Saturday, August 13, 2016

BIAR CAKAP SERUPA BIKIN

PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Perkhidmatan awam yang bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Itu fokus utama Ketua Penguat Kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad dalam menerajui organisasi itu.

"Kita tidak mahu perkhidmatan awam dicemari dengan perbuatan rasuah dan ada pegawai kanan yang dilihat berkehidupan mewah melebihi pendapatannya serta mengumpul harta melalui perbuatan jenayah rasuah," katanya dalam temu bual bersama BERNAMA, di sini Sabtu.

Beliau berkata penumpuan akan diberi kepada agensi penguatkuasaan, kawal selia, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan selaras dengan hasrat Program Transformasi Kerajaan.

Ulasan gua, biar betul Datuk Dzul. Lu kena tengok polis, kastam, imigeresen dan semua penguatkuasa supaya mereka tidak berani ambil rasuah secara terbuka. Buat malu rakyat Malaysia. Lu jangan tangkap orang bawah sahaja. Boss mereka pun patut ditangkap juga kerana mereka kongsi wang rasuah tersebut.

No comments:

Post a Comment