Friday, August 31, 2018

ASTRO AWANI TAK JEMPUT CALON PH BERDEBAT

PETALING JAYA, 31 Ogos (Bernama) -- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia Halimey Abu Bakar menafikan dakwaan beliau menarik diri daripada jemputan debat bersama calon PAS Dr Halimah Ali untuk sebuah program temubual di televisyen.

Sebaliknya, Halimey berkata beliau tidak pernah menerima sebarang jemputan untuk menghadiri program tersebut.

"Tidak ada langsung isu tarik diri atau saya takut berdebat. Hakikatnya, saya tidak menerima sebarang jemputan.

"Bagaimanapun, itu tidak penting. Keutamaan saya sekarang adalah memberi fokus kepada rakyat khususnya di kawasan (DUN) Seri Setia dan berjumpa dengan mereka untuk mengetahui permasalahan atau isu-isu yang mereka hadapi," tegasnya semasa sidang media di sini, hari ini.

Rabu lepas (29 Ogos) telah tular satu dakwaan di media sosial menyatakan calon PH itu menarik diri apabila diajak bersemuka dengan pihak lawannya dalam sebuah program temubual anjuran Astro Awani.

Thursday, August 30, 2018

DATUK BANDAR KENA SERASI DENGAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Spekulasi sama ada Datuk Bandar Kuala Lumpur sedia ada bakal digantikan kini terus bertambah hangat.

Hal ini kerana Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dikatakan bakal bersara awal pada penghujung bulan depan.

Mhd Amin Nordin, 63, sepatutnya bersara pada 18 Julai 2017 namun perkhidmatannya disambung kerajaan terdahulu secara kontrak selama dua tahun sehingga Julai 2019.

Menurut sumber, beliau dinasihatkan untuk menamatkan kontraknya dan bersara awal pada bulan depan, setelah kerajaan Pakatan Harapan menyatakan berhasrat untuk meletakkan calon bagi menggantikan beliau.

Namun, Mhd Amin Nordin ketika dihubungi media baru-baru ini terus mengunci mulut mengenai perkara ini.

"Anda akan tahu kemudian, tunggu dan lihat sahaja," katanya secara ringkas.

Mhd. Amin Nordin, Datuk Bandar ke-11 itu mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam pentadbiran kerajaan tempatan dan pengurusan perbandaran, terutamanya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Beliau memulakan perkhidmatannya sebagai timbalan pengarah di Jabatan Landskap DBKL pada 1978 ketika berusia 22 tahun.

Beliau juga merupakan antara pegawai yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran seramai 10 orang Datuk Bandar Kuala Lumpur, termasuk di bawah Allahyarham Tan Sri Elyas Omar sebagai pegawai khasnya selama empat tahun.

Terdapat desas-desus bahawa sudah ada lima nama disenarai pendek untuk memikul tanggungjawab Datuk Bandar ke-12.

Antara nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Mhd Amin adalah bekas Yang dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Nor Hisham bersara pada Mei tahun lepas selepas dua tahun memegang jawatan tersebut sejak 2014 dan disambung menerusi kontrak selama satu tahun atas kecemerlangan beliau di MPSJ.

Beliau mempunyai pengalaman selama 37 tahun dalam pelbagai agensi kerajaan di peringkat pusat dan negeri antaranya Pejabat Tanah Daerah Gombak, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Anggota parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang juga bekas anggota lembaga pengarah DBKL tidak menafikan atau mengiyakan tentang pelantikan Datuk Bandar yang baharu ketika diminta mengesahkan perkara itu.

Katanya beberapa mesyuarat ataupun acara-acara khas DBKL jarang kelihatan lagi keterlibatan Datuk Bandar sejak kebelakangan ini kerana sering diganti oleh pengarah-pengarah eksekutifnya.

"Saya ada mendengar bahawa beliau dinasihatkan untuk bersara awal namun tidak pasti lagi kerana DBKL masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi.

"Walau bagaimanapun, Datuk Bandar harus digantikan dengan calon yang boleh serasi dengan Kementerian Wilayah dari segi pembangunan ibu kota dan bukan hanya menjadi 'pak turut' kepada menteri sahaja," kata Tan.

Beliau berkata jawatan Datuk Bandar ibarat 'kerusi panas' kerana tanggungjawab dan cabaran yang perlu dipikul dalam menguruskan hal-hal perbandaran dan pembangunan ibu kota.

Wednesday, August 29, 2018

DAP SEDIA TERIMA MCA MASUK PH

BALAKONG, 29 Ogos (Bernama) -- Pengerusi DAP Tan Kok Wai hari ini menyarankan agar MCA keluar Barisan Nasional (BN) sekiranya nasib tidak menyebelahi mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong bulan depan dan menyertai Pakatan Harapan (PH).

Katanya PH bersedia menimbang MCA sebagai parti komponen yang baharu dengan syarat parti berasaskan kaum Tionghoa itu bersetuju dengan prinsip PH.

"Mereka harus sertai kami sebagai sebahagian daripada PH sekiranya mereka kalah pada PRK ini… Itupun jika mereka bersetuju dengan prinsip PH dan mahu menyertai kami,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan bersama calon PH Wong Siew Ki, di sini.

Khamis lepas, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dilaporkan berkata keputusan PRK DUN Balakong merupakan pengukur masa depan MCA bersama BN.

Pada masa sama, Naib Presiden parti Datin Paduka Chew Mei Fun yang juga Pengarah PRK Balakong dilaporkan mengakui sukar untuk MCA merampas kembali DUN berkenaan daripada genggaman PH.

Tuesday, August 28, 2018

APA MOTIF MAHATHIR LANTIK RAHIM NOOR?



PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR meragui kewajaran melantik Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor sebagai perunding bagi rundingan damai selatan Thailand, memandangkan bekas ketua polis negara itu pernah hilang kawalan semasa krisis politik 1998.

Datuk Johari Abdul khuatir apabila seorang individu yang pernah melakukan kesilapan besar diberi tanggungjawab itu.

“Rakyat akan mempunyai persepsi Rahim akan mengikut arahan tanpa menggunakan kebijaksanaan dalam hal-hal sensitif.

“Sebagai contoh, apabila diarah selesaikan masalah Anwar Ibrahim, Rahim hilang pertimbangan sebagai seorang ketua polis negara yang sepatutnya menjunjung etika dan undang-undang,” katanya.

Johari berkata Rahim mungkin ada hubungan dengan pihak tertentu di Thailand yang boleh membantunya dalam usaha rundingan damai nanti, tetapi Ahli Parlimen Sungai Petani tidak percaya tiada orang lain yang lebih cemerlang.

Ulasan saya, sehingga kini tiga orang pemimpin PKR telah menyuarakan bantahan perlantikan Rahim Noor sebagai perunding di selatan Thailand iaitu Nurul Izzah, Johari Abdul dan Senator Yusmadi Yusof. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menganggap kenyataan Nurul Izzah sebagai pandangan peribadi.

Apa motif sebenar Dr Mahathir melantik Rahim Noor? Bekas pegawai kanan tentera tak layak ke? Oleh itu Dr Mahathir perlu jaga hati keluarga Anwar Ibrahim yang tersinggung dengan perlantikan tersebut. 

Monday, August 27, 2018

ROS LULUSKAN PERMOHONAN RAFIZI BERTANDING DALAM PEMILIHAN PKR

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Malaysia hari ini mengesahkan bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memohon pada 9 Julai pengecualian agar tidak hilang kelayakan bagi memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar di Malaysia.

Pendaftar Pertubuhan Masyati Abang Ibrahim dalam satu kenyataan berkata permohonan Rafizi itu diluluskan pada 20 Julai lepas.

”RoS mengesahkan bahawa kelulusan pengecualian hilang kelayakan yang terpakai kepada pemegang jawatan, penasihat dan pekerja pertubuhan berdaftar bagi Rafizi adalah berdasarkan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)," kata Masyati dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rafizi membuat permohonan demikian berikutan hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti.

Beliau bakal menentang penyandang jawatan berkenaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Sunday, August 26, 2018

BAYANGKAN ANWAR DAN MAHATHIR DAPAT BEKERJASAMA SEMULA

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- “Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak lagi menonjol sebagai pencetus perjuangan politik lantang seperti dulu, namun beliau tetap punya semangat membara untuk membawa pembaharuan kepada negara”.

Ini pandangan Mark Trowell, pengarang siri terakhir perbicaraan sodomi Anwar berjudul: “Anwar Returns, The Final Twist. The Prosecution and Release of Anwar Ibrahim.”

“Beliau (Anwar) memberi pujian kepada Mahathir (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) kerana berusaha keras untuk melakukan perubahan kepada negara dan kesediaan bekerjasama dengan beliau (Mahathir) jelas menunjukkan sejauh mana mereka sedia berjuang untuk Malaysia.

“Bayangkan bagaimana Anwar dan Mahathir dapat bekerjasama,” Trowell memberitahu Bernama dalam temu bual pada majlis pelancaran buku berkenaan di sini hari ini.

Trowell yang berasal dari Australia dan seorang peguam berkata buku itu ditulis untuk menerangkan kepada pembaca cara Anwar dilayani oleh sistem kehakiman jenayah dan konspirasi terakhir untuk menghapuskan pemimpin PKR itu dari arena politik.

Anwar baru saja dipilih sebagai Presiden PKR.

Trowell berkata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedar bahawa Anwar merupakan ancaman kepada kerajaan Barisan Nasional ketika itu dan beliau berusaha menghapuskan Anwar menerusi pendakwaan atas tuduhan sodomi (liwat).

Saturday, August 25, 2018

MPK DITERUSKAN KERANA MAJORITI MENTERI PH TIADA PENGALAMAN

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan khidmat Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) masih diperlukan kerana mereka mempunyai banyak pengalaman untuk menyelesaikan pelbagai isu penting.

Beliau berkata walaupun kerajaan mempunyai barisan Kabinet penuh tetapi ramai daripada anggotanya adalah baharu dan tiada berpengalaman untuk menyelesaikan sesuatu isu.

“Saya perlu mengakui Kabinet kami tiada pengalaman dan ramai yang baharu. Saya perlu bekerja dengan cepat dan saya perlukan seseorang yang berpengalaman untuk menyusun sesuatu tugas,.

“Menteri baharu tidak berapa tahu mengenai tanggungjawab dalam setiap kementerian. Mereka masih tercari-cari jalan dan mereka tidak boleh melakukan banyak siasatan,” katanya.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata demikian kepada Bernama, New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan Malaysia selepas merasmikan sesi town hall pertama parti berkenaan di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata MPK akan dikekalkan dan diketuai bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sementara peranan majlis itu akan diperbaharui.

Ditanya mengenai pelantikan Dr Muhammad Abdul Khalid sebagai penasihat ekonominya, Dr Mahathir berkata beliau (Muhammad) tidak berada dalam MPK tetapi sebaliknya berperanan sebagai penasihat ekonomi kepada beliau.

“Saya memerlukan analisis berterusan mengenai apa yang berlaku dalam ekonomi negara,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) melantik Muhammad sebagai Penasihat Ekonomi kepada Dr Mahathir berkuat kuasa 27 Ogos ini.

Muhammad kini merupakan pengarah urusan dan ketua pakar ekonomi firma DM Analytics Malaysia.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat di Institut Penyelidikan Khazanah, Suruhanjaya Sekuriti dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).

-- BERNAMA

Friday, August 24, 2018

DARELL TIDAK AKAN BIARKAN SABAH KETINGGALAN KE BELAKANG

KOTA KINABALU, 24 Ogos (Bernama) — Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Darell Leiking berkata, kementeriannya dan kementerian lain yang diketuai oleh pemimpin dari Sabah tidak akan membiarkan Sabah ketinggalan ke belakang berbanding negeri lain dari segi pembangunan termasuk membawa pelabur asing ke negeri ini.

Beliau berkata, satu pelaburan besar oleh sekumpulan pelabur asing akan melabur di Sabah tidak lama lagi dalam bidang kimia, komponen penting dalam menghasilkan plastik, yang berpotensi membuka 700 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

“Bagi MITI ia telah banyak berjumpa dengan pelabur berpotensi... kemungkinan pelaburan besar oleh pelabur asing ke Sabah. Ia akan mewujudkan sekurang-kurangnya 700 peluang pekerjaan

Bagaimanapun, kita tidak akan mengumumkannya, nama pelaburan berkenaan buat masa sekarang kerana kami perlu menyelesaikan beberapa perkara,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah,” Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini hari ini.

Leiking berkata, semasa lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China baru-baru ini, di mana beliau adalah antara menteri dalam delegasi berkenaan, beliau menemui beberapa pelabur berpotensi di China dan menjemput mereka untuk datang ke Sabah.

Mengenai isu bekalan infrastruktur asas seperti air dan elektrik di Sabah, beliau bersetuju isu berkenaan mungkin boleh mempengaruhi usaha membawa pelabur asing ke Sabah dan pelanggan lain jika ia tidak diselesaikan secepat mungkin.

Thursday, August 23, 2018

PAS GUNA MEDIA SOSIAL TARIK PENGUNDI KELUAR MENGUNDI

PETALING JAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Media sosial antara pendekatan yang akan digunakan oleh PAS untuk menggalakkan pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, 8 Sept ini.

Calon PAS bagi PRK itu, Dr Halimah Ali berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi supaya tidak menjadi seperti PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos lepas, yang peratusan keluar mengundi gagal mencecah 50 peratus.

Peratusan itu jauh lebih rendah daripada sasaran 80 peratus yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Sasaran kita (PAS) adalah pengundi di bawah umur 40 tahun kerana kira-kira 37 peratus pengundi terdiri daripada golongan tersebut," katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Kasih di Apartmen Seri Menanti di sini, hari ini.

Pada PRK DUN Seri Setia, Dr Halimah menghadapi pertandingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar.

Wednesday, August 22, 2018

TIADA KOMPLOT DALAM PKR GAGALKAN ANWAR JADI PM KELAPAN

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini sekali lagi menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang komplot dalam parti PKR untuk menggagalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri kelapan.

Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR turut menolak sebarang kemungkinan perbalahan dalam parti tersebut.

"Wujud komplot? Tiada...itu semua karut," katanya ketika ditanya sama ada wujud sebarang komplot untuk mengagalkan Anwar daripada menjadi perdana menteri.

Beliau ditemui pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Al-Falah, Taman Cempaka, Pandan di sini.

Isnin lepas anggota Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan mempersoalkan kesetiaan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap Anwar, yang juga ketua umum PKR.

Kesavan berkata beliau tidak yakin sama ada Azmin benar-benar mahu ketua umum PKR itu dilantik sebagai perdana menteri kelapan berikutan Azmin didakwa tidak menyatakan sokongannya terhadap Anwar, yang telah diumumkan menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu, untuk mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Dr Wan Azizah turut menafikan peraturan baharu PKR yang menghalang calon pemilihan parti itu daripada mengadakan ceramah dan membuat jamuan makan dengan kehadiran lebih 100 orang, hanya ditujukan kepada individu tertentu.

Beliau menegaskan peraturan itu terpakai untuk semua calon pemilihan parti demi keadilan untuk semua pihak.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan PKR memperkenalkan beberapa peraturan baharu yang ketat untuk calon pemilihan parti itu. Pemilihan PKR 2018 akan diadakan 14 Sept sehingga 13 Okt depan.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah yang juga anggota Parlimen Pandan meminta rakyat Malaysia supaya bersatu membantu kerajaan untuk terus membangunkan negara.

"Kita (Pakatan Harapan) dah menang. Kita nak mengisi kemenangan dengan kemerdekaan. Kita perlu menjadikan ia kerajaan yang berjaya selepas 61 tahun. Saya meminta semua rakyat Malaysia untuk bersatu dalam memastikan negara bergerak menuju hala yang betul," katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, August 21, 2018

ABDULLAH SANI MOHON MAAF KEPADA MAHATHIR

KLANG, 21 Ogos (Bernama) -- Anggota Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas kenyataannya yang mengaitkan Perdana Menteri dengan usaha menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kelapan.

Menurut calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu pihaknya telah menghantar surat permohonan maaf tersebut kepada pejabat Perdana Menteri kira-kira 9.40 pagi tadi.

"Setelah diberi nasihat, penjelasan dan arahan oleh Datuk Seri Anwar berhubung pelaksanaan peralihan kuasa menerusi panggilan telefon selama 41 minit semalam, dengan ini saya memohon maaf.

"Permohonan maaf itu dibuat atas keterlanjuran bicara saya dan semoga kebimbangan saya tentang usaha dan cubaan menggagalkan peralihan kuasa tersebut adalah perkara yang tidak benar," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Anggota Parlimen itu sebelum ini mendakwa Dr Mahathir dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin cuba menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri.

Monday, August 20, 2018

32 SENATOR BN LULUSKAN SST DEMI RAKYAT

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Barisan Nasional (BN) tidak menggunakan kuasa majoritinya di Dewan Negara untuk menggagalkan usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 September depan.

Beliau berkata walaupun sesetengah pihak berpendapat penggunaan kuasa majoriti itu baik bagi memberi bebanan kepada kerajaan, namun BN tidak berhasrat berbuat demikian.

Katanya, jika sebarang ‘impasse’ (kebuntuan) berlaku, kerajaan akan mengalami masalah akibat kutipan cukai tertangguh.

"Kita tiada masalah menyokong perkara baik untuk negara dan rakyat, walau usul dibawa oleh seteru kita seperti mana usul supaya PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) mendengar semula kes 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, sebagai pembangkang yang bertanggungjawab, BN akan mengutamakan kepentingan rakyat.

Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 diluluskan hari ini di Dewan Negara tanpa pindaan.

-- BERNAMA

Sunday, August 19, 2018

KALAU UMNO SUDAH TAK SESUAI DENGAN JIWA KHAIRY, LEBIH BAIK BELIAU MENYERTAI PKR




KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil yang mencadangkan beliau menyertai PKR dan DAP.

Menurut Khairy, Isham perlu menjelaskan alasan untuk beliau meninggalkan Umno.


“Kenapa perlu saya tinggalkan Umno, @IshamJalil? Saya nak bawa perubahan kepada Umno supaya tidak ikut pemikiran denial syndrome (sindrom penafian) macam saudara.

“Patut raikan perbezaan pendapat. (Tahun) 2021 tak lama.” katanya di laman Twitter hari ini.

Isham sebelum ini dalam kenyataannya menyarankan Khairy menyertai PKR atau DAP susulan kenyataannya yang ‘mengherdik’ kerjasama Umno-Pas di PRK Seri Setia.

Katanya, Khairy telah menunjukkan jiwa beliau bukanlah jiwa perjuangan Melayu dan Islam.

Ulasan saya, jika Khairy rasa Umno sudah tak sesuai dengan  jiwa beliau lebih baik beliau menyertai PKR yang berbilang kaum. Umno adalah parti Melayu yang memperjuangkan hak orang Melayu dan ia dianggap rasis oleh DAP.






Saturday, August 18, 2018

SISTEM E UNDI TELUS DAN BERINTEGRITI

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan sistem 'e-undi' yang akan dilaksanakan buat pertama kali pada pemilihan PKR kali ini telus dan berintegriti.

Beliau berkata sistem yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dengan bantuan pakar itu telah dibentangkan dalam semua struktur lapisan parti dan dijamin tidak akan berlaku manipulasi data ketika pelaksanaannya.

"JPP telah bekerja keras membina sistem ini dan ia telah mendapat kelulusan semua peringkat lapisan parti, jaminan kita ialah sistem ini telus dan berintegriti," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta pada program larian SSM BizRun 2018 di sini pagi ini.

Saifuddin berkata bagi pihak dalam parti sama ada calon bertanding atau anggota yang masih mempunyai kemusykilan mengenai sistem ini boleh berjumpa sendiri dengan JPP berbanding mempertikaikannya di luar parti.

"Saya suka menasihatkan kalau ada lagi nak bertanya bagaimana sistem ini dikendalikan, jalan yang paling baik ialah tanya pada JPP.

Friday, August 17, 2018

MELANTIK AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG SEBAGAI PENGERUSI PAC SATU PERUBAHAN DALAM MASA 100 HARI

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Genap 100 hari Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran kerajaan, tanpa membuang masa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membentangkan perkembangan mengenai Janji 100 Hari PH yang menjadi manifesto parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dr Mahathir berkata kerajaan tidak berlengah untuk melunaskan janji utama namun, walaupun telah berjaya mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei lalu tanpa pertumpahan darah ataupun pertembungan antara rakyat dengan pihak berkuasa seperti yang berlaku di serata dunia, PH menghadapi kekangan kerana kerosakan yang dilakukan kerajaan terdahulu lebih buruk daripada yang dijangkakan.

Jelasnya, jabatan kerajaan dipergunakan kerajaan terdahulu untuk membuat kerja-kerja parti mereka dan bukannya melaksanakan pentadbiran negara dengan baik.

"Beban yang besar yang ditinggal oleh pemerintah dahulu ialah hutang bertrilion ringgit, untuk membayar faedah sahaja boleh jadi kita muflis. Apatah lagi dengan bayaran hutang pokok.

"Kalau hendak cerita tentang kesalahan pemerintah dahulu, masa berhari-hari diperlukan. Oleh itu kita akan tumpukan kepada tindakan memenuhi janji dalam manifesto kita," katanya menerusi Perutusan Perdana Menteri sempena 100 hari pentadbiran kerajaan PH yang disiarkan secara langsung penyiar tempatan.

Menurut perdana menteri paling berusia di dunia itu, kerajaan PH memulakan proses menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan membawa kembali Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang kini dalam proses kelulusan Parlimen. Pada masa yang sama, katanya, kerajaan juga memulakan proses untuk menunaikan janji-janji yang lain, iaitu:

- Harga petrol biasa dikekalkan melainkan RON97 yang kurang diguna;

- Caruman Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah bermula pada 15 Ogos 2018;

- Kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing telah dimulakan;

- Pelaksanaan projek kereta api laju High Speed Rail (MyHSR) telah ditangguhkan pada 30 Mei 2018;

- Pelaksanaan Mass Rapid Transit (MRT) Fasa 3 dibatalkan pada 30 Mei 2018;

- Projek kereta api East Coast Rail Link (ECRL) telah ditangguhkan pelaksanaannya pada 3 Jun 2018;

- Projek Multi Product Pipeline (MPP) dan Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) telah ditangguhkan pada 5 Julai 2018;

- Menyamaratakan gaji minimum di seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum beransur-ansur dalam masa lima tahun telah bermula;

- Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40. Memorandum Jemaah Menteri berkaitan perkara ini sedang disediakan;

- Suruhanjaya Siasatan Diraja 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Felda, MARA dan Tabung Haji tidak dilaksanakan kerana siasatan pelbagai agensi sedang dijalankan dan mahkamah akan tentukan keputusan kes;

- Siasatan ke atas 1MDB oleh Pasukan Khas telah dimulakan sejak 21 Mei 2018;

- Siasatan ke atas FELDA, MARA dan Tabung Haji juga telah dimulakan;

- Kepimpinan 1MDB telah dirombak sejak 28 Jun 2018;

- Kepimpinan Felda dan Tabung Haji telah dirombak sejak 14 Mei 2018;

- Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 telah dipersetujui dan akan dibentuk;

- Berkaitan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pemansuhan senarai hitam telah bermula pada 24 Mei 2018 hingga 8 Jun; 2018 melibatkan seramai 429,945 peminjam;

- Selain itu, jumlah pelajar cemerlang yang diberi diskaun atau lupus hutang sehingga 31 Mei 2018 ialah seramai 51,272 peminjam melibatkan amaun sebanyak RM1.56 bilion;

- Dalam usaha menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda terdapat tiga mekanisma yang dikenal pasti iaitu:

a) insentif pelupusan sebahagian hutang tanam semula yang ekstrem melalui penyediaan dana sebanyak RM300 juta untuk lima tahun;

b) pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang bersama sistem Felda melibatkan 90,418 peneroka dengan kos sebanyak RM452 juta;

c) insentif pelupusan sebahagian baki pinjaman saham Felda Global Ventures (FGV) melibatkan 77,972 peneroka dengan kos sebanyak RM103 juta.

Selain itu, perdana menteri berkata antara lain kerajaan berjaya menyelesaikan masalah kerakyatan kaum India dan kaum lain yang memegang kad pengenalan merah berumur 60 ke atas dan setakat ini, hampir 3,500 kaum India akan diberi kad pengenalan biru.

"Selain daripada janji manifesto dalam tempoh 100 hari, beberapa perkara lain yang dicapai memperlihatkan pendekatan yang holistik atau lebih menyeluruh yang telah dilaksanakan, antara lain, pelantikan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang merupakan anggota Parlimen pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan mengeluarkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB daripada Akta Rahsia Rasmi.

"Ini memperlihatkan kesediaan parti pemerintah diteliti oleh pembangkang," katanya.

Kerajaan PH juga mengamalkan pendekatan kerajaan terbuka dan tidak akan menyembunyikan laporan jenayah oleh sesiapa, termasuk anggota kabinet, katanya.

Dalam usaha mereformasikan institusi-institusi yang menjadi tunggak negara, Dr Mahathir berkata satu jawatankuasa telah ditubuhkan dan setakat ini hampir 300 cadangan yang diusulkan oleh jawatankuasa itu telah diterima.

"Kami juga telah berjaya mendapatkan pengampunan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang telah kami janjikan.

"Badan-badan pencegah rasuah dan integriti negara telah diperkukuhkan dan semua anggota kerajaan dan wakil rakyat perlu mengisytiharkan harta," katanya, dan menambah kerajaan juga komited untuk dikenali sebagai sebuah negara yang berintegriti dan bukannya kerana rasuah dan telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan untuk tujuan itu.

Sebelum mengakhiri perutusannya, Dr Mahathir berkata pegangan kerajaan hari ini adalah berdasarkan kehendak rakyat supaya 'Rule of Law' atau pemerintahan mengikut undang-undang dikuatkuasakan.

"Semua yang telah saya nyatakan bukanlah untuk mempertahankan kerajaan baharu ini tetapi menjurus kepada berkongsi dengan rakyat apakah yang telah kami usahakan sejak 9 Mei tahun ini. Walaupun ramai pemimpin kerajaan hari ini tidak mempunyai pengalaman mentadbir tetapi dalam tempoh 100 hari mereka telah berjaya menunai janji dan memperlihatkan keupayaan mentadbir.

"Sebagai manusia biasa, kami tidak dapat elak dari melakukan kesalahan.

Kami rela ditegur dan kami tidak akan bertindak kasar terhadap mereka yang menegur," tegasnya.

-- BERNAMA

Thursday, August 16, 2018

KHIDMAT DAIM MASIH DIPERLUKAN KATA MAHATHIR

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak akan dibubarkan lagi kerana khidmatnya masih diperlukan.

"Tidak. Ia tidak akan (dibubarkan). Mereka sangka sudah sampai tempohnya untuk dibubar tetapi saya belum buat keputusan.

"Saya tak pernah cakap tempoh CEP adalah 100 hari, saya masih perlukan khidmat mereka," beliau memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), salah sebuah hospital pakar swasta di sini yang mengkhusus rawatan jantung dan vaskular, hari ini.

Dr Mahathir, bagaimanapun berkata beliau kurang pasti berapa lama lagi khidmat CEP diperlukan untuk membantu kerajaan.

"Saya tidak tahu (berapa lama lagi CEP akan wujud), saya fikir mungkin sehingga semua masalah selesai. Saya sendiri tak mampu melakukan tugas yang dilakukan mereka," kata beliau.

CEP ditubuhkan pada 12 Mei oleh Dr Mahathir untuk menjadi penasihat ekonomi, kewangan dan hal-hal lain. Ketika ditubuhkan dahulu, banyak laporan menyebut ia ditubuhkan untuk tempoh 100 hari sahaja.

Lima pakar terkemuka yang menganggotai majlis itu ialah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican; tokoh korporat, Tan Sri Robert Kuok dan ahli ekonomi terkemuka negara, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

Terdapat dua jawankuasa di bawah pengawasan CEP iaitu Jawatankuasa Reformasi Institusi dan jawatankuasa menyiasat skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) .

-- BERNAMA

Wednesday, August 15, 2018

MAHATHIR BERI AMARAN KEPADA LIM GUAN ENG DAN AZMIN ALI, GO OUT JIKA DIDAPATI LAKUKAN RASUAH

PUTRAJAYA, 15 Ogos (Bernama) -- "Go out,” (pergi) demikian amaran keras Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pemimpin dan pegawai kerajaan jika didapati melakukan rasuah.

Berucap di hadapan kira-kira 3,500 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan menteri-menteri kabinet yang menghadiri sesi Town Hall Bersama PTD di sini hari ini, Dr Mahathir memberi amaran bahawa beliau tidak berkompromi dalam isu rasuah.

"Tiada belas kasihan, tiada pertimbangan dan kesalahan tidak akan ditutup," katanya.

Beliau berkata pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri perlu memberi teladan yang baik untuk menentang isu rasuah termasuk mengisytiharkan harta.

Ulasan saya, jika Dr Mahathir serius mahu hapuskan rasuah beliau kena arahkan SPRM bersihkan nama menteri menterinya terlebih dahulu seperti Lim Guan Eng dan Azmin Ali terlebih dahulu.

Apabila mahkamah mendapati mereka tidak bersalah, barulah mereka dapat memegang semula jawatan mereka. Sudah 100 hari PH memerintah, apa  yang berlaku kepada kes Lim Guan Eng (yang sudah dibicarakan di mahkamah) dan Azmin Ali (yang disiasat SPRM).

Tuesday, August 14, 2018

PEMBANTU MAT SABU CEMARI USIA 100 HARI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang pembantu politik seorang Menteri berhubung dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan masalah hutang serta dikeluarkan daripada status muflis.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

“Ya, saya sahkan, beliau bukanlah pegawai kanan kepada Menteri sebaliknya merupakan pembantu politik kepada menteri berkenaan.

Ketika ini, SPRM sedang menyiasat kes berkenaan dan berilah ruang kepada kami untuk lengkapkan siasatan,” katanya ringkas.

Monday, August 13, 2018

DAH TAHU KENA BAYAR PAMPASAN RM400 BILLION KENAPA MASUKKAN JANJI HAPUSKAN TOL KALAU PH MENANG?

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan membuat keputusan berkaitan isu menghapuskan kutipan tol apabila keadaan ekonomi negara kembali stabil, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata tindakan menghapuskan tol akan menyebabkan kerajaan perlu membayar pampasan dianggarkan bernilai RM400 billion kepada syarikat-syarikat konsesi tol.

"Untuk makluman, kerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin menunaikan janji dalam buku PH termasuk cadangan menghapuskan tol.

“Namun begitu kerajaan mengakui bukan mudah untuk laksanakannya akibat tekanan kewangan semasa, sehubungan itu kita tangguh dahulu cadangan (hapuskan tol) sehingga ekonomi negara benar-benar stabil dan mengizinkan," katanya.

Baru menjawab soalan Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang mahu menteri itu menyatakan senarai terkini tol-tol yang akan dihapuskan untuk meringankan beban rakyat dan tempoh jangkaan ia akan dilaksanakan.

Baru turut menegaskan penghapusan tol tidak termasuk dalam janji 100 hari kerajaan PH sambil menyatakan kerajaan melalui Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara akan mencari langkah lain yang lebih praktikal untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat negara ini.

Ulasan saya, jika dah tahu kerajaan kena bayar pampasan sebanyak RM400 billion, maka PH tak perlu masukkan hapuskan tol dalam manifesto PH.

Apabila menghapuskan tol dimasukkan dalam manifesto, maka rakyat terpengaruh dengan manifesto tersebut dan lantas mendorong mereka undi PH dalam PRU lalu. Apabila PH menang, PH tidak hapuskan tol, maka rakyat rasa tertipu dengan PH.


Sunday, August 12, 2018

ZURAIDA TIDAK LAYAN KEPIMPINANNYA TIDAK EFEKTIF



KOTA KINABALU, 12 Ogos (Bernama) -- Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin tidak mahu terlibat dalam “perang mulut” dengan calon-calon PKR pada pemilihan parti akan datang, terutama berhubung kenyataan bahawa beliau dianggap “tidak efektif” sebagai ketua sayap wanita parti.


Ketika ditanya oleh pemberita tentang bagaimana perasaannya dituduh kepimpinannya tidak efektif, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata beliau percaya mereka yang menuduhnya adalah mereka yang akan bertanding pada pemilihan parti dan mereka masih “mentah dan tidak menyerlah”

“Oleh itu, saya tidak mahu melayan kenyataan seperti ini.

“Ia tidak penting (kenyataan mengenai kepimpinan Zuraida) kerana apa yang perlu kita lakukan ialah membangunkan dan mengukuhkan parti seperti yang kita lakukan hari ini dalam mengukuhkan kerajaan baharu dan memastikan kita bekerja keras dan kerajaan berjaya memenuhi manifestonya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mengenai masalah setinggan di bandar, di sini hari ini.

Saturday, August 11, 2018

LEBIH BAIK ANWAR BERTANDING DI PRK SIPITANG JIKA YAMANI TAK ANGKAT SUMPAH

SIPITANG, 11 Ogos (Bernama) -- Anggota Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa digesa mengosongkan kerusi Parlimen itu jika tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Dalam gesaannya, Anggota Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata sejak Pilihan Raya Umum ke-14 kira-kira tiga bulan lalu hingga sekarang, Yamani Hafez gagal “munculkan diri” dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang memilihnya.

“… jadi sia-sialah rakyat yang telah memilih beliau sebagai Anggota Parlimen Sipitang,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata Yamani Hafez perlu meletak jawatan bagi memberi laluan kepada rakyat memilih wakil baharu yang dapat mendengar serta membantu menyelesaikan masalah mereka.

“Kita tahu dia dilahirkan dalam keluarga berada dan tidak biasa masuk kampung, mungkin sebab itulah (beliau) rasa tidak perlu turun padang,” katanya.

Ulasan saya, jika Yamani tidak pulang dalam tempoh yang terdekat, maka PRK Sipitang tidak dapat dielakkan.

Sekarang ini heboh PKR nak beri beri laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk parlimen. Maka lebih baik Anwar  bertanding di PRK Sipitang mewakili Pakatan Harapan. Maka Parti Warisan kena beri laluan kepada PKR untuk bertanding di Sabah bagi membolehkan Anwar menyertai parlimen.

Soal Anwar bukan orang Sabah tidak timbul kerana Anwar popular malah orang Sabah mengenalinya kerana sebagai calon parlimen beliau boleh bertanding di seluruh negara seperti mana Lim Kit Siang berpindah randah dari Melaka ke Pulau Pinang dan ke Johor.

Rakyat akan marah jika ahli parlimen Selayang atau ahli parlimen Sungai Petani mengosongkan kerusi untuk Anwar, sebaliknya jika PRK Sipitang diadakan kerana keengganan Yamani angkat sumpah maka rakyat tak marah kepada Anwar.

Oleh itu fikir fikirkanlah Anwar jika cadangan ini direstui oleh Datuk Seri Shafie Apdal.

Friday, August 10, 2018

PENGUNDI BALAKONG TETAP TOLAK MCA WALAUPUN GUNA LAMBANG MCA

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- MCA akan menggunakan lambangnya sendiri pada pilihan raya kecil Balakong, 8 Sept ini, kata presiden partinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata keputusan itu, dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat di sini hari ini, yang disokong oleh anggota akar umbinya dan ia selari dengan matlamat parti untuk membawa pembaharuan dan penyesuaian dengan landskap baru politik kini.

“Kami membuat keputusan akan mengguna logo sendiri pada pilihan raya kecil ini.

“MCA akan mengambil pendirian politik yang baru untuk menghadapi pengundi dan membuang keseluruhan cara politik lamanya, untuk berdiri sendiri.” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat di Wisma MCA di sini.

“Ini akan menjadi kali pertama dalam sejarah 44 tahun dalam Barisan Nasional, parti tidak menggunakan lambang dacing berwarna biru dan putih untuk bertanding.

Bagaimanapun, Liow menafikan bahawa MCA bertindak menjauhi gabungan itu dan meninggalkan parti berkenaan, dan menambah bahawa parti komponen itu sepatutnya sekarang ini berusaha untuk melakukan pembaharuan dan mengukuhkan lagi dalaman parti.

“Kita antara peneraju, kita tidak akan meninggalkan sesiapa,” katanya.

Ulasan saya, pengundi Balakong sudah tolak MCA. Menggunakan lambang MCA tidak bermakna pengundi Cina akan menolak calon DAP. Oleh itu MCA tidak payah buang masa bertanding dalam PRK Balakong.

Apabila MCA bertanding menggunakan lambang sendiri ini bermakna para pemimpin BN yang lain tak perlu turun berkempen.

Thursday, August 9, 2018

NGO BIDAS KENYATAAN ANNUAR MUSA



PETALING JAYA: NGO pro Barisan Nasional (BN) hari ini membidas kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang mengingatkan parti itu supaya tidak membuang masa mempertahankan Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin berkata jika Umno benar-benar mahu bangun dan menawan kembali Putrajaya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), mereka tidak boleh memingirkan Najib kerana parti itu akan dihukum Orang Melayu.

“Jika Umno menganggap perjuangan Datuk Seri Najib di mahkamah adalah perjuangan peribadi yang berhempas pulas seorang diri, Umno akan ditolak oleh orang Melayu sebagai parti yang tiada prinsip dengan perjuangan tanpa ‘substance’.

“Anda tidak boleh menanggalkan kasih sayang di hati insan, kerana setiap insan ada jiwa yang hidup. Jiwa insan inilah yang menghidupkan Umno.

“Empirical Malaysia dengan ini menolak sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Annuar bahawa Umno akan meneruskan perjuangannya dengan meninggalkan Najib sebagai beban yang tidak akan dipikul oleh Umno,” katanya kepada sebuah berita portal.

Beliau berkata kenyataan Annuar tidak layak dan bukan mewakili suara akar umbi Umno walaupun beliau sebagai setiausaha agung.

Katanya, perjuangan Umno sebati dengan jiwa orang Melayu yang menolak sikap membenci orang lain apabila tidak lagi berkuasa.

Sebelum ini, Annuar menyifatkan Najib yang kini berdepan 7 pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram sebagai “beban” yang tidak lagi boleh dipikul Umno.

“Kami perlu teruskan perjalanan ini. Kami tidak akan tunggu. Kami tidak akan bazirkan masa mempertahankan Najib.

“Kami dalam Umno tidak boleh bawa beban ini selamanya. Perlu diputuskan. Jika ini semua tanggungjawab beliau (Najib),” katanya memetik laporan media.

Mengulas lanjut, Anina berkata Umno tidak akan bangkit semula dengan memingirkan Najib yang menjadi mangsa penganiayaan.

“Tujuh pertuduhan ke atas Najib bukan hukuman bersalah ke atas dirinya. Ianya semata-mata perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang terpaksa diteruskan dalam usahanya untuk memadam jejak tipu muslihatnya dalam menjatuhkan Najib.

“Dr Mahathir menyangkakan orang Islam dan Melayu akan mengorbankan seorang insan bernama Najib demi ‘survival’ bangsa Melayu dengan menyokong PPBM yang hari ini lemas dan kuasa perdana menteri berada di halkumnya,” katanya.

Anina berkata majoriti ahli Umno masih bersama Najib kerana dasar kepimpinan yang ditunjukkannya.

Wednesday, August 8, 2018

PH JANJI HAPUSKAN CUKAI EKSAIS KERETA BUKAN WUJUDKAN KERETA NASIONAL KETIGA



KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli menegaskan Pakatan Harapan telah berjanji menghapuskan cukai eksais bagi menurunkan harga kereta, bukan berusaha mewujudkan perusahaan kereta nasional ketiga.

Naib presiden PKR berkata, sejak Buku Jingga ditulis dalam tahun 2010, komitmen menghapuskan duti eksais kereta, yang dilihat mereka sangat membebankan, tidak pernah berubah.

“Platform dasar yang mahu menghapuskan cukai eksais demi menurunkan harga kereta ini tidak pernah berubah selepas Pakatan Harapan ditubuhkan.

“Tidak ada mana-mana bahagian di dalam kempen Pakatan Harapan atau manifesto Pakatan Harapan yang menyelitkan usaha mewujudkan perusahaan kereta nasional yang ketiga,” katanya.

Buku Jingga dipersetujui oleh Pakatan Rakyat, pendahulu Pakatan Harapan, antara PKR, DAP dan PAS.

Tempat PAS kemudian diganti oleh serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam gabungan baru.

Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof, kelmarin berkata, kerajaan sedia melancarkan “projek kereta nasional 3.0” menjelang 2020 seperti dibayangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Redzuan berkata kerajaan percaya langkah itu akan mencergaskan kembali industri automotif negara dan berpotensi besar.

Dalam kenyataan hari ini, Rafizi menegaskan, cukai eksais banyak dikaitkan dengan usaha melindungi kereta-kereta nasional yang akhirnya menyebabkan harga kereta lebih mahal berbanding negara-negara lain.

Beliau justeru membangkitkan sama ada idea untuk menubuhkan perusahaan kereta nasional yang ketiga akan mendatangkan kesan kewangan yang besar kepada rakyat.

Berikut tiga persoalan yang dibangkitkan Rafizi:
-Berapa pelaburan yang perlu dibuat menggunakan dana awam?
-Badan kerajaan mana yang akan mengambil tanggungjawab melaksanakan projek ini?
-Adakah kerajaan berhasrat menghapuskan cukai eksais untuk mengurangkan harga kereta, apabila kereta nasional ketiga dilancarkan?

Sunday, August 5, 2018

KHALID ABDULLAH DALAM KENANGAN

KUALA TERENGGANU: Semalam wartawan RTM, Khalid Abdullah meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini kerana sakit usus. Takziah kepada keluarga beliau.

Saya kenali arwah ketika beliau menjadi stringer akhbar Watan di Bandar Muazam, Shah, Pahang pada taun 1987. Ketika itu saya bertugas dengan Watan Kumpulan Karangkraf yang dikendalikan oleh Mohd Khairune Ali. Ketika itu arwah banyak menghantar berita politik dari Rompin yang melibatkan arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang masih menjadi ketua pemuda Umno Bahagian Pekan ketika itu.

Beliau amat rapat dengan arwah JJ dan ahli parlimen Rompin sekarang, Datuk Seri Hassan Ariffin. Apabila saya bekerja dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu pada tahun 1997, arwah Khalid menegur saya.

Saya yang lupa baru teringat bahawa Khalid yang sudah bekerja dengan RTM adalah bekas stringer akhbar Watan. Kami amat rapat selepas itu kerana kebetulan pula beliau adalah  waris bekas isteri saya, arwah Noriah Che Ngah yang berasal dari Beladau Kolam, Kuala Terengganu.

Kali terakhir saya menemui beliau pada 15 Disember 2017 di Hotel Primula di majlis malam media EPIC. Pada malam tersebut beliau menang hadiah wartawan terbaik. Kebetulan kami duduk semeja manakala anak tiri saya, Farah Fauzi dj radio Terengganu FM duduk di meja sebelah.

Arwah Khalid adalah seorang rakan yang baik. Walaupun kami duduk berjauhan ( saya di Semenyih, Selangor dan beliau di Kuala Terengganu) tetapi kami sering berhubung melalui whatsapp. Sudah tentu kematian beliau saya rasa kehilangan yang amat besar apatah lagi beliau bukanlah orang yang sombong.

Saturday, August 4, 2018

MENGURANGKAN MAJORITI PKR SEBANYAK 6,638 UNDI SATU KEJAYAAN BESAR BN

SHAH ALAM: Mengurangkan majoriti PKR sebanyak 6,638 undi dalam masa tiga bulan selepas PRU lalu adalah satu kejayaan besar BN dalam PRK Sungai Kandis semalam.

Pada Mei lalu, calon PKR, arwah Mat Shuhaimi Shafiei menang dengan majoriti 12,480 undi sedangkan semalam calon PKR,Mohd Zawawi Ahmad Mughni menang dengan majoriti 5,842 undi.

Ini bermakna PKR hilang separuh majoriti dalam tempoh tiga bulan. Ia adalah satu amaran kepada PKR yang gagal menunaikan janji yang tercatat dalam manifesto dalam masa 88 hari.

Semalam calon PKR mendapat 15,427 undi manakala calon BN, Datuk Lokman Noor Adam mendapat 9,585 undi manakala calon Bebas, Murthy Krishnasamy mendapat 67 undi.

Lokman kekurangan undi sebanyak 1,933 undi daripada undi yang dipungut calon PRU lalu,Datuk Kamaruzzaman Johari yang mendapat 11,518 undi.

Adakah seramai 1,933 orang ini tidak keluar mengundi kerana sabotaj Lokman yang dianggap sebagai orang luar? Sepanjang PRK berlangsung, tidak nampak kenyataan Ketua Umno Bahagian Kota Raja menyokong Lokman sebagai calon BN.

Lokman walaupun terkenal di seluruh negara gagal memikat pengundi Sungai Kandis kerana beliau bukan anak tempatan sedangkan Mohd Zawawi berasal dari dalam DUN tersebut.

PKR kehilangan 8,571 undi dalam tenpoh tiga bulan agak memeranjatkan. Arwah Mat Shuhaimi mendapat 23,998 undi manakala Mohd Zawawi hanya mendapat 15,427 undi.

Apa yang tak kena dengan PKR yang hilang undi yang begitu banyak? Adakah mereka kecewa dengan PH yang tidak menunaikan janji?

Nampaknya pakatan BN-PAS di Sungai Kandis tidak menjadi. Jika benar mereka berpakat, sudah tentu Lokman mendapat 19,091 undi mengalahkan calon PKR dengan majoriti 3,664 undi tetapi sifir ini tidak menjadi kerana PAS pun tidak bertegas menyuruh ahli ahlinya mengundi BN.

Mereka bebas mengundi sesiapa sahaja dan ramai yang tak keluar mengundi apabila PAS tidak meletakkan calon. Dalam sejarah PRK, peratus keluar mengundi di DUN Sungai Kandis yang paling rendah dalam sejarah PRK (49 peratus).

Walaupun satu undi, PKR tetap menang tetapi kemampuan calon BN mengurangkan majoriti PKR lebih dari separuh amat mengkagumkan. Syabas Lokman. Semoga beliau terus beri perkhidmatan kepada rakyat Sungai Kandis walaupun tidak menjadi YB untuk persediaan menghadapi PRU akan datang. Jika beliau berterusan komited kepada pengundi Sungai Kandis, tidak mustahil lima tahun lagi beliau dapat menawan DUN Sungai Kandis.

Wednesday, August 1, 2018

RATING TERTINGGI BAGI BULAN JULAI 2018

Rating tertinggi bagi Julai 2018 bagi blog ini dirangkul oleh posting " Fatah lebih layak dari Sumali jadi Setiausaha Kerja UMNO" yang disiarkan dalam blog ini pada 7 Julai lalu.

10 rating tertinggi bagi Julai 2018 adalah seperti berikut:-

1. Fatah lebih layak dari Sumali jadi Setiausaha Kerja Umno (7 Julai) - 204 hits
2. Wanita PKR mahu Azmin lawan Anwar? (18 Julai)
3. Zam sudah tentu tak suka guru tahfiz jadi calon PKR Sungai Kandis (20 Julai)
4. Raja Bahrin wakili Terengganu dalam kabinet? (16 Julai)
5. Wan Azizah cadang Anwar jadi Speaker Dewan Rakyat? (11 Julai)
6. Pengund PAS undi PKR walaupun calon itu tidak sokong RUU355? (26 Julai)
7. PM tidak puas hati dengan kehadiran menteri di sidang parlimen (23 Julai)
8. Dapatkah Lokman kurangkan majoriti PKR? (21 Julai)
9. BN tak perlu masuk PRK Sungai Kandis (8 Julai)
10. Puad Zakarshi tak perlu cakap banyak (19 Julai)