Tuesday, February 28, 2017

JANGAN MEMANCING SENDIRIAN

KUALA NERUS, 28 Feb (Bernama) -- Operasi menyelamat dan mencari (SAR) pembantu am Jabatan Pengurusan Pembangunan Universiti Sultan Zainal Abidin yang hilang sejak keluar memancing 11 hari lalu dihentikan petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman berkata bagaimanapun operasi berskala kecil masih diteruskan bagi mengesan Wan Abdul Manan Wan Ahmad ,49.

"Sehingga ke hari ini pencarian masih menemui jalan buntu dan operasi secara besar-besaran kita hentikan kira-kira pukul 5 petang tadi, namun operasi dalam skala kecil masih diteruskan mengikut keupayaan agensi masing-masing,"katanya.

RATING TERTINGGI BAGI BULAN FEBRUARI 2017

Rating tertinggi bagi bulan Februari disandang  oleh posting "Untuk elak rasuah, jangan lantik orang politik ketuai GLC" yang disiarkan pada 2 fbruri dngan 69 hits. Posting tertinggi bagi bulan tersebut ialah:-

1. Untuk elak rasuah, jangan lantik orang politik ketuai GLC (2 februari)
2.Apa Gani buat masa kes Pulau Batu Puteh dibawa ke ICJ? (6 februari)
3.10 perkara yang anda ingin tahu tentang RUU355 (7 februari)
4. Gadis China teruja cari jodoh di Malaysia (12 februari)
5.Perlukah Pulau Pinang dijadikan Wilayah Persekutuan? (4 februari)
6.FELCRA cadang bayar dividen secara bulanan (10 februari)
7.Tiga faktor dijangka sokongan masyarakat Cina kepada BN meningkat (5 februari)
8.Umno perlukan ketua bahagian macam Jamal? (14 februari)
9.Pemuda PAS Terengganu cabar Husam dedah penerima dedak (15 februari)
10.Kerajaan rancang adakan Hari Wartawan (9 februari)

Monday, February 27, 2017

TMJ PALING SESUAI PIMPIN FAM


oleh Shahbudin Embun

(sudah disiarkan dalam Berita Harian)

Seorang peminat remaja terkejut apabila saya memberitahunya yang pasukan bolasepak Malaysia pernah melayakkan diri sebanyak dua kali ke Sukan Olimpik, iaitu pada tahun 1972 dan juga 1980. Selain itu negara kita juga pernah mendapat pingat gangsa di Sukan Asia di Teheran pada tahun 1974 apabila menewaskan Korea Utara 2-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga .



Dalam perlawanan tersebut,penyerang Isa Bakar menjadi wira apabila meledakkan dua gol untuk Malaysia mendapat tempat ketiga. Ini bermakna pada tahun 1974, Malaysia boleh diiktiraf sebagai pasukan ketiga terbaik di seluruh Asia!.



Di zaman itu juga Malaysia pernah menjuarai pelbagai pertandingan antarabagsa yang dianjurkan oleh negara-negara Asean dan juga Korea Selatan. Kita pernah menjuarai Jakarta Anniversary di Inodensia, Piala Raja Thai di Bangkok dan juga Piala Presiden di Seoul,yang menjadi kebanggan rakyat Korea Selatan. Bayangkan, pasukan bolasepak Malaysia pernah bergelar juara di bumi Korea Selatan, yang hari ini merupakan kuasa bolasepak Asia.



Bukan untuk mendabik dada, tetapi pada zaman dahulu, Malaysia dan Korea Selatan merupakan seteru utama di benua Asia yang selalunya akan berebut gelaran untuk bergelar juara. Sayangnya perkara yang sama tidak boleh kita sebut pada hari ini dan kita nampaknya terpaksa berpuas hati jika dapat menewaskan Singapura dan Indonesia.



Malaysia juga mencipta nama di Pestabola Merdeka, yang merupakan antara pertandingan bolasepak yang paling berprestij di Asia.Kita pernah menewaskan Kuwait , Korea Selatan dan menjinakkan pasukan Jepun dalam pertandingan tersebut. Dan perlu diingatkan juga dalam pertandingan Pestabola Merdeka, semua pasukan yang bertanding telah menghantar pasukan terkuat mereka.



Dari segi bintang bolasepak pula, siapa pula lupa akan nama Allahyarham Mokhtar Dahari yang suatu ketika dahulu merupakan penyerang yang paling digeruni di Asia. Bahkan tidak keterlaluan jika ada yang menganggap Mokhtar Dahari adalah pemain bertaraf dunia. Kita lihat sahaja senario hari ini. Beerapa pemain utama Jepun dan Korea Selatan telah mencipta nama di liga Eropah. Dan saya yakin, kehebatan pemain seperti Mokhtar Dahari akan menaikkan nama Malaysia jika dia diberi peluang untuk beraksi di Liga Eropah.



Itu kisah lama. Kisah sejarah yang boleh dijadikan sebagai satu teladan dan semangat untuk kita bergerak ke hadapan.



Pada 25 March 2017 bakal diadakan pertandingan merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Nama Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim dilihat sebagai tokoh yang paling sesuai untuk memimpin FAM.TMJ menjadi pilihan utama setelah para peminat bolasepak tempatan menjadi saksi bagaimana JDT, kelab harimau selatan, menjuarai beberapa piala tempatan sehingga berjaya di peringat Asia apabila menjulang Piala AFC pada tahun 2015.



Apa yang menarik perhatian ialah kejayaan JDT bukan sahaja boleh dilihat di atas padang. TMJ telah membuktikan bagaimana faktor pengurusan dan perancangan yang teratur merupakan elemen-elemen yang wajib ada pada pasukan yang ingin menjadi juara dan terus bergelar juara. Itu sebabnya kita dapat lihat JDT telah menjadi juara Liga Super selama 3 musim berturut turut.JDT juga mempunyai akademi bolasepak untuk melahirkan jaguh-jaguh pada masa depan. Apa yang dilakukan TMJ merupakan satu revolusi dalam arena bolasepak tempatan dan ini juga merupakan satu usaha jangka panjang untuk terus memastikan JDT menjadi kuasa bolesepak negara sehingga berjaya di peringkat Asia.



Dalam frasa sukan ada menyatakan, “Adalah mudah untuk bergelar juara, tetapi begitu sukar untuk mempertahankannya”. Kita lihat sahaja apa yang terjadi pada Leicester, juara Liga Inggeris pada musim lalu. Pada musim ini, kedudukan Leicester semakin teruk dan ada kemungkinan besar akan disingkirkan dari liga utama. Perkara ini sebenarnya pernah terjadi kepada beberapa pasukan tempatan dan mungkin contoh yang paling sesuai ialah pasukan Bolesepak kebangsaan kita sendiri. Daripada antara sebuah pasukan yang paling digeruni di Asia, kini tidak ada satu pun pasukan di Asia yang gerun akan negara kita. Itulah hakikatnya.



Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim merupakan tokoh yang paling layak untuk memimpin FAM. Sesungguhnya inilah cabaran yang paling hebat kerana bukanlah mudah untuk meletakkan semula nama Malaysia sebagai kuasa bolasepak Asia. Itu sebabnya kita memerlukan sikap dinamik dan semangat serta passion yang ada pada diri TMJ untuk menerajui bolasepak negara ke tahap yang lebih tinggi dan membanggakan.

Sunday, February 26, 2017

ORANG CUAI DALAM FOREX PERLU DIDAKWA



GUA MUSANG 25 Feb. - Sesiapa sahaja yang cuai sehingga menyebabkan kerugian harta awam perlu disiasat dan didakwa.


Itu penegasan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika ditanya mengenai kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, pendakwaan mengenai kesalahan tersebut juga harus dilakukan secara menyeluruh, bukan melibatkan isu berke­naan sahaja.


“Ini duit awam, siapa yang cuai dan menyebabkan kerugian kepada rakyat sama ada kerana forex (urus niaga mata wang asing) atau salah laku belanja dan sebagainya patut didakwa.

“Kes seumpama ini tak ada yang terkecuali, bukan forex sahaja tetapi semua,” kata­nya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh 1 & 2 di sini semalam.


Kabinet sebelum ini bersetuju menubuhkan sebuah pasukan petugas yang dianggotai oleh pelbagai agensi kerajaan termasuk individu dihormati dan berpe­ngalaman dalam bidang-bidang tertentu bagi menjalankan siasatan awal berhubung kerugian urus niaga mata wang asing itu.

Perkembangan itu dibuat susulan dakwaan bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid pada 26 Januari lalu yang mendedahkan bank pusat itu menga­lami kerugian lebih AS$10 bilion (RM44 bilion) akibat dagangan mata wang asing iaitu lebih tinggi daripada nilai yang dilaporkan mengikut buku laporan BNM antara 1991 hingga 1994.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai Rang Undang-Undang RUU 355 (RUU 355) yang dikemukan oleh Pas, Tengku Razaleigh berkata, beliau masih belum memutuskan untuk menyokong atau tidak RUU 355.

“Apa yang baik untuk Islam saya sokong. Kalau betul undang-undang ini untuk menegakkan hudud saya sokong, tetapi apakah undang-undang ini adalah hudud? Nampaknya tidak.

“Terpulang kepada kita hendak sokong atau sebaliknya, jadi saya belum memutuskan kerana ada orang kata ini (RUU 355) bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya.

Thursday, February 23, 2017

MAHATHIR KENA BERI PERHATIAN KEPADA TITAH SULTAN JOHOR

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
 menasihati bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya memberi perhatian kepada titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Salleh berkata hakikat bahawa baginda terpaksa menegur Dr Mahathir menunjukkan bahawa bekas perdana menteri itu telah melangkau batas kesopanan sehinggakan Sultan Ibrahim sendiri tidak lagi boleh bersabar.

"Hari ini Sultan Johor menyuarakan perasaan yang amat murka kepada orang yang baginda rujuk sebagai pemimpin tidak siuman, yang kebanyakan kita percaya bahawa baginda maksudkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"... dan ini bukan kali pertama Mahathir dimarahi oleh baginda Sultan," katanya menerusi catatan terkini dalam blog sskeruak.blogspot.my. malam tadi.

Salleh turut menegaskan bahawa Dr Mahathir kini nampaknya tidak dapat memisahkan dendam peribadi beliau daripada kepentingan negara.

"Mahathir menyebabkan dirinya dicemuh dan oleh kerana itu, beliau sepatutnya menyalahkan diri sendiri," katanya.

Sultan Ibrahim hari ini mengingatkan ahli politik dari luar Johor supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal negeri ini untuk mengeliru dan memecahbelahkan rakyat.

Ketika merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir baru-baru ini, baginda berharap agar kerajaan persekutuan akan terus membantu kerajaan negeri kerana negeri-negeri yang maju membangun akan membentuk satu persekutuan yang kukuh dan sebuah negara yang makmur.

-- BERNAMA

Monday, February 20, 2017

ARKITEK DASAR EKONOMI BARU MENINGGAL DUNIA



KUALA LUMPUR 20 Feb. – Arkitek Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan bekas Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, Tan Sri Just Faaland mening­gal dunia pada usia 94 tahun, Jumaat lalu akibat sakit tua.




Just Faaland


Mendiang dikenali sebagai seorang yang bertanggungjawab membantu Majlis Gerakan Negara (Mageran) dan Unit Perancang Eko­nomi (EPU) dalam menggubal DEB se­lepas tragedi 13 Mei bagi menghapuskan kemiskinan dan me­ngukuhkan perpaduan kebangsaan dengan membolehkan semua kaum terlibat tanpa menafikan hak-hak sosial dan ekonomi kaum-kaum lain.

Tokoh ekonomi negara, Dr. Rais Saniman berkata, pemergian bekas Pengarah Kumpulan Penasihat Universiti Harvard di Malaysia itu adalah satu kehila­ngan yang besar kepada negara.



“Saya sudah mengenalinya selama 30 tahun dan beliau seorang yang cukup hebat. Sebelum me­ninggal dunia pun beliau masih bertanya bagaimanakah keadaan orang Melayu ketika ini. Beliau datang ke Malaysia dengan ikhlas untuk menolong masyarakat di negara ini. Orangnya baik hati, bertutur lembut selain mempunyai otak yang geliga.

“Pemergiannya sangat dirasai. Beliau tidak boleh melihat orang Me­layu dalam kesusahan. Beliau sentiasa mempertahankan hak orang Melayu dan kita cukup bertuah kerana mempunyai seorang yang sangat prihatin se­pertinya,” kata Rais ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Faaland yang dilahirkan di Oslo, Norway pada 25 Januari 1922 menerima pendidikan di Universiti Oslo dan Universiti Oxford dalam bidang Matematik dan Ekonomi, malah pernah menuntut ilmu dengan Prof. Ragnar Frisch iaitu pemenang Hadiah Nobel Ekonomi yang dimenangi bersama Jan Tinbergen pada tahun 1969.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, Faaland bukan sekadar seorang penasihat, sebaliknya seorang yang sangat memahami jiwa Melayu.

“Beliau menggunakan pe­ngalamannya untuk membantu mengurangkan jurang antara bumiputera dan bukan bumiputera melalui pendidikan, ekonomi dan agama sekali gus mewujudkan negara yang seimbang,” katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Faaland merupakan tokoh luar biasa dari dunia luar yang menyumbang pemikirannya dalam memastikan orang Melayu dan bumiputera di Malaysia menikmati kemajuan.

“Membentuk DEB dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan amalan politik perkauman yang tebal bukan sesuatu yang mudah. Beliau melakukan bersama-sama pakar tempatan terma­suk Dr. Rais Saniman,” katanya.

Naib Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Naim Mohamad berkata, DEB yang proses penggubalannya turut dibantu oleh Faaland berjaya mencapai matlamat dalam me­ningkatkan ekonomi negara serta membasmi kemiskinan.

Saturday, February 18, 2017

TIGA FAKTOR CALON BN MENANG

LUNDU, 18 Feb (Bernama) -- Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kemenangan BN malam ini adalah kerana tiga faktor utama.

Beliau berkata pertamanya, adalah rekod cemerlang Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, yang juga Ketua Menteri Sarawak Kelima, di kawasan DUN yang diwakilinya.

"Pengundi mengingati dan menghargai sumbangannya yang banyak.


Mereka mahu balunya Datuk Amar Jamilah Anu untuk meneruskan legasi beliau," kata beliau pada sidang media di Pusat Masyarakat Lundu selepas keputusan PRK itu diumumkan.

"Kedua, kualiti peribadi Jamilah sendiri sebagai pengganti.

Beliau dilihat sebagai calon yang paling layak untuk menggantikan beliau (Adenan).

Beliau selama ini sering menemani Adenan dalam hampir semua lawatannya di kawasan dan mempunyai pengetahuan yang baik mengenai aspirasi dan keluhan rakyat, " kata beliau.

Wan Junaidi yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata penglibatan kesemua parti BN dan terutamanya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah satu lagi faktor.

"PBB daripada peringkat akar umbi sehingga pemimpin atasannya termasuk wakil rakyat yang dipilih dan setiausaha politik telah bekerja dengan teratur dengan cara sepatutnya.

Beliau berkata mereka telah memberi penjelasan kepada rakyat terutamanya dalam isu hak tanah adat selain daripada mendengar keluhan mereka.

Beliau berkata sayap wanita juga telah memainkan peranan mereka dengan baik menerusi kunjungan dari rumah ke rumah.

Wan Junaidi juga berkata lawatan pemimpin teratas negara seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selain Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah banyak meyakinkan pengundi untuk terus memberi sokongan kepada BN.

Jamilah mendapat 6,573 undi untuk menang dengan majoriti 6,443.

Dua orang pencabar beliau hanya mendapat undi yang digabungkan sebanyak 238 undi. Terdapat 80 undi rosak.

Wan Junaidi berkata walaupun beliau secara peribadi meramalkan peratusan keluar mengundi sebanyak 72 peratus, peratusan keluar mengundi kali ini hanyalah 69.2 peratus yang agak mengecewakan beliau.

Mengenai prestasi buruk dua pencabar Jamilah, Rapelson Richard Hamit daripada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru dan Johnny Aput daripada Parti Reformasi Sarawak (STAR), beliau berkata hari untuk parti politik kecil telah berakhir buat Sarawak.

"Mereka datang dari luar kawasan. Mereka muncul secara tiba-tiba dalam pilihan raya kecil. Mereka tidak dikenali pengundi, mereka juga menggunakan isu yang tidak relevan. Mereka bukannya ahli politik yang serius," katanya.

Rapelson mendapat 130 undi manakala Johnny memperoleh 108 undi dan kedua-dua mereka kehilangan deposit masing-masing.

-- BERNAMA

Friday, February 17, 2017

KAKAK IPAR BAHRI DIBERI MASA 10 HARI UNTUK MOHON MAAF



KUALA LUMPUR: Bekas pengarah bahagian operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohd Zin dan isterinya telah menghantar notis tuntutan kepada biras beliau Noraihan Che Ali.

Ia supaya biras beliau menarik balik kenyataan yang dibuat pada sidang media bulan lalu atau berdepan tindakan saman fitnah.

Notis itu dihantar oleh firma peguam Haniff Khatri kepada Noraihan Che Ali semalam, dengan memberinya sepuluh hari untuk menarik balik kenyataannya itu dan memohon maaf berhubung sidang akhbar 20 Januari lalu di sebuah hotel di Subang Jaya, yang menurut mereka adalah fitnah.

Dalam notis itu, Bahri dan isterinya Noor Haslina Abdullah, mendakwa kenyataan oleh Noraihan, yang berkahwin dengan allahyarham abang Noor Haslina, adalah salah dan telah menjejaskan reputasi mereka.

"Hasil kenyataan anda, pelanggan saya menghadapi tekanan dan rasa malu yang menimbulkan masalah kepada mereka dan keluarga," petik surat 11 halaman itu.

Kenyataan Noraihan (kanan) itu memberi gambaran tersirat bahawa Bahri dan isterinya bersedia untuk melanggar undang-undang untuk merampas haknya atau anaknya.

Ini didakwa dilakukan dengan menggunakan kedudukan Bahri dan SPRM bagi menjalankan serbuan ke atas rumahnya dan merampas beberapa dokumen.

Ia memberi gambaran bahawa mereka tidak boleh dipercayai dan tidak bertanggungjawab dan ingin berkomplot untuk mendapatkan saham daripada arwah suami Noraihan.

Kenyataan itu juga membawa maksud Bahri menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengarah operasi khas SPRM untuk tujuan kepentingan peribadinya berhubung aset dan harta yang ditinggalkan oleh suami Noraihan, Muhammad Zamly Abdullah.

Berikutan itu, kedua-dua mereka mahu Noraihan menarik balik kenyataan yang dibuat pada sidang akhbar itu, serta membuat permohonan maaf secara bertulis dan berjanji tidak mengulanginya,

Thursday, February 16, 2017

BUKTI KERAJAAN DAP ANTI MELAYU



PULAU PINANG 16 Feb. – Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memberi ‘perhatian istimewa’ kepada permohonan membina projek perumahan rak­yat yang dirancang oleh agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini.

Zainal Abidin

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya su­dah menghantar pe­lan pembinaan kira-kira 10,000 unit rumah tersebut kepada kerajaan negeri namun sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas.

Malah, beliau turut melahirkan rasa kesal kerana ada permohonan yang sudah menunggu kelulusan lebih tiga tahun selain ditangguhkan lebih 25 kali selepas dibawa ke mesyua­rat kerajaan negeri.


“Sebab itu kita menggesa kerajaan negeri memasukkan permohonan pelan kita ini dalam kate­gori `laluan khas’ dan memberi kelulusan segera supaya kita dapat membina secara serentak kira-kira 10,000 unit rumah rakyat ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Maj­lis Tindakan Ekonomi Persekutuan di sini, hari ini.

Menurut Zainal Abidin, 10,000 unit rumah rakyat itu tidak termasuk 46,000 buah lagi yang dirancang dibina pihaknya di negeri ini pada masa depan.

Jelasnya, kesemua unit perumahan itu akan dibina oleh lapan agensi di bawah Kerajaan Pusat yang sudah bersedia dari aspek pelan, kewangan serta tanah dan hanya menunggu kelulusan kerajaan negeri.

Beliau menambah, projek perumahan itu melibatkan harga bawah RM400,000 seunit di bahagian pulau dan bawah RM250,000 seunit di Seberang Perai.

“Setakat ini, Kerajaan Pusat sudah membina hampir 6,000 unit rumah rakyat membabitkan 34 projek dan sebenarnya lebih banyak unit boleh disiapkan sekiranya kerajaan negeri tidak melengah-lengahkan kelulusan permohonan kita,” katanya.

Ulasan saya, penangguhan kelulusan kerajaan negeri terhadap projek perumahan rakyat membuktikan bahawa kerajaan DAP adalah anti Melayu kerana sudah pasti yang akan menduduki perumahan itu adalah orang Melayu. Justru itu kerajaan Pulau Pinang tidak berminat meluluskan projek yang menguntungkan orang Melayu.

Wednesday, February 15, 2017

PEMUDA PAS TERENGGANU CABAR HUSAM DEDAH PENERIMA DEDAK



KUALA TERENGGANU 15 Feb. – De­­wan Pemuda Pas Terengganu menempelak bekas Naib Presi­den Pas, Datuk Husam Musa dan meminta beliau agar jangan ber­si­kap bacul di sebalik memfitnah Pas kononnya parti itu menerima ‘dedak’ RM90 juta daripada UMNO.


Timbalannya, Hishamuddin Ab­dul Karim berkata, Husam sewa­jarnya lebih gentleman dan berani mengemukakan segala bukti termasuk mendedahkan siapa sebenarnya yang terbabit berhubung tuduhan atau fitnah dilemparkannya terhadap Pas.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh memberitahu, ini kerana, tindakan bekas Naib Presiden Pas itu telah menimbulkan kekeliruan kalangan rakyat khususnya daripada Pas dan UMNO mengenai kesahihannya.


“Justeru itu, jika Datuk Husam ada bukti, sila dedahkan segera dan serahkan kepada pihak polis menjalankan siasatan mengenainya.

“Kita harap Datuk Husam ja­­­ngan bersikap bacul untuk mendedahkan siapa sebenarnya yang terima RM90 juta sebagaimana didakwa,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Kuala Terengganu di sini semalam.


Hishamuddin berkata, tuduhan Husam itu mencetuskan tan­da tanya mengenai siapa sebenarnya yang disasarkan oleh ADUN Salor itu sehingga mendorong Dewan Pemuda Pas nege­ri membuat laporan polis.

Menurutnya, Husam juga tidak perlu menunggu musim pilihan raya untuk berterus terang mengenai dakwaan serta fitnahnya itu supaya pandangan serong terhadap Pas dapat diperbetulkan semula.

“Kita cabar beliau dedahkan siapa yang terlibat. Kita kena telus dan berintegriti, siapa yang lakukan sesuatu kesalahan perlulah didedahkan. Kalau tak dedah kita mahu pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana menuduh tanpa bukti,” jelasnya.

Katanya, tuduhan Husam itu dianggap bertujuan memburuk-burukkan nama baik Pas serta kepemimpinan parti tersebut sambil menegaskan, sepanjang pengetahuan beliau, Pas atau mana-mana pemimpinnya tidak pernah menerima sebarang wang daripada pihak lain sebagaimana didakwa.

Tuesday, February 14, 2017

UMNO PERLUKAN KETUA BAHAGIAN YANG BERANI MACAM JAMAL?

KLUANG, 14 Feb (Bernama) -- Kedudukan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Mohd Yunos akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO berdasarkan pendirian UMNO Selangor, kata Naib Presiden parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata sekalipun UMNO Selangor telah memutuskan perkara itu, isu peletakan jawatan Jamal selaku Ketua Bahagian Sungai Besar dan juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Besar masih perlu dibincangkan oleh MT.

"Keputusan sama ada peletakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar diterima atau ditolak terserah kepada pendirian mereka," kata Menteri Pertahanan itu kepada pemberita di sini semalam

Ulasan saya, keputusan MKT nanti akan menujukkan sama ada Umno memerlukan ketua bahagian yang berani macam Jamal kerana tindakan Jamal seolah olah mencabar kuasa Datuk Seri Zahid Hamidi yang menjaga polis.Jaang gamal menyindir polis yang gagal menangani isu judi haram.

Monday, February 13, 2017

EMPAT WAKIL RAKYAT DAP TOLAK LIM KIT SIANG BERSEKONGKOL DENGAN MAHATHIR



KUALA LUMPUR 13 Feb. - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, peletakan jawatan empat wakil rakyat DAP Melaka membuktikan pemimpin akar umbi parti itu tidak gembira dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang bersekongkol dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.



SALLEH SAID KERUAK


Beliau berkata, rasa tidak puas hati terhadap Kit Siang dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng nampaknya kini telah mencapai kemuncaknya.

Kredibiliti dan integriti DAP dan Pakatan Harapan, katanya telah terjejas sejak dua tahun lepas berikutan pakatan yang wujud antara Dr Mahathir dan Kit Siang.


"Semua kejayaan yang dicapai pembangkang pada 2008 dan 2013 bakal hilang pada pilihan raya umum akan datang," kata Salleh dalam catatan terbaru beliau dalam sskeruak.blogspot.my malam tadi.

Menteri itu berkata, Dr. Mahathir dan Kit Siang "telah menunjukkan kekurangan prinsip dan moral mereka apabila mereka kini saling sepakat, sedangkan sebelum ini mereka banyak mengutuk dan mengkritik antara satu sama lain.

Tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang Anggota Parlimen DAP Melaka keluar daripada parti semalam.

ADUN berkenaan ialah Lim Jak Wong (Bachang), Cin Choon Seong (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong) manakala Anggota Parlimen ialah Sim Tong Him (Kota Melaka).

Salleh berkata, terdapat juga orang Melayu yang menyokong Pakatan tetapi tidak gembira dengan peranan Dr Mahathir dalam pembangkang.

Beliau berkata, tiada siapa yang boleh meragui bahawa Dr Mahathir dan Kit Siang menggunakan agenda politik peribadi dengan mengorbankan kepentingan pengundi.

Salleh percaya pengundi akan menterjemahkan kekecewaan mereka itu pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

Sunday, February 12, 2017

GADIS CHINA TERUJA CARI JODOH DI MALAYSIA

PETALING JAYA, 12 Feb (Bernama) -- Seorang gadis China, Angel Jin, 29, tidak ketinggalan melontar limau ke dalam tasik sempena perayaan Chap Goh Meh malam tadi dengan memasang niat agar dia segera bertemu jodoh dengan pemuda tempatan.

Pembantu penyelidik dari Jiangsu ini yang telah empat bulan menetap di Malaysia melempar limau di Tasik Taman Jaya di sini.

Seawal pukul 7 malam, dia kelihatan teruja bersama tujuh anggota keluarganya di tepi tasik dengan turut membawa bersama sekotak limau mandarin.

Saturday, February 11, 2017

PERANG PSIKOLOGI AZMIN SUDAH DIJANGKA

PASIR SALAK, 11 Feb (Bernama) -- Isu yang cuba dibangkitkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kononnya seorang menteri kanan meletak jawatan adalah perang psikologi yang sudah dijangka, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Katanya Menteri Besar Selangor itu memang gemar bermain perang saraf bagi menggambarkan seolah-olah UMNO lemah.

"Masyarakat jangan terpedaya dengan tuduhan seolah-olah kabinet dan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpecah. Jadi jangan terperangkap dengan perang saraf Azmin itu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Badan Amal Pusat Khidmat Parlimen Pasir Salak di Kampung Gajah hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin memuat naik status berbentuk pertanyaan menerusi akaun Twitternya mengenai seorang menteri kanan telah meletak jawatan.

Susulan itu, Najib mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor tersebut selain meminta Mohamed Azmin mengemukakan nama menteri yang dimaksudkan.

Hari ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media di Kota Kinabalu, Sabah menyifatkan dakwaan Mohamed Azmin sebagai satu pembohongan.

Sementara itu di ARAU, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah politik pembangkang dengan sengaja menimbulkan isu tidak munasabah.

"Kalau ada menteri nak letak jawatan, mesti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih tahu. Takkan Azmin dari parti pembangkang yang lebih tahu?

"Saya rasa rakyat pun boleh fikir yang dakwaan Azmin itu semata-mata dakyah yang dicipta," tegasnya.

Terdahulu, Shahidan yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 2,000 masyarakat Tionghoa di kawasan Parlimen Arau bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Hwa Aik di sini.

-- BERNAMA

Friday, February 10, 2017

FELCRA CADANG BAYAR DIVIDEN SECARA BULANAN

LUNDU (Sarawak), 10 Feb (Bernama) -- Felcra Berhad (Felcra) bercadang membuat bayaran dividen secara bulanan untuk peserta ladang kelapa sawit di seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata ia berikutan kejayaan lima projek perintis yang dijalankan di Perak, Terengganu dan Pahang sejak setahun yang lepas.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan projek Kelapa Sawit Tamang Sembawang Felcra di sini hari ini, beliau berkata pendekatan baharu itu besar kemungkinan akan dilaksanakan Jun tahun ini.

"Sekarang kami sedang membuat pelarasan kewangan untuk memudahkan urusan ini.

"Pada masa ini, bayaran dibuat tiga kali setahun iaitu pada sesi pembukaan sekolah awal tahun, sebelum sambutan Aidilfitri dan pada hujung tahun," katanya.

Ismail Sabri berkata walaupun jumlah bulanan tidak berapa besar, sebahagian peserta berpendapat ia secara positif akan menambah pendapatan mereka daripada sumber lain.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata getah juga akan digunakan sebagai komponen, selain tar, dalam bahan untuk membina jalan di luar bandar.

"Jabatan Kerja Raya dan Kabinet telah memberi lampu hijau kepada kami untuk membina jalan berkenaan, merupakan satu langkah yang baik untuk stabilkan harga getah.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, beliau mengingatkan pengundi agar tidak mudah terpedaya dengan taktik 'reverse psychology' atau psikologi terbalik pembangkang, sebaliknya terus mengundi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu pada 18 Feb ini.

Beliau berkata kerajaan BN sentiasa memberi perhatian yang besar kepada kebajikan penduduk luar bandar dan keadaan ini boleh berubah jika pembangkang mengambil alih.

Azizul Annuar Adenan mewakili ibunya pada majlis itu.

-- BERNAMA

Thursday, February 9, 2017

KERAJAAN RANCANG ADAKAN HARI WARTAWAN

AMBON (INDONESIA), 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan merancang mengadakan Hari Wartawan Kebangsaan Malaysia mulai tahun ini bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pengamal media terhadap negara.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sudah tiba masanya untuk mewujudkan penghargaan tersebut bagi meraikan golongan pengamal media.

Justeru, katanya, kementeriannya akan berbincang dan bekerjasama dengan kepemimpinan organisasi media dalam negara bagi memilih tarikh dan melaksanakan hari wartawan berkenaan sebagai acara tahunan.

"Kita juga akan mengundang Persatuan Wartawan Indonesia untuk memeriahkan Hari Wartawan Kebangsaan Malaysia sebagaimana yang dilakukan sempena Hari Pers Nasional yang diadakan di Indonesia pada setiap tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama ketua-ketua pengarang dan editor media Indonesia dan Malaysia sempena Hari Pers Nasional Indonesia yang berlangsung di sini, semalam.

Lebih 40 pemimpin organisasi media Malaysia dan Indonesia menghadiri majlis itu termasuk Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Hadir sama Penasihat Kanan Agensi Berita Nasional Indonesia (Antara), Saiful Hadi serta Setiausaha Agung Persatuan Wartawan Indonesia, Hendri Bangun.

Salleh, juga mengetuai delegasi 20 pengamal media Malaysia bagi menghadiri majlis perasmian Hari Pers Nasional oleh Presiden Joko Widodo, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga menghargai kewujudan Iswami (Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia) sebagai satu usaha mengeratkan hubungan antara wartawan Malaysia dengan wartawan Indonesia.

Katanya, hubungan seumpama itu secara jelas memterjemahkan hubungan serumpun antara rakyat di kedua-dua buah negara.

"Dalam soal serumpun, kita harus meningkatkan lagi hubungan kerjasama dan harus bersikap terbuka dengan tidak menganggap perbezaan sebagai penghalang dalam sebarang kerjasama," katanya.

Sementara itu, Zulkefli yang juga Presiden Iswami Malaysia, berkata, undangan kepada pengamal media Malaysia untuk menyertai Hari Pers Nasional Indonesia itu adalah sebagai satu peluang untuk membuka pintu kerjasama antara rakyat Malaysia dan Indonesia.

Katanya, hubungan itu telah mengeratkan hubungan sesama insan serumpun dan juga berkongsi persefahaman mengenai persamaan budaya dan bahasa.

-- BERNAMA

Wednesday, February 8, 2017

KIT SIANG PERLUKAN LEBIH BANYAK TUISYEN DARI TONY PUA

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Berikut kenyataan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang dicatat di blognya hari ini:

"Hari ini Lim Kit Siang meminta saya mengambil tuisyen daripada Tony Pua untuk mempertingkat pengetahuan saya mengenai urusan kewangan, 'oleh kerana ilmu yang cetek itu adalah berbahaya", kata Kit Siang.

"Saya kira Kit Siang sendiri sudah mengambil tutorial daripada Tony, yang belia
u anggap sebagai seorang guru kewangan.

"Apa yang Kit Siang senaraikan dalam blognya hanya sekadar isu operasional yang terlibat dalam menjalankan perniagaan.

"Syarikat-syarikat mengumpul dana dari pelbagai sumber untuk membeli aset dan menjalankan perniagaan. Ini perkara biasa kecuali syarikat memulakan bisnes dengan modal berbayar yang besar. Dan dalam kes 1MDB modal permulaan hanya RM1 juta.

"Isunya di sini adakah 1MDB secara fizikal kerugian RM42 bilion seperti didakwa? Tun Dr Mahathir kata RM42 bilion telah lesap begitu saja. Ini bererti 1MDB tidak ada apa yang nak ditunjukkan.

"Ini tidak benar kerana 1MDB mempuyai RM51 bilion nilai aset untuk ditunjukkan di samping pembangunan yang sedang dilaksanakan untuk beberapa dekad akan datang.

"Jadi saya tidak perlukan tutoring (bimbingan) daripada Tony, seperti Kit Siang, untuk memahami sesuatu yang begitu fundamental.

"Dan saya tidak menghadiri Meja Bulat Selamatkan Malaysia kerana acara itu bukan tentang menyelamatkan Malaysia tetapi mempunyai muslihat tertentu dan agenda tersembunyi.

"Mengenai isu BMF dan Forex Bank Negara, yang disebut Kit Siang, itu adalah kerugian sebenar, berbentuk fizikal tanpa apa-apa faedah kepada negara.

"Sebaliknya 1MDB adalah syarikat yang sedang bergerak. Barangkali Kit Siang perlu menukar tutor jika Tony tidak menjelaskan hal ini kepada beliau".

-- BERNAMA

Tuesday, February 7, 2017

10 PERKARA YANG ANDA INGIN TAHU TENTANG RUU355

oleh AHMAD MUSTAQIM ZAKI

Sempena Himpunan Raksasa RUU355 pada 18 Februari ini, tidak dapat dinafikan, terlalu banyak program yang telah dijalankan yang berkaitan dengan RUU355 ini.

Begitu juga dengan tulisan-tulisan yang bersifat ilmiah yang telah diolah secara mendalam dan bersifat teknikal daripada pelbagai pihak mengenai perkara ini, sama ada daripada pakar undang-undang mahupun daripada ahli politik.

Oleh sebab itu, catatan ringkas ini dibuat secara santai sahaja dan bersifat umum yang dibuat berdasarkan kepada pembacaan penulis yang serba sedikit mengenai perkara ini.

1) Apa itu RUU 355?

Polemik Rang Undang Undang 355 (RUU 355) terhasil apabila Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan usul persendirian di bawah Peraturan 49 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Ini adalah untuk meningkatkan bidangkuasa penghukuman Mahkamah Syariah bagi kesalahan jenayah Syariah daripada:
i) Penjara tidak melebihi 3 tahun kepada Penjara tidak melebihi 30 tahun.
ii) Denda tidak melebihi RM5,000 kepada Denda tidak melebihi RM100,000.00.
iii) Sebatan tidak melebihi 6 kali kepada Sebatan tidak melebihi 100 kali.
(Berdasarkan kepada Pindaan Usul yang dikemukakan oleh YB Marang pada 24/11/2016)

2) Apabila usul RUU 355 diluluskan sehingga menjadi Undang-undang (Pindaan Akta 355 sepertimana usul diluluskan, setelah melalui proses seperti mana di jawapan No. 4), adakah Hukuman-hukuman bagi kesalahan Hudud dapat dilaksanakan?

Ya dan Tidak.

Ya: Bagi 3 kesalahan:
(Jawapan ini hanya terpakai di Negeri Kelantan kerana Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 (KJS II) yang telah memasukkan Hukuman-hukuman Hudud di dalam Enakmen tersebut):
i) Kesalahan Meminum Arak: 40-80 sebatan
ii) Kesalahan Qazaf: 80 sebatan
iii) Kesalahan Berzina bagi Pelaku yang belum berkahwin: 100 sebatan

Tidak: Bagi 4 kesalahan:
i) Mencuri (Sariqah)
ii) Hirabah
iii) Murtad
iv) Zina bagi yang telah berkahwin

3) Apabila RUU 355 diluluskan, adakah ia juga terpakai kepada bukan Islam?

Tidak. Kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang bukan Islam tidak tertakluk kepada Undang-undang Islam.

4) Apakah proses yang perlu dilalui oleh RUU 355 YB Marang sebelum ia menjadi undang-undang?

Usul untuk meminda Akta 355 yang dibawa oleh ahli parlimen Marang ini adalah usul persendirian di mana ia tertakluk kepada Peraturan 49 Dewan Rakyat.

Berdasarkan Peraturan 49, prosesnya boleh dibahagikan kepada dua peringkat:

Peringkat Pertama:
Pengemukaan Usul (Pembacaan, Penjelasan oleh Pemuka Usul) - Perbahasan - Pengundian (akan dikira berdasarkan kepada majoriti mudah) – (Jika tidak dipersetujui, Usul akan mati di situ) - Jika dipersetujui, Usul akan diangkat dan dicap seterusnya akan dikira sebagai Bacaan Pertama.

Peringkat Kedua: (Setelah melepasi Peringkat Pertama)
Akan melalui proses biasa penggubalan undang-undang sepertimana undang-undang lain, iaitu:
Bacaan Pertama – Bacaan Kedua (apabila masuk ke Peringkat ini, Usul tersebut telah telah menjadi Rang Undang Undang pihak Kerajaan. Sebelum masuk ke peringkat ini, pihak kerajaan boleh meminda usul asal YB Marang dan tiada tempoh untuk pihak menteri berkenaan untuk mengangkat usul tersebut ke peringkat Bacaan Kedua ini) – Perbahasan – Pengundian (Secara Majoriti Mudah) – Perbahasan Peringkat Jawatankuasa - Bacaan Kali Ketiga – RUU akan diangkat ke Dewan Negara – YDPA - Warta

5) Berdasarkan kepada Proses di jawapan No. 4, setakat mana Usul RUU 355 oleh YB Marang pada masa ini?

Setakat 24 November tahun lalu, Usul RUU 355 tersebut hanya dibacakan dan dikemukakan kepada Dewan tanpa perbahasan dan penjelasan dari pihak pemuka usul itu sendiri iaitu YB Marang.

Maknanya, proses Peringkat Pertama pun masih belum bermula lagi kecuali pengemukaan usul sahaja.

6) Kalau RUU untuk meminda Akta 355 dibawa oleh menteri, adakah prosesnya sama sepertimana jawapan di no. 4?

Tidak.

Kalau RUU dibawa oleh menteri, Peraturan yang terpakai adalah Peraturan 48 di mana apabila menteri mengemukakan/membacakan usul kepada Dewan, ia dianggap sebagai Bacaan Pertama tanpa perlu dibahaskan.

Bermakna, tiada keperluan untuk melalui Proses Peringkat Pertama dan terus pergi ke Peringkat Kedua sepertimana di jawapan no. 4.

7) Berapa kali pindaan yang dibuat terhadap Usul RUU 355 YB Marang ini?

Berdasarkan kepada “wording” usul tersebut, terdapat tiga pindaan utama yang telah dilakukan:

Pertama: 7/4/2015 (Usul Asal): Pada mulanya, YB Marang mengusulkan (dan memasukkan Seksyen baru iaitu Seksyen 2A Akta 355) agar Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah sesuai dengan kehendak syariah Islam.”

Kedua: 26/5/2016: YB Marang mengusulkan (dan memasukkan Seksyen baru iaitu Seksyen 2A Akta 355) agar Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah selain dari hukuman mati.”

Ketiga: 24/11/2016: YB membuat pindaan ke atas usul asal beliau berdasarkan Peraturan 28 iaitu dengan hanya mengusulkan untuk meminda "Proviso" di Seksyen 2 Akta 355 dan kandungan pindaan yang diusulkan adalah sepertimana jawapan di No. 1 tanpa memasukkan Seksyen 2A.

8) Bilakah RUU 355 ini dibacakan/dikemukakan oleh YB Marang kepada Dewan Rakyat?

Usul Persendirian RUU355 ini dibacakan/dikemukakan oleh YB Marang kepada Dewan Rakyat ialah pada 26/5/2016 dan 24/11/2016.

9) Apakah perbezaan dan persamaan bagi pengemukaan Usul RUU355 oleh YB Marang pada 26/5/2016 dan 24/11/2016?

Perbezaan: ialah pada pindaan kepada kandungan RUU tersebut. Rujuk jawapan No. 7.

Persamaan: Bagi kedua-dua peristiwa tersebut, YB Marang hanya membacakan sahaja usul tersebut tanpa membahaskannya dan selepas itu memohon penangguhan untuk dibahaskan pada sesi akan datang.

10) Sebagai seorang rakyat Malaysia khusunya yang beragama Islam, apakah yang patut kita buat terhadap inisiatif yang dilakukan oleh YB Marang ini?

Selaku rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam, kita seharusnya menyokong sebarang usaha untuk pemerkasaan Mahkamah Syariah sama ada dari segi penambahbaikan bidang kuasanya mahupun penambahbaikan dari segi infrastrukturnya dan juga pengurusannya.




Dalam masa yang sama, kita amat-amat berharap agar inisiatif dan langkah yang dibuat ini bukanlah merupakan permainan politik ataupun bukan bertujuan untuk mengejar “political mileage” oleh mana-mana pihak sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Monday, February 6, 2017

APA GHANI BUAT MASA KES PULAU BATU PUTEH DIBAWA KE ICJ?



KUALA LUMPUR 6 Feb. - Penemuan rekod ko­­­­munikasi antara pe­­­mimpin terting­gi Bri­tish pada lewat 1950-an yang menyatakan Pulau Batu Puteh bukan milik Singapura dipercayai salah satu faktor mendorong Malaysia memohon semakan semula dalam kes tuntutan bertindih terhadap pulau tersebut.

Prof. Dr. Sufian Jusoh

Timbalan Pengarah Ins­­titut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sufian Jusoh (gambar) mendakwa, Singapura juga mengetahui mengenai rekod komunikasi tersebut tetapi mereka menyem­bunyikannya selama ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga pakar undang-undang antarabangsa percaya Malaysia mempunyai pe­luang cerah dalam proses se­makan semula keputusan Mah­kamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tersebut.


“Rekod membabitkan pemim­pin tinggi British di Singapura ketika itu secara ringkasnya menyatakan bahawa Pulau Batu Puteh bukan milik Singapura. Ini merupakan bukti yang tidak pernah diketahui oleh Malaysia selama ini.

“Sekiranya Singapura tiada dokumen sokongan lain untuk ‘melawan’ bukti baharu dikemukakan Malaysia ini, dipercayai keputusan yang sangat positif akan memihak kepada negara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jumaat lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu, kerajaan telah memfailkan permohonan semakan keputusan ICJ dalam kes tuntutan Pulau Batu Puteh.

Mohamed Apandi berkata, permohonan tersebut difailkan di ICJ di The Hague, Belanda selepas penemuan fakta baharu yang boleh memberi kesan terhadap keputusan sebelum ini yang memihak kepada Singapura.

Mengulas lanjut, Sufian menjelaskan, sekiranya keputusan memihak kepada Malaysia, sudah tentu ia akan memberi kesan kepada Singapura khususnya di Zon Ekonomi Eksklusif negara itu.

Katanya, ketika ini, Singapura menikmati Zon Ekonomi Eksklusif yang terletak kira-kira 200 batu nautika dari pantai negara itu disebabkan oleh pemilikan Pulau Batu Puteh.

“Sekiranya diputuskan Pulau Batu Puteh bukan milik Singapura, sudah tentu memberi kesan terhadap Zon Ekonomi Eks­klusif dinikmati mereka memandangkan jarak persempadanan negara itu kembali kepada 12 batu nautika dari pantai berbanding 200 batu nautika ketika ini,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Madya Dr. Mohd. Hisham Mohd. Kamal berkata, Malaysia cukup yakin dengan bukti yang dikemukakan kepada ICJ berhubung kes tersebut.

“Kos yang diperlukan untuk membawa semula kes ini bukan sedikit, manakala masa yang diperlukan juga bukannya pendek. Apabila Malaysia tampil mengemukakan fakta baharu, sudah mesti ada bukti yang kukuh,” ujarnya.

Ulasan saya, apa yang bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail buat ketika kes ini berjalan dahulu? Benarkah beliau terlibat dengan rasuah yang menyebabkan Malaysia kalah. Jika benar maka laporan kepada SPRM perlu dibuat terhadap beliau supaya SPRM menyiasat kes ini.

Sunday, February 5, 2017

TIGA FAKTOR DIJANGKA SOKONGAN MASYARAKAT CINA KEPADA BN MENINGKAT

PITAS, 5 Feb (Bernama) -- Tiga faktor - kelemahan pembangkang walaupun diberi peluang; langkah Malaysia menjalin hubungan baik dengan China; dan politik murni Barisan Nasional (BN), dijangka menyebabkan peningkatan besar sokongan masyarakat Cina kepada parti pemerintah Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.


Ketika menzahirkan keyakinannya malam ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata walaupun diberi peluang sebagai wakil rakyat atau sebuah kerajaan di peringkat negeri, pembangkang telah membuktikan tidak mampu menyumbang ke arah kebajikan, pendidikan dan ekonomi masyarakat Cina.

Salleh berkata masyarakat Cina juga umumnya gembira apabila kerajaan Malaysia dan China menjalin hubungan rapat, yang menyaksikan peningkatan dalam hubungan dua hala.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah melaksanakan tugas dengan baik apabila mengukuhkan hubungan ini dan amat dihormati di China. Hubungan dua hala dan ekonomi antara Malaysia dan China kini berada pada kedudukan paling kukuh.

"Ini sudah pasti meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan peluang ekonomi untuk rakyat," katanya, dan menambah ia juga menunjukkan sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU14.

Salleh berkata demikian ketika menutup sambutan Tahun Baharu Cina daerah Pitas di sini Sabtu malam.

Selain itu, beliau berkata BN mengamalkan politik murni tanpa menyerang mana-mana individu secara peribadi.

"Tidak seperti parti pembangkang, politik mereka adalah separuh benar dan turut memanipulasi untuk memenangi jiwa dan minda rakyat," katanya.

Sementara itu, Salleh berkata festival seperti sambutan Tahun Baharu Cina sentiasa menjadi platform penting untuk menggalakkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum.

Beliau berkata tradisi unik Malaysia harus dikekalkan kerana ia membolehkan pelbagai kaum untuk berinteraksi dan saling hormat-menghormati.

-- BERNAMA

Saturday, February 4, 2017

PERLUKAH PULAU PINANG DIJADIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN?

PUTRAJAYA, 4 Feb (Bernama)-- Hasrat Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan adalah bermatlamat untuk memastikan negeri itu mendapat limpahan pembangunan yang sama rata.

Tengku Adnan berkata idea yang dilontarkan beliau itu bukanlah berniat mahu meluaskan kuasa ke negeri itu, sebaliknya disebabkan keprihatinan beliau terhadap nasib Melayu di sana.

"Apa yang berlaku di Pulau Pinang kita tahu, dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Khatam al-Quran Wilayah Persekutuan 2017 di sini hari ini.

Beliau berkata sekiranya perkara itu dapat direalisasikan, kerajaan pusat akan memastikan bahawa cara pembangunan di Pulau Pinang adalah untuk semua dan bukanlah untuk satu-satu kaum sahaja.

"Kita akan mentadbir daripada peringkat kerajaan pusat seperti di Labuan yang mana kita telah laburkan lebih RM5 bilion sejak dari tarikh kita ambil alih dan kita akan pastikan bahawa cara pembangunan itu untuk semua dan sama rata," katanya.

"Saya hairan kenapa parti DAP meloncat-loncat dalam isu ini...barangkali mereka tahu yang kita tahu yang mereka tidak melaksana pentadbiran dengan baik di Pulau Pinang," katanya.

Namun, kata Tengku Adnan, semua itu hanyalah idea daripada beliau sendiri sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan perkara itu memerlukan kertas cadangan, referendum serta persetujuan di peringkat kepimpinan negara.

Jelasnya bukan sahaja di Pulau Pinang, tetapi idea yang sama turut dirasakan bersesuaian di Langkawi, Kedah; Pulau Tioman, Pahang dan sebahagian Melaka.

Ulasan saya, perlukah Pulau Pinang dijadikan Wilayah Persekutuan? Jika ia menjadi kenyataan ini bermakna BN sudah isytihar bahawa ia tak mampu menawan kembali negeri itu dari tangan DAP. Maka Pulau Pinang perlu dijadikan Wilayah Persekutuan seperti Kuala Lumpur.

Terpulang kepada rakyat Pulau Pinang sama ada bersetuju atau tidak kerana cadangan ini akan makan masa juga. Adakah selepas Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan nasib rakyat lebih terbela kerana alasanTengku Adnan supaya rakyat Pulau Pinang lebih terbela bila dijadikan Wilayah Persekutuan.

Apabila Pulau Pinang dijadikan Wilayah Persekutuan ini bermakna tidak ada lagi Dewan Undangan Negeri dan hanya ada kerusi parlimen dari Pulau Pinang. Pulau Pinang tidak ada Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri lagi kerana ia di bawah Yang Dipertuan Agong dan Datuk Bandar. Adakah Dewan Bandaraya Pulau Pinang mampu mentadbir kawasan yang besar itu?

Cadangan ini mungkin tidak praktikal tetapi terpulanglah kepada rakyat Pulau Pinang. Jika pentadbiran di bawah Dewan Bandaraya lebih cekap dari pentadbiran kerajaan negeri sekarang apa salahnya rakyat Pulau Pinang memilih negeri itu dijadikan Wilayah Persekutuan.

Friday, February 3, 2017

RATING TERTINGGI BAGI BULAN JANUARI 2013

Blog www.newajilpost.blogspot.com mencatat sejarah kerana kali pertama ia mendapat rating paling tinggi 7,190 melalui posting "Siasatan polis sahkan Bahari tidak terlibat dalam kes abang ipar" yang disiarkan pada 4 Januari.

Manakala satu lagi posting mengenai ADUN Bugaya nikah dengan bini orang? mendapat rating kedua sebanyak 1,221 hits.

10 rating tertinggi bagi bulan Januari 2017 ialah:-

1. Siasatan polis sahkan Bahari tidak terlibat dalam kes abang ipar (4 Januari)
2.ADUN Bugaya nikah dengan bini orang? (1 Januari)
3.Majlis pengkebumian emak mertua jadi majlis jumpa kawan kawan lama (19 Januari)
4.Bahari calon Bersatu Rantau Panjang? (3 Januari)
5.KKMM iktiraf Harith Iskander (2 Januari)
6.PAS mahu kerjasama dengan Mahathir yang tolak RUU355? (16 Januari)
7.Masyarakat India tidak akan dipinggirkan dalam pembangunan Bagan Datuk (17 Januari)
8.Bukti Ismail Sabry tidak subahat dengan KSU (5 Januari)
9.BN tak perlu menang di Kelantan (6 Ja
nuari)
10.Tajol Rosli sambung nyawa Zahid Hamidi (28 Januari)

Thursday, February 2, 2017

UNTUK ELAK RASUAH JANGAN LANTIK ORANG POLITIK KETUAI GLC

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Dalam usaha mencegah rasuah, ahli politik tidak harus dilantik mengurus syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kata Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.


Beliau berkata ahli politik yang memegang jawatan dalam GLC berkemungkinan berdepan dengan percanggahan kepentingan yang membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan tanggungjawab.

Dalam temu bual dengan Bernama, beliau berkata: "Banyak pelantikan dibuat atas sebab politik. Jika anda dilantik memegang jawatan dengan kuasa mutlak, ada keputusan yang anda harus buat setiap hari, atau setiap minggu, bulan dan lain-lain.

"Dan dalam membuat keputusan ini, akan terdapat beberapa permintaan terhadap anda atas dasar hubungan, saudara mara, kawan-kawan dan kroni," katanya.

Tunku Abdul Aziz berkata trend menyalah guna kuasa ini atas sebab konflik kepentingan telah lama berlaku dan boleh dicegah jika pelantikan untuk jawatan penting dalam sesebuah GLC dilakukan dengan "pemilihan dan tapisan yang betul".

Tunku Abdul Aziz berkata proses pemilihan harus termasuk meneliti latar belakang dan rekod perkhidmatan calon.

Katanya, akan sentiasa ada orang yang mahukan layanan istimewa, untuk mendapat kelebihan berbanding pesaing mereka.

"Mereka tidak peduli dengan apa jua cara pun (asalkan mereka dapat pekerjaan itu)...di sinilah bermulanya amalan rasuah itu."

Tunku Abdul Aziz berkata prosedur dan teknik pengambilan yang betul boleh membantu mencapai ketelusan dan akauntabiliti, sesuatu yang amat penting untuk pengurusan atasan.

"Kita boleh jadikan rasuah itu suatu urusan yang tidak menguntungkan dengan menjadikannya lebih susah untuk seseorang itu mendapat hasilnya."

Beliau percaya yang amalan rasuah berlaku di peringkat operasi.

"Menteri-menteri tidak boleh menandatangani atau memberikan kontrak tetapi pengarah dalam jabatan-jabatan tertentu boleh berbuat demikian. Di sinilah penyalahgunaan kuasa berlaku," katanya.

"Jika anda tiada kuasa, anda tidak boleh menyalahgunakannya. Kakitangan awam mempunyai lebih banyak kuasa berbanding pemimpin politik mereka dan menteri-menteri (dalam memberikan kontrak)," katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa SPRM memberkas lebih banyak 'jerung' kini berbanding sebelum pelantikan Datuk Dzulkifli Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya baharu pada Julai tahun lepas.

Tunku Abdul Aziz berkata SPRM merupakan sebuah pasukan profesional yang amat berdedikasi dengan memberi tumpuan kepada punca penyebab rasuah dan memberkas pesalahnya.

-- BERNAMA