Tuesday, January 24, 2017

ZAHIDI CADANGKAN BIROKRASI LONGGAR UNTUK ELAK RASUAH

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Datuk Zahidi Zainul Abidin menyarankan agensi-agensi kerajaan supaya tidak mengamalkan birokrasi ketat yang dikhuatiri boleh menjurus kepada berlakunya perbuatan rasuah.

Beliau berkata prosedur permohonan dan kelulusan projek yang ketat, misalnya, menyebabkan sesetengah syarikat 'terdesak' sehingga mendorong mereka untuk mengamalkan rasuah sebagai jalan pintas.

"Ini secara tidak langsung menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan kerana ia (kerajaan) dilihat melaksanakan birokrasi yang tampaknya menyusahkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Risda di ibu pejabat Risda di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment