Sunday, April 30, 2017

PM HADIRI MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SALLEH

KOTA KINABALU, 30 April (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor malam tadi
menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau, yang tiba di sini tengah hari tadi selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-30 di Manila, tiba di kediaman Salleh di Kampung Likas di sini kira-kira pukul 8.30 malam dan disambut oleh Salleh dan isteri Datin Seri Raya Erom.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin.

Pada majlis itu, Najib dan Rosmah turut menepung tawar pasangan mempelai Syazeera Salleh, 27, dan suaminya, Mohd Syafiee Izuddin Mohd Hanan, 28.

Turut menepung tawar ialah Musa dan isterinya serta Speaker Dewan Rakyat ,Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan isterinya Puan Sri Hadijah Teng Abdullah.

Pelakon Datuk Hans Isaac dan Vanidah Imran mengacarakan majlis tersebut yang dihadiri lebih 1,000 tetamu.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza, Saleem, Dayang Nurfaizah dan penyanyi terkenal tempatan Jimmy Palikat serta juara Bintang RTM 2016, Rosario.

Syazeera, seorang pereka hiasan dalaman, merupakan anak kedua daripada empat beradik, manakala Mohd Syafiee, seorang jurutera merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

Pasangan mempelai dinikahkan sendiri oleh Salleh dalam majlis tertutup pada malam 28 April lepas.

-- BERNAMA

RATING TERTINGGI APRIL 2017

Pada bulan April blog ini banyak menyiarkan kisah misteri tetapi nampaknya ia kurang mendapat sambutan. Berita politik tetap menjadi pilihan pembaca blog ini.

10 rating tertinggi bagi bulan april 2017 ialah seperti berikut:-

1. Siapa ganti Wan Hakim jika beliau tanding di parlimen? (2 april)- 563 hits
2. Siapa calon parlimen Kemaman? (5 april)
3. Kekalkah Ir Rosli di Kemasik? (4 april)
4. Biar pucuk pimpinan tentukan calon (1 april)
5. Siapa ahli bengap yang beri kenyataan kepada Malaysiakini (3 april)
6. Mat Sentul perintis teknik kesan khas filem Melayu (4 april)
7. Ayah Tawfik sokong RUU355 ketika dibentangkan pada tahun 1965 (6 april)
8.Air mani gajah (17 april)
9. Tarik duit (10 april)
10. Geliga embun (18 april)

Saturday, April 29, 2017

FELCRA AKAN BINA 150 RUMAH DI KUALA KANGSAR

KUALA KANGSAR, 29 April (Bernama) -- Felcra Berhad (Felcra) akan membina sebanyak 150 unit Rumah Bina Negara (RBN) di sini khusus untuk pesertanya sebagai antara usaha membantu mereka memiliki kediaman.

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Zulkarnain Md Eusope berkata projek itu akan dimulakan sebaik sahaja tapak sesuai telah dikenal pasti selain mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa kerajaan negeri.

"Sebanyak RM100 juta diperuntukkan setiap tahun untuk projek ini di seluruh negara dan setiap unit rumah dijual pada harga RM75,000," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Parlimen Kuala Kangsar di sini semalam.

MAHDZIR MAHU JUMPA JAMIL MENGENAI PENDAFTARAN TAHFIZ SWASTA



KUALA LUMPUR 29 April - Kementerian Pendidikan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) bagi membincangkan mengenai pendaftaran sekolah-sekolah agama tahfiz swatsa dan persendirian di seluruh negara.


Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom itu dijangka diadakan awal bulan depan.

Katanya, langkah itu perlu diambil selepas beliau menyedari terdapat kejadian sama seperti kes yang berlaku terhadap Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi di sebuah sekolah tahfiz di Klang, Selangor baru-baru ini.


“Sebenarnya sekolah tahfiz swasta dan persendirian ini boleh didaftarkan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jadi, lepas 1 Mei ini saya akan bertemu dengan Jamil Khir untuk membincangkan mengenai pendaftaran sekolah-sekolah ini.

“Langkah ini adalah lebih baik sebab apabila berlaku kejadian buruk seperti ini, kementerian atau mana-mana pihak sukar hendak mengambil tindakan sebab kita pun tidak tahu apa-apa,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pelajaran yang juga Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Tan Sri Khair Mohamad Yusof dan Pengerusi Dewan Industri Buku Malaysia (MBIC), Ishak Hamzah.


KHADAM RB TAKUT DATUK



Kali pertama Zaki terlibat dalam jualan barang barang mistik kerana dorongan Haji Mohamad Ali seorang rakan baiknya. Dahulu Haji Mat duduk sekali dengannya di bilik sewanya di Kepong sebelum Ali duduk di situ.

Apabila Haji Mat dicari Datuk Hasbullah kerana menipunya sebanyak RM90,000 , Haji Mat berpesan kepada Zaki untuk menghubungi orang itu dan orang ini jika mahu jadi broker barang-barang mistik.

“Awak hubungi Datin Noriah, Adam. Mereka ini semua ada buyer barang mistik,” kata Haji Mat kepada Zaki sebelum dia berpindah dari situ.

“Esok awak ikut saya ke Jeram. Ada pembeli dari Brunei mahu beli rantai babi (RB),” kata Haji Mat lagi.

Esoknya Zaki ikut Haji Mat ke Jeram, Kuala Selangor dengan Adam dari Kuala Terengganu. Adam orang Kadazan Sabah tetapi memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan orang Kuala Terengganu.

Walaupun Adam seorang mualaf tetapi dia kuat solat. Cukup waktu, dia solat. Ini yang menyebabkan Zaki segan pada Adam kerana dia dilahirkan Muslim asal tidak cukup solat lima waktu sehari.

Dalam perjalanan, Adam cerita pengalamannya menjual rantai babi di Sabah.

Harga RM5 juta

“Gua banyak hairan kenapa rantai babi banyak mahal orang beli sampai RM5 juta, “ kata Apek kepada Adam.

“Di kandang babi saya banyak rantai babi boleh angkat,” kata apek itu lagi.

“Bukan rantai itu yang kita mahu beli,” kata Adam ketawa.

“Ini lain rantai, itu lain rantai,” kata Adam.

“Rantai ini kalau pakai banyak kebal, orang tembak pun tak mati,” kata Adam. Apek itu ingat rantai yang dipakai pada babinya yang dipelihara di belakang rumah yang mahu dibeli Adam.

Satu jam kemudian mereka bertiga tiba di Kampung Bukit Kuching di rumah bomoh Wak Kadir.

“Sudah sampai pembeli?” tanya Wak Kadir.

“Dalam perjalanan,”kata Haji Mat.

“Ini Adam dan Zaki, kawan saya,” Haji Mat memperkenalkan Adam dan Zaki kepada Wak Kadir.

“Sudah ramai orang mahu rantai babi ini tapi saya tak nak jual,” kata Wak Kadir.


“Tapi oleh kerana Haji Mat kata harga sampai RM5 juta, maka hari ini saya sanggup jual,” sambung Wak Kadir.

“Harga Wak RM3 juta, bahagian broker RM2 juta,” kata Haji Mat.

“Ya tapi kena akad dengan harga RM5 juta pasal itu harga yang dibeli,” jelas Wak Kadir.

Setengah jam kemudian tiba Hilux Datuk Idris dari Seremban.

`Wakil pembeli’

“Datuk Idris wakil pembeli dari Istana Brunei,” kata Haji Mat kepada Wak Kadir.

“Saya sudah pusing seluruh Malaysia sampai ke kampung Adam di Terengganu,” kata Datuk Idris.

“Tapi sampai sekarang saya belum jempul barang kebal umum yang dikehendaki Istana Brunei,” sambung Datuk Idris yang berusia 40an.

Datuk Idris sebagai tester buyer bukan calang-calang orang. Dia mestilah orang yang berisi untuk uji barang mistik.

Adam pun boleh nampak makhluk halus. Itulah kelebihan Adam yang tak tinggal solat. Bukan sahaja solat wajib lima waktu yang dia buat, malah solat sunat tahajud setiap malam dia buat. Di waktu siang pula dia amalkan solat sunat dhuha.

Datuk Idris pun menerangkan prosedur urusan belian rantai babi itu. Kataya, kalau lepas uji barang itu kebal, maka Wak Kadir akan menandatangani surat perjanjian dengan harga yang dipersetujui.

Masa itu Datuk Idris akan menelefon akauntannya di Kuala Lumpur untuk bawa duit ke rumah Wak Kadir dengan van keselamatan dalam masa dua jam. Rantai babi akan diambil selepas duitnya tiba di rumah Wak Kadir.

Wak Kadir tersenyum kerana dia yakin barangnya itu memang kebal.

`Potong rambut saya’

“Bila Datuk sedia, Datuk potong rambut saya dengan pencukur ini,” kata Wak Kadir yang duduk bersila di hadapan Datuk Idris.

Wak Kadir memegang rantai babi yang bersalut dengan kain hitam itu sambil Datuk Idris bersedia memotong rambut Wak Kadir.

Kira-kira 10 minit berlalu Datuk Idris kata tak ada rasa apa. Biasanya kalau barang itu kebal umum, tangan Datuk Idris akan terasa kebasnya.

“Tak ada apa pun,” kata Datuk Idris.

“Tunggu lima minit lagi,” kata Wak Kadir.

Tepat lima minit, Datuk Idris tetap kata tak ada apa-apa. Wak Kadir yang tak sabar terus memotong rambut Datuk Idris dan ternyata rambut itu putus. Kalau tak putus, sah barang itu kebal umum.

`Ilmunya tinggi’

“Pelik juga hari ini boleh putus,” kata Wak Kadir yang malu pada Datuk Idris. Tadi masa Datuk Idris sampai di rumahnya, dia banyak kali cakap besar kata barangnya dah banyak kali uji, tak putus rambut.

Datuk Idris pun beredar dari rumah Wak Kadir dengan pemandu Hiluxnya. Pada masa yang sama Adam, Haji Mat dan Zaki meninggalkan rumah Wak Kadir.

“Apabila Datuk Idris masuk ke rumah Wak Kadir, khadam rantai babi itu lari ke luar rumah,” kata Adam yang nampak dengan makhluk halus dalam perjalanan balik ke Kepong.

“Sebab itu Datuk Idris itu tenang saja kerana dia tahu khadam dah tak ada,” sambung Adam.

“Kenapa Wak Kadir tak panggil khadamnya masuk semula?” tanya Zaki.

“Wak Kadir tak tahu. Datuk Idris tu ilmunya tinggi. Sebab itu bila khadam RB itu nampak Datuk Idris, khadam terus lari,” cerita Adam lagi.

“Susah nak berjaya macam ini,” kata Haji Mat.

“Kalau Haji tak percaya, lepas Datuk Idris balik, kita uji semula RB itu , mesti rambut tak putus pasal khadamnya dah ada semula,” kata Adam lagi.

Friday, April 28, 2017

BOMOH EKOR



Balik dari Tanjung Karang, Ali merenung nasibnya yang selalu malang. Dia tertanya dalam hati kenapa setiap dealnya tidak berjaya. Adakah dia melanggar pantang larang selama ini?

Walaupun Ali tak tinggal solat lima waktu, tetapi dia suka beli nombor ekor. Dia memang peminat KTM. KTM bukan Keretapi Tanah Melayu tetapi Kuda, Toto, Magnum. Biasanya setiap hari Rabu, Sabtu dan Ahad dia akan membeli KTM.

Zaki pelik dengan perangai Ali yang solat tapi kuat beli KTM.

“Tak payah berjudi Ali, tak baik,” nasihat Zaki. Tapi nasihat itu sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan sahaja.

“Buang duit aja. Bukannya menang pun. Lagipun bukan kita ada duit nak beli KTM. Mujur kawan u selalu masuk duit RM30 satu hari untuk makan,” kata Zaki lagi.

“Kalau begitu mari kita jumpa bomoh ekor,” kata Ali.

Ali menceritakan pengalaman kawannya Mansor yang pernah menemui tok guru yang menjaga Gunung Panti. Mansor berlima mendaki gunung itu untuk mencari tok guru yang pandai buat nombor ekor.

“Ada apa cucu datang ke mari?” tanya Tok Guru yang berjanggut putih serta panjang sampai ke tanah.

“Kami nak nombor ekor Tok,” jawab Mansor.

“Masya Allah. Tak ada benda lain ke kamu nak minta?” marah Tok Guru.

Bayar hutang

“Kami susah Tok. Tolonglah Tok beri kami nombor. Kami nak bayar hutang dan beli harta,” kata Mansor ikhlas.

“Oleh kerana kamu minta nombor, kamu pergi ke Kota Bharu tempat banjir bawak duit RM2,356 beri bantuan kepada mereka,” kata Tok Guru.

Mansor terfikir mana nak cari duit sebanyak itu sedangkan yang ada dalam poket hanya RM50 sahaja. Mansor pun ajak kawan-kawannya pulang.

Esok keluar nombor 2356 dalam keputusan Magnum. Naik hadiah pertama. Terkejut Mansor dan kawan-kawannya. Rupa-rupanya Tok Guru beri nombor secara tidak langsung. Semua garu kepala kerana mereka tak beli nombor itu.

Zaki terpegun mendengar cerita Ali. Zaki yang tak pernah main nombor ekor ingin mengikut Ali pergi ke Sungai Besar menemui Wak Kamarul.


“Kita pergi pasar borong Selayang cari pisang kembar ke, nangka kembar ke. Wak Kamarul suruh cari barang kembar,” kata Ali.

Mereka pergi ke pasar borong itu dan mereka bernasib baik dapat beli pisang kembar.

Esoknya mereka tumpang Datuk Rejab ke Sungai Besar menemui Wak Kamarul. Datuk Rejab yang tahu di mana letaknya rumah Wak Kamarul.

“Lama tak jumpa Wak,” kata Datuk Rejab.

“Yalah. Datuk kan sibuk. Apa hal Datuk?” tanya Wak Kamarul yang tidak berbaju. Dia cuma pakai seluar jeans.

Pisang kembar

“Ini kawan saya Ali nak minta nombor. Ali ada bawa pisang kembar,” kata Datuk Rejab.

“Mana pisang tu. Biar Wak tengok,” kata Wak Kamarul sambil meminta Ali beri pisang kembar kepadanya.

Wak Kamarul pun ambil pisang. Dia tutup pisang itu dengan bendera Barisan Nasional. Datuk Rejab yang kuat PKR ketawa melihat Wak Kamarul menutup pisang dengan bendera BN.

Ali tarik bendera BN, maka nombor 6739 timbul di atas kertas putih.

“Ada lagi yang nak buat nombor? Keluarkan apa yang ada dalam poket baju,” kata Wak Kamarul.

Zaki yang ada di sebelah Ali bawa keluar duit siling 10 sen. Wak Kamarul pun bungkus duit siling itu dengan bendera BN. Lima minit kemudian keluar nombor 3825.

Datuk Rejab tidak ketinggalan keluarkan al Quran kecil untuk buat nombor ekor. Wak Kamarul pun bungkus kitab kecil itu dengan bendera BN. Lima minit kemudian keluar nombor 4173.

Selepas memberi bayaran RM30 seorang kepada Wak Kamarul, mereka bertiga pulang ke Kuala Lumpur. Sampai di kedai Magnum di Sekinchan terus mereka beli nombor yang diberi Wak Kamarul.

Pagi esok mereka tengok keputusan Magnum yang tersiar dalam akhbar The Sun.

Pusing nombor

“Tak keluar pun nombor I,”kata Ali.

“Yang keluar 6749,” kata Zaki.

“You punya macam mana?” tanya Ali.

“Hadiah pertama 8523, “jawab Zaki hampa.

“Nombor you 3825, yang keluar 8523. Kenapa you tak pusing nombor atau beli i-box? Kalau u beli i-box dapat RM2,000 hari ini,” kata Ali.

“Manalah I tahu boleh pusing. Ni kali pertama I beli ekor,” kata Zaki.

“Nampaknya bawak pisang kembar nombor tak naik, yang naik nombor u yang guna duit siling tapi tak buat i-box pula” kata Ali.

“Melepas I RM2,000 hari ini,” kata Zaki dalam nada kesal.

“Nombor Datuk Rejab naik?” tanya Ali.

“Dia dah call tadi. Nombornya pun tak naik. Buang duit kita pergi Sungai Besar,” Kata Zaki lagi.

Thursday, April 27, 2017

SAMURAI DENGAN BATU ANTI TETAK



Pagi itu Idris menghubungi Zaki supaya mencari pembeli barang anti tetak.
“Barang apa?” tanya Zaki.

“Katanya parang anti tetak,” kata Idris melalui telefon bimbit.

“Nanti saya hubungi Datin Noriah,” kata Zaki.

Datin Noriah seorang janda umur 50an turut buat urusan jual beli barang mistik. Dia tinggal di Wangsa Maju. Suaminya seorang Datuk bekas pegawai kanan jabatan kerajaan.Walaupun mereka sudah lama bercerai tetapi orang masih memanggilnya Datin Noriah. Dia minta cerai dari suaminya apabila suaminya menikahi orang gaji Indonesia.

“Aku ada pembeli. Tapi aku tak dapat pergi. Kau uruslah dengan kawan aku, Musa,” kata Datin Noriah.

“Baiklah Datin,” kata Zaki.

Esoknya penjual batu anti tetak datang dari Gurun, Kedah. Idris membawanya menemui Zaki. Yang mengenali Samurai tuan punya batu anti tetak itu ialah Azlan dan Shahar.

Azlan orang Merbok yang mengenali Samurai atau nama sebenarnya Ahmad. Oleh kerana muka Ahmad macam orang Jepun, orang memanggilnya Samurai.

“Sekarang saya nak tunjuk bila pegang batu ini, parang ini jadi anti tetak. Maknanya parang itu tak lut,” kata Samurai.
“Datang dekat semua,” kata Samurai kepada Idris, Azlan, Shahar dan Zaki.

Batu berwarna putih

Mereka pun mengelilingi Samurai. Idris memegang batu yang diambil Samurai dari Kelantan. Samurai tak tahu apa nama batu berwarna putih itu.

Samurai mengeluarkan parangnya dan menetak mereka berempat. Walaupun hanya Idris yang memegang batu itu oleh kerana aura batu itu kuat, maka Shahar, Azlan dan Zaki pun terasa aura batu tersebut.

Terkejut mereka bertiga bila Samurai menetak mereka, mereka tidak rasa apa-apa walaupun mereka tidak memegang batu itu.
“Berapa harga nak jual?’” tanya Zaki.

“Saya nak RM100,000 saja. Yang lebih itu engkau orang punyalah,” kata Samurai.


“Okay,” jawab Zaki sambil tersenyum kerana Datin Noriah beritahu harga sebenar barang anti tetak ialah RM5 juta.
“Banyak betul broker dapat,” kata Zaki dalam hati.

Malam itu Zaki, Idris, Azlan, Shahar dan Samurai pergi ke Wira Damai menemui Musa yang merupakan pembantu penjual Haji Yusrin.
“Pukul berapa Haji Yusrin sampai?” tanya Zaki kepada Musa.

“Jam 12 malam dia sampai. Kita minum dulu,” pelawa Musa kepada Zaki dan kawan-kawannya.

“Berapa harga tuannya mahu?” tanya Musa kepada Zaki ketika mereka pergi ke kaunter minuman.

“Pemilik nak RM100,000 sahaja. Yang lebih kita punya, broker you dan broker I,” kata Zaki.
“Setuju,” jawab Musa.

`Kita uji’

Tepat jam 12 Haji Yusrin pun tiba di restoran tersebut dengan Mercedez model baru.

“Kita uji barang kebal umum dahulu,” kata Musa kepada Haji Yusrin. Musa ajak Haji Yusrin menemui tuan barang kebal umum yang berada di dalam kereta Myvi.

Ketika itu Zaki, Idris, Samurai, Azlan dan Shahar berada di tepi kereta Haji Yusrin. Mereka tak nak ganggu urusan orang lain.

10 minit kemudian Musa mengajak Haji Yusrin menemui Samurai.

“Ini tuan barang anti tetak,” kata Musa.

Haji Yusrin bersalam dengan Samurai.

“Barang apa?” tanya Haji Yusrin.

“Batu itu anti tetak. Pegang batu ini tak lut bila ditetak dengan parang,” kata Samurai lalu mengeluarkan parangnya.

“Kita tak uji dengan parang. Biasanya barang seperti ini kita uji dengan batang pisang. Masukkan batu itu dalam batang pisang, kalau tak lut pasti kita beli,” kata Haji Yusrin.

“Tapi saya biasa uji macam ini,” kata Samurai sambil menetak dirinya. Ketika itu Musa memegang batu itu kerana sudah menjadi dasar Haji Yusrin tidak memegang barang penjual.

“Kalau saya tetak dengan parang saya, putus tangan awak Samurai. Awak berani ke?” cabar Haji Yusrin.

“Dahulu dah empat orang suruh saya tetak dengan parang, sampai putus tangan,” sambung Haji Yusrin.

“Kalau awak ikut cara kami, kami jadi beli barang awak lepas uji terbukti anti tetak,” katanya lagi. Haji Yusrin pun beredar dari situ.
“Macam mana Samurai?” tanya Azlan.

“Kita baliklah. Barang saya mana boleh diletak dalam batang pisang,” kata Samurai mengajak Azlan dan kawan-kawannya balik.
Zaki hampa kerana harapan mereka mahu memiliki wang sebanyak RM2.45 juta pada malam itu tidak menjadi kenyataan.

Wednesday, April 26, 2017

LUCUNYA JUAL BOXER



PETALING JAYA: Tokek hutan atau tokek mata hijau adalah sejenis tokek besar anggota suku Gekkonidae. Tokek ini banyak didapati di Sunda Besar, Indonesia dan Semenanjung Malaysia.


Reptilia ini dalam bahasa Inggeris dikenal sebagai Large Forest Gecko atau Smith’s Green-eyed Gecko, merujuk pada warna matanya yang kehijauan. Nama spesiesnya ditetapkan untuk mengenang jasa-jasa Andrew Smith (1979-1872), ahli zoologi bangsa Scotland yang mendirikan Muzium Afrika Selatan.


Tokek dikatakan berharga tinggi yang menyebabkan ramai orang mencarinya untuk urusan jual beli. Tokek yang berat satu kilogram dikatakan berharga RM1 bilion dan ia digunakan untuk mengubati penyakit HIV.


Ali dan Zaki turut mencari tokek untuk dibeli. Kebetulan Ali ada pembeli tokek. Sampai ke Thailand, Ali pergi untuk mencari tokek, tetapi semuanya tidak jadi. Bila pembeli sudah siap sedia, penjual tokek pula tak ada.


Pada suatu hari Bob datang menemui Ali di Restoran Nagas berhampiran PWTC.


`Penjual boxer’


“Ali, you (kamu) ada penjual boxer?” tanya Bob.


“Boxer itu apa?” sampuk Zaki.


“Ia macam tokek. Tapi ia lebih kecil dari tokek,” jawab Ali.


“Nanti I tanya Ustaz Ibrahim. Berapa berat?” soal Ali kepada Bob.


“Nanti I cek (periksa) dengan Rahman,” jawab Bob


Esoknya Ali datang ke Nagas lagi mencari Bob.


“Mana you (kamu)? Ustaz Ibrahim dah ada buyer (pembeli) boxer,” soal Ali dalam tlefon bimbit kepada Bob.


“Hari ini I sibuk di PWTC. I tak sempat datang ke Nagas. U call Rahman. Biar dia bawa boxer nanti,” kata Bob.


Dua minit kemudian Bob sms nombor telefon tangan Rahman kepada Ali.


“Assalamualaikum Rahman. Ini Ali bagi pihak pembeli boxer,” Ali perkenalkan diri dalam telefon tangan.





`Kita uruskan’


“Mualaikumusalam. Kita uruskan malam ini boleh?” tanya Rahman.


“Malam ini you datang ke KL International Hotel,” kata Ali.


“Pukul berapa?” tanya Rahman.


“Jam 8.30 malam,” kata Ali.


Malam itu tepat jam 8 malam Ali dan Zaki sudah sampai di warung depan KL International Hotel. Pada masa yang sama Ustaz Ibrahim wakil pembeli sampai.


“Assalamualaikum Ali. Mana penjual boxer itu?” tanya Ustaz Ibrahim.


“Dia orang on the way (dalam perjalanan),” jawab Ali.


Setengah jam kemudian Rahman sampai dengan Arumugam. Arumugam terkejut kerana dia kenal Ustaz Ibrahim yang menjadi wakil kepada pembeli boxer itu.


“Ustaz, lama tak jumpa,” kata Arumugam bersalam dengan Ustaz Ibrahim serta Ali dan Zaki. Rahman turut bersalam dengan mereka.


“Mana penjual boxer?” soal Ustaz Ibrahim.


“Saya wakil pembeli boxer,” kata Arumugam.


“Kenapa pula jadi begini? Kan Ali kata dia cari pembeli boxer. Sayalah wakil pembeli boxer. Jadi siapa yang nak jual boxer?’ tanya Ustaz Ibrahim.


“Saya diberitahu Rahman dia cari pembeli boxer. Kalau Rahman dah ada Arumugam wakil pembeli boxer, buat apa dia cari saya?” marah Ali.


“Pelik juga,” sampuk Zaki sambil ketawa.


“Kalau begitu malam ini tak adalah penjual boxer. Saya nak pulang dulu, Assalamualaikum,” kata Ustaz Ibrahim sambil berlalu dari situ. Ustaz Ibrahim juga hairan kerana Ali suruh cari pembeli boxer tapi yang datang pembeli boxer juga. Arumugam dan Rahman pun turut beredar dari situ.


Ali masih di warung


Apabila Ustaz Ibrahim balik, maka Ali yang masih berada di warung itu pun telefon Bob.


“Bob, apa hal kawan you (kamu) pelik sangat. Dia suruh cari pembeli boxer, tapi dia bawa pembeli boxer yang lain, Arumugam,” tanya Ali.


“Arumugam kenal Ustaz Ibrahim. Jadi dia buat helah kononnya dia pun pembeli boxer. Dia malas deal (berurusan) dengan Ustaz Ibrahim pasal Ustaz Ibrahim pernah tipunya,” kata Bob.


“Ustaz pun kaki tipu?” tanya Ali.


“Semakin kuat solat seseorang itu, semakin tinggi pangkat iblis yang datang menggodanya. Kalau kita yang datang menggoda iblis pangkat prebet sahaja tapi dengan Ustaz Ibrahim yang datang menggodanya iblis pangkat jeneral,” jelas Bob.


“Kalau begitu buang masa kami sahaja cari pembeli boxer,” jawab Ali.


“Habis credit handphone dan habis duit belanja makan dia orang tadi,” sampuk Zaki.


Zaki ketawa mengenangkan deal yang pelik. Cari pembeli boxer yang datang bukannya penjual boxer tetapi pembeli boxer juga.

“Masuk angin keluar asap,” kata Ali.



Tuesday, April 25, 2017

BARANG MISTIK SUKAR DAPAT PEMBELI



Kawan Zaki, Mat Amin baru balik dari Labuan. Dia bekerja di pelantar selama enam bulan sebagai penyelia kimpalan di platform. Apabila diserang darah tinggi, beliau diarah balik ke kampungnya di Pahang.

“Bila kau sampai dari Labuan?” tanya Zaki. Zaki juga berada di kampung untuk melihat anak bininya. Anak bininya memang duduk di Kuantan manakala Zaki duduk membujang di Kuala Lumpur.

“Baru sampai semalam. Oh ya, aku dengar kau ada main barang mistik. Betul ke Zaki?” soal Mat Amin.
“Betul. Kenapa?” soal Zaki pula.

“Bos aku orang Cina di Labuan sedang cari rantai babi (RB),” kata Mat Amin.

“Setahu aku RB tidak ada sekarang. Yang ada badal besi,” kata Zaki.

“Barang apa tu? Aku tak pernah dengar badal besi,” kata Mat Amin.

“Badal besi sejenis barang kebal umum juga. Ia boleh kebal api, tangan tidak terbakar apabila pegang badal besi ini. Ia juga kebal darurat macam RB juga,” terang Zaki.

“Harga berapa?” tanya Mat Amin.

“Nanti aku tanya Ali yang kebetulan ada di Pontian hari ini,” kata Zaki.

Zaki terus hubungi Ali yang berada di Pontian.

“Badal besi hari tu masih ada?” tanya Zaki.

“Masih ada. Ada orang nak beli ke?” tanya Ali kembali.

“Kawan aku Mat Amin baru balik dari Labuan. Dia kata bosnya nak beli badal besi. Tapi had harga yang dia sanggup bayar ialah RM3 juta sahaja,”kata Zaki.

“Kalau harga RM3 juta, kita masih ada RM2 juta kerana tuannya nak RM1 juta sahaja,”kata Ali.
“Bila dapat urus?” soal Zaki.

“Nanti aku pergi rumah tuannya petang ini tanya bila dapat urus jual beli,” kata Ali.

Zaki berada di kampung

Esoknya Ali hubungi Zaki yang masih berada di kampung. Kebetulan pagi itu Zaki sedang minum dengan Mat Amin.

“Tuan badal besi kata bila-bila masa dia boleh pergi ke Kuala Lumpur,” kata Ali.

”Kau cakap sendiri dengan Mat Amin. Dia ada dengan aku ni,” kata Zaki.


“Assalamualaikum Mat Amin. Saya Ali kawan Zabidi ada di Pontian sekarang. Petang semalam saya sudah pergi ke rumah tuan badal besi. Dia sanggup datang ke Kuala Lumpur bila-bila masa,” kata Ali.

“Mualaikumusalam. Nanti saya tanya bos saya bila dia sanggup turun ke Kuala Lumpur,” jawab Mat Amin.

Mat Amin terus hubungi bosnya, Agu yang berada di Labuan.

“Jumaat depan saya ada di Kuala Lumpur. Nanti kita pergi uji badal besi,” kata Agu.

“Okay bos,” jawab Mat Amin.

Hari Jumaat yang ditunggu pun tiba. Mat Amin menumpang tidur di bilik Zaki di Kepong. Malam tadi Mat Amin sampai di Kuala Lumpur dengan Zaki bersama kereta Persona Mat Amin.

Manakala Ali datang dengan tuan badal besi dari Pontian menaikki bas ekspres Pontian-Kuala Lumpur mslam tadi. Mereka tiba di Hentian Bandar Tasik Selatan jam 6 pagi tadi.

Dari situ Ali dan Wak Din terus naik komuter ke Kepong Sentral. Zaki menunggu ketibaan Ali dan Wak Din dengan Mat Amin di situ.

“Apa khabar Wak Din. Sihat?” soal Zaki kepada Wak Din.

“Waras (baik),” jawab Wak Din dalam bahasa Jawa.

“Mana pembelinya?” soal Ali kepada Zaki sewaktu mereka berada dalam kereta Persona Mat Amin.

“Petang nanti dia sampai di LCCT,” kata Mat Amin.

“Penerbangan pukul berapa?” tanya Ali.

“Dia kata penerbangannya belum muktamad lagi kerana penumpang penuh. Maklumlah dekat hari raya haji ramai orang balik kampung,” kata Mat Amin.

“Kita tunggu Agu datang,” sampuk Zaki.

Oleh kerana mereka bertiga tiada wang untuk membayar hotel Wak Din, maka Wak Din turut tidur di bilik Zaki. Bilik Zaki muat empat orang tetapi mereka tidak selesa kerana bilik itu tidak besar mana.

`Kenapa janji tak tepat’

Pagi esoknya Wak Din tanya Mat Amin, bila bosnya mahu sampai.

“Malam tadi dia sampai di LCCT dan terus terbang ke Pulau Pinang. Dia pergi tengok delima merah,” kata Mat Amin.

“Kenapa janji tak tepat? Kata nak urus badal besi dulu, kenapa dia pergi ke Pulau Pinang pulak?” marah Zaki.

“Wak Din tak boleh lama di Kuala Lumpur. Kalau tahu macam ini, Wak Din tak datang dari kampung semalam,” sampuk Ali.

“Nanti aku hubungi Agu,” ujar Mat Amin yang malu ditempelak Zaki dan Ali.

“Agu matikan telefon tangannya,” sambung Mat Amin lagi.

“Aku beri tempoh sampai jam 5 petang ini. Kalau Agu tak jawab panggilan, kita batalkan sahaja. Aku kena hantar semula Wak Din ke kampung.

Wak Din tak biasa naik bas seorang,” kata Ali.

Tepat jam 5 petang Mat Amin masih tidak dapat berhubung dengan Agu. Maka Ali pun terus balik ke Pontian dengan Wak Din. Wak Din pulang hampa kerana urusan tidak menjadi.

Mat Amin yang malu terus balik ke Kuantan petang itu juga meninggalkan Zaki sendirian di biliknya.

“Susah betul nak padankan pembeli dengan pemilik barang,” kata Zaki.

Monday, April 24, 2017

JELMAKAN WANG DALAM RUMAH



“Kita nak ke Melaka buat apa Ali?” soal Zaki kepada Ali ketika mereka naik bas di terminal Bandar Tasik Selatan ke Melaka.

“Nak ambil duit dalam rumah Pak Long,” jawab Ali.

“Pak Long mana?” soal Zaki.

“Pak Long yang datang ke rumah Ustaz Mukhriz minggu lepas,” jawab Ali.

Dua jam setengah kemudian, Ali dan Zaki tiba di Melaka Sentral. Kebetulan hari itu hari Sabtu. Dapatlah Zaki mengikut Ali ke Melaka. Hari lain susah Zaki mahu mengikut Ali sejak Zaki bekerja semula.

Setengah jam kemudian Pak Long tiba di Melaka Sentral menjemput Ali dan Zaki. Pak Long datang dengan bininya, Mak Long yang berusia 40an.

Empat puluh minit kemudian mereka tiba di rumah Pak Long di sebuah kampung di Masjid Tanah. Pak Long yang berusia 50an adalah seorang bomoh yang mengubati pelbagai penyakit tradisional.

Selepas menjamah pisang goreng dan kopi O, Ali tanya Pak Long, “Duit tu ada di mana Pak Long?”

“Ada dalam bilik tu. Penuh dengan wang. Kena cari guru yang pandai ambil duit tu,” kata Pak Long.

“Anggaran banyak mana Pak Long?” soal Zaki yang ghairah mendengar cerita Pak Long.

Guru

“Rasanya sampai RM100 juta,” kata Pak Long.

“Ali kata ada guru yang boleh ambil wang dalam rumah ini,” sambung Pak Long.

“Memang ada. Syed Alwi. Dia guru Datuk Sahar,” kata Ali.

“Bila nak ambil duit tu?” tanya Ali kepada Pak Long.

“Terpulang kepada gurulah,” kata Pak Long.

“Ni nak masuk Ramadhan dah. Bulan Ramadhan Syed Alwi tak buat. Lepas Ramadhanlah,” kata Ali.

“Kita nak pakai duit sebelum hari raya,” jawab Pak Long.

“Kena sabar Pak Long. Ini bukan kerja mudah,” kata Ali.

Zaki tidak banyak menyampuk perbualan di antara Pak Long dengan Ali. Malam itu mereka tidur di rumah Pak Long. Dua orang anak dara Pak Long yang berusia 20 tahun dan 18 tahun terasa segan menonton televisyen di hadapan tetamu ayah mereka.


Pagi Ahad itu Ali kejutkan Pak Long yang turut tidur di hadapan bilik tamu itu.

Berita baik

“Ada berita baik Pak Long. Malam ini Syed Ali nak datang. Dia suruh kita buat persiapan cari kain putih dan al Quran,” kata Ali.

“Dia minta RM300 sahaja kos untuk dia datang ke mari dari Johor,” kata Ali.

“Kalau begitu kita kumpul RM100 seorang,” kata Pak Long.

“Saya tak ada duit Pak Long. Nanti saya tanya Zaki bila dia selesai mandi nanti,” kata Ali.

Sepuluh minit kemudian Zaki keluar dari bilik air.

“Kami dah setuju malam ini Syed Alwi datang ambil duit ini,” kata Pak Long.

“Jadi setiap orang kena keluarkan duit RM100,” kata Pak Long lagi.

“ You carilah dulu RM200 untuk kita,” kata Ali kepada Zaki.

“Nanti saya call funder saya, “ kata Zaki. Zaki terus call kawan baiknya, bakal isteri keduanya, Sarimah.

“Ayang tolong bank in abang RM200 boleh? Abang nak segera,” kata Zaki.

Balu

“Abang ni selalu nak duit mengejut. Nantilah jam 1 ayang bank in,” kata Sarimah yang tidak cakap banyak.

Sarimah dah tahu biasanya Zaki akan callnya bila tiada wang. Dekat RM3,000 duit balu itu dipinjam oleh Zaki. Tapi projeknya asyik tak jadi.

“Nampaknya dari segi duit tak ada masalah,” kata Zaki kepada Ali dan Pak Long.

Tengah hari itu mereka keluar ke pekan Masjid Tanah mencari persiapan untuk malam ini memindahkan wang yang ada dalam bilik itu menjadi wang kenyataan. Wang itu menurut Pak Long penuh satu bilik tetapi tidak nampak oleh mata kasar manusia.

Tepat jam 9 malam Syed Alwi tiba dengan pengiringnya ke rumah Pak Long. Oleh kerana masih ramai orang datang berubat dengan Pak Long, maka mereka menunggu orang pulang terlebih dahulu.

Tepat jam 12 malam apabila anak-anak Pak Long tidur, maka Syed Alwi pun memulakan upacara menjadikan wang yang tak nampak itu menjadi wang yang nyata.

Syed Alwi memang hebat. Duit yang penuh bilik itu sudah nyata. Terkejut Pak Long, Zaki dan Ali yang melihat timbunan wang RM.

Alam ghaib

Selesai upacara hampir jam 2 pagi, Syed Alwi pun berkata,” Oleh kerana duit ini duit alam ghaib, maka separuh dari duit ini hendaklah diserah kepada saya. Manakala selebihnya dibahagilah di antara kamu bertiga”.

Perasaan tamak timbul di dalam hati Pak Long.

“Ini duit saya, Macam mana tuan guru dapat separuh?” tanya Pak Long.

“Ali tak beritahu kepada Pak Long pembahagiannya?’ tanya Syed Alwi kembali.

“Saya lupa nak beritahu Pak Long,” kata Ali.

“Tak aci macam tu,” kata Pak Long.

Serentak dengan itu sekelip mata wang yang sudah nyata di hadapan mata itu ghaib gara-gara ketamakan Pak Long. Syed Alwi menepuk dahi.

Zaki dan Ali menangis tak berlagu melihat ketamakan Pak Long. Ali kata kalau dia datang dengan kereta, pada malam yang sama dia balik ke Kuala Lumpur.

Sebaliknya malam itu Ali dan Zaki masih tidur di rumah Pak Long. Pagi esoknya ketika Pak Long menghantar mereka ke Melaka Sentral, mereka tidak bercakap dalam perjalanan gara-gara marah kepada ketamakan Pak Long.

Sunday, April 23, 2017

MINYAK DAGU



Haji Hashim adalah seorang penguji. Dia sedang mencari minyak dagu untuk buat ibu duit. Zaki hubungi Ali supaya mencari minyak dagu.
“Susah dapat minyak dagu,” kata Ali.

“Kalau ada minyak dagu, senang kita buat ibu duit,” kata Zaki.


“Dahulu aku pernah dapat minyak dagu, tapi tak ada guru pula yang pandai,” beritahu Ali.

Ali pun bercerita kepada Zaki bahawa tahun lepas dia naik kereta tiga orang dari Kota Tinggi ke Muar membawa minyak dagu. Sepanjang perjalanan tuan minyak dagu pegang minyak dagu sementara dia diusik penunggu minyak dagu. Kadang kala dia terasa tubuhnya dicuit oleh penunggu minyak dagu.

Yang lucunya si penunggu minyak dagu nak minum stout (arak). Terpaksa Ali dan kawannya berhenti di kedai Cina beli stout. Ali yang tak pernah beli stout terpaksa tebalkan muka beli sebotol stout untuk penunggu minyak dagu itu.

Stout dalam botol itu dibuka. Ali nampak dengan matanya 10 minit kemudian stout itu habis diminum. Naik seram kepala Ali. Begitu juga tuan punya minyak dagu, Wak Senin dan pemandu kereta, Hisham.

Penunggu minyak dagu mahu makan burung serindit

Sebelum sampai di Muar, penunggu minyak dagu mahu makan burung serindit yang orang India buat tilik nasib. Habis dipusingnya di pekan Batu Pahat cari burung itu. Burung itu dibeli dari tukang tilik nasib India itu.

“Dari cari orang tilik nasib satu hari belum tentu dapat berapa ringgit, lebih baik aku jual burung ini,” kata Maniam kepada Ali yang menjualnya dengan harga RM100.

Sekejap sahaja burung serindit itu dimakan penunggu minyak dagu itu. Sampai di rumah guru di Muar, guru pula yang takut proses minyak dagu itu. Akhirnya mereka pulang ke Kota Tinggi dengan penuh kecewa.

Minyak dagu berasal dari tulang dagu wanita yang mati dibunuh ketika sedang mengandung anak sulung. Tulang dagu wanita itu dilayur dengan bacaan mentera. Sesiapa yang terkena minyak dagu ini akan tunduk kepada si pemakai minyak tersebut.


Ia lebih berkesan dari minyak cenuai. Minyak cenuai biasanya diproses oleh orang Asli. Tetapi minyak dagu boleh dibuat ibu duit, kata Haji Hashim. Bila ibu duit menggunakan wang RM100 digunakan untuk beli barang di kedai, duit itu akan kembali semula kepada si pengguna ibu duit itu.

Contohnya kita beli rokok RM10 dengan menggunakan ibu duit itu, kita dapat semula duit RM100 itu. Ini bermakna kita sudah untung RM90 dalam satu deal. Katakan satu hari kita buat 10 urusan di 10 kedai yang berlainan, maknanya kita sudah untung RM900 dalam satu hari. Itulah kegunaan ibu duit.

Menurut Haji Hashim ada guru yang pandai buat ibu duit ini di Seremban. Tetapi kena cari minyak dagu yang ada kuasa.

Pergi Kedah

“Ali nak pergi ke Kedah ambil minyak dagu,” beritahu Zaki kepada Haji Hashim.

“Biar Ali uji dulu sejauh mana kuasanya. Bila betul ada kuasa, kita akan pergi ke sana bawa guru,” kata Haji Hashim.

Maka setiap orang dipungut RM100 dari ahli jemaah seramai 10 orang untuk bayar kos guru. Minyak yang dicari Ali di Kedah ternyata hebat.

Maka guru di Seremban dihubungi untuk dibawanya ke Kedah.

Tunggu punya tunggu, Haji Hashim yang berurusan dengan guru tersebut kata tangguh dulu kerana guru demam.

“Baru-baru ini guru halau hantu raya. Maka tubuh guru lemah bila hantu raya berjaya diusir. Jadi kita kena tunggu guru pulih sepenuhnya bulan depan,” beritahu Haji Hashim kepada Zaki dan Ali.

Bulan depannya tangguh lagi. Alasan Haji Hashim ialah guru sibuk dengan pilihanraya umum bulan Mei lalu. Ramai calon gunakan perkhidmatan guru sewaktu berkempen pilihan raya.

“Tangguh lagi?”

Bulan Jun, Zaki hubungi Haji Hashim lagi. Kali ini alasan Haji Hashim ialah guru pergi ke Makkah buat umrah.

Bulan Julai datang, Haji Hashim kata guru sudah bersedia untuk buat ibu duit dengan minyak dagu itu. Guru pun berangkat ke Kedah tetapi semua kecewa apabila guru uji minyak dagu itu, kuasa sudah tidak ada.

“Kuasa nak ada macam mana. Dah lima bulan minyak dagu tersadai menunggu guru,” kata Zaki.

“Buang masa kita menunggu guru,” jawab Ali.

“Kalau Haji Hashim telefon aku nanti, aku belasah dia,” kata Zaki lagi.

“Peluang dah ada buat ibu duit, tapi guru yang lengah-lengahkannya. Entah entah guru itu temberang,” kata Ali.

Saturday, April 22, 2017

KISAH TUKAR USD



“You ada buyer USD?” tanya Kalam kepada Zaki.


“Banyak mana RM nak ditukar?’ tanya Zaki kembali.

“Buat permulaan RM3 juta bersamaan USD1 juta,” kata Kalam.

“I ada buyer USD. Bila nak deal?” tanya Zaki.

“Seberapa segera yang boleh,” jawab Kalam.

“I sibuk. Nanti I suruh Ali uruskan bagi pihak I,” kata Zaki yang sudah bekerja tetap. Dahulu dia tidak bekerja, bolehlah dia ikut ke sana ke sini uruskan jual beli barang-barang mistik yang tidak pernah menjadi. Maka Kalam dan Zaki pun berpisah di Restoran Nagas yang berdekatan dengan stesen LRT PWTC itu.

“Ali, esok u pergi ke Istana Budaya jumpa Kalam. Dia ada USD. I bawa Tengku Arman yang ada RM. You uruskan,” kata Zaki.

“I nak pergi ke sana naik apa?” soal Ali.

“You naik teksi. U ambil RM50 ini,” kata Zaki.

Tepat jam 10 pagi, Ali sudah tiba di Istana Budaya di Jalan Tun Razak. Ali menuju ke sebuah kafe yang terdapat di Istana Budaya itu. Terdapat dua orang lelaki berada di kafe yang tidak sibuk itu.

Orang RM

“You Kalam ke kawan Zaki?” tanya Ali.

“Ya. Orang RM dah sampai?” kata Kalam sambil menjabat tangan Ali.

“On the way,” jawab Ali.

“Ini Major Amir. Dia yang ada USD,” Kalam memperkenalkan kawannya Major Amir kepada Ali.

“Dah sampai orang RM?” soal Major Amir.

“Belum lagi. Mana samplenya? Ini USD second print ke?” soal Ali kembali.

“Ini samplenya,” kata Major Amir sambil menyerahkan sample USD kepada Ali.

10 minit kemudian Tengku Arman sampai mengambil sample USD itu. Selepas Ali menyerahkan sample USD kepada Tengku Arman, Tengku Arman terus berlalu dengan motorsikalnya.


“Beri masa 30 minit. Bila sample USD itu sudah disahkan, kita buat pertukaran cash to cash (C2C) hari ini juga,” kata Tengku Arman kepada Major Amir sebentar tadi.

Setengah jam kemudian, Tengku Arman tiba di kafe itu dengan muka yang penuh ceria.

Tukar USD

“Orang RM dah setuju tukar USD itu. Sample USD tadi adalah okay. USD second print itu akan diedar ke Laos dan Kemboja. Jam 2 petang kita jumpa di sini. Bawa tunai,” kata Tengku Arman.

Mereka berpisah sementara menunggu jam 2 petang. Sambil menunggu jam 2 petang, Zaki menumpang kereta Kalam ke Perpustakaan Negara yang tidak jauh dari situ. Major Amir ikut Kalam dan Zaki berehat di situ sambil membaca akhbar dan majalah.

Tepat jam 2 petang mereka tiba di tempat yang dijanjikan di kafe Istana Budaya.

“Nak buat pertukaran di mana?” soal Major Amir.

“Dalam kereta orang RM pun tak apa,” kata Tengku Arman.

“Orang USD dalam perjalanan. Nanti dia beritahu nak tukar di mana,” jelas Major Amir.

“Berapa lama nak tunggu? Orang RM dah ada di tempat parkir kereta. Kereta BMW tu,” tunjuk Tengku Arman kepada kereta BMW yang tidak jauh dari kafe itu.

10 minit kemudian, orang USD pun sampai dengan kereta Toyota Vios.

Zaki dan Kalam menunggu mereka berunding di parkir kereta. Major Amir yang kenali orang USD bawa Tengku Arman jumpa orang USD,

“Ikut kami ke pejabat kami di Sri Hartamas,” kata orang USD.

Perangkap polis

“Nanti saya beritahu orang RM,” kata Tengku Arman dan terus pergi kereta BMW orang RM.

“Tadi janji tukar di sini. Kenapa tukar tempat pulak? Entah entah ini perangkap polis,” kata orang RM.

Kereta orang RM terus pergi dari situ.

“Kenapa Tengku?” soal Major Amir.

“Dia orang marah. Kata nak tukar di sini. Kenapa nak pergi ke Sri Hartamas pula. Gila ke nak bawa cash ke sana RM3 juta,” kata Tengku Arman dan terus menyetat motorsikal kapcainya.

“Dia orang tak berani bawa cash USD1 juta ke sini,” terang Major Amir.

Major Amir masuk ke kafe menemui Ali dan Kalam.

“Kenapa Tengku Arman dan orang RM lari?” tanya Kalam.

“Dia orang takut pergi ke Sri Hartamas bawa cash. Orang USD takut bawa cash ke sini,” terang Major Amir.

“Kalau begini sampai kiamat tak jadi. Kedua-duanya tak nak tolak ansur,” marah Ali.

“Major pun pelik. Kata nak tukar di sini. Kenapa orang USD tukar tempat pulak?” tanya Kalam.

“Saya pun tak tahu dia orang tukar tempat last minute,” kata Major Amir.

Ali menumpang kereta Kalam ke Chow Kit sebelum naik bas untuk balik ke Kepong. Sebulan kemudian Ali dan Zaki mendapat berita Major Amir ditangkap polis kerana urusan tukar wang USD ke RM.

Partner Major Amir orang Arab bawa lari wang tunai RM3 juta seorang pelanggan dari Johor Bharu. Bila pelanggan itu buat laporan polis, kebetulan Major Amir yang ada di pejabat di Sri Hartamas kena tahan reman.

Orang Arab itu sudah lari ke luar negara. Major Amir terpaksa berhari raya Aidilfitri dalam lokap kerana beliau ditahan reman selama seminggu. Ali dan Zaki terkejut bila baca berita tangkapan Major Amir dalam Harian Metro gara-gara tukar wang USD.

Thursday, April 20, 2017

MENGAMBIL EMAS DI KAMPUNG BUNIAN



Pada suatu hari Ali didatangi Idris. Idris adalah kawan Zaki tetapi sejak Idris mengenali Ali, Idris yang turut terlibat dalam urusan jual beli barang mistik terus menghubungi Ali.

“Ada apa Idris?”tanya Ali.

“Nak ikut ke Karak?” tanya Idris pula kepada Ali.

“Ada apa?” soal Ali.

“Nak pi ambil emas di kampung bunian,” kata Idris.

“Bila?” soal Ali lagi.

“Pagi esok. Beritahu Zaki kot-kot dia nak ikut,” kata Idris.

“Zaki sekarang kerja. Susah nak ikut. Tapi kita tak boleh tinggalkan dia. Walaupun dia tak pergi tapi dia yang support duit minyak kereta, makan minum dan tol kita,” kata Ali.

Malam itu Ali menerangkan hajat Idris siang tadi kepada Zaki. Seperti biasa sebagai funder Zaki keluarkan RM100 kepada Ali untuk bayar duit minyak, duit tol dan makan minum mereka esok.

Pagi itu Zaki menaikki kereta Proton Saga Idris warna merah ke Kampung Jambu Rias, Karak. Mereka pergi ke rumah Pak Omar seorang bomoh. Sudah ramai yang berkumpul di rumah Pak Omar.

Tunggu

“Kita sedang menunggu Kiyai Baharuddin dari Puchong,” kata Pak Omar.

“Dia boleh ambil ke emas di kampung bunian?” tanya Idris.

“Dia kata boleh,” ujar Pak Omar.

Ali yang turut berada dalam jemaah seramai 10 orang itu tidak cakap banyak. Maklum sajalah orang lain dia tak kenal. Yang dia kenal Idris sorang. Malah Pak Omar baru dia kenali hari itu.

Setengah jam kemudian Kiyai sampai dari Puchong bersama kawannya. Mereka naik Storm. Kiyai terus bersalam dengan Pak Omar.

“Semua yang ada tak perlu masuk ke sana. Saya pun tak pergi. Hanya Pak Omar dua orang yang pergi. Siapa sorang lagi Pak Omar?” tanya Kiyai.“Idris,” kata Pak Omar.

“Ingat pesanan saya. Saya sudah berhubung dengan orang di sana. Mereka tidak halang kita nak ambil emas. Tapi setakat 10 ketul sahaja. Tak boleh ambil lebih dari itu,” pesan Kiyai kepada Pak Omar dan Idris.

“Baik Kiyai,” kata Pak Omar dan terus bersalam dengan Kiyai. Idris pun turut bersalam dengan Kiyai.

Mereka berlepas ke Janda Baik yang lebih kurang 30 minit dari Karak. Ali menunggu kepulangan Pak Omar dan Idris di rumah Pak Omar bersama Kiyai Baharuddin.

Janda Baik

Sampai di Janda Baik, Pak Omar yang sudah biasa masuk ke kampung bunian itu terus masuk ke alam bunian. Idris kagum kerana betapa indahnya padang yang menghijau yang terdapat di kampung tersebut.

Tiba-tiba datang lelaki naik kuda menuju ke arah mereka. Tetapi lelaki itu tidak menegur pun mereka. Mereka hairan juga. Rupanya Kiyai sudah beritahu hajat kedatangan mereka berdua, jadi lelaki berkuda itu tidak ganggu mereka.

Setengah jam berjalan di kampung yang cantik itu, mereka bertemu dengan timbunan emas. Tetapi oleh kerana pesanan guru mereka dapat ambil setakat 10 ketul sahaja, maka mereka patuhi pesanan itu. Mereka bimbang jika ambil lebih sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepada mereka.

Bila tiba di sempadan perkampungan bunian, Pak Omar dan Idris menggalas guni yang mengandungi 10 ketul emas itu. Bayangkanlah harga pasaran emas sekarang bagi satu ketul emas yang beratnya 1 kilogram.

Bila Pak Omar sampai di rumahnya, Kiyai, Ali dan jemaah lain kelihatan tidur di atas rumah kecilnya itu.


“Assalamualaikum,” kata Pak Omar. Mendengar ucapan salam itu, semua yang tertidur pun bangun.

“Macam mana misi berjaya?” soal Kiyai.

“Alhamdulillah berjaya,” jawab Pak Omar.

“Ada gangguan tak?” soal Kiyai lagi.

“Ada lelaki berkuda datang tapi dia tak kacau kami,” cerita Pak Omar.

Cantik pemandangan

“Seronok ke sana Idris?” tanya Kiyai.

“Cantik pemandangannya. Rasa nak pergi lagi. Banyak lagi ketul emas yang boleh kita ambil,” kata Idris.

“Kita dah janji dengan dia orang ambil 10 ketul sahaja jadi kita tidak boleh mungkir janji,” kata Kiyai.

“Nah ini ketulan emas yang kami dapat,” kata Pak Omar. Ahli jemaah terkejut lihat ketulan emas yang Pak Omar serahkan kepada Kiyai.

“Oleh kerana emas ini adalah hak milik kita maka semua ahli jemaah akan dibahagi sama rata hasil jualan emas nanti,” kata Kiyai.

“Kami serah kepada Kiyai untuk uruskan jualannya,” kata Pak Omar.

“Saya akan bawa pulang emas ini ke Puchong. Minggu depan saya datang beri duit kepada kalian semua,” kata Kiyai.

“Baik Kiyai,” jawab serentak ahli jemaah.

Kiyai pun balik ke Puchong, Selangir dengan storm kawannya. Bila Kiyai beredar, Idris tanya Pak Omar, “Kiyai tu boleh percaya ke?”

“Dia orang yang tak tinggal solat lima waktu takkan nak tipu kita,” kata Pak Omar.

Alamat

“Rumah dia di Puchong pun kita tak kenal,” kata Idris.

“Alamatnya ada dengan saya,” kata Pak Omar.

Genap seminggu, semua ahli jemaah berkumpul di rumah Pak Omar. Masing-masing menunggu kedatangan Kiyai untuk membahagikan duit jualan emas itu. Kiyai berjanji mahu sampai jam 10 pagi tetapi sampai ke petang Kiyai tak sampai-sampai.

Bila Pak Omar call, Kiyai asyik jawab on the way, on the way.

“Takkan dari Puchong ke Karak sampai lapan jam perjalanan,” kata Idris.

“Mungkin dia singgah di mana-mana tu,” jawab Pak Omar.

Malam itu Pak Omar call lagi Kiyai, tapi handphonenya menjawap nombor yang anda dail sudah tiada dalam perkhidmatan.

“Kita dah kena kencing ke?” soal Ali.

“Sabar. Esok kita pergi ke rumahnya di Puchong,” kata Pak Omar.

Sampai di Puchong Permai, Pak Omar, Ali dan Idris jumpa cari alamat rumah Kiyai.

Tiada jawapan

“Assalamualaikum,” kata Pak Omar tetapi tiada jawapan.

Jiran di sebelah rumah mendengar ucapan salam itu terus mendapatkan Pak Omar.

“Ada apa Encik? “ tanya Pak Taufik.

“Ini rumah Kiyai Baharuddin ke?” tanya Pak Omar.

“Ya itu memang rumah Kiyai. Kenapa?” tanya Pak Taufik.

“Kami nak jumpanya. Ada hal,” jelas Pak Omar.

“Kiyai dah seminggu pindah. Minggu lepas dia balik dari Karak dia terus pindah,” kata Pak Taufik.

“Pindah? Alamak matilah aku,” kata Idris yang terkejut lalu jatuh pengsan. Idris yang ada penyakit lemah jantung terus meninggal dunia di situ.

“Celaka punya kiyai. Sanggup dia tipu kita?” kata Pak Omar.

“Siapa yang tak gelap mata dengan duit? Makin besar serban, makin kuat godaan iblis. Kalau kita, yang datang ialah iblis pangkat prebet saja tapi bagi kiyai yang datang menggodanya ialah iblis yang berpangkat jenderal,” kata Ali.

Ali menangis dalam hati kerana asyik ada halangan untuk menjadi kaya. Apa alasan yang akan diceritakan kepada Zaki sekembalinya ke rumah nanti.

Wednesday, April 19, 2017

BULUH BERTEMU RUAS



Minggu ini saya ingin bercerita tentang buluh bertemu ruas. Khasiat buluh bertemu ruas adalah untuk menundukkan ilmu hitam kerana buluh ini merupakan senjata bagi membatalkan santau dan ilmu hitam.

Jin dan makhluk halus boleh tercedera dengan buluh ini. Dikatakan ia dapat melindungi dan menghindari dari kemalangan dan kecederaan yang parah. Ia juga kuat sebagai pendinding diri dari khianat manusia.

Ia juga sesuati digunakan oleh ahli perniagaan, peniaga makanan dan restoran dan juga jurujual bagi khasiat pelaris dan pendinding.

“Ada apa Wak?” tanya Ali kepada Wak Kamarul dalam handphone.

“Aku nak bawa buluh bertemu ruas. Kau ada buyer?” tanya Wak Kamarul.

“Ada. Wak hubungilah Sam. Kan Wak dah kenal Sam,”jawab Ali.

“Kaulah yang hubungi dia. Kau kan ada di KL,” kata Wak Kamarul yang berada di Johor Bharu.

“Buluh ini dari mana Wak?” tanya Ali.

“Dari Jakarta. Tuannya dah bawanya ke JB. Datuknya punya,” kata Wak Kamarul.

“Dah test ke dalam air panas?” tanya Ali.

Barang original

“Dah. Memang ori punya,” kata Wak Kamarul.

Ali pun hubungi Sam yang duduk di Klang.

“Bawalah lusa” kata Sam.

“Berapa harga satu gram?” tanya Ali.

“RM30 ribu satu gram. Ada berapa gram?” soal Sam.

“20 gram,” jawab Ali.


Malam itu Ali berbincang dengan Zaki di bilik sewaan mereka. Ali sekadar menumpang sahaja di bilik Zaki. Zaki yang bayar sewa. Ali kata macam mana nak bayar sewa, semua deal tak pernah jadi.

“Kalau jadi kali ini, aku bayar sewanya. Dah berapa bulan tak bayar sewa bilik?” tanya Ali.

“Dah lima bulan. Maknanya RM1,150. RM230 sebulan,” jawab Zaki.

“Baru RM1,150. Kita dapat RM100,000 seorang bertiga dengan Wak. Ada baki RM98,850 lagi duit aku,” kata Ali.

“Duit belum dapat, kau dah berangan,” marah Zaki yang selalu terkena.

Kongsi

“Kali ini duit bayar Sam kita kongsi tiga orang dengan Wak, RM100 seorang,” sambung Zaki.

“Itu jangan bimbang. Wak nak tanggung semua,” kata Ali.

Lusanya Zaki menyewa kereta Proron Wira kawannya, Shamsul. RM50 satu hari. Maka pagi itu Zaki dan Ali bertolak ke Klang. Mereka menunggu ketibaan Wak dengan tuan punya buluh bertemu ruas di Klang Sentral.

Jam 11 pagi mereka sampai dari Johor Bharu dengan bas Express JB-Klang. Wak walaupun sudah tua berusia 60 tahun tapi rugged dengan t shirt dan seluar jeans. Wak pakai cermin mata hitam tanpa janggut dan misai nampak lebih muda dari usia yang sebenar. Wak datang dengan Jono tuan punya buluh ruas dan isterinya.

“Dari mana Jono dapat buluh ini?” tanya Ali dalam kereta sewaktu mereka ke rumah Sam di Taman Andalas.

“Ni barang moyang isteri saya yang simpan di Jakarta,” kata Jono yang berusia 40an.

“Dah lama saya warisinya,” celah isteri Jono yang tak nampak tua. Orang Jawa biasanya suka minum jamu yang menyebabkan awet muda.

Sam sudah menunggu ketibaan Ali dan rakan-rakannya di rumah.

“Kamu sudah test ke?” tanya Sam.

“Sudah,” jawab Jono.

“Mana duitnya?” tanya Sam lagi. Seperti biasa bila Sam test barang mistik, dia cajkan RM300. Jika barang itu okay, dia akan bayar satu kali ganda RM600 kepada tuan barang. Tapi kalau tidak okay, maka RM300 itu hanguslah.

“Ini wangnya,” kata Wak yang meletakkan RM300 di atas meja di hadapan Sam.

Sam pun ambil air panas yang sedang menggelegak. Sam suruh Jono masukkan buluh itu ke dalam bekas air itu.

Patah dua

10 minit kemudian buluh bertemu ruas itu patah dua.

“Macam mana Jono, kamu kata dah test?” tanya Sam.

“Dulu saya dah letak dalam air panas, tak putus pun,” kata Jono.

Wak terpinga-pinga kerana wangnya RM300 sudah hangus. Ali hanya diam tak berani kata apa-apa takut ditempelak oleh Zaki.

“Kan saya sudah cakap kita ni buang masa saja Ali,” kata Zaki selepas meninggalkan Jono dan isterinya di Kelang Sentral. Mereka terus beli tiket bas untuk balik ke Johor Bharu malam itu. Manakala Wak menumpang Ali dan Zaki ke Kuala Lumpur.

“Sabar sajalah. Belum ada rezeki kita,” kata Wak meredakan keadaan. Wak lagi kecewa kerana dia yang bayar tambang pergi balik kepada Jono dan isterinya serta makan minum mereka. Malah lebih mengecewakan beliau yang kehilangan RM300 tanpa Ali dan Zaki mengeluarkan modal.

Tuesday, April 18, 2017

GELIGA EMBUN



Minggu lepas seramai 5,523 orang sudah membaca kisah air mani gajah. Terima kasih kepada kalian semua. Minggu ini saya mahu menulis tentang Geliga Embun.

Geliga embun berwarna putih susu dan mempunyai empat ciri. Menurut tester Haji Hashim, ciri pertama, ia keras macam batu. Ciri kedua, geliga embun bila dimasukkan ke dalam air akan hilang. Ciri ketiga, bila dikeluarkan dari air, ia lembut macam jeli. Dan ciri keempat, ia keras semula macam batu.

Khasiat geliga embun boleh mengubati penyakit santau selain dari membuat pelaris diri dan sebagainya.

Petang itu Hisham datang menemui Ali di Restoran Shabnam.

“Ali ada kawan aku di KB nak bawa geliga embun. You ada buyer?” tanya Hisham.

“Zaki ada buyer. Nanti dia call Haji Hashim,” jawab Ali.

“Berapa harga?” soal Hisham.

“Tuannya nak berapa?” tanya Ali kembali.

“Dia kata nak RM2 juta sahaja,” jawab Hisham.

“Kita ada baki RM3 juta lagi bahagi empat orang sama rata termasuk kawan you di KB,” kata Ali.

Malam itu Ali beritahu Zaki yang baru balik dari kerja.

“You hubungi Haji Hashim. Ada orang nak jual geliga embun,” beritahu Ali.

“Biar betul Ali. Dah banyak kali kita terkena. Dah siap buyer, barang tak betul pulak,” marah Zaki.

Hilang dalam air

“Hisham kata betul. Kawannya dah tengok geliga embun itu hilang dalam air, “ Ali yakinkan Zaki.

Zaki terus call Haji Hashim. Haji Hashim kata dah lama bossnya cari geliga embun tapi belum temui yang asli. Pelbagai orang sudah datang menemuinya tetapi bila diuji, ia tidak hilang di dalam air.



Lusanya Hisham, Ali dan Zaki menunggu kedatangan Muda dari KB dengan tuan punya geliga embun di Bukit Antarabangsa. Mereka datang berempat dengan sebuah kereta.

Bila Muda sampai, Muda memperkenalkan Razak kepada Hisham, Ali dan Zaki.

“Ini tuan punya geliga embun Razak,” kata Muda.

“Mana buyer?” tanya Muda.

“On the way,” jawab Zaki. Haji Hashim dah pesan bila tuan punya geliga embun sampai di Bukit Antarabangsa, callnya kerana rumahnya tidak jauh dari situ. Sekitar 10 minit perjalanan sahaja.

Air mineral

10 minit kemudian Haji Hashim tester tiba di restoran itu. Maka Haji Hashim tanya Razak, nak guna air mineralnya atau nak beli air mineral sendiri.

“Biar semua puas hati. Jangan kata saya tipu dengan bawa air mineral sendiri,” jelas Haji Hashim.

“Okaylah kita beli yang baru,” kata Muda supaya tuan punya geliga embun puas hati.

“You pergi beli air mineral di 7 eleven hujung kedai ini,” kata Muda kepada Hisham. Hisham terus berlalu dari situ.

10 minit kemudian Hisham bawa sebotol air mineral yang baru dan berikannya kepada Haji Hashim.

Haji Hashim keluarkan gelas dari bagnya dan terus menuang air mineral ke dalam gelas itu.

“Okay semua puas hati. Ini air baru. Mana geliga embun?” tanya Haji Hashim kepada Razak.

Razak mengeluarkan geliga embun dan terus masukkannya ke dalam gelas. Mereka menunggu selama 30 minit untuk melihat sama ada geliga embun itu hilang dalam air atau tidak.

Dalam pada itu Zaki sudah berangan akan dapat RM600,000 seorang dari deal ini. Zaki, Ali, Muda, Hisham dan Haji Hashim akan mendapat habuan yang sama banyak.

“Banyak tu,” kata Zaki dalam hati sambil tersenyum.

Malu

Tepat 30 minit Haji Hashim kata nampaknya geliga embun tidak hilang dalam air.

“Tak ada rezeki kita semua,” tambah Haji Hashim.

Muka Hisham merah pasal malu kepada Ali.

“You cakap you dah tengok geliga embun ini hilang dalam air, Muda,” marah Hisham.

“I dengar cakap tuannya Razak,” jelas Muda.

“Saya tak pernah masukkan lagi geliga embun ini dalam air,” kata Razak. Ketawa Haji Hashim mendengar penjelasan Razak.

“Saya dah cakap sebelum datang dari KB, pastikan geliga embun ada empat ciri. Kan rugi duit minyak dan tol dari KB,” kata Haji Hashim sambil terus meninggalkan Ali dan kawan-kawannya.

Monday, April 17, 2017

AIR MANI GAJAH



Ali tidak tahu apa khasiatnya air mani gajah apabila Cikgu Shah menghubunginya untuk mencari pembeli air mani gajah. Ali terus hubungi Sam, kawan berbangsa Cina di Kelang.

“Sam, ada buyer air mani gajah?” soal Ali.

“Ada. Berapa gram?” tanya Sam.

“30 gram. Berapa harga satu gram?” soal Ali.

“RM30,000 satu gram,” jawab Sam.


“Air mani gajah yang macam mana buyer nak?” soal Ali.

“Yang dua alam. Testnya ambil dua batang mancis. Salut kedua-duanya dengan air mani gajah. Satu batang mancis letak di atas air, satu lagi di udara dan gerakkan yang di udara dengan yang di bawah.

“Kalau batang mancis di bawah bergerak mengikut yang di udara, maka inilah yang buyer nak yang dikatakan dua alam,” terang Sam.

Ali mencongak dalam kepalanya 30 gram berharga RM900,000.

“Kita beritahu owner harga RM10,000 satu gram cukuplah. Baki RM20,000 satu gram kita punya,” kata Ali kepada Zaki. Zaki mengangguk senyum mendengar RM600,000 mereka punya. RM600,000 itu akan dibahagi sama rata dengan Ali, Zaki dan Cikgu Shah.

“Barang dari mana Cikgu?” tanya Zaki yang menghubungi Cikgu Shah dengan handphone.

“Dari Kedah. Esok petang kawan saya sampai,” kata Cikgu Shah.

Batu kristal

Menurut lagenda batu kristal Mani Gajah ini bermula di Wilayah Sumatra, Indonesia di mana tinggalnya Suku Anak Dalam (Suku Kubu) yang tinggal di satu wilayah dengan habitat gajah. Legenda bermula kononnya terdapat seekor gajah jantan besar yang menjadi raja kepada kumpulan gajah-gajah yang menghuni habitat gajah tersebut.

Raja Gajah itu dikenali sebagai Gajah Tunggal kerana suka menyendiri kecuali bila Raja Gajah berkehendakkan gajah betina untuk melepaskan berahi yang telah menjadi lumrah alam si jantan akan mencari si betina.

Bila tiba bulan purnama, maka Raja Gajah mencari kawanan gajah-gajah betina di habitat tersebut. Apabila melihat Raja Gajah datang, maka gajah-gajah betina ini membentuk bulatan dan Raja Gajah akan memilih seekor gajah betina untuk disetubuhinya.

Selesai bersetubuh, Raja Gajah akan menimbus sisa-sisa mani yang berciciran di tanah agar tidak kelihatan lagi. Mani gajah yang tertimbus itu akan bertukar menjadi batu kristal yang lembut dan akhirnya menjadi keras dan inilah yang dipanggil Batu Mani Gajah.

Puak Suku Anak Dalam mengintai ketika Raja Gajah sedang memuaskan nafsunya dengan gajah betina. Selepas Raja Gajah dan kawanan gajah betina beredar, maka suku itu berebut-rebutlah menggali kambusan tanah untuk mendapatkan air mani gajah yang telah bertukar menjadi kristal.


“Apa khasiat air mani gajah Cikgu?” soal Zaki yang amat buta tentang air mani gajah.

“Menurut orang Batak air mani gajah mampu mempengaruhi minda orang untuk menurut kata dan kehendak pengguna minyak ini . Ia lebih kuat dari minyak cenuai dan minyak pengasih,” terang Cikgu Shah.

Mati pucuk

“Jadi ia amat mujarab sebagai penunduk, pengerat kasih sayang suami isteri, pelaris perniagaan dan boleh mengubati penyakit mati pucuk,” sambung Cikgu Shah yang bukan pesara guru sekolah.

Sebaliknya dia adalah bekas pensyarah di Institut Penyelidikan Getah (RRI) tetapi beliau dipanggil pelajar-pelajar RRI sebagai Cikgu.

Esoknya, tepat jam 5 petang, Malik dan Sumi sampai di rumah Cikgu Shah di Subang Bestari.

“Biar kita test dahulu sama ada ia dua alam atau tidak,” kata Cikgu Shah.

“Tak payah testlah Cikgu. Kita dah lambat. Janji dengan Sam pukul 6 petang. Jalan ke Kelang jem ini Cikgu,” bantah Ali.

“Saya dah testnya Cikgu. Memang confirm dua alam,” sampuk Sumi tuan punya air mani gajah itu.

Cikgu Shah, Ali dan Zaki terus naik kereta Volvo Malik ke Kelang. Jalan ke Kelang memang jem gila. Tepat jam 7 baru mereka sampai di rumah Sam di Taman Andalas.

Barang mistik

Untuk berurusan dengan Sam, semua seller barang mistik dikenakan membayar RM300. Jika barang itu selepas test okay, Sam akan membayar sekali ganda RM600. Jika barang itu tidak okay, RM300 akan hangus.

Cikgu Shah dan Ali memang tiada duit untuk bayar RM300. Maka Zaki yang sukarela membayar RM300 kepada Sam kerana dia yakin mereka akan dapat RM600,000 hari itu.

“Mana air mani gajah?” tanya Sam yang meletakkan RM300 yang diterimanya dari Zaki di atas meja.

“Ini dia,” kata Sumi yang membuka balutan kainnya.

“Kita timbang dulu,” kata Sam sambil meletakkan air mani gajah itu dia atas alat imbang digital.

“Tak sampai pun tiga gram. Ali kata 30 gram,” kata Sam.

Terlopong Ali. Cikgu Shah pun terkejut kerana mereka diberi maklumat yang salah oleh Malik. Zaki yang lebih bengang kerana pelaburannya sebanyak RM300 hangus.

“Saya dah kata kalau kurang lima gram, buyer tak beli,” tegas Sam.

Dua alam

“Jadi nak test tak sama ada ia dua alam atau tidak?” tanya Sumi.

“Tak payah test pasal tak cukup lima gram,” jawab Sam yang tersenyum kerana duit RM300 di atas mejanya menjadi miliknya.

“Tadi saya nak test dulu di rumah saya, Ali kata tak payah,” marah Cikgu Shah dalam kereta.

“Lain kali Malik jangan dengar cakap orang. Awak tengok dulu dan pastikan ia lima gram ke atas baru datang ke Kuala Lumpur,” sampuk Ali.

“Awak datang dari jauh kan rugi duit minyak dan duit tol,” kata Cikgu Shah kepada Malik dan Sumi.

“Saya yang rugi kerana hangus RM300 sedangkan duit tu saya nak bayar sewa bilik bulan ini,” kata Zaki menyesal kerana tidak tengok air mani gajah itu terlebih dahulu sebelum pergi ke rumah Sam.

Sunday, April 16, 2017

KUNYIT HITAM

 (dipetik dari buku TOYOL UNTUK DISEWA oleh Alang Buana)

Kisah saya tulis minggu lepas “Jenglot boleh angkat kereta?” telah menarik perhatian 3,705 orang pembaca. Terima kasih kepada semua yang membaca kisah itu walaupun ada pembaca yang berkata cerita itu bodoh.

Minggu ini saya ingin bercerita tentang kunyit hitam. Yang sering kita dengar kunyit warna merah, tetapi yang mahu saya ceritakan pengalaman Ali dan Zaki mendapatkan kunyit hitam.

Kunyit hitam ialah sejenis kunyit yang begitu jarang dijumpai dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sesetengah kepercayaan menganggap kunyit ini mempunyai nilai mistik. Di India kunyit ini ditanam secara komersial kerana nilai perubatannya.

Kalau nak test lihat keindahan Kunyit Hitam, ambil tiga ruas tebu dan pangkah di setiap hujungnya. Warna hitam dari Kunyit akan bersambung di tengah-tengah tebu sehingga hitam kesemuanya.

Pangkah di nasi sehingga warna hitam mengubah keputihan nasi dan pada batang pisang. Sapukan di pangkal pokok dan perhatikan warna hitam berapa tinggi boleh naik ke atas. Masih ada lagi pelbagai cara untuk melihat keindahan Kunyit Hitam.

Kunyit Hitam ni ada dua jenis. Pertamanya digunakan untuk bidang perubatan seperti mana yang semua maklum. Keduanya digunakan untuk dijadikan ibu duit.

Seperti biasa setiap minggu Ali dan Zaki menghadap Ustaz Mukhlis di rumahnya di Seri Gombak. Ustaz Mukhlis berasal dari Jawa Tengah dan sudah lama menetap di situ. Dia gunakan kepandaiannya untuk berubat orang sakit.

“Kamu tahu siapa yang ada kunyit hitam?” tanya Ustaz Mukhlis kepada Ali.

“Nak buat apa Ustaz?” tanya Ali kembali.

Pertukaran

“Kita nak buat pertukaran. Ada kawan saya di Ampang mencari kunyit hitam untuk buat pertukaran,” kata Ustaz Mukhlis.

“Banyak ke nilai pertukarannya Ustaz?” Zaki yang duduk di sebelah Ali menyampuk.

“Billion ringgit,”kata Ustaz Mukhlis.

“Haji Jurit pernah beritahu saya bahawa kawannya di Gunung Jerai ada kunyit hitam,” beritahu Ali.

“Nanti kami usahakan,” tambah Zaki.

Sekembalinya ke bilik mereka di Kepong, Ali hubungi Haji Jurit dengan handphonenya.

“Assalamualaikum Ayah,” kata Ali.

“Mualaiakumusalam Ali,” jawab Haji Jurit yang dipanggil ayah, seorang pemimpin dalam sebuah pertubuhan macam Pekida.

“Ustaz Mukhlis yang kita jumpa hari tu cari kunyit hitam nak buat pertukaran di Ampang,” kata Ali.


“Nanti ayah tanya kawan ayah di Gunung Jerai,” kata Haji Jurit yang duduk di Teluk Intan. Hai Jurit sudah berumur 63 tahun tapi kelihatan muda. Apatah lagi dia selalu ditemani isteri mudanya yang berusia 26 tahun. Khabarnya dia isteri keempat Haji Jurit.

“Esok ayah call Anuar,” kata Haji Jurit.

Alam ghaib

Malam itu Ali bercerita kepada Zaki yang jahil tentang kunyit hitam. Ali pernah jumpa Ustaz Mazlan dari Kuantan yang juga mencari kunyit hitam untuk tarik duit dari alam ghaib.

“Kalau ada kunyit hitam, Ustaz Mazlan suruh parking lori kecil di Janda Baik. Secepat kilat lori itu penuh dengan duit yang diambil dari alam ghaib,” cerita Ali kepada Zaki.

Zaki terlopong mendengar cerita Ali. Dia tak pernah dapat rezeki seperti ini tetapi Ali pernah merasa duit hasil tarik duit walaupun tidak banyak sekadar RM22 ribu sahaja.

Esoknya tepat jam 11 pagi Haji Jurit call Ali.

“Ali, kunyit hitam memang ada di Gunung Jerai dengan kawan ayah. Jadi ayah kena pergi sana,” kata Haji Jurit.

“Bila ayah nak pergi?” tanya Ali yang excited.

“Secepat mungkin,” jawab Haji Jurit.

“Kalau begitu pergilah esok ayah,” desak Ali.

“Ayah boleh pergi hari ini tapi kena beri duit minyak dan duit hotel sekurang-kurangnya RM500 untuk bawa tuannya sekali ke Kuala Lumpur,” beritahu Haji Jurit.

Bincang

“Banyak mana? RM500? Nanti saya bincang dengan Zaki,” kata Ali.

Petang itu Zaki yang baru balik dari kerja diberitahu kena sediakan RM500 untuk ambil kunyit hitam di Kedah.

“Saya setakat RM200 adalah,” kata Zaki jujur.

“Yang lebih saya cari,” jawab Ali.

Dua hari kemudian, Zaki bank in RM500 kepada Haji Jurit yang berada di Teluk Intan.

“Ayah pergi hari ini juga ke Kedah,” kata Haji Jurit kepada Ali dalam handphone.

“Agaknya bila ayah datang KL?” tanya Ali.

“Lusa terus datang dan suruh Ustaz Mukhlis siap sedia untuk buat pertukaran,” kata Haji Jurit.

Dua hari kemudian Ali call Haji Jurit tanya perkembangan kunyit hitam. Haji Jurit tak angkat call. Setiap hari Zaki tak putus asa menelefon Haji Jurit.

“Sabarlah,” kata Haji Jurit.

“Ustaz Mukhlis tanya saya bila sampai kunyit hitam, macam mana saya mahu sabar ayah?” tanya Ali.

Cukup seminggu Haji Jurit tak sampai-sampai di Kuala Lumpur dengan kunyit hitam.

“Agak-agaknya kita kena tipu dengan Haji Jurit?” soal Zaki.

“Takkan Haji Jurit yang tak tinggal solat lima waktu tipu kita?” kata Ali.

“Orang yang kuat solat kuat diuji iblis sama ada solatnya itu ok atau tidak,” kata Zaki.

“Terkena lagi kita nampaknya,” kata Ali kecewa.

JENGLOT BOLEH ANGKAT KERETA?



Anda tentu pernah mendengar cerita tentang jenglot. Banyak dari kita yang bahkan belum mengetahui apakah jenglot itu.

Menurut cerita yang beredar dari mulut ke mulut, hantu jenglot adalah mumia dengan bentuk menyerupai manusia. Mumia ini berukuran kecil.

Dari beragam versi jenglot yang ditemukan (menurut pemiliknya, mereka menemukan jenglot itu), jenglot terkecil berukuran 10 sentimeter dan jenglot terbesar berukuran lebih kurang 17 sentimeter.

Secara umum, jenglot memiliki bentuk seperti manusia, lengkap dengan dua kaki serta panjang rambut yang bahkan melebihi panjang tubuhnya sendiri.

Desas-desus mengatakan bahawa rambut itu tidak berhenti tumbuh meskipun si hantu jenglot itu telah mati. Mumia hantu jenglot ini memiliki tekstur kulit yang kasar dengan warna gelap, khasnya mumia.

Bentuk muka hantu jenglot ini menyerupai tengkorak dilengkapi dengan taring mencuat. Pemilik jenglot percaya bahawa jenglot yang mereka miliki adalah mumia dari jenglot hidup.

Berdasarkan cerita yang beredar mengenai jenglot, banyak orang menyatakan bahwa mereka pernah mendapati jenglot hidup di beberapa daerah di Indonesia.

Di daerah Jawa Timur misalnya, pernah seorang mendakwa melihat secara langsung jenglot hidup. Orang tersebut menyatakan bahawa pada saat itu, setidaknya ada 8 jenglot hidup sedang berada di pinggir pantai di daerah Jember tersebut.

Ali tahu bahawa jenglot boleh diproses (dibuat tarik duit). Tapi biasanya selepas proses, jenglot itu akan disempurnakan (dibunuh). Jika tidak jenglot itu akan mengganggu semua ahli jemaah tarik duit tersebut.

Malah jenglot juga boleh dijual dengan harga RM5 juta jika ia boleh angkat kotak rokok. Lebih mahal lagi kalau jenglot itu boleh angkat kereta atau tong gas.

Proses

“Ada orang nak jual jenglot. Ada buyer? ” kata Hisham kepada Ali.

“Buyer ada tapi lebih baik kita proses,”” jawab Ali.

“Nanti saya tanya tuan jenglot sama ada dia nak jual atau proses,” kata Hisham.

“Kalau jual setakat RM5 juta saja. Tapi kalau proses, lebih banyak kita dapat. Jenglot ini ada di mana?” tanya Ali.


“Ada di Taiping. Kawan saya, Eric yang kenali tuannya, Pak Mail,” jawab Hisham.

Hisham terus call Eric yang mengenali tuan jenglot Pak Mail. Pak Mail serah kepada Eric sama ada mahu jual atau proses Jenglot itu. Eric setuju jenglot itu diproses.

“U dah tengok ke jenglot tu dapat angkat kotak rokok?” tanya Ali yang turut bercakap dengan Eric.

“I tak sempat tengok. Tapi Pak Mail kata kereta pun dia boleh angkat,” jelas Eric orang Iban Sarawak yang duduk di Taiping selepas kahwin dengan orang Cina Taiping.

“U tahu selepas proses, kita kena bunuh jenglot itu?” soal Ali.

“Ya ke? Kenapa?” tanya Eric.

Jemaah

“Kalau tidak semua jemaah kita akan dibunuh,” jelas Ali.

“Ustaz Yahya pandai ke bunuh jenglot?” soal Eric.

“Itu memang kerja Ustaz Yahya. Dia yang lebih arif. Bila u nak datang KL?” soal Ali.

“Ada masalah sikit. Saya pun tak ada duit nak isi minyak dan bayar tol nak ke Kuala Lumpur. Kita kongsi dengan ahli jemaahlah,” cadang Eric.

“Okay kita semua lima orang keluar duit RM100 seorang untuk isi minyak, tol dan makan minum kalian,” Ali beri jaminan.

Petang itu bila Zaki balik kerja, Ali beritahu projek barunya itu untuk proses jenglot dengan Ustaz Yahya.

“Betul ke jenglot tu boleh angkat kereta?” tanya Zaki.

“Eric kata Pak Mail cakap macam tu. Entahlah kot kot kereta mainan. Hahaha,” kata Ali.

Petang Jumaat Pak Mail tiba di Kepong dengan Eric. Hisham yang mengenali Eric menyambut mereka sementara menunggu Ali dan Zaki sampai. Di kedai mamak itu. Malam itu terus mereka pergi ke rumah Ustaz Yahya.

“Mana jenglotnya?” tanya Ustaz Yahya.

“Dalam kotak ini,” kata Pak Mail sambil membuka kotak itu. Ustaz Yahya memerhati jenglot itu.

“Minta maaf ya Pak Mail. Jenglot ini mati. Bukannya hidup. Kalau hidup boleh buat proses,” beritahu Ustaz Yahya dengan jujur.

“Mati? Kata ia boleh angkat kereta?” tanya Ali.

“Entahlah. Pak Mail yang cakap macam itu,” kata Eric.

“Nampaknya terbang lagi duit aku,” kata Zaki.

Mereka semua kecewa kerana jenglot yang dibawa Pak Mail bukannya hidup. Angan-angan mereka nak jadi jutawan pada malam itu gagal lagi.

Friday, April 14, 2017

BARANG DARI VIETNAM



PETALING JAYA: Pada petang itu tiba-tiba Idris yang tak pernah telefonnya call. Zaki tak sempat nak angkat. Maka terus Zaki hubungi Idris.

“Assalamualaikum. Ada apa Idris?” soal Zaki.

“Mualaikumusalam. You (kamu) ada di mana?” tanya Idris.

“Ada di Nagas,” jawab Zaki.

“Ada barang nak datang dari Vietnam tapi tak cukup duit,” kata Idris.

“Barang apa?” soal Zaki.

“Barang kebal umum. Katanya delima merah,” jawab Idris.

“Bukan nak paksa. Kalau you nak join (ikut), bayar RM100. Kalau dapat hasil nanti, kita bahagilah,” sambung Idris lagi.

“Jauhnya dari Vietnam. Tentu hebat barang ini,” kata Zaki.

“You sms no akaun you. Nanti I masukkan RM100,” sambung Zaki lagi.

“Siapa pula miss call ini,” kata Zaki selepas habis berbual dengan Idris.


“Assalamualaikum Ali. You call I tadi. I sedang berhubung dengan Idris,” kata Zaki.

“You ada di mana? I di Kota Bharu ini dengan Haji Hashim. Barang yang ada di sini dah okay. Tunggu nak test (uji) aja. Kami tak cukup duit. You masukkan RM100?” kata Ali.

“RM100 lagi? Tadi Idris pun minta RM100. Botak I macam ini,” kata Zaki.

“You cakap dengan Haji Hashim barang dah okay, kalau you tak percaya. Kali ini memang rezeki kita Zaki,” kata Ali.
“You beri no akaun,” kata Zaki.

Banyak kali

Dah banyak kali Ali kata barang okay, tapi tak jadi juga. Kalau tidak dah lama Ali dan Zaki jadi jutawan. Kelemahan Ali suka heboh. Duit belum dapat, dah cerita kepada orang bahawa hari Isnin ini akan dapat duit. Sampai hari Isnin barang yang diuji tak kebal umum, maka melepaslah duit yang diidamkan itu.

Tengahari itu Zaki ke pusat membeli belah di sebelah bangunan pejabatnya masukkan duit kepada Ali dan Idris. Habus RM200 aku hari ini, kata Zaki dalam hati.

Kalau barang dari Vietnam dan barang di Kota Bharu betul ada hasil memang berbaloi. Dia tak minta pun berapa dengan Idris dan Ali. Tapi Zaki tahu kejujuran Idris dan Ali. Kalau mereka dapat hasil, sudah tentu hasil itu mengalir juga kepada Zaki.

Petang itu mata kirinya bergerak-gerak. Ini tentu alamat tak baik, kata Zaki dalam hati.

Malam itu Idris beritahunya barang dari Vietnam gagal. Bila uji potong rambut dengan pisau, rambut putus.Pembeli yang sudah sediakan duit kecewa kerana barang yang datang dari jauh pun gagal dibeli.

“Tak ada rezeki Idris. Cukuplah main barang berkhadam. Minggu depan masuk tahun baru 2014 kita berhentilah buat kerja mengarut ini.

Cuba you bayangkan sudah banyak duit you habis, tapi tak pernah dapat hasil pun,” kata Zaki.

Pagi esoknya Ali call Zaki beritahu barang itu gagal juga.

“I dah cakap jangan terlalu over confident Ali. You ini selalu duit belum dapat, dah beritahu orang gerenti hari Isnin ini dapat duit. Last last habuk pun tak dapat. Cukuplah Ali kita buat kerja mengarut ini,” kata Zaki.

“U balik KL bila dengan Haji Hashim?” tanya Zaki.

“Petang ini sampailah,” kata Ali yang kecewa kerana minggu hadapan anaknya nak pakai duit untuk majlis perkahwinannya.

Zaki berazam tidak akan melayan lagi panggilan sesiapa sahaja untuk join urusan jual beli barang- barang kebal umum pada tahun 2014 lagi.

“Lebih baik duit RM200 yang aku beri kepada Idris dan Ali itu, aku guna untuk aku. Terbang RM200 gara-gara kejar jadi jutawan,” kata Zaki dalam hati sambil menyesali dirinya yang banyak menghabiskan duit bermain dengan barang mistik.

Wednesday, April 12, 2017

CEK BUNIAN



Pada hari Sabtu lepas, seramai 3,210 orang sudah baca kisah yang saya tulis, Bomoh Ekor. Saya terkejut kerana ramai yang membaca kisah benar itu. Ada yang mengatakan ia adalah cerita karut tetapi ia adalah pengalaman benar Ali dan Zaki.

Minggu ini saya akan tulis pengalaman mereka tentang cek bunian. Biasanya kita tengok cek bank CIMB atau Maybank atau lain-lain bank komersial, tapi kali ini saya mahu ceritakan tentang cek bunian yang dikeluarkan oleh kerajaan bunian. Tentu pelik bagi kita mendengarnya.

Sebenarnya alam bunian memang wujud. Orang bunian dikatakan berasal dari jin Islam.Tetapi manusia tidak dapat melihatnya. Mereka dikatakan tinggal di hutan belantara.

Malah mereka suka kalau anak gadis mereka dinikahkan dengan manusia kerana mereka mahu zuriat daripada manusia.

Ali mengenali Haji Amin yang duduk di Senai, Johor. Haji Amin pernah disekat orang gila pada tahun 70an ketika mahu pergi ke masjid pada hari Jumaat. Orang gila itu berkata, tak payah pergi ke masjid, jom ikut saya.

“Nak ke mana?” tanya Haji Amin.
“Ikut sajalah. Pegang bahu saya dan pejamkan mata,” kata orang gila itu.

Haji Amin pegang bahu orang gila itu dan pejamkan mata. 10 minit kemudian bila Haji Amin celikkan mata, dia terkejut dia berada di Mekah. Rupa-rupanya tadi bukan orang gila yang menyekatnya. Dia adalah wali Allah yang membawa Haji Amin ke Mekah.

“Kita solat di masjidil haram ini. Tunggu saya di pintu ini bila selesai solat nanti,” pesan wali itu.

Selesai solat Haji Amin tunggu wali di pintu yang dijanjikan. Maka mereka pulang semula ke tanah air sekelip mata. Haji Amin tidak cerita kepada kawan-kawannya tentang kejadian aneh ini. Sejak itu dia mempunyai kelebihan berubat orang sakit. Pelbagai penyakit yang boleh diubatinya termasuk penyakit gila.

Sekembalinya dari Mekah, Haji Amin diberi kelebihan untuk berinteraksi dengan orang bunian. Haji Amin sering kali masuk ke perkampungan bunian yang terdapat di sebuah gunung di Pulai.

“Zahid ini ada cek bunian, Zaki,” kata Ali kepada Zaki ketika mereka bertemu dengan Zahid di sebuah restoran mamak di Kepong.



“Berapa nilainya?” soal Zaki yang ingin tahu. Inilah kali pertama Zaki melihat cek bunian yang tiada tulisan. Tetapi bila kertas putih itu disuluh dengan lampu picit terdapat tulisan jawi yang menulis nilai wang itu.

“RM5 juta,” kata Zahid.

“Banyaknya,” kata Zaki terkejut.
“You ada orang yang boleh tukar cek ini?” tanya Zahid kepada Ali.

“Saya kenal Haji Amin di Senai. Dia selalu masuk ke alam bunian. Mungkin dia boleh tukarkan cek ini,” kata Ali.

“Bagus tu. Bila kita nak ke Senai?” tanya Zahid.

“Anytime boleh pergi. Tapi kami tiada duit,” kata Ali.

“Kita collect duit dari ahli jemaahlah,” kata Zahid.
“Berapa orang kita semua?” tanya Zaki.
“Saya ada lima orang. You punya berapa orang?” tanya Zahid.
“I berempat dengan Zaki,Hisham dan Cikgu Lazim,” jawab Ali.

Maka mereka pakat kumpul duit RM50 seorang untuk beli minyak kereta. Mereka sembilan orang pergi dengan dua kereta ke sana.

Sampai di rumah Haji Amin, Ali sampaikan hajat Zaki untuk menukar cek bunian.

“Mana kamu dapat cek ini?” tanya Haji Amin.
“Cek ini diberi kepada orang tua saya sebagai pemegang amanah. Orang tua sudah uzur, Umur hampir 90 tahun. Dia lumpuh di rumah. Jadi dia suruh saya tukarkan cek ini,” kata Zahid.

Haji Amin setuju untuk bawa cek ke perkampungan bunian. Zahid dan Ali ikut sama, Manakala Zaki dan lain lain menunggu mereka di rumah Haji Amin.

Pagi itu Haji Amin bertiga sudah pergi ke sebuah gunung di Pulai. Mereka masuk ke perkampungan alam bunian. Dari kampung itu ketua kampung Syed Alwi yang mengenali Haji Amin membawa mereka ke bandar bunian pula.

Zahid kagum dengan keindahan bandar bunian itu. Keadaan sama dengan bandar kita yang penuh dengan pembangunan. Malah kereta mewah seperti Mercedes Benz pun ada di bandar tersebut. Banyak bank yang terdapat di bandar itu. Maka Syed Alwi bawa Haji Amin, Zahid dan Ali menunggu di bilik pengurus bank di sebuah bank komersial di bandar bunian itu.

Cek sebanyak RM5 juta sudah ditunaikan. Zahid lega kerana sudah lama dia berhasrat menukarkan cek itu akhirnya menjadi kenyataan.

Sudah sampai mereka bertiga berpisah dengan Syed Alwi di sempadan kampung. Entah macam mana timbul perasaan tamak di hati Zahid. Daripada aku bahagi RM5 juta kepada 10 orang termasuk Haji Amin, lebih baik aku sapu sorang.

Sampai di sebuah stesen minyak di Senai, Zahid terus tinggalkan Haji Amin dengan Ali di situ. Zahid terus memandu keretanya ke Kuala Lumpur dengan wang tunai RM5 juta.

Haji Amin terpinga-pinga dengan ketamakan Zahid. Ali terlopong kerana dia sudah kehilangan RM500,000. Sudah tentu Zaki dan kawan-kawan lain yang menunggu di rumah Haji Amin akan terkejut juga mendengar berita ini.

“Orang tamak selalunya rugi. Zahid takkan selamat di dunia. Percayalah cakap saya Ali,” kata Haji Amin.

Mulut orang yang tidak tinggal solat tahajud memang masin. Dua jam kemudian mereka mendapat berita Zahid mati kemalangan berhampiran dengan persimpangan Tangkak. Kereta Proton Wiranya terbabas dan terbakar serta wang RM5 juta hangus dalam kemalangan tersebut.

Tuesday, April 11, 2017

TOYOL UNTUK DISEWA

(dipetik dari buku TOYOL UNTUK DISEWA oleh Alang Buana)


Ali dan Zaki walaupun gagal dalam kes tarik duit tapi mereka berdua masih lagi terlibat dalam urusan mistik itu. Sudah banyak duit yang dikeluarkan tetapi kejayaan tetap tidak kunjung tiba lagi.

Tetapi mereka berdua tetap tidak putus asa. Sudah banyak Ali pinjam duit kawan-kawannya di Johor tetapi semuanya tidak game. Zaki pula ramai kenalan perempuan dalam facebook. Maka Ali gunakan perempuan yang berada untuk pinjam duit. Banyak juga duit mereka Zaki pinjam untuk terlibat dalam urusan jual-beli barang mistik ini.

“Bilalah kita nak berjaya Ali?” soal Zaki.

“Entahlah. Belum ada rezeki kita,” jawab Ali.

“Kawan-kawan perempuan I tak nak beri pinjam duit lagi,” Zaki mengadu.

“Susah kita macam ini nak makan minum pun susah,” kata Ali.

“Kita kena fikirkan sesuatu,” kata Zaki.

“I ada idea. Kita pergi ke Tanjung Karang sewa toyol. I kenal Haji Zamri,” cadang Ali.

“Sewa toyol? Biar betul Ali. I tak pernah dengar pun toyol boleh disewa.

Ali pun ceritakan hal Haji Zamri. Dia kenali Haji Zamri melalui Haji Meon orang Muar. Haji Meon memang rapat dengan Haji Zamri. Dia bela beberapa ekor toyol dikebunnya di Tanjung Karang.

Curi duit

Kerja Toyol mencuri duit orang tetapi kalau orang tu ada RM10 dalam poket seluar, toyol curi RM8 sahaja. Toyol tak curi semua. RM2 tetap dia tinggalkan untuk orang berkenaan. Paling tinggi toyol dapat mencuri RM70 ribu satu hari.

“Berapa sekali sewa?” soal Zaki.

“Kita rundinglah dengan Haji Zamri,” kata Ali.

“Kalau kita sewa seminggu, kita dapat RM490 ribu. Setengah juta tu,” kata Zaki.

“Tapi kena cari perempuan untuk diberi darahnya kepada toyol. Ada ke perempuan yang sanggup jarinya dihisap sebelum toyol buat kerja mencuri?” tanya Ali.

Zaki teringat kepada Ani girl friend Ismail. Ismail juga terlibat dalam urusan barang mistik. Setiap kali menemui Zaki, Ismail selalu membawa Ani sekali seorang janda anak dua berumur 34 tahun.

Tubuh Ani memang solid. Entah macam mana bila Ani tangkap Ismail ada skandal dengan perempuan lain, maka Ani mencurangi Ismail dengan berpaling tadah kepada Zaki pula.

Zaki pula macam orang mengantuk disarung bantal, peluang yang diberi Ani diambil sepuasnya. Maka banyak kali Zaki dapat menikmati tubuh Ani tanpa pengetahuan Ismail.

Zaki terus sms kepada Ani supaya menjadi ibu angkat kepada toyol. Ani bersetuju kerana Zaki berjanji nak beri RM5,000 kepada Ani. Ani sanggup memberi darahnya kepada toyol.

Apabila Ani sudah setuju, maka Ali pun menghubungi Haji Zamri di Tanjung Karang.


“Assalamualaikum Tuan Haji Zamri. Esok Tuan Haji ada di Tanjung Karang?” tanya Ali.

“Siapa ni?” soal Haji Zamri.

“Ali Muar kawan Haji Meon,” jawab Ali.

“Ada apa?” soal Haji Zamri.

“Esok saya nak datang rumah. Kalau boleh nak ambil anak angkat. Nak sewa seminggu,” kata Ali menyebut toyol sebagai anak angkat.
“Sampai di Tanjung Karang call saya,” jawab Haji Zamri.

Malam itu sebelum tidur Zaki berangan dalam satu minggu mereka dapat RM490 ribu berdasarkan hasil curian totol RM70 ribu satu hari.

“Kaya kita,” kata Zaki kepada Ali.

Pagi esok jam 7 mereka sudah menunggu bas ke Kuala Selangor di Kepong. Dua jam kemudian mereka sampai di Kuala Selangor. Dari situ mereka naik teksi ke Tanjung Karang.

Jam 10 mereka sudah sampai di stesen bas Tanjung Karang kerana Haji Zamri berjanji nak jemput mereka di situ.

“Tak payah call Haji Zamri lagi, kita minum dulu,” kata Zaki. Ali pun order teh o ais minuman kegemarannya.


Lepas minum pagi, Ali pun call Haji Zamri.

“Apa hal pulak Haji Zamri tak angkat. Dia yang suruh datang,” kata Ali.

“Sabar,” kata Zaki.

Hampir satu jam Ali call Haji Zamri, Haji Zamri masih tak angkat call . Entah sudah banyak missed call dalam handphone Haji Zamri. Malah sms pun dia hantar. Tapi tiada jawapan.

Satu jam kemudian isteri Haji Zamri angkat call.

“Haji Zamri pergi ke Sungai Besar. Dia tertinggal handphonenya,” kata isterinya.

“Bila Tuan Haji balik?” soal Ali.

“Petang nanti baliklah,” jawab isteri Haji Zamri.

“Kita nak balik Kuala Lumpur bila?” soal Zaki.

“Alang alang mandi biar basah. Alang alang dah sampai di Tanjung Karang, kita tunggu sampai jumpa Haji Zamri,” jawab Ali.

Tidur

“Kalau begitu kita tidur di sini malam ini,” kata Zaki.

“Kita tidur di surau di hospital,” cadang Ali.

“Okaylah. Asalkan kita dapat sewa toyol. Hahaha,” kata Zaki sambil ketawa.

Malam itu selepas solat Isyak di masjid Tanjung Karang, Ali call Haji Zamri lagi. Tapi Haji Zamri tetap tak angkat call Ali. Sampai jam 11 malam Ali tetap call Haji Zamri, tapi tiada jawapan. Malam itu mereka tumpang tidur di surau di hospital di pekan tersebut.

Pagi esok mereka call lagi Haji Zamri. Sampai jam 10 pagi Haji Zamri tetap tak angkat call Ali.

“Kita baliklah,”kata Zaki.

“Yang peliknya dia yang suruh datang. Bila kita datang, dia tak angkat call pulak. Agaknya toyol-toyol belaannya dah bunuh dia kot,” kata Ali.

“Hahaha,” kata Zaki ketawa.

Mereka pulang ke Kuala Lumpur dengan penuh hampa kerana tidak dapat menyewa toyol Haji Zamri. Ani pun kecewa kerana tidak dapat duit RM5 ribu sebagai upah menjadi ibu angkat kepada toyol Haji Zamri.