap mesra dengan semua petugas dari semua peringkat.

Namun sikapnya itu kurang disenangi pengurusnya yang beranggapan tindakan itu melanggar protokol dan menerima teguran daripada pengurusnya berkenaan perkara itu.

"Tetapi saya berpendapat, saya berhak berkawan dengan semua orang menyebabkan saya bertindak untuk berhenti kerja, dalam masa sama saya berdoa untuk keadilan kepada saya yang akhirnya 15 tahun kemudian saya kembali sebagai Pengerusi BSN," katanya.

Beliau berkata setelah menjadi Pengerusi BSN, beliau tidak menaruh dendam kepada bekas pengurusnya itu sebaliknya memberikan kenaikan pangkat kerana pengurus itu bertugas dengan cemerlang malah antara individu yang terlibat dalam proses mengkorporatkan BSN.

"Saya bukan riak atau takbur tetapi di sini ambillah pengajaran bila berada di atas, jangan menzalimi dengan membalas dendam kepada mereka yang pernah menzalimi kita.

"Dalam kitaran hayat politik, ada naik turunnya, kita kena ingat itu selalu, jika kita ikhlas dan konsisten maka hak kita akan jadi hak kita," kata Ahmad Zahid.

Beliau juga mendapat tepukan gemuruh daripada mereka yang hadir kerana tetap bersemangat untuk berucap kira-kira 50 minit menyampaikan nasihat pada majlis itu walaupun suaranya serak dan tersekat-sekat kerana mengalami sakit tekak.

"Saya minta maaf, suara tak berapa dengar ni.. tapi kerana sayang dengan orang Jasin saya teruskan, saya pun dinasihatkan supaya tidak datang kerana sakit ini tetapi nama saya Zahid Hamidi, sekali janji mesti ditepati," katanya.

-- BERNAMA

Saturday, September 3, 2016

JOHARI JAWAB FITNAH PEMBANGKANG

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata rizab Bank Negara  adalah kira kira RM400 bilion pada 31 Julai 2016.

Katanya, jangan kita diperbodohkan oleh pembangkang.

"Hutang kita kepada KDNK hanya 54.5 peratus berbanding dengan Singapura iaitu 89 peratus daripada KDNK," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi,pertumbuhan KDNK kita antara yang terbaik di Asean.

"Walaupun ekonomi global lambat meningkat, ekonomi kita masih meningkat sebanyak 4.1 peratus pada separuh pertama tahun ini sedangkan Singapura hanya meningkat sebanyak 2 peratus," katanya.

Beliau yang juga ahli parlimen Titiwangsa menambah lebihan akaun kita untuk tahun 2015 adalah kira kira RM95 bilion dan RM45 bilion untuk enam bulan pertama tahun 2016.

"Kedudukan negara kita mengikut Fitch, Moody dan Standard & Poor kekal sebagai A- berbanding dengan semua negara Asean kecuali Singapura, kita adalah jauh lebih baik," tegasnya.

Mengenai pasaran modal, beliau berkata sangat kuat dengan nilai RM2.8 trilion. Pasaran ekuiti bernilai RM1.7 trilion dan sukuk/bon bernilai RM1.1 trilion.

"Sistem kewangan kita sangat berdaya tahan manakala sektor perbankan juga dipermodalkan dengan baik," jelasnya lagi.

Johari berkata ekonomi kita terdiri daripada pelbagai sektor. Sektor perkhidmatan adalah 54 peratus daripada KDNK kita dikuti dengan 23 peratus sektor pembuatan, 9 peratus perlombongan, 8 peratus pertanian dan 4 peratus pembinaan.

Friday, September 2, 2016

MUHYIDDIN KENA BERSIHKAN NAMANYA TERLEBIH DAHULU



Totok UMNO, Muhyiddin Yassin kononnya dalam satu kenyataan yang dilaporkan sebuah portal pro pembangkang mencabar Perdana Menteri untuk menyaman beliau jika apa yang beliau dakwa dalam ceramahnya tidak benar, tapi sebelum Muhyiddin ingin mencabar Perdana Menteri untuk menyaman beliau rasanya eloklah Muhyiddin terlebih dahulu perlu membersihkan namanya dan menyaman pihak yang mendakwa beliau mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita bernama Nika Gee.

Muhyiddin perlu terlebih dahulu membersihkan segala dakwaan keatas dirinya sebelum beliau ingin mencabar Perdana Menteri Najib untuk menyaman beliau.

Banyak laporan polis sudah dibuat oleh NGO malah ada akuan bersumpah yang dibuat berkenaan skadal ini. Rakyat Malaysia ingin tahu akan kebenaranya apakah hubungan Muhyiddin dengan Nika Gee. Setakat hari ini Muhyiddin tidak pernah menafikan dakwaan ini jauh sekali untuk beliau menyaman pihak-pihak yang sepatutnya, adakah mungkin dakwaan ini benar?



Menurut Blog Malaysia today tulisan Raja Petra, Muhyiddin mempunyai hubungan jangka panjang dengan Nika Gee Siew Yee, isteri kepada …, kebanyakan peguam mungkin tahu siapa suami beliau. Bukan sahaja isteri Muhyiddin sedar berkenaan skandal ini, malahan ramai kakitangan Muhyiddin di Kementerian yang dia pernah ketuai juga tahu perkara ini.

Tidak berapa jelas jumlah butiran yang akan didedahkan pada 20 Jun ini – seperti Muhyiddin telah membayar Nika RM20,000 sebulan untuk jangka masa yang lama dan baru-baru dia membayarnya sebanyak RM5 juta di Singapura.

Muhyiddin juga membantu Nika memenangi projek Kompleks Sukan Kampong Pandan yang dia telah melobi, sudah tentu sebagai agen syarikat yang mengemukakan dokumen – dan Mahathir sedar akan perkara ini juga. Malah, Mahathir juga sedar bahawa hubungan di antara Muhyiddin dan Nika telah terjalin semenjak dia masih di Kementerian Pertanian lagi.

Jika benarlah dakwaan ini, saya benar-benar berharap Muhyiddin Yassin segera membersihkan namanya dengan menyaman pihak yang membuat tuduhan ini, ini kerana Muhyiddin sering mendakwa dirinya anak seorang ‘Tuan Guru’ jadi alangkah malunya jika seorang anak ‘Tuan Guru’ mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita berketurunan cina.

Tidak molek benar dikacamata masyarakat jika anak seorang ‘Tuan Guru’ mempuanyai akhlak sebegini rupa, apatah lagi bakal menjadi Presiden sebuah Parti dan mungkin bakal Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Oleh itu moleklah kiranya Muhyiddin menjadi jantan dengan menyaman pihak yang mendakwa beliau mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

Oleh : Bukan Anak Tuan Guru

Thursday, September 1, 2016

ABANG MENTERI, ADIK PENJENAYAH


Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu semalam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas adik Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Noh Omar atas kesalahan menembak seorang mekanik tahun lalu.
Mohd Jusnaidi Omar, yang juga dikenali sebagai Mat Malaya, diarahkan oleh Hakim Azreena Aziz menjalani hukuman itu bermula dari tarikh penahanannya pada Jun tahun lalu.
Azreena dipetik oleh The Malay Mail Online bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mohd Jusnaidi, 45, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana secara sukarela menembak mekanik Alkarim Atun, 36, dengan pistol di di Top Up Aircond Centre di Jalan Tuaran pada jam 5 petang pada 6 Mei, 2015.
Hukuman maksimum di bawah Seksyen 324 adalah penjara 10 tahun, denda atau sebatan seperti yang didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Husna Abdul Halim.
Mohd Jusnaidi pada mulanya didakwa dengan cubaan membunuh tetapi kemudiannya dibebaskan daripada pertuduhan itu.
Adalah dilaporkan bahawa beliau melarikan diri selepas menembak Alkarim.
Jusnaidi kekal menjadi pelarian selama hampir sebulan selepas menembak Alkarim apabila polis mengklasifikasikan kes itu sebagai cubaan membunuh dan memiliki senjata api.
Beliau kemudiannya ditangkap di sebuah inap desa berhampiran Kundasang di kaki Gunung Kibabalu, Sabah pada Jun tahun lalu dengan isterinya yang berusia 25 tahun dan seorang anak lelaki.
Adik Noh itu dilaporkan terlibat dalam satu konfrontasi lisan dengan mekanik berkenaan dan mengeluarkan pistol sambil melepaskan tiga das tembakan, satu daripadanya mengenai betis kanan mekanik itu.
Jusnaidi pada tahun 2007 didakwa mengedar dadah tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

RATING TERTINGGI BAGI BULAN OGOS 2016

Ramai orang tak dapat buka blog ini ajilpost kerana blogspotnya berbeza. Bila mahu baca ajil post anda hendaklah tekan www.newajilpost.blogspot.my

Walaupun blog ini masih baru, ia dapat menarik 1090 hits yang paling tinggi bagi bulan Ogos 2016 amat menakjubkan. 10 rating tertinggi adalah seperti berikut:-

1.Video sex YB tersebar di KL? (5 Ogos)
2.Bekas YB ditahan polis kerana gelombang kuning? (6 Ogos)
3. Apa lagi lu mahu, Ahmad Said? (7 Ogos)
4.Banyak susah jumpa menteri (8 Ogos)
5.SPRM hairan dengan kenyataan Ku Nan (17 Ogos)
6. Biar cakap serupa bikin (13 Ogos)
7. Lu patut resign dahulu sebelum buat pc (2 Ogos)
8. Lu jangan nafi mahu keluar Umno ( 3 Ogos)
9.Pengarah JKR simpan wang di atas siling rumah? (15 Ogos)
10. Mahu mati pun lu masih cabar Najib (10 Ogos)