KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Jabatan Penjara Malaysia menafikan Samirah Muzaffar iaitu balu Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan telah ditahan dalam bilik asingan yang gelap seperti didakwa Peguamnya Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah.
Pengarah Dasar Kepenjaraan jabatan itu Datuk Nordin Muhamad berkata Samirah tidak ditahan di bilik gelap sebaliknya ditempatkan berseorangan di bilik asingan bersebelahan bilik pegawai bertugas Penjara Wanita Kajang.
“(Penempatan Samirah dibuat) berasaskan kategori seseorang banduan serta keperluan kawalan selaras dengan kuasa pengkategorian banduan di bawah Peraturan Penjara 2000.
“Hasil semakan serta pemeriksaan oleh ibu pejabat Penjara juga mendapati tiada kerosakan pada lampu yang terdapat di bilik penama (Samirah) ditempatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
No comments:
Post a Comment