Sunday, March 31, 2019

CROSSROADS: ONE TWO JAGA MENANG ENAM ANUGERAH DI FESTIVAL FILEM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 31 Mac (Bernama) -- Filem tempatan ‘Crossroads: One Two Jaga’ merangkul anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) malam tadi.

Filem arahan Nam Ron itu turut meraih lima lagi anugerah yang terdiri daripada Anugerah Pengarah Terbaik; Lakonan Layar Terbaik menerusi Amri Rohaiyat, Fared Ayam dan Nam Ron sendiri; Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Rosdeen Suboh; Cerita Asal Terbaik oleh Pitt Haniff, Muhammad Syafiq dan Nam Ron; serta Poster Terbaik oleh Jazzy Pictures.

Filem yang berkisarkan mengenai kisah di sebalik tabir kehidupan pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia itu memenangi Anugerah Filem Terbaik dengan mengenepikan empat filem lain yang turut dicalonkan kategori berkenaan.

Trofi disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Gobind Singh Deo yang turut merasmikan malam kemuncak festival berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri KKMM Eddin Syazlee Shith, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Datuk Samsuni Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Dalam pada itu. Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Datin Seri Umie Aida untuk filem berjudul ‘Dukun’, manakala filem Munafik 2 pula menerima anugerah Filem Box Office.

Filem ‘Guang’ yang mengangkat tema kehidupan penghidap autisme, meraih empat anugerah iaitu Penataan Seni Terbaik (Chan Hsien Yu), Pelakon Lelaki Harapan (Kyo Chen), Sinematografi Terbaik (Yeong Tuck Wei) dan Pengarah Harapan (Quek Shio Chuan).

FFM30 turut menyaksikan pelakon, pelawak, pengarah filem dan penulis skrip A.R. Badul dinobatkan sebagai Karyawan Sepanjang Zaman.

Dengan tema ‘Inspirasi Sinemaku’, FFM30 menyaksikan 42 filem bertanding merebut 24 anugerah pada malam kemuncak yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Astro Ria HD dari Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Berikut merupakan senarai penuh pemenang FFM30:

1. Filem Terbaik: Crossroads : One Two Jaga2

2. Pengarah Terbaik: Nam Ron (Crossroads: One Two Jaga)

3. Pelakon Wanita Terbaik: Datin Seri Umie Aida (Dukun)

4. Pelakon Lelaki Terbaik: Rosdeen Suboh (Crossroads: One Two Jaga)

5. Penyunting Terbaik: Raja Affandi Raja Jamaluddin (Dukun)

6. Penataan Seni Terbaik: Chan Hsien Yu (Guang)

7. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Eng Wei Jie (Rise of Legend: Lee Chong Wei)

8. Pelakon Wanita Harapan: Jaya Ganoson (The Farm: En Veettu Thottathil)

9. Pelakon Lelaki Harapan: Kyo Chen (Guang)

10. Pengarah Harapan: Quek Shio Chuan (Guang)

11. Skor Muzik Terbaik: Nick Davis (Two Sisters)

12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nabila Huda (Makrifat Cinta)

13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hasnul Rahmat (Polis Evo 2)

14. Cerita Asal Terbaik: Crossroads: One Two Jaga

15. Anugerah Khas Juri 1: Asia Tropical Films Sdn Bhd (Paskal The Movie)

16. Anugerah Khas Juri 2: Veedu Productions Sdn Bhd (Vedi Gundu Passange)

17. Anugerah Khas Juri 3: Astro Shaw Sdn Bhd (Buskers)

18. Lakon Layar Terbaik: Amri Rohaiyat, Fared Ayam dan Nam Ron ( Crossroads: One Two Jaga)

19. Penggiat Belakang Tabir: Habsah Hassan

20. Karyawan Sepanjang Zaman: Seniman A.R.Badul

21. Anugerah Filem Box Office: Munafik 2

22. Kostum Terbaik: Andy Sulaiman (Dukun)

23. Penataan Bunyi Terbaik: Imaginex Studios (Pulang)

24. Sinematografi Terbaik: Yeong Tuck Wei (Guang)

25. Lagu Tema Terbaik: Atma Jiwa oleh Monoloque (Buskers)

26. Kesan Khas Terbaik: Pixelpost (Dukun)

27. Poster Terbaik: Crossroads: One Two Jaga

-- BERNAMA

Saturday, March 30, 2019

ADAKAH MAT HASSAN MASIH RELEVAN DI RANTAU?

SEREMBAN, 30 Mac (Bernama) -- Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang bermula hari ini akan menjadi medan kepada Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menguji samada pengundi di DUN itu masih mahu memilih beliau.

Mohamad, 63, yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) dalam PRK itu dan telah menjadi ADUN Rantau selama tiga penggal bagaimanapun sedar tugas berat sedang menanti beliau dalam misi untuk mempertahankan kerusi itu yang juga akan menentukan masa depan politiknya.

Beliau yang tidak mahu mendedahkan strategi kempennya mengakui akan berjumpa seramai mungkin pengundi di DUN Rantau.

Thursday, March 28, 2019

LOMPAT PARTI MENJELANG PRK BUKAN PERKARA BARU

SEREMBAN, 28 Mac (Bernama) -- Senario ahli lompat parti untuk bertanding atas tiket bebas setiap kali tiba pilihan raya bukan sesuatu yang baru atau menakutkan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata perkara itu juga tidak menghalang sama sekali usaha PH untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada pilihan raya kecil (PRK) yang dijadualkan pada 13 April.

Aminuddin berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita mengenai seorang peniaga yang mendakwa akan bertanding sebagai calon bebas pada PRK DUN Rantau kerana kecewa dengan kepimpinan tertinggi PKR memilih Dr S. Streram yang didakwa sebagai orang luar.

Wednesday, March 27, 2019

RUANG UDARA LANGKAWI MASIH BERGEGAR DENGAN BUNYI JET PEJUANG

LANGKAWI, 27 Mac (Bernama) -- Sekali lagi ruang udara Langkawi bergegar dengan bunyi jet pejuang, yang dapat didengar di seluruh pulau.

Pertunjukan udara sudah tidak asing lagi pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19), dan ia sentiasa mendapat sambutan hebat daripada pengunjung sejak edisi pertamanya pada 1991.

Pelawat perdagangan yang mengunjungi landasan terbang di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sanggup berdiri di bawah panas terik matahari, semata-mata untuk menyaksikan kehebatan aksi pesawat, manakala warga tempatan membanjiri jalan, tidak mahu ketinggalan melihat pertunjukan itu.

Tuesday, March 26, 2019

NURUL IZZAH MASIH BELUM CUKUP MATANG

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tidak sepatutnya mengeluarkan komen tidak baik terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, apatah lagi menerusi wawancara media Singapura The Straits Times pada Jumaat lepas.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya berkata Nurul Izzah yang arif dalam arena politik, masih belum cukup matang, tidak rasional serta emosi dalam memahami pendirian Dr Mahathir serta kerajaan.

"Apa yang dilakukan oleh perdana menteri dan kerajaan ketika ini tidak harus dilihat secara peribadi oleh Nurul Izzah, sebaliknya perlu dilihat secara menyeluruh demi kepentingan rakyat dan negara.

Saturday, March 23, 2019

STRERAM AKAN GUNAKAN PELUANG KEDUA UNTUK MENANG

SEREMBAN, 23 Mac (Bernama) -- Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau Dr S. Streram, yang dinamakan semula sebagai calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Rantau 13 April ini, berazam untuk membuktikan keupayaan diri dalam memberi kemenangan bermakna kepada PH, khususnya di peringkat negeri.

Pakar bius berusia 60 tahun itu diberi peluang kedua sebagai calon PH, setelah sebelum ini dinafikan haknya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lepas selepas dihalang masuk ke pusat penamaan calon ekoran ketiadaan pas Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Ini peluang kedua saya dan saya akan bekerja bersungguh-sungguh untuk menang. Saya tidak mahu memandang rendah kepada lawan atau terlalu yakin untuk menang dalam PRK ini, tetapi perkara ini bukan yang seharusnya saya fikirkan sangat.

Friday, March 22, 2019

NURUL IZZAH LETAK JAWATAN ANGGOTA PAC KERANA PM KEKALKAN RONALD KIANDEE PENGERUSI

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar telah meletakkan jawatan sebagai seorang daripada anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini.

"Ya, saya mengesahkan bahaswa beliau telah menarik diri dari PAC,” kata pengarah komunikasi PKR  Fahmi Fadzil ketika dihubungi Bernama malam ini.

Tindakannya dipercayai berpunca daripada keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membenarkan pengerusi PAC Ronald Kiandee kekal jawatan tersebut walaupun anggota Parlimen Beluran itu tidak lagi menjadi anggota pembangkang.

Thursday, March 21, 2019

REMAJA HAMPIR DIBELIT ULAR SAWA





KUALA TERENGGANU, 20 Mac (Bernama) -- Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun nyaris dibelit seekor ular sawa sepanjang dua meter awal pagi tadi di Perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, di sini.

Mangsa, Nor Alia Aqilla Jamaluddin berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4.20 pagi ketika beliau sedang nyenyak tidur dan kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran 'sesuatu' yang lembik dan sejuk di lehernya.

"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dan bingkas bangun membuka lampu bilik untuk mengetahui apakah benda tersebut.

"Apabila melihat saja ular sawa tersebut, saya terus menjerit dan mula terasa seram sejuk apabila mengingatkan badannya yang lembik dan sejuk. Saya juga tidak tahu macam mana ular tersebut boleh naik sehingga ke tingkat 14 rumah kami," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jeritan Nor Alia Aqilla didengari oleh ibu saudaranya, Nor Elida Khaibir, 27, yang ketika itu sedang tidur di bilik bersebelahan lalu menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima aduan pada jam 4.58 pagi.

Katanya, seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu telah dikerah ke lokasi kejadian dan pemeriksaan mendapati ular sawa berkenaan sedang menyorok di bawah katil.

"Kita berjaya menangkap ular tersebut pada jam 5.20 pagi dan terus dibawa ke balai untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi pemberita.

-- BERNAMA


Wednesday, March 20, 2019

PERKASA BELUM BINCANG SOKONG SESIAPA DI RANTAU



REMBAU 20 Mac - Rekod cemerlang sebagai wakil rakyat dan faktor anak tempatan memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.



Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau telah lama mengenali Timbalan Presiden UMNO itu dan secara peribadi menyokongnya dalam PRK pada 13 April depan.


“Beliau dikenali sebagai seorang yang berhemah, mempunyai watak Melayu sejati dalam dirinya. Beliau antara pemimpin UMNO yang banyak menyokong Perkasa sejak awal penubuhan pada 2008, terutama Perkasa Negeri Sembilan.

“PRK ini hanya kesinambungan kepada khidmat beliau. Kalau semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tahun lalu berlaku pertandingan, saya yakin beliau menang. Beliau ada rekod yang baik dan merupakan anak tempatan.

“Bagaimanapun Perkasa belum lagi membincangkan sama ada menyokong sesiapa dalam PRK ini. Kita akan lihat dulu sikap pengundi Melayu di Rantau dan selepas itu baru kita akan tentukan sokongan,” katanya dalam Program Minum Petang Perkasa di Kuala Sawah, Rantau di sini hari ini.

PRK DUN Rantau perlu diadakan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban baru-baru yang membatalkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad di kerusi itu dalam PRU-14.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, Mohamad yang lebih dikenali sebagai ‘Tok Mat’ bagaimanapun tidak boleh mengambil mudah lawannya, Dr. S. Streram dari Pakatan Harapan dan perlu bekerja keras menarik undi bukan Melayu.

“Keadaan sudah berubah, dulu beliau calon parti kerajaan, sekarang parti pembangkang. Jauh bezanya. Beliau kena bergantung kepada hubungan dengan rakyat yang terjalin semasa tiga penggal menjadi wakil rakyat dan Menteri Besar,” katanya.


Tuesday, March 19, 2019

PH MAMPU CIPTA KEMENANGAN DI RANTAU

REMBAU, 19 Mac (Bernama) -- Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu mahu semua anggota parti bekerja keras memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata meskipun PH kalah di PRK Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih, namun yakin mampu mencipta kemenangan di DUN Rantau.

"Ada yang berkata elok kalau di Rantau kita letak calon Melayu macam di Cameron Highlands letak Melayu Orang Asli boleh menang, Semenyih calon melayu tetapi kita nak beritahu kita tidak akan terperangkap dengan perkauman.

Monday, March 18, 2019

MAIMUNAH ANTARA 54 WANITA PERTAMA SERTAI POLIS

JOHOR BAHRU, 18 Mac (Bernama) -- Tindakan bapanya yang membawa pulang borang permohonan menyertai pasukan polis ke rumah, mendorong Maimunah Abd Razak yang ketika itu berusia 19 tahun mengisinya, sehingga mencatat sejarah sebagai seorang daripada 54 anggota wanita pertama diterima menyertai pasukan polis negara ini sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

Memulakan perkhidmatan pada 1 Julai 1956, Maimunah, 82, yang bersara awal dengan pangkat terakhir sebagai Sub Inspektor pada 1 Mac 1983, boleh berbangga hari ini kerana tersenarai antara 400 individu penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) yang disampaikan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Ketika ayah (Allahyarham Abd Razak Jailani) saya tunjuk borang itu (permohonan menyertai polis), saya tidak takut untuk mengisinya dan menyertai pasukan itu. Lagipun saya memang sedang mencari kerja dan ketika itu saya berumur 19 tahun,” katanya yang ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini

Sunday, March 17, 2019

TERENGGANU MEMPUNYAI POTENSI DIBANGUNKAN SEBAGAI BANDAR PINTAR

KUALA TERENGGANU, 17 Mac (Bernama) -- Terengganu mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai bandar pintar dan menambah baik sektor pelancongan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata bagi mencapai sasaran tersebut pihaknya bersedia mempertimbangkan pelbagai cadangan daripada kerajaan negeri dan menyediakan kos tertentu sekiranya terdapat keperluan.

“Banyak lagi ruang untuk memajukan negeri ini demi rakyat dan pihak kementerian akan mempertimbangkan permintaan serta permohonan yang boleh meningkatkan ekonomi dan membantu pelancongan negeri,” katanya.

Zuraida berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sementara itu Ahmad Samsuri berkata kunjungan tersebut adalah lambang komitmen dan kerjasama antara kerajaan persekutuan dan negeri, dalam pembangunan ekonomi dan kepentingan rakyat.

“Terima kasih kepada kerajaan yang telah memberi komitmen dalam melaksanakan beberapa projek termasuk projek pelupusan sampah di Marang dan pembangunan Pasar Payang. Kita juga dalam proses perbincangan dengan kementerian untuk pembinaan stesen teksi dan bas di Jerteh, berikutan penangguhan yang agak lama,” katanya.

-- BERNAMA

Saturday, March 16, 2019

PKR SERAH KEPADA PARLIMEN TENTUKAN KEDUDUKAN PENGERUSI PAC

IPOH, 16 Mac (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada Parlimen bagi menentukan kedudukan Anggota Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana pelantikan bagi jawatan itu tertakluk di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Parlimen.

"Saya pulangkan kepada Parlimen sebab pelantikan PAC itu di bawah bidang kuasa Parlimen. Pendirian PKR, setakat atau pada saat Ronald dilantik, Pakatan Harapan (PH) telah memenuhi janji itu.

Friday, March 15, 2019

PERMOHONAN ANAK MUSA AMAN MASUK BERSATU SEDANG DIKAJI



PUTRAJAYA, 15 Mac (Bernama) -- Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penyertaan lapan bekas pemimpin UMNO Sabah ke dalam Bersatu serta memberi jaminan bahawa mereka akan menyokong kerajaan pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) di negeri itu.



Mereka yang menerima kad keanggotaan Bersatu daripada Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini terdiri daripada empat Anggota Parlimen, dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua senator.



Anggota Parlimen itu ialah Datuk Zakaria Edris (Libaran); Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran); Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort) dan Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat); ADUN pula ialah Datuk Hajiji Mohd Noor (Sulaman) dan Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan). Dua senator itu pula ialah Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin dan Datuk John Ambrose.



Perdana Menteri berkata kemasukan Bersatu ke Sabah tidak bermakna untuk mengetepikan atau menggantikan kerajaan negeri pimpinan Warisan.



"Anggota-anggota Bersatu di Sabah akan sokong kerajaan Warisan sekarang. Kita tak ada niat nak ganti mana-mana pihak. Kita hendak ada di sana hanya untuk menyokong kerajaan Warisan Sabah,” katanya.



Dr Mahathir berkata walaupun Bersatu bercadang untuk melancarkan Bersatu Sabah pada 6 April ini, ‘sudah ada permintaan untuk menyertai Bersatu di Sabah’.



Dr Mahathir berkata walaupun Warisan bukan anggota komponen Pakatan Harapan (PH), namun tiga wakil parti itu telah diberi jawatan sebagai menteri dan dua sebagai timbalan menteri di peringkat persekutuan.



"Kita menyokong kerajaan yang ditubuh oleh Warisan di Sabah. Itu adalah pendirian keempat-empat buah parti dalam PH termasuk Bersatu," katanya.



Tiga menteri dari Warisan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong, Datuk Ignatius Darell Leiking (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Datuk Mohamaddin Ketapi (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya).



Dua timbalan menteri pula ialah Datuk Aziz Jamman (Kementerian Dalam Negeri) dan Isnaraissah Munirah Majilis (Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar).



Dalam pada itu, penyertaan empat Anggota Parlimen terbabit ke dalam Bersatu menjadikan parti itu kini mempunyai 26 Anggota Parlimen di Dewan Rakyat.



Semalam, Hajiji yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dilaporkan berkata beberapa lagi bekas wakil rakyat UMNO Sabah akan menyertai Bersatu pada 6 April ketika pelancaran parti berkenaan di Kota Kinabalu.



Pada 15 Feb lepas, Dr Mahathir mengumumkan Bersatu akan melebarkan sayapnya ke Sabah selepas perkara itu dipersetujui oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.

Ditanya sama ada Anggota Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa akan turut menyertai Bersatu, Dr Mahathir berkata parti itu akan mengkaji perkara itu terlebih dahulu.

"Mereka perlu menjadi bebas terlebih dahulu, barulah kita mengkaji rekod mereka dan komitmen kepada parti Bersatu dan PH, baru kita boleh terima," katanya.

Beliau berkata enam lagi ADUN yang telah menghantar borang keanggotaan untuk menyertai Bersatu juga akan turut dipertimbangkan.

Enam ADUN itu ialah Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Datuk Mohd Arifin Arif (Membakut), Datuk Ghulam Khan Bahadar (Kawang) dan Matbali Musah (Lumadan).

Sementara itu, Hajiji berkata beliau bersedia memikul tanggungjawab sebagai pengerusi Bersatu Sabah sekiranya diberi mandat.

Beliau juga memberi jaminan Bersatu Sabah akan memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada kerajaan negeri yang diterajui Warisan.

“Saya telah berjumpa (Warisan Presiden) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal beberapa kali. Bagi saya, tidak ada masalah bagi kami untuk bekerjasama dan kita akan bersama-sama membantu kerajaan negeri,” katanya.

-- BERNAMA

Thursday, March 14, 2019

PENJARA NAFI BALU NAZRIN DITAHAN DALAM BILIK GELAP

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Jabatan Penjara Malaysia menafikan Samirah Muzaffar iaitu balu Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan telah ditahan dalam bilik asingan yang gelap seperti didakwa Peguamnya Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah.

Pengarah Dasar Kepenjaraan jabatan itu Datuk Nordin Muhamad berkata Samirah tidak ditahan di bilik gelap sebaliknya ditempatkan berseorangan di bilik asingan bersebelahan bilik pegawai bertugas Penjara Wanita Kajang.

“(Penempatan Samirah dibuat) berasaskan kategori seseorang banduan serta keperluan kawalan selaras dengan kuasa pengkategorian banduan di bawah Peraturan Penjara 2000.

“Hasil semakan serta pemeriksaan oleh ibu pejabat Penjara juga mendapati tiada kerosakan pada lampu yang terdapat di bilik penama (Samirah) ditempatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wednesday, March 13, 2019

PAS PUSAT BELUM BINCANG KERAJAAN CAMPURAN

KUALA NERUS, 13 Mac (Bernama) -- PAS Pusat masih belum mengadakan perbincangan mendalam berhubung cadangan UMNO untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) dan PAS ketika ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, yang juga Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sehingga kini belum ada perbincangan khusus mengenai cadangan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata kepimpinan tertinggi PAS dan UMNO sedang mendapatkan reaksi dan maklum balas daripada ahli parti masing-masing mengenai hasrat itu.

Tuesday, March 12, 2019

MASIH AWAL BENTUK KERAJAAN PERPADUAN

KOTA BHARU, 12 Mac (Bernama) -- Masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis, kata seorang pemimpin PAS hari ini.

Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari berkata cukuplah UMNO dan PAS sekadar mempunyai pesefahaman dalam beberapa isu.

"Bagi saya cukuplah sekadar sekiranya UMNO dan PAS mempunyai persefahaman dalam beberapa isu dan lakukan rundingan dari masa ke semasa khususnya untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke 15 (PRU-15) akan datang.

Monday, March 11, 2019

DR S STRERAM KEKAL CALON PH

PETALING JAYA, 11 Mac (Bernama) -- Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) PKR Rantau, Dr S. Streram dipilih sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau, 13 April ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemilihan pakar bius berkenaan dipersetujui secara konsensus oleh Majlis Presiden PH dalam mesyuarat yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad, Sabtu lepas.

"Kami telah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Majlis Presiden dengan pelbagai pandangan dikemukakan berhubung kebimbangan dan reaksi terutama reaksi orang Melayu pada masa ini,” katanya ketika mengumumkan nama calon pada sidang media, di sini hari ini.

“Tetapi pendirian saya agak konsisten dengan menekankan bahawa kita perlu tetap konsisten dengan membentangkan kes dan kedudukan kami sebagai sebuah parti mewakili semua penduduk, adil kepada semua dan sentiasa melindungi golongan miskin, yang dipinggirkan dan kurang bernasib naib dan sudah tentu termasuk orang Melayu,” katanya.

PRK itu diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 Nov lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah.

Pada PRU14, Mohamad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengulas lanjut, Anwar berkata meskipun ada permintaan supaya calon adalah daripada orang Melayu susulan perkembangan politik semasa khususnya gabungan UMNO dan PAS namun Anggota Parlimen Port Dickson itu menegaskan pelbagai faktor telah diambil kira dalam mengekalkan calon daripada kaum India.

Ini, katanya, termasuklah jumlah pengundi kaum itu sebanyak 27 peratus selain kawasan-kawasan lain telah diwakili oleh orang Melayu termasuk di Parlimen Port Dickson yang dahulu diwakili kaum India kini diwakili beliau sendiri.

"Kita telah bincang dengan teliti dan menekankan aspek sifat negara ini yang besar adalah Melayunya dan sudah tentunya tidak akan korban kepentingan penduduk Melayu termasuk di Rantau. Kita fikir tidak wajar kita bergelut dalam politik semata-mata kerana reaksi keadaan semasa," katanya.

Tegasnya, beliau mahu PH kekal dengan prinsip keadilan untuk semua kaum dan tidak terpengaruh dengan politik perkauman.

Ditanya sama ada PRK ini akan jadi kayu pengukur kepada sokongan masa hadapan rakyat kepada PH selepas dua kekalahan berturut-turut di PRK Cameron Highlands dan Semenyih, beliau berkata: "Kayu pengukur paling munasabah ialah Port Dickson, orang kadang-kadang dia terlupa, kita menang Balakong, Seri Setia, Sungai Kandis dan menang besar di Port Dickson, semua itu tak dipandang."

Anwar turut mengumumkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, sebagai Pengarah PRK DUN Rantau bagi PH.

SPR menetapkan PRK DUN Rantau diadakan pada 13 April manakala penamaan calon pada 30 Mac ini.

-- BERNAMA

Sunday, March 10, 2019

4,653 ORANG NIKAH DI THAILAND TAHUN LEPAS

HATYAI, 10 Mac (Bernama) -- Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla, Thailand, merekodkan peningkatan permohonan rakyat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan pernikahan di selatan Thailand sejak 2011.

Konsul Jeneralnya, Mohd Afandi Abu Bakar berkata sebanyak 4,653 permohonan surat pengesahan pernikahan diterima tahun lepas berbanding 4,375 pada 2017.

Menurutnya, mengikut statistik, pejabat itu menerima 2,885 permohonan pada 2011, sebanyak 3,463 (2012), diikuti 3,485 (2013), 3,831 (2014), 4,081 (2015) dan 4,178 (2016).

Saturday, March 9, 2019

TERENGGANU, PAHANG, KELANTAN DAN PERLIS KEMUKA KERAJAAN PENYATUAN UMMAH



JASIN 9 Mac - UMNO berhasrat mewujudkan kerajaan campuran dikenali sebagai kerajaan Penyatuan Ummah di empat buah negeri yang kini ditadbir Barisan Nasional (BN) dan Pas.



Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hasrat itu telah dibincangkan dengan Pas pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti, baru-baru ini dan ia masih di peringkat cadangan sebelum tindakan lanjut.


Bagaimanapun jelasnya, satu jawatankuasa kerja telah diwujudkan di peringkat UMNO yang dipengerusikan Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang akan bertindak sebagai penyelaras bersama jawatankuasa dibentuk Pas kelak.

"Sebab itu saya bincang dengan Pas tempoh hari, kalau boleh kita mulakan dulu kerajaan campuran dikenali sebagai Kerajaan Penyatuan Ummah ini di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis.

"Manakala di Perak dan Kedah yang mempunyai perbezaan kecil kerusi antara BN, Pas dan Pakatan Harapan (PH) juga kita akan 'goncangkan' agar mereka (PH) tidak senang duduk," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas bersama kepemimpinan UMNO Melaka di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Timbalan Ketua UMNO Jasin, Datuk Roslan Ahmad.


Friday, March 8, 2019

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN BUKU PADA 23 APRIL 2019

Adalah saya dengan segala hormatnya menjemput tan sri/dato seri/dato/datin/tuan/puan dan semua pembaca blog ini ke majlis pelancaran buku autobiografi bekas editor bahasa malaysia free malaysia today (FMT), Mohd Zabidi Saidi pada 23 april 2019 hari selasa jam 11.30 pagi di Hotel KL International, Chow Kit oleh YB Dato Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan.

Sila sahkan kehadiran tan sri/dato seri/dato/datin/tuan/puan kepada zabidi 01115726582. Orang yang mengesahkan kehadiran sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan. Masuk adalah percuma serta dapat buku percuma.

Thursday, March 7, 2019

ISMAIL SABRI TAK LAYAK JADI KETUA PEMBANGKANG

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu pada sidang Dewan Rakyat bermula Isnin ini.

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Anggota Parlimen Bagan Datuk, yang bercuti daripada menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden UMNO.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, berkata pelantikan Ismail Sabri dibuat berdasarkan senoriti dan hierarki dalam parti dan Barisan Nasional (BN).

Ulasan saya, Ismail  Sabri tidak layak jadi ketua pembangkang kerana beliau tidak mesra media. Sewaktu PRK Semenyih, kebetulan kami dari MH ONLINE berada di pusat markas utama BN di Dataran Mohd Said, beliau sampai di situ tanpa bersalam dengan kami dan terus masuk ke dalam pusat.

Kalau beliau mesra media atau peramah sudah tentu beliau akan bersalam dengan semua orang yang berada di luar ketika itu. Inilah kualiti pemimpin Umno yang mahu ditonjolkan selepas BN kalah PRU14. Amat malang nasib Umno kalau orang seperti ini dilantik ketua pembangkang. Bagi saya, Datuk Seri Mahdzir Khalid lebih layak kerana beliau pemurah dengan wartawan.

Wednesday, March 6, 2019

PKR YAKIN KERJASAMA UMNO-PAS TIDAK DITERIMA RAKYAT



KOTA BHARU, 6 Mac (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin gabungan kerjasama antara UMNO dan PAS tidak akan berjaya disebabkan UMNO sudah lagi tidak diterima rakyat di negara ini.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tidak mungkin rakyat akan memberikan sokongan terutama kepada UMNO yang telah menyebabkan kerosakan besar dalam negara terutama berkaitan rasuah.

"Ini strategi politik dan gabungan antara UMNO dan PAS itu pilihan mereka, tapi yakinlah rakyat sudah membuat keputusan dengan menolak UMNO pada pilihan raya umum lalu.KOTA BHARU, 6 Mac (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin gabungan kerjasama antara UMNO dan PAS tidak akan berjaya disebabkan UMNO sudah lagi tidak diterima rakyat di negara ini.
Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tidak mungkin rakyat akan memberikan sokongan terutama kepada UMNO yang telah menyebabkan kerosakan besar dalam negara terutama berkaitan rasuah.

"Ini strategi politik dan gabungan antara UMNO dan PAS itu pilihan mereka, tapi yakinlah rakyat sudah membuat keputusan dengan menolak UMNO pada pilihan raya umum lalu.

Tuesday, March 5, 2019

UMNO DAN PAS AKHIRNYA "BERSANDING"



KUALA LUMPUR :  SETELAH bekerjasama daam enam pilihan raya kecil (PRK) sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), UMNO dan Pas secara rasmi mengumumkan kerjasama rasmi antara kedua-dua parti bagi tujuan penyatuan ummah.

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kehadiran kepemimpinan Pas ke ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn di sini bagi membincangkan hala tuju membentuk penyatuan ummah, merupakan majlis ‘persandingan’ UMNO dan Pas.

Beliau bagaimanapun me­negaskan, kerjasama itu bukan bermaksud UMNO dan Pas bergabung, sebaliknya satu ikatan untuk menyatukan ummah tanpa meminggirkan keseluruhan masyarakat termasuk kaum Cina dan India.


“Mula-mula kita hantar cincin tunang di Sungai Kandis (PRK). Selepas itu bertunang di Seri Setia (PRK). Sekarang kita sudah kenduri kahwin, sudah rasmi (kerjasama).

“Dengan ini kita merasmikan jawatankuasa induk. Kita sudah bersanding hari ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mem­pengerusikan mesyuarat antara kedua-dua parti itu hari ini.

Pengumuman kerjasama itu sekali gus dilihat mampu menepis dakwaan Pas tidak akan menyokong UMNO seperti diperkatakan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kehadiran kepemimpinan Pas itu diketuai oleh Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan disertai Setiausaha Agung parti, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

UMNO selaku tuan rumah diwakili oleh Mohamad, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan beberapa lagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti.

Mohamad juga berkata, UMNO bersikap terbuka terhadap apa saja dianggap baik untuk orang Melayu dan Islam selain kedua-dua parti bercadang menjemput pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang berpengaruh membincangkan agenda penyatuan ummah.

“Kita tidak meminggirkan sesiapa kerana apa yang ingin kita capai ialah keamanan dan kedamaian seperti kita pernah nikmati sebelum ini.

“Kita akan berjumpa satu setengah bulan dari sekarang supaya jawatankuasa teknikal itu membentangkan rancangan masing-masing,” katanya.

Mengenai cadangan mem­perke­nalkan logo atau simbol gabungan UMNO dan Pas, Mohamad menegaskan, tiada rancangan untuk berbuat demi­kian.

Sementara itu, meskipun mesyuarat itu tanpa kehadiran presiden parti masing-masing, Tuan Ibrahim berkata, beliau sendiri hadir atas mandat Presi­den Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan segala isi perbinca­ngan akan dimaklumkan kepada presiden partinya tanpa timbul soal Abdul Hadi dibelakangkan.


Monday, March 4, 2019

BN TANPA MCA DAN MIC LEBIH KUAT?

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- MCA dan MIC bercadang meneroka perikatan baharu selepas percaya kerjasama dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) tidak lagi mencerminkan hasrat sebenar perpaduan dalam kalangan parti.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran berkata asas BN dicabar dan diancam kerana sifat saling menghormati sudah tiada selain pecahnya perpaduan dalam kalangan parti komponen.

“Sehubungan itu, MCA dan MIC tidak mempunyai pilihan melainkan meneroka perikatan baharu bagi mencerminkan hasrat sebenar perpaduan dalam kepelbagaian menurut hasrat asalnya. MIC dan MCA selaku wakil komuniti masing-masing mengakui metamorfosis BN kepada bentuk sekarang telah ditolak oleh komuniti mereka.

“Sehubungan itu, mereka menggesa pembubaran dan penstrukturan semula untuk kembali kepada semangat dan hasrat asal,” demikian menurut kenyataan itu.

Mereka juga berkata kenyataan bersifat perkauman oleh Setiausaha Agung BN Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semasa ceramah politik di Semenyih memburukkan lagi hubungan di antara tiga parti pengasas tersebut.

“Kenyataan bersifat rasis berulang kali oleh Mohamed Nazri dilihat mewakili UMNO dan sikap berdiam diri parti itu meretakkan asas saling menghormati yang dipertahankan oleh BN selama ini,” kata mereka, menambah pelantikan Mohamed Nazri sebagai setiausaha agung itu sendiri tidak sah dan tidak diiktiraf oleh MCA dan MIC.

Sehubungan itu, MCA dan MIC menggesa Dewan Tertinggi BN segera mengadakan mesyuarat bagi memutuskan nasib gabungan tersebut memandangan MCA pada mesyuarat agungnya 2 Dis lalu membuat resolusi pembubaran BN bagi membentuk perikatan baharu, demikian menurut kenyataan tersebut.

Baru-baru ini Mohamed Nazri dikecam susulan kenyataannya berhubung pelantikan bukan Melayu ke jawatan ketua hakim negara, peguam negara dan menteri kewangan.

Beliau juga membuat kenyataan kematian anggota bomba Mohammed Adib Mohd Kassim tidak diperjuangkan kerana peguam negara bukan Melayu.

Pada 25 Feb lalu, polis dilaporkan berkata mereka menyiasat Mohamed Nazri menurut Akta Hasutan.

-- BERNAMA

Sunday, March 3, 2019

BERSATU TIDAK PANIK KALAH PRK PERTAMA






SHAH ALAM, 3 Mac (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak panik walaupun kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semalam, sebaliknya ia akan meneruskan perjuangan dan tidak berputus asa.

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata keputusan PRK semalam menunjukkan sistem demokrasi berlangsung dengan baik dan kekalahan PH itu juga mendedahkan kelemahan yang perlu ditambah baik untuk rakyat.

"Bersatu baru ditubuhkan tiga tahun lepas dan berada dalam kerajaan PH (Pakatan Harapan) pula baru sembilan bulan jadi tiada sebab untuk kita berputus asa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penutup Karnival Usahawan Muda Selangor 2019 di Stadium Malawati, di sini hari ini.

Saturday, March 2, 2019

SEMBILAN BULAN TERLALU SINGKAT UNTUK RAKYAT NILAI PRESTASI KERAJAAN

JITRA, 2 Mac (Bernama) -- Tempoh sembilan bulan adalah terlalu singkat untuk rakyat menilai prestasi kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) berikutan ia merupakan tempoh bagi parti itu membuat 'housekeeping' (pembersihan) terhadap peninggalan kerajaan terdahulu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata walaupun tempoh tersebut singkat, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan keperluan dan kepentingan rakyat dijaga termasuk mengambil alih konsesi dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat.

"Tempoh sembilan bulan ini macam mengandung...baru kira nak bersalin. Kita mula dengan kertas putih atau kain putih tapi masuk dengan keadaan berselerak habis kita nak kena buat 'housekeeping' dan itu ambil masa," katanya.

Friday, March 1, 2019

DR IBRAHIM ALI BAKAL PM KESEMBILAN?

SEMENYIH: Bekas ahli parlimen Bebas, Datuk Paduka Ibrahim Ali berkata orang PH sebut Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri kelapan.

"Belum tentu Anwar jadi Perdana Menteri walaupun disebut berulang kali Anwar bakal Perdana Menteri kelapan," kata Ibrahim dalam ceramahnya di PDM Bandar Rinching di sini malam tadi yang turut dihadiri Bossku Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya lagi, beliau pun boleh sebut beliau bakal Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan yang menggamatkan para hadirin kerana belum tentu beliau akan jadi Perdana Menteri kesembilan.

Ibrahim Ali juga mendakwa lulus Ph D dan layak dipanggil Dr Ibrahim Ali kerana ijazah doktor falsafah beliau adalah asli dan bukannya palsu.

Ucapan Ibrahim Ali yang kelakar menarik perhatian para hadirin walaupun sudah 15 tahun beliau tidak sepentas dengan bekas bossnya Najib Razak dalam pergerakan pemuda Umno dahulu.

"Saya dipecat dari Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas kerana marah kepada Tok Pa (Datuk Mustapha Mohamad) menggugurkan saya sebagai ketua penaja bahagian Pasir Mas. Jadi saya tetap berjiwa Umno walaupun 15 tahun di luar Umno dan malam ini saya bantu BN kerana PH banyak merosakkan negara di mana para pengundi Semenyih perlu menyelamatkan Malaysia pada esok hari," katanya.

Ibrahim berkata Tok Pa pecat beliau yang setia dengan Umno tetapi bila BN kalah, Tok Pa orang yang pertama lompat masuk Parti Bersatu.

"Inikah pejuang tulen Umno yang melompat seperti beruk? Orang kata saya katak suka lompat parti tetapi Tok Pa adalah beruk yang melompat parti" katanya sambil disambut gelak ketawa para hadirin.

Beliau mendakwa pada malam perbincangan penubuhan Parti Bersatu di rumah Tan Sri Muhyiddin, beliau turut dipanggil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad  dan jika beliau kaki bodek  maka hari ini beliau sudah jadi menteri PH kerana beliau amat rapat dengan Dr Mahathir.

"Kalau Mat Sabu yang gagal belajar memasak boleh jadi menteri, saya yang lulus ijazah ketika dalam tahanan ISA pun boleh jadi menteri," katanya disambut gelak ketawa.

Katanya lagi, beliau ada prinsip kerana tak mahu Bersatu bergabung dengan DAP yang kekal dengan konsep Malaysian Malaysia.

"Bila saya tanya Tun kenapa Bersatu sokong DAP, Tun cakap ini politik. Pada jam 2 pagi bila mesyuarat selesai saya suruh Muhyiddin gugurkan nama saya sebagai penaja ahli majlis tertinggi Parti Bersatu," dakwanya lagi.