Friday, December 21, 2018

UMNO AKAN BERI LEBIH KUASA KEPADA PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- UMNO akan menyusun dan menstruktur semula operasi parti itu dalam usaha memperkasakannya kembali selepas menghadapi pelbagai tekanan termasuk sebilangan pemimpinnya meninggalkan parti.

Dalam hala tuju baharu parti itu, pemangku jawatan presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata antara perubahan yang bakal dilakukan adalah memberikan lebih kuasa kepada pentadbiran UMNO negeri untuk merangka strategi di negeri masing-masing.

"Tidak ada rasa kekitaan dan juga rasa pemilikan daripada UMNO negeri, semuanya diserahkan kepada ibu pejabat. Oleh itu kita buat supaya ketua perhubungan negeri dan bahagian akan bersama-sama mengatur strategi bagi memenangi pilihan raya umum ke-15 akan datang.

"Ini akan dilakukan oleh satu jawatankuasa untuk melihat bagaimana kita boleh memberi kuasa yang lebih banyak kepada negeri-negeri - tidak berpusat di ibu pejabat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, di sini, hari ini.

Beliau berkata pada masa yg sama UMNO bersetuju memberikan autonomi penuh kepada UMNO Sabah bagi mengatur strategi untuk bangkit semula setelah beberapa pemimpin parti di negeri itu bertindak meninggalkan UMNO.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata parti itu akan menjadi jurucakap kepada rakyat dalam memperjuangkan nasib mereka selain bertekad menjadi pembangkang yang berkaliber dan efektif di Parlimen.

Mengenai pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands yang akan diadakan pada 26 Jan depan, Mohamad yang juga pemangku Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata satu mesyuarat BN akan diadakan pada masa terdekat bagi menetapkan calon yang bakal bertanding pada PRK itu.

Mesyuarat turut bersetuju memilih Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Menteri Besar Pahang menjadi pengarah PRK bagi parti itu manakala Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri akan mengatur strategi dan program bagi jentera pilihan raya berkenaan.

-- BERNAMA

1 comment:

  1. Adakah anda memerlukan apa-apa jenis pinjaman jika ya kontrak saya Encik Anthony yang membantu saya dengan pinjaman hanya beberapa minggu lalu, saya hanya perlu berkongsi ini di seluruh dunia untuk memberitahu orang ramai bahawa masih ada orang yang baik dipanaskan di dunia hari ini. Saya benar-benar kehilangan wang untuk penipu dalam talian semua kerana saya terdesak untuk pinjaman. Sehingga saya melihat komen tentang dia, menghubungi beliau bukan kesilapan tetapi impian datang untuk saya. Sekarang saya seorang lelaki bahagia dengan keluarga saya. Hubungi dia jika anda memerlukan sebarang pinjaman di: susan.credit@hotmail.com

    ReplyDelete