Friday, January 6, 2017

BN TAK PERLU MENANG DI KELANTAN PASAL BN KALAH PUN RAKYAT KELANTAN YANG UNTUNG

JOHOR BAHRU, 6 Jan (Bernama) -- Kerajaan meluluskan sebanyak RM800 juta untuk melaksanakan dua projek penyelesaian jangka panjang masalah banjir di Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, daripada peruntukan itu, sebanyak RM300 juta disediakan untuk projek tebatan banjir fasa pertama di Sungai Golok.

Projek tersebut yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dijangka dilaksanakan pada Jun tahun ini, kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

"Projek seterusnya pula sedang direka bentuk oleh JPS di bawah fasa kedua bagi memastikan isu banjir diatasi bagi tempoh jangka panjang," katanya.

Ahmad Zahid berkata peruntukan selebihnya melibatkan RM500 juta pula diberi untuk projek pengorekan muara Sungai Kelantan dan pembinaan tambak di sungai terbabit.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, menziarahi pesara komando tentera, Abu Bakar Md Ahmad, 66, yang menghidap strok sejak dua bulan lalu, di kediaman pesara itu di Taman Bukit Senang, Senai, dekat sini.

"Pelaksanaan dua projek besar itu sebagai usaha mengurangkan risiko banjir akibat limpahan air Sungai Kelantan dan kita menjangkakan projek siap tidak lebih daripada lima tahun," kata Ahmad Zahid.

Ulasan saya, rakyat Kelantan beruntung walaupun mereka menolak BN tetapi BN tetap membantu Kelantan dengan memberi projek RM800 juta untuk mengatasi masalah banjir.

Adakah dengan pengumuman Zahid ini BN mampu merampas Kelantan dari PAS pada PRU akan datang? Adakah rakyat Kelantan akan mengekalkan kerajaan PAS walaupun dapat projek besar ini? Nampaknya bagi saya BN melakukan kesilapan besar membantu Kelantan yang belum tentu mereka dapat menerima kerajaan baru pada tahun 2018.

Kita tunggu dan lihat sejauh mana rakyat Kelantan mengucapkan terima kasih kepada BN pada hari pengundian nanti.Sampai bila BN mahu rampas Kelantan kalau BN masih membantu mereka walaupun PAS memerintah negeri tersebut? BN tak perlu menang di Keantan kerana BN tetap perihatin dengan rakyat Kelantan.

No comments:

Post a Comment