ajilpost

Monday, August 29, 2016

LAWAN PRESIDEN UMNO KALAU TAK SETUJU DENGAN NAJIB



KUDAT 28 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta mana-mana pe­mimpin UMNO yang tidak bersetuju dengannya supaya tidak meng­khianati dan cuba menghancurkan parti, sebaliknya mereka boleh mencabar kedudukannya sebagai Presiden sesuai mengikut Perlembagaan parti.



Menurut Perdana Menteri, beliau bersedia untuk bertanding dengan sesiapa sahaja mengikut Perlembagaan UMNO, sebaliknya jika pemimpin tersebut cuba me­rosakkan parti, maka setiap ahli UMNO akan bangkit menentang.

“Kalau tidak setuju dengan saya sebagai Presiden, lawanlah saya, tidak mengapa. Lawan ikut Perlembagaan parti, tetapi jangan sesekali mengkhianati parti dengan cara menubuhkan parti baharu.

“Kalau begitu, maksudnya bukan lawan saya tetapi lawan UMNO. Sebab itulah kita pantang undur dalam perjuangan. Ini bukan lagi soal kuasa sahaja, ini adalah maruah diri kita sebagai anggota parti, maka ahli perlu bangkit menentang,” tegasnya ketika berucap me­rasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Zon 1 meliputi UMNO Bahagian Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Ketua UMNO Bahagian Kudat, Datuk Bolkiah Ismail; Ke­tua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Hajiji Noor dan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Datuk Wetrom Fikri.

Najib berkata, beberapa bekas pemimpin UMNO kini sudah hilang nilai persahabatan dalam perjua­ngan kerana mereka hanya mempertahankan parti ketika mahukan sesuatu, namun apabila gagal memilikinya parti yang banyak berjasa dijadikan mangsa serangan.

Menurutnya, ketika senang pe­­mimpin-pemimpin tersebut da­tang sebagai kawan, tetapi semasa berdepan dengan pelbagai cabaran beliau ditinggalkan ke­seorangan.

“(Allahyarham) Tun Mustapha Harun (Ketua Menteri Sabah Ketiga) pernah berkata, pantang nenek moyang kita kalau mening­galkan kawan yang dalam kesusahan. Ini adalah nilai baik dalam perjuangan. Takkan masa senang saja kita ada kawan. Masa senang kawan ramai, masa susah kita tinggal keseorangan,” jelasnya.

Sehubungan itu Najib berkata, nilai-nilai persahabatan yang di­terapkan oleh bekas pemimpin UMNO itu perlu diamalkan dan dihayati oleh setiap ahli UMNO kerana merupakan asas kekuatan parti.

Menurutnya, kesetiaan UMNO Sabah adalah bukti nilai persahabatan dalam perjuangan masih ada kerana pemimpin dan ahli-ahlinya sentiasa memberi soko­ngan kepada parti sejak bertapak di negeri ini 25 tahun lalu.

Jelasnya, itu bertepatan dengan kemasukan UMNO di Sabah yang berteraskan kepada empat prinsip iaitu mewujudkan kestabilan politik, perpaduan antara kaum, menjamin keselamatan dan membawa pembangunan kepada rakyatnya.

“Bila kita ada kekuatan sebegini kita boleh menghadapi apa juga cabaran, kita mesti ada ke­stabilan politik dan alhamdulillah sejak UMNO lahir dan berkembang di Sabah, sudah ada kestabilan itu. Alhamdulillah malam ini saya boleh tidur genero (lena) sebab saya tahu UMNO Sabah dalam susah atau senang akan tetap bersama saya sebagai pre­siden parti,” katanya.

Posted by ajil at 2:03 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: lawan, presiden

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

ajil
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2019 (132)
    • ►  August (2)
    • ►  July (19)
    • ►  June (10)
    • ►  May (21)
    • ►  April (26)
    • ►  March (28)
    • ►  February (25)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (347)
    • ►  December (23)
    • ►  November (30)
    • ►  October (33)
    • ►  September (25)
    • ►  August (27)
    • ►  July (29)
    • ►  June (30)
    • ►  May (34)
    • ►  April (32)
    • ►  March (21)
    • ►  February (29)
    • ►  January (34)
  • ►  2017 (354)
    • ►  December (30)
    • ►  November (34)
    • ►  October (37)
    • ►  September (31)
    • ►  August (37)
    • ►  July (40)
    • ►  May (37)
    • ►  April (33)
    • ►  March (29)
    • ►  February (23)
    • ►  January (23)
  • ▼  2016 (150)
    • ►  December (32)
    • ►  November (31)
    • ►  October (29)
    • ►  September (31)
    • ▼  August (27)
      • LAWAN PRESIDEN UMNO KALAU TAK SETUJU DENGAN NAJIB
      • BERKONGSI PENTAS DENGAN PEMBANGKANG DISALAHTAFSIR
      • UMNO KAPAR MINTA SALLEH SIASAT CEO CELCOM ORANG ASING
      • KU LI MUNGKIN TIMBANG SEMULA HASRATNYA UNTUK BERSARA
      • PERANCANGAN MAHATHIR TIDAK MENJADI
      • HASRAT MUHYIDDIN MAHU JADI KETUA PEMBANGKANG BERKECAI
      • SELEPAS MUSA, MEGAT JUNID PULA JADI MANGSA MAHATHIR
      • JANGAN JADI PONDAN KATA SALLEH
      • SEMUA KENA SERAH KPD PRESIDEN UMNO
      • WALAUPUN KALAH, PRESTASI LEE CHONG WEI TETAP HEBAT
      • JANGAN PANDANG REMEH KEPADA PARTI BAHARU
      • SPRM HAIRAN DENGAN KENYATAAN KU NAN
      • KALAU TAK PETEH KETING BN MENANG DI LADANG
      • PENGARAH JKR SIMPAN DUIT DI ATAS SILING RUMAHNYA?
      • JANGAN SEKADAR BERI AMARAN, DATUK DZUL
      • BIAR CAKAP SERUPA BIKIN
      • MAT JIDIN, LU ORANG SIAPA
      • PEMBANGKANG DAH BEREBUT KERUSI
      • GU CAYA SAMA LU, KU LI
      • MAHU MATI PUN LU MASIH CABAR NAJIB
      • MAHATHIR KETAGIH?
      • BANYAK SUSAH JUMPA MENTERI
      • APA LAGI LU MAHU, MAT SAID?
      • BEKAS YB DITAHAN POLIS KERANA GELOMBANG KUNING?
      • VIDEO SEX YB TERSEBAR DI KL
      • LU JANGAN NAFI MAHU KELUAR UMNO
      • LU PATUT RESIGN DAHULU SEBELUM BUAT PC, YB GHAZALI
Picture Window theme. Powered by Blogger.