Monday, January 16, 2017

PAS MAHU KERJASAMA DENGAN MAHATHIR YANG TOLAK RUU355?

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Gabungan antara PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya akan berlaku sekiranya tiada sebarang syarat yang ditetapkan parti itu kepada PPBM terutama dalam menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan, demikian menurut seorang ahli akademik.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata ini kerana sehingga kini, PAS kekal dengan pendirian mereka bahawa untuk PPBM bekerjasama dengan mereka, parti itu terlebih dahulu perlu mengorbankan 'hubungan' mereka dengan Pakatan Harapan khususnya DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Persoalannya, adakah PPBM bersedia untuk melakukannya? Dan, siapakah sebenarnya yang sanggup berkorban untuk kepentingan gagasan pembangkang?" kata pensyarah sosiologi politik itu kepada Bernama.

Ulasan saya, Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi PPBM jelas menolak RUU355 yang mahu dibentangkan oleh ahli parlimen Marang, Haji Hadi Awang. Adakah PAS sanggup bekerjasama dengan penentang RUU355? Janganlah PAS buat kesilapan lagi kali ini. Dahulu bekerjasama dengan DAP kini mahu bekerjasama dengan PPBM pula.

No comments:

Post a Comment