Thursday, August 31, 2017

16 BOT PENAMBANG JAYAKAN PERARAKAN PERAHU PENAMBANG

KUALA NERUS, 30 Ogos (Bernama) -- Debaran sambutan ambang kemerdekaan kian dirasai di Terengganu apabila 16 buah bot penambang mengambil bahagian dalam menjayakan Perarakan
Perahu Penambang di Jeti Seberang Takir, di sini hari ini.

Perarakan yang mengambil masa kira-kira sejam itu menyusuri Sungai Terengganu, Pulau Warisan, Pulau Duyung dan Taman Tamadun Islam.

Pengarah Program Perarakan Perahu Penambang, Datuk Andri Aidham Ahmad Badri berkata program hari ini adalah salah satu inisiatif untuk menyambut hari kemerdekaan esok dan memperkenalkan bot penambang yang sudah menjadi nadi pengangkutan di Kuala Terengganu.

"Ia juga sebagai usaha untuk mempopularkan lagi bot penambang ini kerana kita lihat masyarakat sudah kurang memilih perkhidmatan ini kerana sudah ada pengangkutan sendiri.

"Jadi kami berharap dengan semangat yang ditunjukkan oleh kesemua bot dapat membantu mengekalkan perkhidmatan ini dan menarik orang ramai terutama generasi muda untuk terus menggunakan perkhidmatan tradisional ini," katanya kepada pemberita di Jeti Bot Penambang Seberang Takir.....

Wednesday, August 30, 2017

RATING TERTINGGI BAGI OGOS 2017

"40 orang hadir setelah 41 tahun berpisah" mendapat rating tertinggi bagi bulan Ogos 2017 dengan 160 hits. 10 rating tertinggi bagi Ogos 2017 adalah seperti berikut:-

1. 40 orang hadir setelah 41 tahun berpisah (1 Ogos)
2. Orang Bajau sama dengan orang Viking? (18 Ogos)
3. Sapari calon parti Warisan lawan Shamsudin di DUN Sekong? (4 Ogos)
4.PM lancar projek ketiga Tulangis Maju (12 Ogos)
5. Perlukah Petros ditubuhkan? (9 Ogos)
6. Poligami bukan sebab prestasi wakil rakyat merosot (11 Ogos)
7. Adakah mahathir tak malu dengan BMF, maminco, Perwaja, Forex dan MAS? (10 Ogos)
8. Salleh garis lima faktor pengundi muda kembali sokong BN (23 Ogos)
9. Beri maklumat kepada SKMM jika ada laman sosial pesongkan akidah umat Islam (19 Ogos)
10. Tiada penyelewengan dalam anak syarikat RISDA kata PAC (3 Ogos)

KIT SIANG BIMBANG NAJIB JUMPA TRUMP



KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Penasihat DAP Lim Kit Siang bimbang lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat bulan depan akan membuktikan bahawa Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu sebenarnya tidak memburu perdana menteri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.




Beliau berkata surat Kit Siang kepada anggota Kabinet jelas menunjukkan beliau cuba mengalih perhatian daripada dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia lebih 25 tahun lepas, yang memberi tamparan hebat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.




Salleh mengulas surat terbuka Kit Siang kepada anggota Kabinet semalam yang menggesa mereka supaya membatalkan lawatan kerja Najib ke Washington yang dijadulakan pada 12 Sept ini.




"Surat terbuka Lim Kit Siang kepada semua anggota Kabinet itu mungkin tidak pelik jika ia dihantar seseorang yang baru melibatkan dalam politik, tetapi bukan daripada seseorang yang sudah berkecimpung lebih 50 tahun dalam bidang politik," kata Salleh dalam catatan di laman blognya sskeruak.blogspot.com, hari ini.




Beliau berkata surat terbuka itu merupakan suatu percubaan aneh Kit Siang dan merupakan perbuatan yang bersifat amatur.




"Kesimpulannya, Kit Siang cuba mengatakan bahawa perdana menteri tidak sepatutnya pergi ke AS untuk bertemu Presiden Donald Trump sehinggalah beliau bebas daripada semua tuduhan berkaitan 1MDB.




"Apakah tuduhannya? AS tidak pernah membuat sebarang tuduhan terhadap Najib. Dr Mahathir yang membuat semua tuduhan itu," kata Salleh.




Beliau juga berkata kenyataan pemimpin pembangkang itu tidak logik dan tidak masuk akal langsung serta tidak wajar dibuat oleh seseorang yang sepatutnya ahli politik veteran.




--BERNAMA

Tuesday, August 29, 2017

JANGAN SIMPAN KERAK NASI UNTUK KAYA DI PADANG ARAFAH



MAKKAH, 29 Ogos (Bernama) -- Jemaah haji Malaysia dinasihatkan supaya tidak melakukan perkara khurafat, membuat maksiat atau dosa serta terjerumus kepada pertengkaran pada Hari Wukuf, yang jatuh pada Khamis ini (31 Ogos), sehingga boleh menjejaskan ibadah haji.

Pengarah Operasi Bimbingan Haji 1438 Hijrah, Tengku Aziz Raja Abdullah berkata perbuatan
seumpama itu dimurkai oleh Allah SWT, sedangkan Hari Wukuf adalah hari yang sangat mustajab untuk berdoa serta memohon pengampunan.

"Khurafat memang ditegah dalam Islam kerana perbuatan itu menghampiri kepada syirik. Sedangkan dalam falsafah haji, ketika mengucapkan talbiyah iaitu dalam panggilan Allah SWT, kita sudah buat perakuan bahawa kedatangan ke Tanah Suci ini, kita tidak akan melakukan perbuatan syirik.

"Maka, jaga perbuatan dan tingkah laku kerana matlamat jemaah haji ke Tanah Suci adalah untuk memperoleh haji mabrur," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Tabung Haji di bangunan Hotel Al-Janadriyah di sini.



Tengku Aziz Raja Abdullah


Berdasarkan pengalaman lepas, beliau berkata antara perbuatan khurafat dilakukan jemaah haji adalah mengambil tali khemah, menyimpan kerak nasi untuk menambah kekayaan serta menanam duit di Padang Arafah bagi dijadikan 'ibu duit' dalam perniagaan.

Dalam pada itu, beliau berkata banyak cabaran sewaktu wukuf di Arafah, dan setiap jemaah haji hendaklah benar-benar ikhlas dalam memohon doa dan keampunan supaya amalan ibadat haji diterima oleh Allah SWT.

"Hari Wukuf adalah saat yang paling penting bagi jemaah haji. Nasihat saya, dalam melaksanakan ibadah haji memerlukan kesabaran yang tinggi.

"Sewaktu wukuf inilah, Allah mengajar kita walaupun dalam kepayahan, mohonlah keampunan dan bantuan daripadaNya. Jangan berharap kepada makhluk," katanya.

Tengku Aziz berkata bagi memastikan jemaah dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna, mereka juga perlu bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani.

Sementara itu, beliau berkata Lembaga Tabung Haji juga menyediakan sebuah buku, Senarai Semak Ibadah Haji, bagi membantu jemaah menyemak amalan yang perlu dilakukan semasa menunaikan Rukun Islam Kelima itu.

"Apabila melihat buku senarai semak itu boleh membantu jemaah daripada melakukan kesilapan atau tertinggal amalan yang boleh menyebabkan kadang kala mereka boleh dikenakan dam dan sebagainya," kata beliau.

-- BERNAMA

Monday, August 28, 2017

KKMM CADANG WAJIBKAN PORTAL BERITA BERDAFTAR DENGAN SKMM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan portal berita dalam talian yang layak untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).


Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata cadangan itu bertujuan untuk menjadikan portal media di negara ini lebih bertanggungjawab dan memudahkan SKMM melakukan pemantauan jumlah pengunjung ke portal terbabit.

Katanya perbincangan mengenainya kini di peringkat akhir sebelum ia dikemukakan kepada Peguam Negara menjelang akhir tahun ini.

"Pendaftaran akan dilakukan mengikut kriteria tertentu bagi menentukan sama ada portal media tersebut layak untuk didaftarkan atau tidak.

"Sebaik didaftar, semua portal berita akan tertakluk kepada undang-undang mengikut Akta Multimedia sekali gus memudahkan kawalan dan pemantauan dibuat menerusi SKMM," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Instagram Merdeka 2017 #im60 (foto dan video) dan pelancaran album kumpulan Patriot, di sini Isnin.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Salleh berkata selain pendaftaran media cetak, pendaftaran media dalam talian juga telah diamalkan oleh negara lain termasuk Singapura.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan pelaksanaannya lebih lancar dan teratur selain mengadakan perjumpaan dengan pengendali media dalam talian.

Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (kategori foto dan video) anjuran JASA itu telah menarik 31,220 penyertaan, melepasi sasaran awal 10,000 penyertaan.

Pertandingan yang berlangsung sejak 16 April sehingga 16 Ogos lalu itu terbahagi kepada dua kategori iaitu foto dan video untuk penyertaan masyarakat umum (#im60umum), pelajar institusi pengajian tinggi (#im60siswa) dan sekolah menengah (#im60sekolah).

Pertandingan kali kelima diadakan sejak 2013 adalah itu bersempena Hari Kebangsaan yang akan disambut Khamis ini.

Ahmad Syadiduddin Zamrudin, 24, dari Besut, Terengganu muncul juara kategori video umum, manakala kategori mahasiswa dimenangi Muhammad Haziq Johari, 20, dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

Muhammad Zameer Ilman Nordin Khairuzi, 14, dari SMK Padang Negara, Kuala Terengganu, Terengganu menjadi juara kategori video sekolah.

Bagi kategori foto pula, kategori umum dimenangi Lee Leong Joo, 40, dari Klang, Selangor, manakala kategori siswa dimenangi Mohd Rafiq Redzuan Hamzah, 24, dari Management and Science University (MSU) dan kategori sekolah pula dimenangi pemilik akaun Instagram _anisamirah85.

Kesemua juara bagi kategori foto dan video membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,200 setiap seorang, selain wafer emas dan produk \'setemku\' yang disampaikan oleh Salleh.

Setiap penyertaan yang diterima telah diteliti dan dipilih oleh 10 profesional daripada Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Kumpulan Media Karangkraf dan Utusan Melayu (M) Berhad.

Pemilihan pemenang dibuat berdasarkan kreativiti, teknik mengambil gambar dan menggunakan aplikasi, memenuhi kondep yang ditetapkan dan memaparkan nilai murni masyarakat Malaysia.

-- BERNAMA

Sunday, August 27, 2017

MAHATHIR DICABAR BERSETUJU DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

KLANG, 26 Ogos (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Ini, kata Mahdzir, berikutan kenyataan terbaharu Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan yang dilaporkan berkata dirinya tidak percaya kepada konsep 'Ketuanan Melayu'.

Dr Mahathir berkata, seseorang yang mahu menjadi 'tuan' perlu bekerja keras dan bersaing dalam keadaan dunia semasa.

Mahdzir berkata kenyataan Dr Mahathir itu mungkin strategi beliau untuk meraih sokongan para anggota DAP, parti komponen Pakatan Harapan, sebuah gabungan pembangkang.

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Klang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Unjur di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Pulau Indah di sini bakal mendapat sebuah bangunan tambahan empat tingkat dalam usaha mengurangkan kesesakan di sekolah itu.

Mahdzir berkata pegawai kementeriannya akan turun padang dalam masa terdekat bagi mengenalpasti tapak sesuai untuk didirikan bangunan tambahan itu di sekolah itu yang kini mempunyai 1,400 pelajar.

Permintaan untuk bangunan tambahan itu diutarakan oleh Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Nasarruddin M. Zin ketika berucap pada majlis itu.

Nasarruddin berkata kemudahan itu perlu bagi mengurangkan kesesakan di sekolah itu yang menyaksikan kemasukan seramai 400 pelajar setahun.

-- BERNAMA

Saturday, August 26, 2017

MAHATHIR DATANG KE BESUT, 250 ORANG AHLI PPBM KELUAR PARTI



Kuala Nerus – Semalam Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad datang ke Besut tetapi parti itu menerima kejutan apabila seramai 250 orang keluar PPBM di majlis persidangan Umno Bahagian Kuala Nerus yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

“Kami silap, hanya UMNO sahaja parti yang akan memperjuang nasib bangsa Melayu,” demikian kata Kamarul Azman Habibur Rahman, bekas pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).


Beliau berkata demikian ketika menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini semalam.


Menurut Kamarul yang juga salah seorang pengasas dan bekas Setiausaha Kerja PPBM, keputusan beliau untuk keluar dari PPBM dan kembali kepada UMNO kerana melihat banyak perkara yang tidak betul dalam perjuangan parti itu termasuklah pertembungan kuasa antara Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi PPBM, Tun Mahathir.

“Sebaik sahaja PPBM didaftarkan, saya sebagai Setiausaha Kerja dipanggil ke pejabat Tan Sri Muhyiddin pada sebelah pagi dan pada sebelah petang hari yang sama terpaksa ke pejabat Tun Mahathir.

“Semasa di pejabat Tan Sri Muhyiddin, beliau memberitahu kepada saya yang beliau merupakan Presiden yang akan membuat segala keputusan dalam parti.

“Apabila saya memberitahu akan ada juga mesyuarat yang sama bersama Tun pada sebelah petang, Tan Sri Muhyiddin menjelaskan bahawa Tun hanyalah Pengerusi yang tugasnya hanya mempengerusikan mesyuarat, dan saya dinasihatkan supaya tidak menghadiri mesyuarat tersebut.

“Tetapi saya pergi juga dan Tan Sri telah menghantar seorang orang kanannya ke mesyuarat tersebut untuk bertanya kepada Tun mengenai pendirian dan kuasa politik beliau sebegai Pengerusi.

“Soalan itu telah mendatangkan kemarahan Tun dan bermula dari situ saya sedar bahawa yang membuat keputusan di dalam parti ialah Tun sendiri demi kepentingan peribadi beliau iaitu anaknya, Datuk Seri Mukhriz,” katanya.

Menurut Kamarul lagi, beliau dan bekas-bekas ahli PPBM akan mendedahkan lebih banyak kepincangan yang berlaku dalam parti tersebut selepas ini.

Turut sama menyerahkan borang keahlian UMNO ialah seramai 250 bekas ahli PPBM yang kecewa dengan parti tersebut.

Friday, August 25, 2017

TINDAKAN TULARKAN ISU GAMBAR BEKAS PM BUAT KERJA GILA

KULIM, 25 Ogos (Bernama) -- Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan pihak yang menularkan isu gambar Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dimasukkan dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai sengaja mahu masyarakat menyalahkan kementeriannya.

Katanya tindakan pihak terbabit juga adalah satu kerja gila.

"Walaupun dalam politik Tun Mahathir sudah menjadi pembangkang dan merupakan lawan Barisan Nasional, kenapa perlu secara tiba-tiba untuk meniadakan gambarnya dalam buku tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Serai di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya tidak pernah memberi sebarang arahan agar gambar bekas pemimpin negara itu dikeluarkan daripada buku tersebut.

"Mana mungkin memandangkan kita mempunyai prosedur tertentu termasuk jawatankuasa semakan dan jawatankuasa profesional dalam menapis sebarang isi kandungan yang dijadikan buku teks pelajar sekolah," katanya.

Thursday, August 24, 2017

JANGAN MUDAH TERPENGARUH KONONNYA NEGARA AKAN BANKRAP

PUTRAJAYA, 24 Ogos (Bernama) -- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengingatkan warga kementerian itu dan penjawat awam amnya, agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan Malaysia negara bankrap yang disebarkan menerusi media sosial.

Sebaliknya kata beliau, mereka perlu berfikir secara rasional dan menilai keadaan sebenar ekonomi berdasarkan pencapaian negara.


Negara tidak akan mampu mencatatkan pertumbuhan 5.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku kedua 2017 yang merupakan pencapaian luar biasa dalam iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, jika dakwaan itu benar, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Selain itu katanya, projek mega yang dirancang kerajaan seperti Lebuhraya Pan Borneo, Projek Laluan Rel Pantai Timur serta Rel Berkelajuan Tinggi juga adalah bukti pencapaian ekonomi negara.

"Sebab itu kita perlu rasional, jangan terima bulat-bulat (apa yang disebarkan) di media sosial dan perlu bertanya bagaimana projek besar tersebut boleh dilaksanakan jika negara akan bankrap," katanya selepas menghadiri Majlis Penghayatan Bulan Kemerdekaan 2017 peringkat kementeriannya.

Beliau juga berkata dakwaan Malaysia negara bankrap sengaja dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan rakyat.

"Tugas mereka adalah untuk jadikan rakyat keliru dan apabila rakyat mula mempersoal... itu sudah memadai dan satu kejayaan kepada mereka," katanya.

Ismail Sabri dalam pada itu mahu warga kementerian menerapkan budaya kerja secara berkumpulan dan menjadikan semangat dan kebersamaan pemimpin terdahulu semasa menuntut kemerdekaan sebagai iktibar dan panduan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja.

-- BERNAMA

Wednesday, August 23, 2017

SALLEH GARIS LIMA FAKTOR PENGUNDI MUDA KEMBALI SOKONG BN

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggariskan lima faktor yang menyumbang kepada perubahan trend sokongan pengundi muda yang dilihati semakin menyebelahi Barisan Nasional (BN).

Salleh berkata faktor pertama ialah anak muda kini semakin yakin dengan pemerintahan BN, kerana pemimpinnya yang bersatu, melaksanakan projek kesejahteraan rakyat, merancang masa depan negara dan mampu menjamin kestabilan serta keselamatan negara.

Faktor kedua, katanya ialah pakatan pembangkang selalu berpecah dan bekerjasama semata-mata kerana mahukan kuasa.

"Ketiga, anak muda bosan dengan isu-isu yang dibangkitkan pihak lawan kerana ia tidak relevan berbanding isu-isu yang dibawa BN. Isu BN ialah isu kesejahteraan rakyat, pembangunan dan keselamatan negara.

"Keempat, anak muda tidak boleh menerima politik cauvinis yang merenggangkan keharmonian hubungan kaum berbanding dengan BN yang berusaha kuat untuk membentuk bangsa Malaysia yang bersatu," katanya dalam catatan di laman blognya hari ini.

Salleh berkata faktor kelima ialah anak muda tidak lagi berpegang kepada janji politik yang selalu ditaburkan pembangkang, sebaliknya menilai bagaimana parti-parti berkenaan menangani pelbagai isu.

"Lima faktor di atas mendorong kuat pengundi muda untuk bersama BN. Mereka yakin masa depan negara lebih terjamin jika BN terus memerintah Malaysia," katanya.

Menurut Salleh, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 (PRU-13), 41.98 peratus pengundi yang berumur antara 21 dan 40 tahun agak kritikal terhadap kerajaan BN.

Bagaimanapun katanya perubahan trend dapat dilihat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016 apabila berlaku peningkatan sokongan pengundi muda kepada BN.

Katanya di PRK Sungai Besar, sokongan pengundi muda Cina adalah sebanyak 38 peratus iaitu peningkatan 23 peratus berbanding 15 peratus yang dicatatkan pada PRU-13, manakala sokongan pengundi muda Melayu meningkat 13 peratus kepada 78 peratus (65 peratus pada PRU-13).

"Hal yang sama juga berlaku di Kuala Kangsar iaitu berlaku peralihan sokongan pengundi muda sebanyak 18 peratus kepada calon BN, iaitu daripada 42 peratus dalam PRU 2013 kepada 60 peratus dalam PRK 2016," katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, August 22, 2017

RCI DAPAT BERI KEADILAN KEPADA MANGSA MEMALI

KOTA BHARU, 22 Ogos (Bernama) -- PAS berharap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) oleh kerajaan, sekiranya jadi, dapat memberikan keadilan kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam tragedi Memali, Baling, Kedah pada November 1985.

Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS pernah mencadangkan penubuhan RCI itu tetapi tidak diterima oleh kerajaan, sebaliknya kerajaan hanya membentangkan Kertas Putih di Parlimen.

"Kandungan Kertas Putih itu lebih banyak menimbulkan persoalan dan tidak dapat diterima oleh PAS pada masa itu selain ia diragui," katanya ketika ditemui para pemberita di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, percaya RCI tiada kepentingan politik dan hanya akan menyiasat perkara yang sebenarnya berlaku dalam tragedi tersebut.

Ahad lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata kerajaan bersedia menubuhkan RCI untuk menyiasat peristiwa Memali sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Peristiwa Memali pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

-- BERNAMA

Monday, August 21, 2017

MEDIA DI ZAMAN MAHATHIR DIKONGKONG?

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kebebasan media di negara ini pada masa ini adalah lebih baik tanpa sebarang kongkongan atau agenda yang ditentukan lebih awal, terutama selepas berakhirnya era pentadbiran bekas pemimpin negara yang paling lama memerintah, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata pada zaman itu penentuan agenda sesebuah syarikat media banyak ditentukan oleh "seseorang" dan bukannya oleh pemilik-pemilik syarikat media.

"Secara kebetulan, dalam disertasi kedoktoran saya, saya ada buat perbandingan antara Berita Harian dan Utusan Malaysia dalam lima kali pilihan raya di Malaysia di bawah seorang pemimpin yang paling lama memerintah di negara ini.

"Saya lihat bahawa fakta-fakta yang terpapar dalam kajian saya itu, jika ia masih relevan, adalah satu gambaran bahawa penentuan agenda dibuat oleh seseorang," katanya semasa merasmikan Pameran 'BH Khas Hari Kebangsaan', anjuran akhbar Berita Harian di sini hari ini.

Tanpa menyebut nama tetapi jelas merujuk kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahmad Zahid mengingatkan bekas pemimpin itu supaya menyedari bahawa eranya telah berakhir dan sekali gus perlu mengakui zaman selepas pemerintahannya, keadaan negara lebih baik.

Merujuk kepada perkembangan industri media massa di negara sekarang, timbalan perdana menteri memuji syarikat-syarikat media terdiri daripada media cetak dan elektronik yang dilihat saling melengkapi antara satu sama lain termasuk mampu bersaing secara sihat serta mengamalkan etika kewartawanan.

Bagaimanapun, beliau turut mengingatkan berhubung kehadiran kumpulan yang mengakui terdiri daripada wartawan tanpa etika yang cuba untuk mengambil alih, malahan menyaingi dan menjadi cabaran kepada kumpulan wartawan yang berpegang kepada etika kewartawanan.

"Bagi saya di mana kita berada, sama ada kita mahu menterjemah kebebasan pemikiran dan memberikan pendapat, etika harus diutamakan."

"Jangan melakukan sesuatu itu mengikut semborono dan sesuka hati. Apatah lagi menterjemahkan kemarahan dalam bentuk tulisan yang akhirnya merosakkan masyarakat secara keseluruhan," kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata pengamal media seharusnya mengutamakan berita yang benar sahaja dan mengelakkan penghasilan berita yang boleh mencetuskan atau menambahkan kekeliruan.

Sementara itu Ahmad Zahid meminta syarikat -syarikat berkaitan kerajaan dan Syarikat Milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) supaya membantu syarikat-syarikat media untuk terus kekal dalam dunia media yang semakin kompetitif.

Beliau berkata syarikat-syarikat media tidak mungkin selama-lamanya hanya boleh berharap kepada penjualan akhbar atau pengiklanan semata-mata untuk terus kekal berfungsi menyebarkan maklumat dan berita kepada masyarakat.

Terdahulu pada majlis itu, Ahmad Zahid melancarkan buku mewah bertajuk 'BH Enam Dekad Kekal Dinamik', setebal 216 muka surat berwarna merah, yang mengandungi rentetan sejarah penubuhan BH, dahulunya dikenali sebagai Berita Harian, bermula dengan penerbitan akhbar Berita Harian pada 1 Julai 1957 sehingga kini yang menuju ke arah digital.

Beliau turut melawat pameran 'BH Khas Hari Kebangsaan' di ruang legar , aras 2, KL Sentral yang bermula hari ini sehingga 31 Ogos.

Pameran itu memaparkan pembabitan akhbar BH dalam agenda pembangunan negara selama enam dekad, selain memaparkan karya-karya kartunis terkenal negara, Datuk Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohammad Nor Khalid mengenai kemerdekaan.

Hadir sama pada majlis itu adalah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.

-- BERNAMA

Sunday, August 20, 2017

KERAJAAN BERSEDIA TUBUHKAN RCI MENGENAI MEMALI

TAIPING, 20 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersedia menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peristiwa Memali sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keadilan perlu ditegakkaan dan orang yang bertanggungjawab terhadap peristiwa itu mesti dipertanggungjawabkan.

"Saya selaku Menteri Dalam Negeri akan meneliti sendiri semua laporan mengenai peristiwa tersebut," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit
Gantang di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata dalam menegakkan undang-undang semua pihak perlu mengetepikan perbezaan politik.

Peristiwa Memali pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Ahmad Zahid berkata bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam dalam bukunya bertajuk 'Frankly Speaking' ada menyebut bahawa beliau mendapat arahan untuk menghapuskan Kampung Memali kerana terdapat unsur keganasan dan militan yang dilakukan oleh pemimpin PAS.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata pemimpin yang mendakwa dirinya tiada dalam negara ketika tragedi tersebut berlaku, diminta mengakuinya.

"Peristwa Memali telah berlalu lebih dua dekad, namun kita harus ingat mangsa, keluarga, anak-anak yatim yang meninggal dunia dinafikan hak oleh pemerintah ketika itu.

"Akibatnya ia kini menjadi isu kerana darah dan nyawa yang hilang dipandang mudah oleh orang yang melaksanakan kuasa, tetapi tidak mudah dilupakan oleh mangsa," katanya.

-- BERNAMA

Saturday, August 19, 2017

BERI MAKLUMAT KEPADA SKMM JIKA ADA LAMAN SOSIAL PESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM



KUALA NERUS, 19 Ogos (Bernama) -- Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari meminta orang ramai tampil memberi maklumat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkaitan laman sosial yang boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

Beliau berkata selain itu, SKMM berkerjasama dengan agensi berkaitan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menyiasat perkara itu sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang terlibat.

"Laman sosial sedemikian sepatutnya tidak wujud kerana jelas dinyatakan di dalam Perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama rasmi, dan perbuatan yang menjurus kepada memesongkan akidah umat Islam ini jelas menyalahi perlembagaan.

"Bagaimanapun, apa jua penyalahgunaan yang dilakukan di Internet yang boleh memesongkan akidah, memecahbelahkan masyarakat seperti fitnah dan sebagainya, SKMM akan terlebih dahulu merujuk kepada agensi berkaitan kerana tindakan undang-undang nuakn di bawah akta multimedia sahaja tetapi turut melibatkan akta-akta berkaitan agensi lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program MyMerdeka @60 peringkat negeri, di sini. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid.


Baru-baru ini, sekumpulan anak Melayu beragama Islam dikesan menyertai kelab yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, Atheist Republic Kuala Lumpur, selepas perjumpaan mereka di Kuala Lumpur disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Atheist Republic.

Atheist Republic dipercayai berpangkalan di Kanada dan diasaskan oleh Armin Navabi, seorang lelaki kelahiran Teheran, Iran.

Mengulas tindakan PAS yang mendakwa rakaman video peristiwa berdarah Memali pada 1985 disiarkan semula di media sosial dan televisyen atas arahan kerajaan, Jailani berkata isu itu akan disiasat dahulu sebelum tindakan selanjutnya diambil oleh SKMM.

"Kerajaan tidak boleh menghalang pemilik laman sosial termasuk stesen televisyen menyiarkan semula rakaman peristiwa berdarah Memali itu yang berlaku pada November 1985.

"Tetapi, jika rakaman itu boleh menimbulkan ketegangan kaum, tiada masalah untuk kita mengarahkan SKMM untuk menghentikan penyiaran rakaman video itu," katanya.

Rakaman video itu tular menerusi aplikasi dan laman media sosial seperti WhatsApp dan Facebook sejak kekecohan berlaku pada program Nothing to Hide 2.0 yang dihadiri bekas Pengerusi Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada Sabtu lepas.

-- BERNAMA

RISDA LAHIRKAN 12,600 USAHAWAN DI SELURUH NEGARA

SEREMBAN, 19 Ogos (Bernama) --Sehingga kini RISDA telah melahirkan lebih 12,600 orang usahawan di seluruh negara, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Hasim Rusdi.

Beliau berkata di Negeri Sembilan sahaja RISDA mempunyai seramai 661 orang usahawan dalam pelbagai bidang produk keusahawanan.

"RISDA turut memperuntukkan RM27 juta untuk program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan untuk pekebun kecil seluruh negara.

"Manakala sejumlah RM1.8 juta diperuntukkan kepada usahawan Negeri Sembilan bergiat aktif dalam semua sektor keusahawanan di bawah bimbingan RISDA," katanya ketika merasmikan Karnival RIsFEST@N9 2017 anjuran RISDA di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah RISDA Negeri Sembilan Abu Hassan Mohd. Ali.

Katanya walaupun RISDA mempunyai jumlah usahawan seramai 12,653 orang, namun hanya 8,933 orang sahaja yang menyertai Kelab Usahawan RISDA (RISEC) dan hanya 615 orang yang menyertai RISEC di negeri ini.

Friday, August 18, 2017

ORANG BAJAU SAMA DENGAN ORANG VIKING?

Membaca buku terbaru Musli Oli yang berjudul BAJAU PAHLAWAN DI LAUT PERWIRA DI DARAT membuka minda kita bahawa etnik Bumiputra Islam terbesar di Sabah itu bukan calang calang bangsa.

Musli menyamakan orang Bajau dengan orang Viking. Orang Viking menguasai lautan Eropah dan menyerang England, Scotland, Peranchis, Jerman dan Sepanyol tapi orang Viking tidak pernah membuat penempatan yang tetap untuk membina empayar seperti bangsa Rom dan Yunani.

Menurut Musli, orang Bajau jarang sekali menuntu sesuatu wilayah sebagai milik bangsanya kerana masyarakat Bajau tidak suka menetap di satu satu wilayah sebaliknya suka belayar meneroka wilayah lain.

Buku setebal 147 muka surat itu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Seri Dr Salleh Said yang juga bekas Presiden Pertubuhan Kebangsaan Bajau Bersatu (USBO).

Hidup sebagai pelayar menjadi darah daging orang Bajau sehinggalah orang Barat menguasai lautan samudera yang sebelum itu dikuasai oleh orang Bajau. Walaupun mereka menguasai beberapa wilayah di Nusantara lebih awal tetai tidak ada wilayah atau negeri Bajau kecuali Pulau Bajau yang terletak di antara Singapura dan Sumatera.

Dengan ketibaan penjajah, orang Bajau mencari penempatan baharu. Sebab itu orang Bajau ada di mana mana di Papua New Guinea, Myammar, Thailand, Laos, Champa, Vietnam, Jepun, Filipina, Indonesia dan Madagascar.

Malah Musli berani mendakwa bahawa Panglima Hitam itu adalah orang Bajau serta Hang Tuah lima bersaudara kerana ahli sejarah mengangkat mereka sebagai pahlawan bangsa Melayu dan bukan bangsa Bajau.

Musli berhujah bahawa kegemilangan tamaddun Bajau tidak tercatat bukan kerana ia tidak pernah berlaku tetapi sebaliknya orang Bajau meletakkan kepentingan agama Islam. Sebab itu mereka dikenali sebagai Kesultanan Islam dan bukannya sebagai Kesultanan Bajau.

Daripada 34 suku kaum di Sabah, kaum Bajau adalah suku kaum kedua pribumi terbesar selepas kaum Kadazandusun Murut (KDM). Malah pemimpin Bumiputra Islam para era awal merdeka tidak pernah dikenali sebagai pemimpin Bajau.

Nama Bajau mula dikenali pada tahun 1986 apabila kerajaan persekutuan mula mengiktiraf masyarakat Bajau setelah seorang anggota kabinet merasmikan Simposium Bajau.

Orientalis Barat menganggap Bajau sebagai Sea Nomads, Sea Gypsies kerana gaya hidup mereka yang begitu akrab dengan laut. Ben J Wallace berpendapat Bajau berasal dari perkataan Bajak Laut atau Baja Laut yang bermaksud lanun.

Orang Bajau mendiami selatan Filipina di Zamboanga sejak tahun 800 Masehi sebelum berpecah ke Basilan di Indonesia dan ke Sabah. Ada yang berpendapat kaum Bajau berasal dari Johor. Dan ada juga yang berpendapat Bajau berasal dari selatan Filipina.

Ada juga pendapat yang mengatakan Bajau bukan berasal dari Johor atau Filipina tetapi dari dari Teluk Burma. Nama Sabah berasal dari pisang Saba yang dipanggil oleh orang Bajau. Ini bermakna orang Bajau telah berada di Sabah sebelum Sabah dapat nama.

Pada peta Portugis-Melaka 1604, sudah ada penempatan di Api Api (nama asal Kota Kinabalu). Ini bermakna orang Bajau telah memainkan peranan besar membangunkan bandar Kota Kinabalu.

Musli juga menyelusuri bahasa, adat resam dan seni warisan orang Bajau dalam buku beliau. Sekarang ini ramai orang Bajau kahwin campur dengan sukukaum lain tetapi jika budaya dan bahasa Bajau tidak diamalkan oleh anak anak campuran ini maka suatu hari nanti bahasa Bajau akan pupus. Oleh itu usaha Musli menulis buku ini wajar diberi pujian supaya budaya orang Bajau tidak hilang di dunia.

Kesimpulannya, buku ini wajar dibaca oleh semua rakyat Malaysia untuk mengetahui sejarah orang Bajau salah satu suku kaum yang terbesar di Sabah.


PAS PERNAH CADANG SUPAYA MAHATHIR LAWAT KAMPUNG MEMALI

KOTA BHARU, 18 Ogos (Bernama) -- PAS pernah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menyuarakan saranan agar Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Kampung Memali di Baling, Kedah, untuk menghilangkan prejudis dan marah penduduk kampung itu tentang isu Memali.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata selepas perkara itu disuarakan kepada Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk disampaikan kepada bapanya yang juga pengerusi PPBM, tiada sebarang tindak balas daripada Dr Mahathir.

"Tiada sebarang tindak balas daripada Dr Mahathir sehinggalah ia dibangkitkan kembali oleh
individu dalam program 'Nothing To Hide 2.0' di Shah Alam, Selangor baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Takiyuddin yang juga Anggota Parlimen Kota Bharu berkata kekecohan pada program itu mungkin boleh dielakkan selain menyelesaikan banyak perkara lain jika Dr Mahathir mengadakan lawatan ke kampung Memali.

"Meskipun ia kes lama tetapi selagi ia tidak diselesaikan, walau berapa lama sekalipun, selagi itulah ia akan diperkatakan,"katanya.....

Thursday, August 17, 2017

JANGAN TUDING JARI KEPADA KERAJAAN BN BILA GAGAL SELESAIKAN KILANG HARAM

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak seharusnya menuding jari terhadap kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini berikutan kegagalannya menyelesaikan masalah ada kilang beroperasi secara haram di negeri itu sehingga menimbulkan masalah kesihatan kepada orang ramai.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata selaku kerajaan yang memerintah sesebuah negeri, DAP seharusnya bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang dihadapi di negeri berkenaan.

"Yang penting, apabila kita telah diberi peluang untuk membentuk sebuah kerajaan, penting untuk kita menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam negeri tersebut.

Kalau adanya kilang-kilang haram di negeri tersebut, sudah tentu kerajaan bertanggungjawab untuk menyelesaikan. Ini yang amat penting kerana kerajaan yang bertanggungjawab adalah kerajaan yang boleh menyelesaikan masalah," katanya selepas melancarkan Buku 'Bajau Pahlawan di Laut, Perwira di Darat' karya Musli Oli hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilapor menyalahkan kerajaan negeri BN dahulu kononnya DAP hanya mewarisi masalah kilang beroperasi secara haram di Sungai Lembu daripada pentadbiran terdahulu sebelum mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu pada 2008

Wednesday, August 16, 2017

SELEPAS SURUHANJAYA DIRAJA FOREX, PAS CADANG TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA MEMALI PULAK

KOTA BHARU, 16 Ogos (Bernama) -- Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini menggesa agar kerajaan persekutuan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kembali peristiwa Memali untuk menjelaskan isu sebenar yang berlaku semasa kejadian.


Katanya dahulu lagi telah timbul pelbagai spekulasi dan tuduh-menuduh berhubung peristiwa itu kerana tiada sebarang siasatan telus dijalankan oleh mana-mana pihak.

"Jadi dengan adanya Suruhanjaya Diraja, kita percaya ia boleh menyelesaikan banyak isu dan boleh menyelesaikan salah tanggapan dan tuduh-menuduh ini... itu yang penting. Once and for all, boleh selesai isu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri acara Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah bersama Menteri Besar Kelantan dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengetuai lafaz bacaan ikrar itu sambil disaksikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.

Mohd Amar mengulas mengenai jawapan yang tidak memuaskan berkaitan peristiwa Memali oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi punca utama berlakunya kekecohan semasa majlis Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, Selangor, Ahad lepas.

Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 Nov 1985 itu, menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Ditanya mengenai sikap Dr Mahathir yang dilihat berdolak-dalik berhubung tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Amar berkata Dr Mahathir perlu meminta maaf secara terbuka kepada Anwar jika beliau telah mengemukakan tuduhan palsu terhadap bekas timbalannya itu.

"Kalau betullah tuduhan itu tuduhan palsu, pada pandangan saya Dr Mahathir perlu meminta maaf secara terbuka sebab benda itu mengaibkan Anwar dan keluarganya, bukan benda kecil, dah jadi isu negara, dunia.

"Kalau betul tuduhan itu macam mana dia (Dr Mahathir) boleh bersama Anwar dalam politik, dan kalau menang Pakatan Harapan (pada Pilihan Raya Umum ke-14), salah satu cadangan mereka adalah Anwar akan jadi perdana menteri. Jadi kalau Anwar betul-betul terlibat dalam liwat sebagaimana tuduhan Dr Mahathir, adakah Dr Mahathir akan telan balik ludah dia dulu," katanya.

Tuesday, August 15, 2017

SELEPAS ANUAR MUSA, AWANG ADEK KETUAI MARA BUKTI ORANG KELANTAN MEMANG HEBAT

KOTA BHARU,15 Ogos (Bernama) -- Pelantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan satu penghargaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap tokoh cemerlang Kelantan itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihaknya menyambut baik dan berterima kasih kepada perdana menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan berkenaan.

"Pemilihan beliau sememangnya keputusan yang tepat memandangkan beliau memiliki pengalaman yang luas sepanjang berkhidmat sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat (2014-2016), Timbalan Menteri Kewangan (2006-2013), Timbalan Menteri KKLW (2004-2006) dan Penolong Gabenor Bank Negara (1996-2001)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustapa berkata pelantikan Awang Adek membuktikan keprihatinan Najib terhadap tokoh-tokoh Kelantan yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Beliau berkata BN Kelantan meletakkan harapan tinggi dan memberi sokongan sepenuhnya kepada Awang Adek untuk memainkan peranan aktif dalam memacu transformasi ekonomi bumiputera.

Monday, August 14, 2017

POLITIK GENGSTERISME BUKAN BUDAYA POLITIK KITA

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Budaya politik gengsterisme bukan budaya politik yang diamalkan di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said
Keruak.

Beliau berkata insiden kekecohan di sebuah program forum anjuran pembangkang semalam tidak seharusnya berlaku kerana ia tidak sihat untuk politik negara.

"Untuk hari ke depan, kita ambillah iktibar daripada kejadian ini. Pertama, pastikan aspek keselamatan diberi perhatian apabila menganjurkan program.

"Kedua, anjurlah program dengan mengikut syarat yang ditetapkan undang-undang. Ketiga, patuhi nasihat pasukan keselamatan. Keempat, ingatlah politik gengsterisme bukan budaya politik kita," kata Salleh menerusi catatan pada laman blog beliau, sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kejadian yang berlaku di program Nothing to Hide 2.0 anjuran Angkatan Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Shah Alam, semalam.

Dalam pada itu Salleh turut menempelak pemimpin pembangkang termasuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa insiden itu didalangi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya pun tidak tahu dari mana MB (Menteri Besar) Selangor mendapat maklumat sebegini cepat untuk menuduh PM (Perdana Menteri) dalang kejadian ini," katanya.

Menurut Salleh pemimpin parti politik lain sepatutnya mencontohi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang menyatakan insiden itu mesti dikutuk dan tidak dipertahankan.

"Kenyataannya (Khairy) melampaui (melangkaui) sempadan politik. Respons sebeginilah yang saya harapkan juga daripada pemimpin parti lain, tetapi sayang sekali mereka berpolitik sepanjang masa, walaupun di saat kita dihadapkan dengan ujian ini," kata Salleh

Sunday, August 13, 2017

LAPAN KRITERIA UTAMA UNTUK MENANGI PRU

LUMUT, 13 Ogos (Bernama) -- Parti yang berupaya menguruskan isu dalaman, imej, persepsi dan media, termasuklah media sosial akan berada dalam kedudukan yang lebih kuat untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Untuk itu, beliau menggariskan lapan kriteria utama yang perlu ditangani iaitu menguruskan isu-isu, imej perpaduan, jentera parti, kepimpinan, media termasuk media sosial, dana, manifesto dan calon.

"Lapan kriteria ini menentukan parti mana yang boleh menang dalam setiap pilihan raya. Oleh itu, berikan perhatian khusus kepada kriteria-kriteria ini dan semua ini perlu diurus dengan baik," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lumut di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata adalah penting bagi UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) untuk menguruskan isu yang terbahagi kepada tiga iaitu peringkat nasional, negeri dan tempatan.

"Kita kena bezakan isu ini dan terserahlah kepada UMNO negeri untuk tanganinya kerana sekarang ini kita hidup dalam dunia yang berbeza,\" katanya.

Mengulas lanjut mengenai lapan faktor penentu kemungkinan untuk meraih kemenangan dalam PRU akan datang, Salleh, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata media sosial masa kini memainkan peranan dalam kehidupan harian dan adalah penting bagi memeriksanya secara berimbang selain perlu rasional dalam membuat pertimbangan.

"Sebab itulah kita kena tangani, urus media sosial ini dan harus berani melawan dengan memberi fakta. Kadangkala masalah memberi fakta dan auta, tapi auta menang, itu yang masalahnya," katanya.

Bagi imej perpaduan dan persepsi, katanya, perkara itu penting kerana sekiranya UMNO tidak menguruskannya dengan baik, maka akan timbul seolah-olah wujudnya perpecahan dan persepsi negatif rakyat terhadap parti itu.

Beliau turut menyentuh menguruskan jentera kempen dengan baik boleh mempertingkatkan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Ini adalah faktor penentu dan sesiapa yang (dapat) mengawal keadaan akan mendapat sokongan untuk memenangi pilihan raya umum,\" katanya.

Sehubungan itu, Salleh menggesa anggota UMNO supaya bersatu dan fokus dalam meningkatkan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Beliau juga menyeru agar jentera parti UMNO memberikan sokongan padu kepada Zambry yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor.

Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis itu, Salleh berkata beliau tertarik dengan slogan Zambry 'tiada tertinggal, tiada terpinggir' bukanlah sekadar slogan kosong kerana Menteri Besar itu terbukti memainkan peranan penting dalam mencari inisiatif di samping membawa banyak projek pembangunan demi kepentingan rakyat negeri ini.

"Beliau (Zambry) telah melakukan banyak perkara untuk orang-orang Perak, tindakannya lebih kuat daripada kata-kata. Dia juga memiliki ciri-ciri personaliti yang positif, berpendidikan tinggi, dan mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik.

"Pada saya, itu kunci segala-galanya yang harus kita lakukan sepertimana yang dilakukan MB (Zambry), bukan (hanya) turun padang, tapi cuba mengurus padang menyelesaikan masalah, mendengar masalah dan mencari jalan untuk mengatasinya kerana rakyat mahu kepimpinan seperti itu.

Oleh yang demikian, Salleh yakin rakyat Perak akan terus menyokong kepimpinan BN untuk mengekalkan kerajaan negeri sekarang.

-- BERNAMA

Saturday, August 12, 2017

PADANG BESAR BERI AMARAN KEPADA BERSATU

PADANG BESAR, 12 Ogos (Bernama) --Umno Padang Besar memberi amaran kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) agar tidak meneruskan taktik licik yang kotor dalam usaha memecah belahkan Barisan Nasional (BN) bagi meraih sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) .

Ketua bahagiannya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata PPBM didapati cuba merosakkan perpaduan Umno di sini dengan bermain politik wang serta mempengaruhi anggota Umno yang tidak bersetuju mengenai beberapa isu dalaman parti.

"Saya mendapat maklumat parti pembangkang itu (PBBM) menyogok anggota Umno dengan
membayar mereka sejumlah wang untuk lemahkan Umno sehingga berpecah. PPBM sebenarnya sedar mereka tidak mendapat sokongan di sini.

"Mereka terpaksa berbuat demikian demi mendapat pengaruh kerana orang Melayu sendiri menolak Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersengkokol dengan DAP," katanya selepas merasmikan Persidangan Pewakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Padang Besar, di Dewan Maktab Rendah Sains Mara, Beseri, di sini.

Beliau mengingatkan setiap anggota Umno supaya tidak mudah dipengaruhi dengan pelbagai isu yang sengaja dimainkan oleh pembangkang, kononnya akan tulus mendedahkan kelemahan pemimpin termasuk fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Bilangan mereka yang cuba dipengaruhi dan sanggup terbabit dengan permainan pembangkang ini tidak sampai satu peratus pun dari jumlah anggota di sini, dan saya boleh kenal mereka ini.

"Dalam mana-mana parti pun biasalah, memang akan ada golongan yang tidak ikhlas bekerja. Asyik merungut tidak dapat apa-apa walau telah lama dalam parti, saya ingatkan sekali lagi jika masuk parti untuk jana keuntungan, Umno bukan tempatnya," kata Zahidi.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan perwakilan wanita agar terus teguh menjadi tunjang kecemerlangan kepimpinan Umno di Perlis serta tidak menghiraukan sebarang anasir luar yang berniat menjatuhkan Umno.

"Jangan pedulikan apa kata parti lawan sebaliknya terus pertahankan kubu Umno di Perlis, khususnya Padang Besar yang berpotensi besar untuk maju dan rakyat yang akan nikmati lebih banyak keselesaan diusahakan kerajaan.

"Saya nak ingatkan di sini walau Umno tidak sehaluan dengan parti lain seperti PAS, tetapi kita tak pernah kacau macam mana DAP telah ganggu mereka sampai pecah belah. Jadi sentiasa berhati-hati dengan helah pembangkang," katanya.

-- BERNAMA



>> Senarai Berita

PM LANCAR PROJEK KETIGA TULANGIS MAJU

MACHANG, 12 Ogos (Bernama) --Selepas melancarkan projek Tulangis Maju di Bukit Nanas,Kuala Nerus, Terengganu pada 15 April lalu dan di Tehel, Jasin, Melaka pada 21 April lalu, semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan projek ketiga syarikat tersebut di Machang, Kelantan.

Sebanyak 418 unit rumah PPR Parlimen Machang yang melibatkan kos RM75 juta sedang dibina di Kampung Batu 25 di sini dan dijangka siap pada awal 2019.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustafa Mohamad, ahli parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub,Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar,  Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Anuar Musa, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pegawai Eksekutif Tulangis Maju Sdn Bhd, Dato' Mohamed Rahim Husin.

Dalam ucapannya Najib meluluskan peruntukan lebih RM8.5 juta untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan untuk rakyat di kawasan Parlimen Machang.

Beliau berkata peruntukan tersebut melibatkan pembinaan jalan perhubungan desa sebanyak RM5 juta diikuti projek ameniti sosial (RM2 juta) dan projek khas untuk membina musalla (surau) dan sebagainya (RM1.53 juta).

Projek lain ialah Projek Perumahan Rakyat Miskin sebanyak 100 buah, baik pulih rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak 100 buah dan jalan-jalan kampung sekitar Parlimen Machang, katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang di sini, semalam.


Terdahulu semasa berucap pada majlis tersebut, Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub memohon kepada perdana menteri supaya meluluskan beberapa projek pembangunan untuk rakyat di kawasan Parlimen berkenaan.

Bagaimanapun perdana menteri berkata bagi projek PPR tambahan yang dimohon oleh Ahmad Jazlan, ia boleh diluluskan sekiranya kawasan Parlimen itu terus dimenangi oleh Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Najib percaya dengan semangat dan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Machang dan Kelantan, negeri ini boleh menjadi milik BN pada PRU-14.

Sebanyak 418 unit rumah PPR Parlimen Machang yang melibatkan kos RM75 juta sedang dibina di Kampung Batu 25 di sini dan dijangka siap pada awal 2019.

-- BERNAMA






Friday, August 11, 2017

POLIGAMI BUKAN SEBAB PRESTASI WAKIL RAKYAT MEROSOT



PASIR MAS 11 Ogos - Rakyat di negeri ini perlu menolak calon wakil rakyat yang berpoligami pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, kebanyakkan wakil rakyat yang berpoligami dilihat lebih banyak tertumpu kepada soal peribadi daripada memikirkan soal kepentingan rakyat yang telah memilih mereka.


Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan rakyat terkontang-kanting ketika mereka sedang berdepan kesukaran.

“Bagi saya soal peribadi calon perlu diambil serius oleh rakyat pada pilihan raya dan bukan hanya melihat kepada lambang atau parti sahaja.


“Nak pilih pemimpin, biarlah mereka yang cakna dan sanggup mengorbankan masa pada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perkasa Bersama Penduduk di Pengkalan Pasir di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Ibrahim turut menyerahkan sumbangan beras kepada penduduk kampung.

Ulasan saya, soal wakil rakyat berpoligami tidak jadi masalah kepada rakyat jika wakil rakyat tersebut pandai menguruskan masa.

Malah kita lihat bagaimana Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin ummah turut mengamalkan poligami tetapi ia tidak menjadi masalah kepada umat Islam.

Oleh itu apa yang disarankan oleh Ibrahim Ali tak perlu dibesar-besarkan kerana tidak ada bukti poligami menjadikan prestasi wakil rakyat itu merosot. Sebaliknya poligami seharusnya jadi penyelesaian kepada masalah sosial seperti menyimpan perempuan secara tidak sah.

Sepatutnya sebagai wakil rakyat yang ada kemampuan maka soal poligami tidak harus dijadikan isu.



Thursday, August 10, 2017

ADAKAH MAHATHIR TAK MALU DENGAN BMF, MAMINCO, PERWAJA, FOREX DAN MAS?

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Berikut kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menerusi laman blognya hari ini berhubung kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu "tak malu".

1. Kelmarin (8 Ogos 2017) dalam blognya Chedet, Tun Dr Mahathir menyenaraikan tiga golongan "tidak malu " di negara ini.

2. Golongan tersebut ialah Perdana Menteri (dan keluarganya), menteri, dan pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang beliau gelarkan sebagai pencuri, perasuah dan penyangak.

3. Golongan ini, kata Tun berada di kedudukan sekarang bukan kerana kebolehan, tetapi kerana kenaikan pangkat yang "tidak mengikut aturan peraturan, dan bercanggah dengan undang-undang. "

4. Kata Tun lagi, golongan ini mendapat "jawatan kerana cekap membodek, sanggup melaksanakan arahan yang salah oleh boss, pun tak malu... asalkan dapat duit, dapat tempat, dapat pangkat. Pedulikan maruah. "

5. Dakwaan Tun ini berat. Ia seolah-olah Tun cukup bersih semasa zaman pemerintahannya. Ia seolah-olah Tun lupa kepada pandangan sarjana tentang pemerintahan beliau. Baca buku Khoo Boo Teik, 'Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual Biography of Mahathir Mohamad´ (1995) dan John Hilley, 'Malaysia: Mahathirism, Hegemony and the New Opposition´ (2001). Baca juga buku lain oleh D.K. Mauzy, G. P. Means, Harold Crouch, William Case, K.S. Jomo dan E. T. Gomez.

6. Hasil kajian mereka tentang pemerintahan Tun bermuara pada rumusan berikut: Tun memerintah dengan prinsip Machiavellian, mengamalkan penaungan politik serta amalan kronisme dan nepotisme.

7. Sekadar mengingati kembali sejarah, tidak ingatkah Tun pada pelaburan berisiko yang telah dilakukan oleh BMF di Hong Kong? Tidak ingatkah Tun pada kerugian Maminco untuk mengawal harga timah? Tidak ingatkah Tun pada kerugian Syarikat Perwaja Steel? Tidak ingatkah Tun pada skandal Forex? Tidak ingatkan Tun pada penswastaan MAS?

8. Apa yang terjadi kepada semua syarikat dan pelaburan di atas? Rugikah? Untungkah? Bermaruahkah? Jika Tun ingat kepada semua perkara ini, tidakkah Tun juga berasa malu dengan apa yang telah terjadi?

9. Saya tidak memperincikan tulisan ini. Tetapi sekadar mengingatkan Tun, janganlah dalam keadaan sekarang setelah meninggalkan UMNO Tun menjadi seperti kata pepatah "bagai ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul. "

10. Marilah kita sama-sama belajarlah semula dari sejarah silam supaya kita tidak berterusan membuat silap. Kata George Santayana: "Mereka yang tidak mengenal masa lalunya, dikutuk untuk mengulanginya."

-- BERNAMA

Wednesday, August 9, 2017

PERLUKAH PETROS DITUBUHKAN?



KUCHING, 9 Ogos (Bernama) -- Lembaga pengarah Petros, syarikat minyak dan gas milik penuh Sarawak, dianggotai mereka yang pernah bekerja dengan Petronas dan Shell, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini.

Beliau berkata, sebagai permulaan, lima anggota lembaga pengarah syarikat itu, kesemuanya anak Sarawak, telah dilantik dan mereka akan mengadakan mesyuarat pertama dalam tempoh terdekat bagi menentukan siapakah yang akan menyandang jawatan ketua pegawai eksekutif syarikat itu.

"Ia baru di peringkat pembentukan, apa yang penting ialah kita perlu mempunyai wadah sendiri (dalam industri ini), kemudian kita akan bekerjasama dengan Petronas, khususnya dalam aktiviti huluan," kata beliau dalam pertemuan singkat dengan pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pengajian Bahasa 2017 di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Abang Johari berkata beliau akan memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri pada persidangannya November ini tentang syarikat berkenaan, yang diamanahkan tanggungjawab menjaga kepentingan Sarawak dalam industri minyak dan gas.

Abang Johari mengumumkan penubuhan Petros pada satu majlis makan malam penghargaan minggu lepas dan menurut laporan, penubuhan syarikat itu merupakan langkah yang julung kali diambil kerajaan negeri bagi membolehkan Sarawak melibatkan diri secara aktif dalam pengeluaran minyak dan gas di negeri ini, di samping terus memohon 20 peratus royalti daripada Petronas.

Tuesday, August 8, 2017

SETIAP RAKYAT PERLU MENJIWAI SEMANGAT PATRIOTISME

BATU PAHAT, 8 Ogos (Bernama) -- Setiap warganegara Malaysia perlu menjiwai semangat patriotisme supaya dapat menjadi penangkis kepada sebarang ancaman musuh negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Berucap ketika merasmikan majlis pelancaran "Negaraku Sehati Sejiwa" Peringkat Kebangsaan 2017 di Stadium Batu Pahat di sini malam ini, beliau berkata oleh kerana itu, proses penerapan, penyuburan dan menyemarakkan patriotisme, perlu didukung oleh bangsa Malaysia seluruhnya.

"Bangsa Malaysia hendaklah menjiwai serta mendukung perjuangan menerap, memupuk dan menyemarakkan patriotisme Malaysia secara gigih.

Hakikatnya, ketahanan nasional dan patriotisme Malaysia bukannya sekadar mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan Lagu Kebangsaan sewaktu sambutan Hari Kebangsaan tetapi memahami, menghayati dan mengamalkan semangat kebijaksanaan silam," kata beliau di hadapan kira-kira 25,000 masyarakat sekitar daerah ini.

Menurut beliau, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap negara ini pasti akan dapat mendorong semangat dan pengorbanan yang tinggi terhadap tanah air.

Selain itu, semangat patriotisme jugalah yang akan membina rasa kebersatuan dan kebersamaan rakyat Malaysia, tambah Salleh.

Dalam pada itu, nilai patriotisme yang tertanam dalam setiap jiwa rakyat Malaysia perlu menjadi pendorong dan pemangkin kepada usaha-usaha memajukan dan memakmurkan negara tercinta.

"Kelangsungan negara bangsa mesti diisi dengan kesediaan rakyat bekerja keras sesuai dengan bidang dan kepakaran masing-masing bagi mencapai wawasan negara terutama TN50," kata Salleh.

Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat selaku wakil Menteri Besar Johor.

Pada majlis yang sama, Salleh turut melepaskan konvoi Kembara Merdeka Negaraku yang terdiri daripada 19 buah kenderaan dan 60 motosikal berkuasa tinggi yang membawa mesej kenegaraan ke seluruh negara.

Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri Johor yang bermula pada 7 hingga 8 Ogos ini, bertujuan menyemarakkan sambutan kemerdekaan dan meningkatkan semangat patriotik serta cintakan negara dalam kalangan masyarakat.

Kemuncak malam ini diserikan dengan konsert artis tanah air antaranya Akim & the Majistret, Najwa Latif, Wany Hasrita, Khai Bahar sebelum diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

-- BERNAMA


Monday, August 7, 2017

BELIA BOLEH MILIKI RUMAH MELALUI RBN

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Golongan belia luar bandar yang telah berkahwin kini berpeluang untuk memiliki rumah sendiri menerusi skim Rumah Bina Negara (RBN) yang diperkenalkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui agensi yang dipertangungjawabkan iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Risda dalam kenyataan hari ini berkata melalui skim itu, belia yang tidak mempunyai slip gaji dan bekerja sendiri dalam sektor pertanian seperti perladangan, perniagaan atau aktiviti agro pertanian layak untuk memohon pembiayaan pinjaman RBN.

"Pembinaan RBN memberi peluang kepada belia luar bandar yang secara umumnya daripada komuniti pertanian dan tidak mempunyai rumah terutamanya mereka yang sudah berkahwin.

"Mereka yang layak akan dibiayai oleh Agrobank menerusi pembiayaan yang bakal dilancarkan nanti," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, KKLW dan Risda telah mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Agrobank bagi memudahkan permohonan pembiayaan pinjaman RBN melalui produk pembiayaan khas yang akan dilancarkan bulan ini.

Sunday, August 6, 2017

BEKAS PEMIMPIN UMNO JADI SI KITOL DAN RAJA MENDELIAR?

JASIN, 6 Ogos (Bernama) -- Orang Melayu di negara ini perlu berwaspada dengan mereka yang disifatkan sebagai 'Si Kitol' dan 'Raja Mendeliar' yang cuba memecahbelahkan perpaduan bangsa, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata telah menjadi sejarah bahawa dua pengkhianat itu merupakan punca kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka dan orang Melayu hari ini perlu mengambil iktibar supaya tidak lagi mengulangi sejarah hitam itu dengan mempercayai individu sedemikian.

"Pada hari ini ada beberapa Si Kitol dan Raja Mendeliar sedang cuba menjahanamkan kerajaan Melayu yang ada pada hari ini, justeru kita kena tentang mereka," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah di Selandar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan dan lebih 200 perwakilan persidangan itu.

Ismail Sabri berkata orang Melayu merupakan kumpulan majoriti dengan sekitar 60 peratus daripada penduduk negara ini, namun apabila berpecah sesama sendiri bangsa itu akan menjadi golongan minoriti.

"Lebih azab lagi apabila kita dipecahkan oleh bekas pemimpin parti kita (UMNO), bayangkan semua strategi parti kita, semua rahsia tentu sahaja ada pada bekas pemimpin kita, kerana perancangan kita dahulu pemimpin ini yang buat,' katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan pimpinan UMNO berjaya mengurus rakyat dan negara selepas merdeka dengan cemerlang sekali, sehingga ramai rakyat dari negara lain yang merdeka sebelum Malaysia, datang berduyun-duyun mencari rezeki di sini.

Tambah beliau lagi, kerajaan dipimpin UMNO berjaya membela orang Melayu antaranya dengan usaha membasmi kemiskinan tegar yang pada tahap 60 peratus sebelum merdeka dan kini pada kadar kurang satu peratus.

-- BERNAMA

Saturday, August 5, 2017

MAHATHIR SENGAJA KELIRUKAN AHLI UMNO

SEGAMAT, 5 Ogos (Bernama) --Tiada siapa mampu mencemarkan hubungan baik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata walaupun ada pihak tertentu cuba mengeruhkan hubungan mereka, Ahmad Zahid mempunyai hubungan rapat dengan Najib dan beliau pernah menjadi setiausaha politik kepada Najib satu ketika dahulu malah hubungan mereka adalah seperti sebuah keluarga.

"Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak benar, jadi tidak timbul isu," katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bahawa Ahmad Zahid pernah meminta sokongan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Segamat di Batu Anam yang turut dihadiri oleh Anggota Parlimen Segamat juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam di sini hari ini.

Ismail Sabri mendakwa isu tersebut sengaja dibuat oleh Dr.Mahathir bagi mengelirukan anggota UMNO dan menimbulkan rasa ragu dalam kalangan anggota parti terhadap kesetiaan Ahmad Zahid kepada Najib.

Beliau berkata Najib secara terbuka telah memberitahu kepada ketua bahagian UMNO bahawa beliau mempunyai seorang timbalan yang sangat setia kepadanya dan ini jelas membuktikan bahawa Najib tidak pernah meragui kepercayaan Ahmad Zahid.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata cadangan untuk mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar masih lagi dalam peringkat kajian dan banyak perkara perlu diperhalusi sebelum cadangan itu diterima kerajaan.

"Orang beranggapan bahawa MRSM yang sedia ada sekarang akan ditukarkan kepada MRSM berbayar sedangkan sebenarnya hanya MRSM yang baharu dibuka adalah berbayar.

"Kita tengah kaji lagi dari segi berapa jumlah bayaran yuran akan dikenakan dan juga tenaga pengajar sama ada mengguna guru baharu serta pelbagai perkara yang perlu diperhalusi lagi dan masih terlalu awal untuk membuat keputusan," katanya.

Katanya perkara itu telah diserahkan kepada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membuat kajian sebelum ianya dibawa ke peringkat kementerian.

--BERNAMA

RAKYAT BERTUAH KERAJAAN PRIHATIN

KOTA BELUD, 5 Ogos (Bernama) -- Rakyat Malaysia bertuah kerana kerajaan sentiasa prihatin dan rancak menjalankan pelbagai program pembangunan, termasuk usaha membantu rakyat terutama golongan yang memerlukan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak .

"Alhamdulillah, usaha (kerajaan) ini dapat dijalankan berkat kestabilan politik negara kita dan
keamanan yang kita perolehi.

"Kita juga melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi tumpuan, bukan sahaja kepada masyarakat di bandar, tetapi juga masyarakat di luar bandar termasuk dari segi pembangunan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Baik Pulih Rumah Secara Bergotong Royong Kawasan Parlimen Kota Belud di Kampung Sembirai di sini, yang dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah ICU Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.

Mengenai program itu, yang merupakan satu daripada program di bawah projek 'Touch Point 2017' ICU, Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan, berkata pendekatan secara bergotong royong itu amat dialukan oleh golongan memerlukan di Kota Belud.

Sebanyak 10 rumah di Kota Belud akan dibaik pulih menerusi program itu, katanya.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Sabah Datuk Ruji Ubi berkata sebanyak 120 rumah di seluruh negeri akan dibaik pulih sebelum 29 Sept ini.

Menurutnya, ICU telah menetapkan tempoh dua minggu untuk menyiapkan kerja membaik pulih sebuah rumah yang menelan kos sehingga RM10,000 setiap rumah.

"Program ini dijalankan secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Antaranya, melibatkan Pejabat Pembangunan Sabah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Rela dan badan bukan kerajaan," katanya.

Hasek Lala, 54, bersyukur dipilih antara penerima bantuan dalam program itu dan teruja untuk tinggal di rumah yang selesa.

Isterinya Masneh Meran, 50-an, tidak dapat melupakan saat dimaklumkan oleh seorang pegawai ICU yang menjenguknya di rumah untuk membawa khabar gembira itu baru-baru ini.

"Saya terlalu senang hati (gembira) sehingga saya tidak ingat siapa yang dating... pegawai itu datang dalam minggu ini," kata ibu kepada tujuh anak itu yang amat berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan.

"Suami saya pernah memohon bantuan rumah PPRT (Program Perumahan Rakyat Termiskin) sejak 2006. Tetapi tiada berita permohonan itu.

"Alhamdulillah, kerajaan telah datang membantu kami. Selama ini juga kami mendapat bantuan kewangan melalui Program e-Kasih dan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Kami amat bersyukur," katanya, sambil melihat sukarelawan sedang membaiki rumahnya.

Menurut Masneh, keluarganya mendiami rumah itu sejak kira-kira 30 tahun lalu dan dengan pendapatan suaminya yang tidak menentu, keluarganya tidak mampu untuk membaiki rumah yang semakin daif.

-- BERNAMA

PASTIKAN BN MENANG PRU BARU CAKAP SOAL PEMILIHAN UMNO

ALOR SETAR, 5 Ogos (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini mencadangkan agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti kali ini.

Menteri Besar Kedah turut mencadangkan agar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ketika ini menggalas tugas timbalan presiden, diangkat terus memegang jawatan itu berdasarkan keserasian antara Ahmad Zahid dan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini bagi memastikan anggota UMNO pada semua peringkat dapat menumpukan tugas lebih berkesan dalam mendepani pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang akan datang," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin ketika berucap pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar yang dirasmikan Ahmad Zahid, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah mengajak parti-parti komponen di negeri itu bekerja dalam satu pasukan agar kemenangan memihak kepada Barisan Nasional (BN) dan seterusnya dapat mengekalkan pemerintahan BN di Kedah.

"Cabaran amat besar untuk PRU-14 ini dan sebab itu kita kena tumpu untuk 'berperang' dengan pembangkang sebab cita-cita mereka nak rampas Kedah tinggi.

"Kita kena sedia walaupun wisel tak tau bila nak tiup, kita kena sedia bersama parti komponen untuk turun ke bawah menjelaskan situasi politik sebenar dengan penuh keikhlasan," katanya.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata perpaduan dan sokongan anggota parti amat penting dalam misi merampas semula kawasan Parlimen Alor Setar serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Darulaman dan Alor Mengkudu daripada pembangkang.

Pada PRU-13 yang lalu, kerusi Parlimen Alor Setar dimenangi Parti Keadilan Rakyat, DUN Kota Darulaman oleh DAP manakala Alor Mengkudu oleh PAS.

Beliau juga menasihatkan rakyat Kedah agar menilai dengan bijak parti yang betul-betul membantu rakyat dan parti yang hanya sekadar menabur janji menjelang pilihanraya.


Ulasan saya, pastikan BN menang PRU terlebih dahulu baru boleh cakap soal pemilihan parti. Kalau kalah PRU tak ada makna jawatan presiden dan timbalan presiden Umno menang tanpa bertanding.

Friday, August 4, 2017

SAPARI CALON PARTI WARISAN LAWAN SHAMSUDIN DI DUN SEKONG?

SANDAKAN: Bekas ahli jawatankuasa Umno Bahagian Batu Sapi, Sapari Idal dijangka mewakili Parti Warisan menentang calon BN, Datuk Samsudin Yahya pada PRU akan datang.

Walaupun Ketua Umno Bahagian Batu Sapi itu menang dengan majoriti 3,530 dalam PRU13 tetapi pemerhati politik meramalkan Sapari mampu menewaskan Samsudin.

Beliau yang sudah dua penggal menjadi wakil rakyat Sekong dikatakan gagal memberi perkhidmatan kepada pengundi sejak akhir akhir ini.


Malah ahli Umno sendiri sudah meluat dengan tindak tanduk Samsudin yang sibuk mengkayakan diri sendiri daripada menolong rakyat.

Jika BN mengekalkan Samsudin sebagai calon BN, ahli ahli Umno tidak teragak agak untuk mengundi calon Parti Warisan.

Sapari Idal dikatakan calon pilihan majoriti kampung di dalam DUN Sekong memandangkan orang Umno sendiri sudah kecewa dengan sikap Ketua Umno Bahagian Batu Sapi.

Beliau keluar dari Umno setelah bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan Umno. Apabila Shafie menubuhkan Parti Warisan maka Sapari menjadi penggerak parti tersebut di parlimen Batu Sapi.

Sapari bukan sahaja popular di Batu Sapi malah di seluruh Sabah apabila beliau menang sebagai ahli majlis tertinggi Persatuan Belia Kebangsaan Sabah (SANYA) pada awal 90an.

Beliau pernah menjadi orang kuat ahli parlimen Kinabatangan pada tahun 1995 hingga 1999 (Tun Juhar Mahiruddin). Belau adalah bekas pencadang kepada calon BN, Samsuddin selama dua kali PRU.

Sebagai anak jati di Sekong, Sapari dikatakan bakal memberi saingan sengit kepada Samsuddin yang sudah menurun prestasinya sebagai wakil rakyat. Menurut sumber yang rapat dengan Parti Warisan, kemungkinan parti itu menang lebih cerah jika BN mengekalkan Samsuddin sebagai calon.