Tuesday, January 3, 2017

BAHRI CALON BERSATU RANTAU PANJANG?



Bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin, mengesahkan beliau memilih meninggalkan agensi penguat kuasa itu lebih awal kerana kecewa.

Bahri menjelaskan, perjalanan dan kesan siasatan ke atas bekas anak syarikat 1MDB mendorong beliau memilih bersara awal.

Lebih daripada itu Bahri yang pernah bersumpah dengan nama Allah apabila pegawainya ditahan polis berkata, beliau tidak lagi wajar berkhidmat dengan "undang-undang sarang labah-labah".

Ditanya apakah maksud kenyataan itu, Bahri menjelaskan, undang-undang labah-labah hanya memerangkap pesalah kecil, manakala pelaku yang lebih besar terlepas daripada tindakan.

"Terlalu banyak wang yag hilang. Saya tak patut berkhidmat dalam undang-undang sarang labah-labah," katanya.

Bahri mengambil keputusan bersara lebih awal daripada SPRM walaupun masih boleh berkhidmat tiga tahun lagi.

Beliau yang sebelum ini mengetuai Bahagian Siasatan Khas (BOK) di SPRM menjadi tumpuan ketika pegawai agensi terbabit menyiasat SRC International yang ketika itu menjadi anak syarikat 1MDB.



Sejumlah RM42 juta wang dari SRC didakwa dimasukkan ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak selepas dipindahkan kepada dua syarikat berasingan.

Bagaimanapun perdana menteri mendakwa beliau tidak tahu menahu wang itu adalah dari SRC.

Selain beberapa pegawai BOK ditahan polis, Bahri, 58, juga diberikan diarahkan berpindah ke Jabatan Perdana Menteri melalui notis serta-merta.

Tindakan itu dianggap berpunca daripada kenyataan Bahri yang berikrar untuk mencari dalang di sebalik penahanan anggotanya "sehingga ke lubang cacing".

Satu majlis meraikan persaraan Bahri dan beberapa pegawai lain di SPRM diadakan Jumaat lalu namun beliau dilaporkan tidak menghadirinya.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Akhir tahun lalu, enam pegawai kanan BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan SRC juga dilaporkan dipindahkan ke bahagian lain atau bertugas di peringkat negeri.


Pada 31 Disember 2016 seorang daripada mereka ialah orang nombor dua di BOK, Tan Kang Sai.

Dua daripada pegawai terbabitdipindahkan pada Oktober, manakala yang lain pada Disember lalu.

Ulasan saya, Bahri kini bebas menyertai politik kerana beliau bercakap pun macam orang politik. Wajarlah BERSATU pilih beliau sebagai calon di Rantau Panjang kerana ini peluang beliau untuk menyertai politik.

Tokoh kontroversi ini layak bertanding kerana ketika dalam SPRM pun beliau bercakap seolah olah orang  politik dan bukannya sebagai pegawai kerajaan.

No comments:

Post a Comment