SEREMBAN, 2 April (Bernama) -- Negara akan jatuh bankrap sekiranya manifesto Pakatan Harapan (PH) dilaksanakan kerana ia akan menambah hutang negara, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata antara janji PH ialah memansuhkan tol, menghapuskan sistem percukaian sedia ada dan kembalikan subsidi minyak. Untuk itu negara terpaksa meminjam RM400 bilion.
"Di mana mereka (pembangkang) hendak mencari sumber kewangan untuk menanggung janji-janji mereka dan ini akan menyebabkan negara berhutang dan sekiranya terjadi, dalam tempoh dua tahun negara akan bankrap.
"Janganlah kita menerima janji yang macam-macam, kerana di mana mereka hendak mendapatkan duit selepas mansuhkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) RM42 bilion, kembali subsidi minyak RM27 bilion dan hapuskan tol sebanyak RM300 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Pelancaran Strategi Lautan Biru Kebangsaaan (NBOS) My New School dan perasmian Makmal ICT (information and communication technology) Sekolah Kebangsaan Dato Klana Putra di sini, hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Datuk Abu Ubaidah Redza.
Mohamad turut meminta pengundi di kawasan Lenggeng untuk sekali lagi memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang agar segala dasar dan perancangan jangka panjang akan dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.
Sementara itu, pada majlis berasingan, Mohamad merasmikan Rumah UMNO Lenggeng yang akan dijadikan bilik gerakan jentera pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu.
Beliau dalam ucapan ringkasnya berkata UMNO sebagai parti teras dalam BN akan terus berjuang demi memartabatkan bangsa dan tanah air.
Showing posts with label bankrap. Show all posts
Showing posts with label bankrap. Show all posts
Tuesday, April 3, 2018
Thursday, August 24, 2017
JANGAN MUDAH TERPENGARUH KONONNYA NEGARA AKAN BANKRAP
PUTRAJAYA, 24 Ogos (Bernama) -- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengingatkan warga kementerian itu dan penjawat awam amnya, agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan Malaysia negara bankrap yang disebarkan menerusi media sosial.
Sebaliknya kata beliau, mereka perlu berfikir secara rasional dan menilai keadaan sebenar ekonomi berdasarkan pencapaian negara.
Negara tidak akan mampu mencatatkan pertumbuhan 5.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku kedua 2017 yang merupakan pencapaian luar biasa dalam iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, jika dakwaan itu benar, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Selain itu katanya, projek mega yang dirancang kerajaan seperti Lebuhraya Pan Borneo, Projek Laluan Rel Pantai Timur serta Rel Berkelajuan Tinggi juga adalah bukti pencapaian ekonomi negara.
"Sebab itu kita perlu rasional, jangan terima bulat-bulat (apa yang disebarkan) di media sosial dan perlu bertanya bagaimana projek besar tersebut boleh dilaksanakan jika negara akan bankrap," katanya selepas menghadiri Majlis Penghayatan Bulan Kemerdekaan 2017 peringkat kementeriannya.
Beliau juga berkata dakwaan Malaysia negara bankrap sengaja dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan rakyat.
"Tugas mereka adalah untuk jadikan rakyat keliru dan apabila rakyat mula mempersoal... itu sudah memadai dan satu kejayaan kepada mereka," katanya.
Ismail Sabri dalam pada itu mahu warga kementerian menerapkan budaya kerja secara berkumpulan dan menjadikan semangat dan kebersamaan pemimpin terdahulu semasa menuntut kemerdekaan sebagai iktibar dan panduan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja.
-- BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)