Thursday, January 19, 2017

MAJLIS PENGKEBUMIAN EMAK MERTUA JADI MAJLIS JUMPA KAWAN KAWAN LAMA




Semalam pada jam 3.45 petang ketika menunggu temujanji dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri saya menerima panggilan dari isteri saya di kampung bahawa emak mertua saya, Selema Abdullah, 75 tahun,  telah meninggal dunia. Selema meninggalkan lima orang anak yang masih hidup, 25 orang cucu dan empat orang cicit.

Saya terus membatalkan temujanji saya dengan Zahid Hamidi. Nasib baik pegawai khas TPM, Datuk Norzihan Tamby suruh pegawai khas TPM, DSP Baharin melayan saya ketika menunggu Zahid yang sedang ada mesyuarat post cabinet.

Saya beri 4 pucuk surat kepada DSP Baharin. Saya telegram Zahid yang mengatakan saya terpaksa balik ke Kemaman kerana emak mertua saya meninggal. Jam 7 petang semalam Zahid menjawab telegram saya mengatakan beliau sudah menandatangani surat surat tersebut. Terima kasih Zahid yang tetap melayan kawan lamanya yang mana sehari sebelum itu saya ke Bagan Datuk untuk menemuinya di pesta Ponggal tetapi beliau kata tak sempat jumpa Zabidi kerana terpaksa balik ke Kuala Lumpur segera.

Pagi tadi emak mertua saya dikebumikan. Ramai kawan kawan datang ke rumah emak mertua. Yang paling lama tak jumpa ialah Rosli Ahmad, Setiausaha Umno Bahagian kemaman yang memang lama cari saya sejak pertandingan ketua bahagian Datuk Seri Ahmad Said dengan Tok Mulu Mat Dalam yang saya sokong pada tahun 2013.

Rosli marahi saya kerana dia sebagai waris pun saya bantai dalam blog saya. Pak saudara Rosli, Pak Teh Sarah juga bapa saudara isteri saya. Pak teh Sarah adalah adik arwah ayah mertua saya Othman bin Embong. Othman berasal dari Bukit Mentok manakala emak mertua Selema berasal dari Kuala Telemong, Kuala Terengganu.

Mereka mempunyai enam orang anak Zakaria (bekas OCS Pulai Condong), Zelah, Zaitun, Fauzi (Sarjan di IPD Kuantan), Nazri (Jabatan Pembangunan Koperasi kemaman) dan arwah Azidawati. Sebelum berpindah ke tanah lot pasir gajah, Othman pernah tinggal di Binjai, kemaman. Anak saudaranya, Abdul Ghani yang tinggal di Batu 4 adalah seorang usahawan lori yang berjaya ditonjolkan oleh Tan Sri Eric Chia ketika Ghani bekerja dengan Perwaja. Manakala adik Ghani,  Zabidah kahwin dengan Raja Shaharudin abang kepada Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Afendi.

Bapa mertua meninggal dunia pada tahun 2001. 16 tahun kemudian emak mertua pula menyusul. Tiga bulan emak mertua yang sakit tua duduk di rumah saya di Semenyih. Dua bulan lepas dia duduk di Machang dengan abang Zakaria dan bulan lepas dia nak balik ke Pasir Gajah kerana katanya dia mahu meninggal dunia di Pasir Gajah.

Allah menunaikan hasratnya untuk meninggal dunia di Pasir Gajah walaupun tiga bulan dia sakit di Semenyih. terima kasih kepada semua sahabat yang datang menziarahi iaitu YB Wan Hakim Wan Mokhtar, Rosli Ahmad, Bulat, Mek Ti wakili Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Tok Mulu Mat Dalam, Cikgu Mamat Jusoh, Rozita Abu Bakar dan Mami mewakili Kemaman Kite, Yaani Ali, Kisfi zainal, Halim Mohamad, Nasir Abdul Aziz dan Mohamad Abdullah. Juga kepada semua kawan kawan dalam whatsapp grup Kemaman Kite, BNBBC, MRSM Pioneers, Felcra Festa, Maklumat Terkini, Surau Al Uzma yang memberi ucapan takziah termasuk Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kepada saya. Alfatihah untuk emak mertua saya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

No comments:

Post a Comment