Tuesday, April 4, 2017

KEKALKAH IR ROSLI DI KEMASIK?

KEMAMAN: Ir Rosli Othman sudah dua penggal menjadi ADUN Kemasik menggantikan Datuk Abu Bakar Ali. Beliau adalah jurutera pertama yang menjadi YB di negeri terengganu yang ada IR. ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar pun seorang jurutera tetapi tidak ada IR.

Kekalkah Ir Rosli sebagai calon Kemasik pada PRU14? Ramai yang bersungut IR Rosli banyak kepentingan dalam projek kelas F dalam DUN kemasik. Ia sudah jadi sebutan orang ramai. Kata mereka, projek kecil pun YB nak juga.

Semua orang ingat kes SPRM beliau sebelum PRU13. Tetapi Menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said yang menyelamatkan beliau sehingga dipilih sebagai calon buat penggal kedua. Sejarah kenaikan Ir rosli dalam politik agak baru.

Beliau adalah ketua Umno Cawangan Bukit Tekukur. Tak pernah tanding pun ahli jawatankuasa Umno Bahagian. Dalam mesyuarat perhubungan Umno Terengganu sebelum PRU 2008, Ahmad Said kata di Kemaman ada IR jadi ketua cawangan jika menteri besar, Datuk Seri idris jusoh ketika itu mahu menonjolkan golongan profesional sebagai calon.

Idris hubungi kawannya di Kemaman yang ada jawatan dalam Umno Bahagian Kemaman tanya yang mana satu Ir Rosli. kebetulan Idris pergi ke Kemaman selepas mesyuarat perhubungan, kawannya pun memperkenalkan Ir Rosli kepada Idris. idris menyuruh Ir Rosli hantar resume kepadanya. idris beri resume itu kepada setiausaha sulit kanannya, Osman Muda.

Pada masa yang sama Ahmad Said menyerahkan resume Mohd Fadilah,  juga seorang jurutera sebagai calon Kemasek kepada Datuk Rosol Wahid sebagai Setiausaha Umno Perhubungan.

Pada hari pengumuman calon di Seri Iman, Idris mengumumkan nama Fadilah sebagai calon kemasek menggantikan Abu Bakar Ali. Abu Bakar yang turut hadir dengan kawan Idris di majlis tersebut  terkejut dengan pengumuman itu. Mereka pun temui Idris kenapa umum nama lain. Idris panggil Rosol dan Rosol kata resume ini yang ada padanya  yang diberi oleh ketua bahagian.

Idris panggil SUSKnya Osman Muda. Osman kata resume ir Rosli ada dalam laci di ofisnya. Dia ingatkan resume untuk disimpan. Maka Idris suruh osman ambil resume itu dan gantikan nama Fadilah dengan nama Ir Rosli Rezeki Ir Rosli jadi YB.

Itu cerita 2008. Bagaimana nasib Ir Rosli pada PRU kali ini. Jika Ir Rosli digugurkan sebagai calon.  tiga nama disebut sebut akan dipilih sebagai calon ialah pegawai khas timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri, Haji Mustafa  Abdul Rahman. Beliau juga pegawai seranta EPIC dan pernah menjadi pegawai tugas tugas khas kepada menteri Komunikasi da Multi Media.

Turut disebut sebagai calon ialah seorang kontraktor yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno bahagian Kemaman, Ahmad Mizani Mohamad
dan seorang ahli perniagaan Halizi Abu Bakar. Kita tunggu PRU14 sama ada ir Rosli kekal atau tidak sebagai calon BN bagi DUN kemasik.

No comments:

Post a Comment