Saturday, January 28, 2017

TAJOL ROSLI SAMBUNG NYAWA ZAHID



BAGAN DATUK, 28 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merakamkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, yang menurutnya merupakan individu yang memberinya 'nyawa' dalam dunia politik.

Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti 'kiambang' dan 'dibenci' beberapa pemimpin UMNO.

Katanya namun Tajol Rosli yang ketika itu pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak tetap memberi kepercayaan serta sokongan dengan memberinya peluang bertanding dalam pemilihan UMNO pada tahun 2000.

"Ketika saya 'terpijak kulit pisang' pada tahun 1998 hingga masuk ISA, yang kembali memberikan 'nyawa' kepada saya dalam dunia politik nasional adalah Tajol Rosli.


"Beliau membenarkan saya bertanding sehingga mendapat undian keempat tertinggi dalam pemilihan Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan seterusnya kedua tertinggi pada pemilihan seterusnya," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Veteran UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini, hari ini yang turut dihadiri Tajol Rosli.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dan anggota Parlimen Bagan Datuk turut merakamkan penghargaan kepada Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah Datuk Mohd Yusof Kassim kerana membantu memastikan beliau mendapat sokongan perwakilan lain semasa pemilihan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati golongan muda supaya sentiasa ikhlas dalam perjuangan parti.

"Kepada yang masih-masih muda ini, saya nak nasihatkan dalam politik tidak ada istilah merajuk, kita perlu sentiasa positif dengan ujian daripada Allah.

"Saya 11 tahun menunggu bermula daripada Timbalan Menteri Pelancongan pada 2004 kepada Timbalan Perdana Menteri tahun 2015, saya tidak pernah merungut pun kerana yang penting kita perlu istiqamah dan sentiasa ikhlas dalam perjuangan," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, January 26, 2017

PBS BERSEDIA HADAPI PRN SABAH AWAL?



KOTA MARUDU, 26 Jan (Bernama) -- Parti Bersatu Sabah (PBS) bersedia menghadapi pilihan raya negeri (PRN) pada bila-bila masa dengan keyakinan untuk menawan semula enam kerusi yang terlepas daripada tangan parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Pemangku Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata parti telah melakukan persiapan dan bersedia untuk menjalan tanggungjawab bagi memenangi semua kawasan yang bakal ditandingi oleh calon PBS.

"Pada pilihan raya lepas kita telah diberi kepercayaan untuk bertanding di 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memenangi tujuh daripada kawasan itu. Namun dengan persediaan dan penelitian yang telah dilakukan, kita yakin dapat menawan semula enam kawasan DUN yang telah tewas.

"Jika PRN akan dilaksanakan lebih awal, kita tiada masalah untuk memenangi semula enam kawasan DUN berkenaan iaitu Inanam, Matunggung, Api-Api, Tamparuli, Kadamaian, dan Sri Tanjung," katanya kepada pemberita selepas Program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Gana, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini bahawa Sabah akan mengadakan pilihan raya negeri lebih awal sebelum tempoh matang pilihan raya umum pada 2018.

Mengenai tambahan 13 kerusi baharu DUN Sabah, Ongkili berkata sekiranya kerusi baharu itu sempat diguna pakai dalam pilihan raya akan datang, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan yang diyakini mempu dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) sekiranya meletakkan calon daripada PBS.

"Perkara itu (pembahagian kerusi) akan diputuskan oleh pucuk pimpinan BN. Namun kita bersedia untuk menunaikan kewajiban untuk memastikan BN menang di kawasan yang diperuntukkan kepada kami (PBS)," katanya.

Terdahulu, pada majlis itu Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah menyampaikan bantuan kelengkapan persekolahan kepada 282 pelajar di sekolah berkenaan.

Beliau berkata bantuan kelengkapan persekolahan itu merupakan merupakan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi meringankan beban ibu bapa berpendapatan rendah.

-- BERNAMA

Wednesday, January 25, 2017

KENAPA CIA TUNGGU 34 TAHUN UNTUK BURUKKAN DR MAHATHIR?

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) telah mengubah status 13 juta muka surat dokumen rasmi supaya mereka boleh membocorkan dua halaman berkaitan Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF) bertujuan untuk memburukkan imejnya adalah tidak munasabah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata banyak negara mengubah staus dokumen yang diklasifikasikan atau tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi selepas 25, 35 tahun atau lebih, bergantung kepada sensitiviti dokumen berkenaan sementara setengah negara masih menklasifikasikan dokumen itu untuk selama-lamanya.

"Sebenarnya laporan BMF itu hanya dua muka surat daripada 13 juta halaman yang CIA mengubah statusnya dan ia secara kebetulan semata-mata.

"CIA tidak mengubah status hanya dua muka surat sahaja berhubung isu BMF," katanya menerusi catatan dalam blog beliau di http: //sskeruak.blogspot.my/, hari ini.

Menurut Salleh, bekas perdana menteri itu berkata bahawa laporan CIA yang didedahkan baru-baru ini yang mengaitkan beliau dalam skandal BMF 1983 membabitkan berbilion Ringgit bertujuan untuk memburuk-burukkan beliau (Mahathir) dan sebab CIA mahu memburuk-burukkannya ialah kerana beliau mengkritik Amerika Syarikat (AS).

"Jika itu benar mengapa CIA menunggu sehingga 34 tahun untuk berbuat demikian? Mereka boleh melakukannya apabila beliau masih menjadi Perdana Menteri dan bukan sekarang apabila beliau tidak lagi penting kepada Amerika Syarikat," kata beliau.

-- BERNAMA

Tuesday, January 24, 2017

ZAHIDI CADANGKAN BIROKRASI LONGGAR UNTUK ELAK RASUAH

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Datuk Zahidi Zainul Abidin menyarankan agensi-agensi kerajaan supaya tidak mengamalkan birokrasi ketat yang dikhuatiri boleh menjurus kepada berlakunya perbuatan rasuah.

Beliau berkata prosedur permohonan dan kelulusan projek yang ketat, misalnya, menyebabkan sesetengah syarikat 'terdesak' sehingga mendorong mereka untuk mengamalkan rasuah sebagai jalan pintas.

"Ini secara tidak langsung menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan kerana ia (kerajaan) dilihat melaksanakan birokrasi yang tampaknya menyusahkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Risda di ibu pejabat Risda di sini, semalam.

Monday, January 23, 2017

AWAK TU MENTERI, TAK PAYAH TANDING PRESIDEN FAM, KHAIRY



KUALA LUMPUR 23 Jan. - Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) antara ahli gabungan yang mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberitahu, Menteri Belia dan Sukan itu tahu beliau akan dicalonkan dan tidak menolak pencalonan tersebut.


Presiden KLFA, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan berkata, badan bola sepak itu telah memaklumkan terlebih dulu mengenai cadangan berkenaan kepada Khairy dan hanya meneruskan hasrat mereka selepas mendapat persetujuan.

Adnan bagaimanapun berkata, keputusan sama ada Khairy sedia bertanding atau tidak pada 25 Mac ini hanya akan diketahui pada 20 Februari depan, iaitu tarikh akhir untuk setiap individu yang tercalon mengesahkan pendirian mereka dalam pemilihan penggal 2017-2021.




“Ini (mencalonkan Khairy) adalah keputusan yang telah dibuat oleh KLFA. Saya percaya, beliau mampu membawa perubahan lebih baik dalam bola sepak di negara ini.

“Ya kami sudah memaklumkan kepadanya sebelum meneruskan cadangan. Daripada reaksi yang diberikan (oleh Khairy), beliau menerimanya.

“Kami selaku ahli gabungan ingin perubahan dan kerana itu kami calonkan Khairy sebagai Presiden FAM. Beliau mempunyai minat yang mendalam, selain memiliki pengetahuan yang tinggi,” kata Adnan.

Selain Khairy, 41, FAM hari ini mengesahkan tiga lagi tokoh bola sepak turut dicalonkan untuk menerajui badan induk tersebut iaitu pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat.

Berdasarkan perlembagaan FAM, kedudukan Khairy sebagai Menteri Belia dan Sukan tidak menghalangnya daripada menerajui badan bola sepak tersebut, bagaimanapun beliau sebelum ini memaklumkan peluangnya untuk bertanding bergantung kepada kebenaran daripada kabinet.

Pada 15 Januari lalu Khairy memberitahu, jika seseorang menteri berhasrat memegang jawatan dalam persatuan sukan, mereka perlu mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri atau Jemaah Menteri terlebih dahulu.

Bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Abdul Razak Hussein serta bekas Menteri Pertahanan, Tan Sri Hamzah Abu Samah sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Presiden FAM.

Sementara itu, usaha
untuk mendapatkan reaksi Khairy mengenai pencalonannya gagal kerana Menteri Belia dan Sukan itu kini berada di Lebanon atas urusan rasmi.

Ulasan saya, Khairy, awak tu menteri sukan. Tak payahlah awak tanding Presiden FAM. Sebagai menteri awak kena jaga semua persatuan sukan dan kena adil kepada semua persatuan. Jadi tak payah tandinglah.

Sunday, January 22, 2017

MAHATHIR LUPA MCA TUNTUT TPM PADA TAHUN 1987

PORT DICKSON, 22 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa MCA pernah meminta jawatan timbalan perdana menteri diberi kepada parti itu seperti yang didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata sepanjang beliau memegang jawatan nombor satu negara, tidak pernah sekalipun parti komponen Barisan Nasional (BN) itu meminta diberi jawatan nombor dua negara dan jawatan Menteri Kewangan.

"Baru-baru ini didedahkan bahawa DAP meminta minta jawatan TPM dan Menteri Kewangan, bila orang Melayu dah naik marah, dia kata MCA pula. Sejak saya jadi PM, tak pernah MCA minta jawatan TPM. Ini satu pembohongan.

"Saya nafikan dan saya minta MCA juga menafikan. MCA dah dapat tiga jawatan menteri pun dia dah berterima kasih. Jangan banyak sangat U-turn," kata Najib, yang menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai 'jaguh U-turn' kerana sering mengubah pendirian dalam beberapa kenyataan yang dikeluarkannya.

Najib berkata demikian dalam ucapan sambutan ulang tahun ke-60 Kelab Bell Belia Tamil Malaysia di Dewan The Grand, Lukut di sini, Ahad.

Turut hadir Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Speaker Dewan Negara Datuk Seri SA Vigneswaran, Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas, bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dan Naib Presiden Gerakan Datuk A. Kohilan Pillay.

Dr Mahathir sebelum ini dilapor berkata DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Menerusi laman blognya pada Jumaat, bekas perdana menteri itu membuat pusingan U dengan memperbetulkan kenyataannya sebelum ini bahawa yang meminta jawatan berkenaan adalah MCA, bukan DAP.

Berucap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin, Najib bagaimana pun meminta rakyat supaya jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sering kali membuat pusingan U.

"Jangan dengar cakap pembangkang, negarawan kita dah cakap melalut sekarang. Dia cakap nak hapuskan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) yang memberi hasil RM41 bilion.

"Mana nak dapat duit nak buat klinik, hospital? Bayangkan kesihatan minta, pelajaran minta, bagaimana nak dapat? Duit tak datang melayang mesti datang daripada sumber," katanya.

Najib berkata rakyat perlu faham bahawa pembangkang boleh berkata sesuka hati, dan sering membuat pusingan U apabila timbul masalah.

Terdahulu, perdana menteri berkata rakyat khususnya golongan belia di negara ini harus memiliki minda yang canggih, bertaraf dunia, pemikiran yang tidak bersempadan dan diisi dengan pengetahuan serta ilmu untuk bersaing di masa hadapan.

"Tetapi kalau ilmu sahaja tidak berpaksi kepada akhlak, nilai dan budaya, akal sahaja tidak bermakna. Kita nak dua-dua sekali.

"Kita mahu kukuh dalam nilai murni, kukuh dalam budaya dan sejarah kita sendiri...kukuhkan jati diri kita tetapi (perlu) mengantarabangsakan minda kita," katanya.

Najib dalam pada itu menarik perhatian bahawa walaupun kaum India merupakan 7.4 peratus daripada penduduk Malaysia keseluruhan, namun mereka banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.

"Kalau ikut sejarah, memang tidak dapat dinafikan masyarakat India memberi sumbangan besar dan kita perlu mengiktiraf sumbangan kaum India," katanya.

Kelab Bell Belia Tamil Malaysia yang ditubuhkan pada 1956 memiliki 24,552 anggota dan 292 cawangan di seluruh negara dan diwujudkan bagi mempromosikan kebudayaan, kesenian serta bahasa Tamil.

Pada majlis sambutan itu, Najib menyampaikan cek bernilai RM2.18 juta untuk pembangunan sekolah-sekolah Tamil di negeri ini yang diterima oleh Mohamad.

Ulasan saya, Dr Mahathir sudah lupa bahawa di zaman beliau menjadi PM, Ketua Pemuda MCA, Lim Kim Sai telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua pada tahun 1987.

Kenyataan Lim Kim Sai itu mendapat bantahan pemuda Umno yang menyebabkan suasana politik perkauman begitu tegang sehingga tercetusnya tragedi Adam mengamuk di Chow Kit yang menyebabkan berlaku operasi lalang serta pengharaman tiga buah akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan.



-- BERNAMA

Saturday, January 21, 2017

PENGUNDI MAHU PILIH ZAHID ATAU LIM KIT SIANG SEBAGAI TPM?

KEMABONG, 21 Jan (Bernama) -- Pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa DAP mahukan jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum ke-14, penting terhadap landskap politik kerana ia akan menentukan masa depan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini kerana pengundi kini mempunyai "pilihan politik" pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

"Jika mereka mahu Lim Kit Siang menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dengan itu mereka boleh memilih "Pakatan yang diterajui DAP" dalam pilihan raya umum akan datang.

"Malah, Tun Dr Mahathir (bekas perdana menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia) membuat pendedahan penting membabitkan politik negara itu pada 17 Jan tahun ini.

"Tun Dr Mahathir secara tidak langsung bersetuju dengan dakwaan (bekas naib presiden DAP) Tunku Aziz bahawa Lim Kit Siang akan menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan jika Pakatan memenangi pilihan raya umum ke-14," katanya.

Salleh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program 'Connecting The Unconnected' (CTU) dan Komuniti Dashboard di Dewan Komuniti Sri Ontoros, Kemabong, dekat sini, hari ini.

Pada Rabu, Dr Mahathir dilaporkan berkata DAP telah meminta supaya pemimpin parti itu diberi jawatan timbalan perdana menteri sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu dalam ucapannya, Salleh juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai pemimpin yang tidak berpendirian kerana sering mengubah pendirian dan pandangannya mengenai isu-isu penting.

"Sebelum ini, beliau (Dr Mahathir) bersama-sama kami (UMNO/Barisan Nasional) dan kami menghormatinya kerana beliau telah menyumbang kepada negara.

"Tetapi kini, Tun Dr Mahathir bersama-sama pembangkang dan mahu meruntuhkan UMNO... kita tidak boleh benarkan ini berlaku," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau berpendapat Dr Mahathir bersikap amat tidak wajar apabila mahu menjadikan Lim Kit Siang sebagai calon timbalan perdana menteri, sedangkan sebelum ini beliau melabelkan ahli politik DAP itu sebagai rasis.

Ulsan saya, saya bersetuju dengan pandangan Salleh bahawa pengundi ada pilihan sama ada mahu mengekalkan Zahid sebagai TPM atau memilih Lim Kit Siang sebagai TPM baru. Terpulang kepada pengundi Malaysia pada PRU akan datang untuk membuat pilihan.


-- BERNAMA

Friday, January 20, 2017

ZAHID DEDAH USAHA JATUHKAN BELIAU DALAM PRU14

BAGAN DATUK, 20 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi
mendedahkan terdapat usaha untuk menjatuhkan beliau sebagai Anggota Parlimen Bagan Datuk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau menyifatkan usaha tersebut umpama 'rosak ikan bermula di kepala'.

"Saya dapat tahu ada sasaran untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) di sini (Bagan Datuk) pada PRU14," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan khas Bersama Kepimpinan BN Empat Peringkat Bahagian Bagan Datuk di sini.

Beliau menegaskan usaha menjatuhkan beliau tidak akan berhasil sekiranya jentera BN melipatgandakan usaha pada PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Mandat kerajaan BN sekarang bakal berakhir pada Jun 2018.

Ahmad Zahid, selaku naib presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti, meminta jentera parti komponen BN mengubah taktik berkempen dengan menumpukan kepada sistem komunikasi atas talian untuk mendekat pengundi.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata kumpulan askar siber (cybertrooper) BN harus menangkis dan menjawab tohmahan kumpulan media pembangkang dan bukan sekadar melihat sahaja.

"Sekarang ini, kita harus mengubah taktik dengan menghubungi setiap pengundi dengan cara sistem komunikasi atas talian sama ada pengundi di sekitar kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM), kampung atau tinggal di tempat lain.

"Kaedah kempen telah berubah, maka kita mesti berubah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi BN negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam ucapannya menyeru semua anggota parti komponen menzahirkan keyakinan tinggi terhadap kepimpinan parti menjelang pilihan raya umum.

Katanya, pengundi Parlimen Bagan Datuk harus bersyukur kerana timbalan perdana menteri datangnya dari kawasan itu dan harus mengekalkan keistimewaan itu.

-- BERNAMA

Thursday, January 19, 2017

MAJLIS PENGKEBUMIAN EMAK MERTUA JADI MAJLIS JUMPA KAWAN KAWAN LAMA




Semalam pada jam 3.45 petang ketika menunggu temujanji dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri saya menerima panggilan dari isteri saya di kampung bahawa emak mertua saya, Selema Abdullah, 75 tahun,  telah meninggal dunia. Selema meninggalkan lima orang anak yang masih hidup, 25 orang cucu dan empat orang cicit.

Saya terus membatalkan temujanji saya dengan Zahid Hamidi. Nasib baik pegawai khas TPM, Datuk Norzihan Tamby suruh pegawai khas TPM, DSP Baharin melayan saya ketika menunggu Zahid yang sedang ada mesyuarat post cabinet.

Saya beri 4 pucuk surat kepada DSP Baharin. Saya telegram Zahid yang mengatakan saya terpaksa balik ke Kemaman kerana emak mertua saya meninggal. Jam 7 petang semalam Zahid menjawab telegram saya mengatakan beliau sudah menandatangani surat surat tersebut. Terima kasih Zahid yang tetap melayan kawan lamanya yang mana sehari sebelum itu saya ke Bagan Datuk untuk menemuinya di pesta Ponggal tetapi beliau kata tak sempat jumpa Zabidi kerana terpaksa balik ke Kuala Lumpur segera.

Pagi tadi emak mertua saya dikebumikan. Ramai kawan kawan datang ke rumah emak mertua. Yang paling lama tak jumpa ialah Rosli Ahmad, Setiausaha Umno Bahagian kemaman yang memang lama cari saya sejak pertandingan ketua bahagian Datuk Seri Ahmad Said dengan Tok Mulu Mat Dalam yang saya sokong pada tahun 2013.

Rosli marahi saya kerana dia sebagai waris pun saya bantai dalam blog saya. Pak saudara Rosli, Pak Teh Sarah juga bapa saudara isteri saya. Pak teh Sarah adalah adik arwah ayah mertua saya Othman bin Embong. Othman berasal dari Bukit Mentok manakala emak mertua Selema berasal dari Kuala Telemong, Kuala Terengganu.

Mereka mempunyai enam orang anak Zakaria (bekas OCS Pulai Condong), Zelah, Zaitun, Fauzi (Sarjan di IPD Kuantan), Nazri (Jabatan Pembangunan Koperasi kemaman) dan arwah Azidawati. Sebelum berpindah ke tanah lot pasir gajah, Othman pernah tinggal di Binjai, kemaman. Anak saudaranya, Abdul Ghani yang tinggal di Batu 4 adalah seorang usahawan lori yang berjaya ditonjolkan oleh Tan Sri Eric Chia ketika Ghani bekerja dengan Perwaja. Manakala adik Ghani,  Zabidah kahwin dengan Raja Shaharudin abang kepada Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Afendi.

Bapa mertua meninggal dunia pada tahun 2001. 16 tahun kemudian emak mertua pula menyusul. Tiga bulan emak mertua yang sakit tua duduk di rumah saya di Semenyih. Dua bulan lepas dia duduk di Machang dengan abang Zakaria dan bulan lepas dia nak balik ke Pasir Gajah kerana katanya dia mahu meninggal dunia di Pasir Gajah.

Allah menunaikan hasratnya untuk meninggal dunia di Pasir Gajah walaupun tiga bulan dia sakit di Semenyih. terima kasih kepada semua sahabat yang datang menziarahi iaitu YB Wan Hakim Wan Mokhtar, Rosli Ahmad, Bulat, Mek Ti wakili Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Tok Mulu Mat Dalam, Cikgu Mamat Jusoh, Rozita Abu Bakar dan Mami mewakili Kemaman Kite, Yaani Ali, Kisfi zainal, Halim Mohamad, Nasir Abdul Aziz dan Mohamad Abdullah. Juga kepada semua kawan kawan dalam whatsapp grup Kemaman Kite, BNBBC, MRSM Pioneers, Felcra Festa, Maklumat Terkini, Surau Al Uzma yang memberi ucapan takziah termasuk Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kepada saya. Alfatihah untuk emak mertua saya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Tuesday, January 17, 2017

MASYARAKAT INDIA TIDAK AKAN DIPINGGIRKAN DALAM PEMBANGUNAN BAGAN DATUK

BAGAN DATUK, 17 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi memberi jaminan bahawa masyarakat India tidak akan dipinggirkan dalam pembangunan baharu pelbagai aspek termasuk pendidikan di Bagan Datuk.

Beliau berkata seperti sebelum ini, masyarakat India akan dilibatkan dalam program pembangunan yang dapat memakmurkan lagi Bagan Datuk, iaitu daerah pentadbiran baharu ke-12 Perak.

"Sebelum ini, kepimpinan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pemimpin politik, pertubuhan bukan kerajaan, warga pendidik dan masyarakat India telah membangunkan kawasan kita ini," katanya ketika berucap merasmikan Program 'Ponggu Tamil' di Hutan Melintang dekat sini, malam tadi.

Walaupun hujan, kira-kira 3,000 orang menghadiri program itu yang menampilkan campuran sosiobudaya bersempena degan Pesta Ponggal Sedunia.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berharap penduduk daerah itu juga dapat terus hidup dalam keadaan penuh harmoni dengan mengetepikan sebarang perbezaan pendapat demi mencapai kemajuan bersama.

Mengenai sambutan itu, beliau berharap masyarakat India dapat menterjemahkan semangat Ponggal dalam membawa pembangunan ke Bagan Datuk selain membantu program transformasi kerajaan.

"Masyarakat India di sini telah membuktikan bahawa anak jati Bagan Datuk boleh maju bersama-sama dengan kaum lain," katanya.

Ponggal adalah festival yang disambut sebagai tanda berterima kasih kepada eleman alam yang menjayakan musim menuai.

Pada 9 Jan lepas, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah mengisytiharkan Bagan Datuk sebagai daerah pentadbiran baharu ke-12 Perak.

-- BERNAMA

Monday, January 16, 2017

PAS MAHU KERJASAMA DENGAN MAHATHIR YANG TOLAK RUU355?

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Gabungan antara PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya akan berlaku sekiranya tiada sebarang syarat yang ditetapkan parti itu kepada PPBM terutama dalam menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan, demikian menurut seorang ahli akademik.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata ini kerana sehingga kini, PAS kekal dengan pendirian mereka bahawa untuk PPBM bekerjasama dengan mereka, parti itu terlebih dahulu perlu mengorbankan 'hubungan' mereka dengan Pakatan Harapan khususnya DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Persoalannya, adakah PPBM bersedia untuk melakukannya? Dan, siapakah sebenarnya yang sanggup berkorban untuk kepentingan gagasan pembangkang?" kata pensyarah sosiologi politik itu kepada Bernama.

Ulasan saya, Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi PPBM jelas menolak RUU355 yang mahu dibentangkan oleh ahli parlimen Marang, Haji Hadi Awang. Adakah PAS sanggup bekerjasama dengan penentang RUU355? Janganlah PAS buat kesilapan lagi kali ini. Dahulu bekerjasama dengan DAP kini mahu bekerjasama dengan PPBM pula.

Saturday, January 14, 2017

DI SAAT SAAT AKHIR PUN, ADENAN MASIH FIKIRKAN HAL SARAWAK

KUCHING, 14 Jan (Bernama) -- Walaupun dalam beberapa jam terakhir semasa tidur di atas katil hospital, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sentiasa memikirkan mengenai negerinya yang tercinta.

Ketua Menteri Sarawak yang kelima itu meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan akibat komplikasi jantung Rabu lepas, dua minggu sebelum menyambut hari lahirnya ke-73.

Menerusi posting dalam Facebook hari ini, anak perempuan sulungnya, Rafidah menceritakan bahawa bapanya kelihatan lemah apabila beliau tiba dari Kuala Lumpur untuk bersama-sama ayahnya dalam beberapa hari hayatnya di hospital.

Tetapi pada hari berikutnya, beliau kelihatan lebih baik dan selepas didiagnosis oleh doktor, kami menyangka keadaannya akan pulih.

"Pada malam terakhir hayatnya di dunia ini, saya bersendirian bersama bapa saya, duduk di sebelah katil bersama dua jururawat yang bertugas duduk di atas meja berhampiran. Kami tidak tahu bahawa malam itu ialah malam terakhirnya

"Jika kami tahu, seluruh ahli keluarga tentu berada di sana. "Saya tidak akan melupakan malam itu. Malam itu sangat tenang," kata beliau menerusi cacatan itu.

"Bunyi pernafasannya berkali-kali diganggu oleh bunyi mesin yang digunakan untuk mengepam tilam udara yang beliau tidur. Beliau kelihatan begitu tenteram dan tenang dan saya tidak berhenti-henti merenungnya.

"Beberapa kali beliau bangun dan mengubah kedudukannya di atas katil.

"Saya menyesuaikan ketinggian di atas katil dan menggosok belakangnya untuk memastikan beliau lebih selesa dan dapat tidur nyenyak," kata beliau.

Sekejap-kejap, Rafidah berkata beliau akan meminta air bagi bapanya untuk menghilangkan dahaga.

"Beberapa kali beliau akan mengomel semasa tidur. Seiap kali, ia berkaitan dengan kerja, seperti '... ini tidak berperlembagaan dan ada pada satu ketika beliau mengomel, "Saya mempunyai komitmen esok..."

"Malah dalam beberapa jam terakhir beliau aysik memikirkan mengenai negerinya, Sarawak yang tercinta," kata Rafidah.

Beliau berkata dedikasi bapanya kepada Sarawak tidak unik kerana semua anak jati sarawak mempunyai berdedikasi kepada negeri mereka.

"Tetapi kedudukan yang kuat untuk merundingkan masa depan yang lebih baik untuk Sarawak dan anak jati Sarawak adalah berdasarkan kejujuran dan integriti beliau.

"Beliau melihat latar belakang kita yang berbilang kaum sebagai satu kekuatan, peluang dan bukan satu halangan. Beliau berpendapat bahawa sesiapa yang mahu satu kaum itu maju dengan mengenepikan kepentingan kaum lain tidak dialu-alukan di negeri ini.

Rafidah berkata bapanya menyifatkan hutan Sarawak sebagai satu anugerah yang perlu dilindungi kerana sekali musnah, alam semula jadi tidak lagi akan kembali kepada keadaan asalnya.

Beliau berkata ayahnya juga melihat manfaat pembelajaran dan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik dan rakyat Sarawak akan mendapat banyak manfaat jika mereka boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa global itu.

Rafidah berkata ayahnya sentiasa bersabar dan enggan tunduk kepada "pemikiran yang pahit dan tidak sihat" jika apa-apa perkara tidak selari dengan kehendaknya.

"Beliau banyak membaca dan mencadangkan semua orang untuk membaca dan membaca dan membaca.

"Beliau sentiasa mengelakkan godaan dan tidak mengamalkan sikap double standard.

"Allahyarham adalah seorang ahli politik yang jujur dan telus dan sering berkata jika ahli politik tidak mahu membantu rakyat, beliau tidak harus menjadi seorang ahli politik," katanya.

Beliau enggan mengambil bahagian dalam politik murahan. Beliau enggan mempolitikkan isu sosial, kebudayaan dan agama untuk kelebihan beliau," kata Rafidah.

Tetapi beliau adalah seorang ayah yang sempurna.
"Berprinsip, boleh dipercayai, jujur, baik hati dan kadang-kala marah tetapi dalam hatinya, beliau seorang yang lembut dan penyayang.

"Saya terasa kehilangan sesuatu yang besar dalam hati saya tetapi Alhamdulillah saya berasa tenang dalam solat dan percaya kita semua akan bersama-sama suatu hari nanti."

Rafidah juga mengucapkan terima kasih kepada semua pakar, doktor dan jururawat dan lain-lain yang membantu bapanya atas sikap mereka yang dedikasi.

"Anda telah mencuba yang terbaik dan untuk itu saya terhutang budi. Allah yang menentukannya. Dan kepada semua rakyat Sarawak juga, terima kasih untuk semua ucapan dan penghormatan kepada ayah saya," katanya.


Wednesday, January 11, 2017

PEMERGIAN "APAI BESAR" SATU KEHILANGAN BAGI SARAWAK

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Tan Sri Adenan Satem, 72, yang kembali ke rahmatullah merupakan pemimpin berjiwa rakyat dan sedia melakukan segala usaha demi pembangunan Sarawak.

Pemergian ketua menteri Sarawak itu yang mesra dengan panggilan "Tok Nan" dan "Apai Besai" dalam kalangan masyarakat tempatan pastinya merupakan kehilangan besar bagi Sarawak khususnya dan Malaysia.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Kelima Sarawak pada 28 Feb 2014, beliau telah merencana pelbagai program untuk membangunkan Sarawak dan penduduknya.

Ramai mungkin masih ingat antara pendirian awalnya bahawa Bahasa Inggeris itu penting bagi rakyat Malaysia memandangkan ia bahasa utama bagi sains, teknologi, komunikasi, pembelajaran serta pentadbiran dan hubungan antarabangsa.

Pembangunan yang dimaksudkan oleh Adenan itu bukan sekadar pembangunan fizikal dan material rakyat tetapi juga pembangunan mental melalui pendidikan mantap yang beliau percaya Bahasa Inggeris boleh banyak membantu.

Dalam usaha beliau memantapkan lagi pentadbirannya, Adenan juga mengutamakan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan walaupun ada laungan supaya kedudukan Sarawak dalam gagasan Malaysia dikaji semula.

Adenan telah menegaskan bahawa "Sarawak sekadar menuntut hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, bukan hendak keluar daripada Malaysia atau menentang kerajaan persekutuan".

Allayharham sendiri mengakui Sarawak banyak menerima faedah daripada penyertaannya dalam gagasan Malaysia dengan Semenanjung dilihat sebagai tonggak kekuatan dalam banyak perkara.

Dalam pelbagai isu, presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu dilihat sebagai pemimpin yang tenang dan mengamalkan kepimpinan 'merangkumi semua'.

Adenan banyak berusaha mendekati hati pelbagai kaum di negeri itu dan juga parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri. Beliau juga dilihat berjaya mendapat kepercayaan masyarakat Cina yang sebelum ini cenderung mengundi pembangkang.

Beliau tidak terburu-buru dalam tindakan dan keputusannya. Ini dapat dilihat daripada keputusan beliau untuk tidak membentangkan usul mengembalikan status Sarawak seperti pada 1963 di Dewan Undangan Negeri dengan memberikan rasional, diplomasi merupakan laluan lebih baik daripada konfrontasi.

Beliau mengutamakan keharmonian kaum di negeri itu dan dengan itu menolak sebarang dasar yang boleh menggugat keharmonian.

Walaupun tidak sampai dua tahun Adenan memegang tampuk pemerintahan, kepimpinan Allahyarham sudah diterima baik oleh semua pihak di Sarawak. Ini dapat dilihat daripada kejayaan BN Sarawak dalam pilihan raya negeri pada 2016.

Di bawah kepimpinan beliau, Lebuhraya Pan Borneo menjadi realiti dengan projek pembinaannya dimulakan.

Pada 1 Dis lepas, Allahyarham menegaskan '53 prinsip dan tindakan' yang beliau janjikan sebelum pilihan raya negeri 2016 bukan janji kosong dengan sebahagian besar daripadanya sudah ditunaikan atau masih dalam proses untuk ditunaikan.

Antaranya adalah penurunan kuasa pentadbiran yang lebih lagi kepada Sarawak dan Petronas menunjukkan komitmen lebih tinggi terhadap Bumi Kenyalang.

Adenan dilahirkan di Kuching pada 27 Jan 1944 dan mendapat pendidikan awal di St. Joseph's Primary School, Kuching.

Allahyarham pernah bertugas sebagai seorang wartawan dan guru sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Adeladide, Australia.

Selepas menamatkan pengajian pada 1970, beliau dilantik sebagai majistret.

Kerjaya politiknya bermula selepas beliau dilantik sebagai penasihat undang-undang dan anggota jawatankuasa PBB. Beliau pertama kali dilantik sebagai wakil rakyat Muara Tuang.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Batang Sadong pada 2004, Adenan dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar persekutuan. Beliau memegang jawatan itu hingga 2006 sebelum kembali aktif dalam politik Sarawak.

Adenan meninggal dunia di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching pada 1.20 tengah hari, 16 hari sebelum hari lahirnya yang ke-73.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Jamilah Anu serta lima anak, empat perempuan dan seorang lelaki.

-- BERNAMA

Tuesday, January 10, 2017

PERKASA CADANGKAN PAS BUAT PETISYEN SOKONG RUU355

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mencadangkan PAS mengadakan petisyen bagi mendapatkan sokongan masyarakat terhadap usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1965 yang turut dikenali RUU 355.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata tindakan mengumpul tanda tangan sebagai sokongan dilihat lebih baik berbanding mengadakan perhimpunan di ibu kota.

"Pungutan suara itu lebih baik, lebih teratur dan akan menampakkan bahawa PAS lebih ikhlas memperjuangkan apa yang dituntut dalam Islam dan bukannya untuk agenda politik," katanya pada sidang media, di sini semalam.

Monday, January 9, 2017

KEKALKAN ELEMEN TRADISIONAL DALAM PEMBANGUNAN BAGAN DATUK

BAGAN DATUK, 9 Jan (Bernama) -- Elemen tradisional perlu terus dikekalkan dalam pembangunan Bagan Datuk yang secara rasmi diisytiharkan sebagai daerah pentadbiran ke-12 di Perak semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dengan perimbangan antara sistem pentadbiran dan elemen nilai-nilai tradisional, ia diyakini dapat memantapkan pembangunan di daerah Bagan Datuk.

"Eleman tradisional perlu dikekalkan terutama yang menyentuh tentang kedaulatan dan kesultanan. Kita tidak menolak dunia tapi pada masa sama mendokong akhirat," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berucap pada majlis pengisytiharan Bagan Datuk sebagai daerah pentadbiran ke-12 oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di sini semalam.


Mengulas lanjut, Ahmad Zahid meminta semua pihak sama ada yang sehaluan dengannya atau sebaliknya supaya dapat memastikan pembangunan daerah Bagan Datuk dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

"Kerjasama daripada semua pihak terutama pegawai peringkat Persekutuan dan negeri amat saya perlukan.

"Saya sendiri akan pantau pembangunan di daerah ini, bukannya campur tangan tapi sekadar pastikan komitmen yag dirancang dapat dilaksanakan," katanya.

Menurut Ahmad Zahid cadangan supaya Bagan Datuk dijadikan daerah pentadbiran baharu merupakan satu bentuk jalinan kombinasi erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri kerana ia direalisasikan hanya dalam masa tiga bulan selepas dibentangkan kepada jemaah menteri pada 16 Mac tahun lalu.

"Dengan komitmen tinggi daripada kerajaan Perak, hanya dalam tempoh tiga bulan sahaja Bagan Datuk ini diwartakan sebagai daerah pentadbiran baharu iaitu pada 16 Jun 2016," katanya.

Bagan Datuk merupakan daerah ke-12 di Perak selepas Kinta, Larut Matang dan Selama, Hilir Perak, Manjung, Kerian, Batang Padang, Kuala Kangsar, Kampar, Perak Tengah serta Muallim.

-- BERNAMA

Sunday, January 8, 2017

PUKUL BINI PUN DAPAT DATO



KUALA LUMPUR 6 Jan.- Vokalis kumpulan Wings, Awie semalam dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang membawa gelaran Datuk.


Bersyukur dengan kurniaan darjah kebesaran itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berharap gelaran yang diterima menjadi pembakar semangat untuknya lebih bersinar dalam bidang seni.

"Alhamdulillah, saya sangat hargai penganugerahan ini dan berterima kasih sebenarnya.

"Apa yang pasti saya masih Awie yang dahulu, orang yang sama atas pentas," katanya ringkas.

Penganugerahan sempena sambutan Ulangtahun Keputeraan ke-86 Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah itu berlangsung di Istana Pahang, Jalan Chulan, Kuala Lumpur.

Ulasan saya, pihak istana Pahang sepatutnya menyemak latar belakang Awie sebelum memberi anugerah Dato kepadanya. Beliau sudah ada rekod pukul bini maka sewajarlah pemberian anugerah ini ditarikbalik. Seolah olah orang yang menzalimi kaum wanita pun diiktiraf oleh pihak istana.

Saturday, January 7, 2017

MAHATHIR KURANG FAHAM TENTANG FDI KATA SALLEH

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas tulisan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya dengan berkata ia menunjukkan bekas perdana menteri itu kurang faham tentang pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata tulisan Dr Mahathir itu juga menunjukkan pendirian tidak konsistennya berhubung isu berkenaan serta tidak faham tentang kedaulatan.

"Sekiranya orang asing dibenar membeli tanah di Malaysia, ia akan meningkatkan nilai hartanah itu. Tetapi, perbuatan itu tidak memberi kedaulatan kepada orang asing terhadap tanah yang mereka beli.

"Tanah berkenaan tetap terletak di bumi Malaysia," kata Salleh dalam blognya http://sskeruak.blogspot.my/ hari ini.

Beliau berkata menarik FDI boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, termasuk loji pembuatan, syarikat perniagaan, pelaburan hartanah, resort dan kelab.

Malah, kata beliau, padang golf yang dibuka orang asing juga menarik FDI, tetapi nampaknya, Dr Mahathir berpendapat FDI hanya bererti kilang.

Beliau juga berkata kehadiran banyak orang asing di sesebuah negara di dunia sudah tentu mengubah struktur sosial negara berkenaan.

"Itulah sebabnya lebih 50 peratus rakyat Britain mengundi menyokong Brexit. Tetapi, apakah yang dimaksudkan Dr Mahathir mengenai kesan besar terhadap landskap politik negara ini pada masa akan datang?

"Boleh tak beliau menyebut secara khusus? Apakah sebenarnya yang beliau maksudkan? Adakah beliau bercakap tentang kuasa politik orang Melayu?," katanya.

Salleh berkata pendirian Dr Mahathir menjadi lebih mengelirukan apabila beliau pernah berkata UMNO perlu dikalahkan pada pilihan raya umum akan datang.

"Sekarang beliau berkata sebaliknya pula. Jadi, apakah sebenarnya yang Dr Mahathir mahu? Dr Mahathir mahu mengubah landskap politik Malaysia, tetapi bersungut pula tentang kemungkinan orang asing akan mengubah landskap politik ini," kata Salleh.

-- BERNAMA

Friday, January 6, 2017

BN TAK PERLU MENANG DI KELANTAN PASAL BN KALAH PUN RAKYAT KELANTAN YANG UNTUNG

JOHOR BAHRU, 6 Jan (Bernama) -- Kerajaan meluluskan sebanyak RM800 juta untuk melaksanakan dua projek penyelesaian jangka panjang masalah banjir di Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, daripada peruntukan itu, sebanyak RM300 juta disediakan untuk projek tebatan banjir fasa pertama di Sungai Golok.

Projek tersebut yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dijangka dilaksanakan pada Jun tahun ini, kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

"Projek seterusnya pula sedang direka bentuk oleh JPS di bawah fasa kedua bagi memastikan isu banjir diatasi bagi tempoh jangka panjang," katanya.

Ahmad Zahid berkata peruntukan selebihnya melibatkan RM500 juta pula diberi untuk projek pengorekan muara Sungai Kelantan dan pembinaan tambak di sungai terbabit.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, menziarahi pesara komando tentera, Abu Bakar Md Ahmad, 66, yang menghidap strok sejak dua bulan lalu, di kediaman pesara itu di Taman Bukit Senang, Senai, dekat sini.

"Pelaksanaan dua projek besar itu sebagai usaha mengurangkan risiko banjir akibat limpahan air Sungai Kelantan dan kita menjangkakan projek siap tidak lebih daripada lima tahun," kata Ahmad Zahid.

Ulasan saya, rakyat Kelantan beruntung walaupun mereka menolak BN tetapi BN tetap membantu Kelantan dengan memberi projek RM800 juta untuk mengatasi masalah banjir.

Adakah dengan pengumuman Zahid ini BN mampu merampas Kelantan dari PAS pada PRU akan datang? Adakah rakyat Kelantan akan mengekalkan kerajaan PAS walaupun dapat projek besar ini? Nampaknya bagi saya BN melakukan kesilapan besar membantu Kelantan yang belum tentu mereka dapat menerima kerajaan baru pada tahun 2018.

Kita tunggu dan lihat sejauh mana rakyat Kelantan mengucapkan terima kasih kepada BN pada hari pengundian nanti.Sampai bila BN mahu rampas Kelantan kalau BN masih membantu mereka walaupun PAS memerintah negeri tersebut? BN tak perlu menang di Keantan kerana BN tetap perihatin dengan rakyat Kelantan.

Thursday, January 5, 2017

BUKTI ISMAIL SABRI TIDAK BERSUBAHAT DENGAN KSU

PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memberi jaminan untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan sewajarnya terhadap ketua setiausaha kementeriannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata KKLW akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah serta penyelewangan.

Dua anak lelaki KSU tersebut turut direman tujuh hari sehingga 11 Jan ini bagi membantu siasatan SPRM berkaitan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.

Dia ditahan oleh SPRM di kediamannya di USJ, Subang, semalam.

Dua anaknya yang masing-masing berumur 29 dan 34 tahun pula ditahan semasa diambil keterangan di ibu pejabat SPRM, semalam.


Ulasan saya, keberanian Ismail Sabri membuat kenyataan ini menunjukkan bahawa beliau tidak bersubahat dengan KSU beliau. Syabas Datuk Seri

Wednesday, January 4, 2017

SIASATAN POLIS SAHKAN BAHRI TIDAK TERLIBAT DALAM KES ABANG IPARNYA

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai kanan SPRM, Datuk Bahri Mohd Zain tidak terlibat dalam kes wasiat abang iparnya, Zamri Abdullah.

Menurut sumber, pihak polis sudah panggil Bahri untuk siasatan dan beliau disahkan oleh pihak polis bahawa tiada kes kerana beliau tidak terlibat dalam pemalsuan surat wasiat abang iparnya yang juga bekas Presiden Kolej Islam Sains Teknologi (KIST).

Isteri arwah Zamri dikatakan membuat aduan polis kerana kononnya Bahri sudah memalsukan surat wasiat suaminya kerana nama Puan Nora tidak ada dalam surat wasiat tersebut dalam pembahagian harta si mati.

Polis telah memanggil peguam Zamri dan dia telah mengesahkan bahawa surat wasiat itu adalah asli. Walaupun Nora membuat aduan palsu tetapi Bahri tidak menyaman kakak iparnya kerana menghormati si mati.

Namun sebuah blog semalam mengatakan SPRM melindungi Bahri yang dikatakan menipu abang iparnya. Bahri yang merupakan bekas Pengarah Operasi Khas SPRM bersara awal pada 31 Disember 2016 dan menimbulkan kontroversi kononnya beliau bersara awal kerana pendakwa tidak mahu mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil duit SRC anak syarikat 1MDB.

SPRM menafikan Bahri tidak buat kenyataan tersebut dan beliau yang sedang dirawat di hospital akan membuat kenyataan rasmi apabila keluar dari hospital kelak.

Tuesday, January 3, 2017

BAHRI CALON BERSATU RANTAU PANJANG?



Bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin, mengesahkan beliau memilih meninggalkan agensi penguat kuasa itu lebih awal kerana kecewa.

Bahri menjelaskan, perjalanan dan kesan siasatan ke atas bekas anak syarikat 1MDB mendorong beliau memilih bersara awal.

Lebih daripada itu Bahri yang pernah bersumpah dengan nama Allah apabila pegawainya ditahan polis berkata, beliau tidak lagi wajar berkhidmat dengan "undang-undang sarang labah-labah".

Ditanya apakah maksud kenyataan itu, Bahri menjelaskan, undang-undang labah-labah hanya memerangkap pesalah kecil, manakala pelaku yang lebih besar terlepas daripada tindakan.

"Terlalu banyak wang yag hilang. Saya tak patut berkhidmat dalam undang-undang sarang labah-labah," katanya.

Bahri mengambil keputusan bersara lebih awal daripada SPRM walaupun masih boleh berkhidmat tiga tahun lagi.

Beliau yang sebelum ini mengetuai Bahagian Siasatan Khas (BOK) di SPRM menjadi tumpuan ketika pegawai agensi terbabit menyiasat SRC International yang ketika itu menjadi anak syarikat 1MDB.



Sejumlah RM42 juta wang dari SRC didakwa dimasukkan ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak selepas dipindahkan kepada dua syarikat berasingan.

Bagaimanapun perdana menteri mendakwa beliau tidak tahu menahu wang itu adalah dari SRC.

Selain beberapa pegawai BOK ditahan polis, Bahri, 58, juga diberikan diarahkan berpindah ke Jabatan Perdana Menteri melalui notis serta-merta.

Tindakan itu dianggap berpunca daripada kenyataan Bahri yang berikrar untuk mencari dalang di sebalik penahanan anggotanya "sehingga ke lubang cacing".

Satu majlis meraikan persaraan Bahri dan beberapa pegawai lain di SPRM diadakan Jumaat lalu namun beliau dilaporkan tidak menghadirinya.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Akhir tahun lalu, enam pegawai kanan BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan SRC juga dilaporkan dipindahkan ke bahagian lain atau bertugas di peringkat negeri.


Pada 31 Disember 2016 seorang daripada mereka ialah orang nombor dua di BOK, Tan Kang Sai.

Dua daripada pegawai terbabitdipindahkan pada Oktober, manakala yang lain pada Disember lalu.

Ulasan saya, Bahri kini bebas menyertai politik kerana beliau bercakap pun macam orang politik. Wajarlah BERSATU pilih beliau sebagai calon di Rantau Panjang kerana ini peluang beliau untuk menyertai politik.

Tokoh kontroversi ini layak bertanding kerana ketika dalam SPRM pun beliau bercakap seolah olah orang  politik dan bukannya sebagai pegawai kerajaan.

Monday, January 2, 2017

KKMM IKTIRAF HARITH ISKANDER

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Pelawak popular, Harith Iskander malam tadi
menerima penghargaan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai pengiktirafan atas kejayaannya menjadi The Funniest Person In The World.

Pengiktirafan itu membolehkan Harith, 50, menerima trofi penghargaan yang disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, di sini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Pada 10 Dis lepas, Harith diumumkan juara pertandingan Laugh Factory Funniest Person in the World di Finland setelah menewaskan empat finalis lain, sekali gus membolehkannya menerima hadiah US$100,000 (RM443,000).

Sementara itu, Harith ketika ditemui pemberita berkata beliau berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia atas penghargaan itu.

"Saya masih terkejut dengan apa yang berlaku dan sepanjang 26 tahun bergelar anak seni, inilah penghargaan tertinggi yang saya terima," katanya.

Menjelaskan mengenai perancangan masa depan, Harith berkata beliau akan melakukan persembahan komedi dalam jelajahnya di Amerika Syarikat sebagai memenuhi syarat penganjur pertandingan bermula Februari ini.

"Peluang mengadakan persembahan di sana akan saya gunakan untuk meletakkan lawak solo Malaysia pada standard yang lebih tinggi supaya ia lebih dikenali," katanya.

Harith berkata beliau merancang mengadakan konsert besar-besaran pada akhir tahun ini untuk mengetengahkan bakat solo komedi tempatan bagi memperkembangankan lagi industri itu di negara ini.

-- BERNAMA

Sunday, January 1, 2017

ADUN BUGAYA NIKAH DENGAN BINI ORANG?

SEMPORNA: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) diminta menyiasat status pernikahan ADUN Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban yang dikatakan menikah dengan bini orang.

Menurut sumber, wanita yang dibawa oleh ADUN tersebut masih isteri orang dan suaminya tidak pernah menceraikannya.

"Oleh itu MUIS perlu siasat status pernikahan mereka," kata sumber itu lagi.

Ramlee tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut. Seorang ketua bahagian Umno dikatakan terserempak Ramlee dengan wanita tersebut di sebuah hotel. Ketua bahagian yang mengenali wanita tersebut bertanya Ramlee apa hubungannya dengan wanita berkenaan. Lantas Ramlee menjawab wanita itu adalah isterinya.