Friday, November 30, 2018

1,333 ORANG BACA KISAH SEORANG GIGOLO

Seramai 1,333 orang baca "Kisah Seorang Gigolo" yang disiarkan dalam blog ini semalam mengungguli carta tertinggi bagi bulan November 2018.

10 hit tertinggi bagi bulan November adalah seperti berikut:-

1.  Kisah Seorang Gigolo (29.11.2018)- 1,333 hits
2. Pusat Pengajian Alquran Al Rahman (PPAQAR) tawar tempat kepada pesara dalami al quran (21.11.2018)
3. Mohon jadi ahli terus BN jika Umno terbubar (11.11.2018)
4. MB Selangor kena letak jawatan kes papan tanda tulisan Bahasa Cina (19.11.2018)
5. Hannah Yeoh malu sebut suami tak pandai melakukan hubungan sex punca perceraian di Dewan Rakyat (13.11.2018)
6. DAP dan PKR tidak akan dibenarkan bertanding di Sarawak? (19.11.2018)
7. Orang India takkan undi Bersatu bila dikata kuil Hindu didirikan di atas tanah milik orang lain (28.11.2018)
8. Mana janji PH mahu isytihar asset menteri dan ahli parlimen PH? (5.11.2018)
9. Sami Hindu kesal Waytha Moorthy tak tolong dia masuk parlimen (23.11.2018)
10. Suhakam pun jahil cara wanita Islam Malaysia bersunat (15.11.2018)

Thursday, November 29, 2018

KISAH SEORANG GIGOLO

KUALA LUMPUR: Selepas kerajaan BN kalah pada Mei lalu Rashid (bukan nama sebenar) telah dibuang kerja dari sebuah agensi kerajaan kerana dia adalah  kakitangan kontrak. Sewaktu menganggur inilah dia aktif semula buka Facebooknya Rashid Samad.

Jun lalu ada personal mesej masuk ke dalam Facebooknya dari seorang wanita bernama Aishah Lee(gambar). Aishah Lee mengajak Rashid jadi gigolo untuk menawarkan perkhidmatan sex kepada Puan Seri dan Datin.  Rashid pun whatsapp Aishah Lee (0143916762)  untuk menjadi gigolo kerana pendapatannya lumayan. Maka Rashid isi borang dan bayar RM600 kepada akaun RHB Bank Azami bin Mohd Yusof (nombor akaun 11418300293833).

Rashid memang kaki perempuan. Maka dia tak kesah tidur dengan Datin asalkan dapat wang sebanyak RM5,000 sekali tidur. Pendapatan itu agak lumayan di saat saat dia tiada pekerjaan. Hampir sebulan dia dah bayar RM600, hari yang dijanjikan tiba pada 17 Julai,  untuk jumpa Datin di Hotel Sheraton Imperial  di Jalan Sultan Ismail. Tiba tiba dia disuruh bayar RM1,900 duit insuran kerana banyak Datin yang hilang duit selepas bersama gigolo. Duit itu hanya sebagai deposit dan akan dikembalikan semula bila Datin tidak kehilangan duit atau barang kemasnya.

Marah Rashid. Di saat saat akhir itu mana nak cari RM1,900. Maka temujanji dengan Datin petang itu dibatalkan. Pada 25 Ogos Rashid masukkan RM900 kepada akaun yang diberi Aishah Lee manakala RM1,000 dimasukkan pada 8 Ogos. Maka selesailah duit insuran RM1,900 yang akan dikembalikan semula.

Pada 26 Ogos Rashid tunggu Datin di Hotel Sheraton Imperial tapi Aishah Lee tutup handphonenya. Duit sudah dibayar RM2,500 tapi Datin yang ditunggu tak tiba. Kecewa Rashid menunggu Datin sampai pukul 10 malam di hotel itu. Tak dapat dia meniduri Datin yang mana dia sudah berangan akan menjilat tubuh Datin dari hujung rambut sampai hujung kaki.  Esoknya Aishah jawab dia ada masalah dengan suaminya maka  dia tak dapat uruskan kedatangan Datin ke hotel.

Rashid seorang yang pemaaf. Dia terima alasan Aishah. Selepas tak jadi jumpa Datin pada 26 Ogos Rashid menunggu gilirannya. Fb Aishah Lee dah ditukar nama Nurul Jaafar. Sebulan menunggu maka pada 25 September Rashid buat keputusan menuntut semula wangnya sebanyak RM2,500 daripada Aishah Lee.

Setiap hari Rashid whatsapp Aishah tanya bila nak dipulangkan semulanya wangnya sebanyak RM2,500. Pada 28 Oktober Aishah jawab akan dikembalikan wang Rashid pada bulan November. Dia baru balik dari Bali. Bukan main seronok dia ke Bali tipu duit orang. Satu orang dia kutip Rm2,500 entah banyak mana lelaki yang mahu jadi gigolo terpedaya dengan Aishah. Kaya raya dengan menipu orang.

Pada 15 November Aishah suruh bayar RM500 untuk kos pemulangan wang. Rashid kata kenapa tak tolak RM500 dari RM2,500, Aishah kata tak boleh kerana ia jabatan yang berasingan. Katanya jabatan akaun berasingan dengan jabatan refund.Rashid marah dan mahu pergi ke ofis Aishah tapi ofis Malaysian & Singapore Sugar Mummy Agency terletak di 22, Puast Perdagangan, Jalan Bandar, Pasir Gudang, Johor Bharu dan bukannya di Kuala Lumpur.

Rashid mengalah dan akhirnya masuk RM500 ke dalam akaun RHB Azami bin Mohd Yusof pada 16 November. Esoknya Rashid tanya bila nak pulangkan semula RM2,500 tapi Aishah senyap. Kena tipu RM3,000 kata Rashid dalam hati.

Pada 23 November Rashid disuruh bayar RM650 lagi untuk refundable and cancellation fees. Minggu lepas dah bayar RM500 hari ini kena bayar RM650 lagi. Rashid sudah tidak sabar lagi. Maka Rashid maki Aishah babi, biar mampus dipanah petir dan mati berlanggar.

Sakit hati betul Rashid. Gara gara nak jadi gigolo terbang RM3,000. Celaka punya Aishah Lee. Aku tak halal duit aku RM3,000. Makanlah duit aku sehingga buncit perut engkau kata Rashid kepada Aishah.

Begitulah pengakuan Rashid bin Samad kepada blogger newajilpost.blogspot.my

Wednesday, November 28, 2018

ORANG INDIA TAKKAN UNDI BERSATU PADA PRU 2023 BILA DIKATA KUIL DIDIRIKAN DI TANAH MILIK ORANG LAIN

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan meluluskan usul dan menjadikankan syarat bahawa rumah ibadat seperti masjid, kuil atau gereja tidak boleh dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masalahnya sekarang ialah “kuil didirikan di atas tanah milik orang lain”.

"Cara ini akan menyelesaikan masalah. Masalahnya sekarang ialah kuil dibina tanpa mengambil kira siapa yang memiliki tanah itu, dan kemudian apabila pemiliknya mahu balik tanah tersebut, ia akan menimbulkan masalah.

"Kuil dibina di mana-mana sahaja walaupun di tanah milik orang lain. Itulah masalah yang kita lihat hari ini," kata beliau pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Menara Yayasan Selangor hari ini.

Dr Mahathir menjawab soalan mengenai langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengelak insiden serupa seperti kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights daripada berlaku.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberi penjelasan berhubung insiden rusuhan di kuil tersebut di Dewan Rakyat esok sekiranya usul tergempar yang dikemukakan oleh anggota Parlimen untuk membahaskan insiden itu diluluskan oleh Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusuf.

Pada Selasa, anggota parlimen dari Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mengetepikan perbezaan politik mereka dan mengemukakan usul kepada Speaker untuk membahaskan insiden melibatkan Kuil Sri Maha Mariamman.

Ketika mengulas mengenai keadaan kuil, Dr Mahathir berkata ia juga tidak begitu jelas buat masa ini.

Kepada soalan sama ada rusuhan itu ada kena-mengena dengan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Dr Mahathir berkata kerajaan tidak akan menghalang orang ramai daripada berdemonstrasi tetapi ia harus dilakukan dengan cara yang betul tanpa melibatkan perbuatan jenayah.

-- BERNAMA

Tuesday, November 27, 2018

HOSPITAL KPJ SEREMBAN GEMPAR ANCAMAN BOM

SEREMBAN, 27 Nov (Bernama) -- Hospital Pakar KPJ Seremban di sini gempar hari ini berikutan menerima ancaman bom daripada individu tidak dikenali pada jam 4.45 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima maklumat awal kejadian daripada pihak polis pukul 5.07 petang dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

“Seramai 117 pesakit biasa, lima pesakit unit rawatan rapi dan 169 kakitangan diarahkan mengosong bangunan serta merta dan berkumpul di perkarangan hospital. Malah ada juga pesakit yang kritikal terpaksa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) buat sementara.

“Seramai 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Seremban 2 serta pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dikerahkan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tinjauan Bernama mendapati keadaan diawasi rapi oleh anggota keselamatan dan suasana dalam keadaan terkawal.

Bagaimanapun, kira-kira dua jam kemudian, pesakit dibenarkan memasuki semula bangunan secara berperingkat.

Namun, sehingga pukul 7.05 malam, pasukan polis termasuk Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) masih menjalankan pemeriksaan di bangunan lapan tingkat itu.

-- BERNAMA

Monday, November 26, 2018

APA MUHYIDDIN BUAT?



SUBANG JAYA: Kekecohan tercetus lagi di sekitar kuil Seafield Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di Subang Jaya tidak sampai 24 jam selepas rusuhan awal pagi kelmarin.

Kekecohan terbaru berlaku ketika kira-kira 2,000 individu berkumpul di kawasan kuil itu sejak malam semalam, meskipun polis telah menggesa orang ramai bersurai.

Meskipun jumlah yang berkumpul semakin berkurangan, dalam kejadian terbaru sekitar pukul 1 pagi tadi, terdapat kebakaran baru dilihat di kawasan itu.

Beberapa individu dilihat menyerang lori bomba yang tiba di tempat kejadian. Mereka membaling objek ke arah lori bomba dan turut cuba menghalang petugas media yang berada di lokasi daripada membuat rakaman.

Sekumpulan besar individu turut berarak ke kompleks Once City dan menyerang pejabat pemaju yang merupakan pemilik tanah kuil berkenaan.

Anggota polis dan sekurang-kurangnya sebuah lori Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berada di tempat kejadian.

Sementara itu, bekas pengerusi jawatankuasa kuil berkenaan, M Nagaraju berkata, kebanyakan individu yang berkumpul di luar kuil itu bukan penduduk tempatan.

Justeru, katanya, mereka sukar dikawal.

"Kami cuba nasihatkan mereka, tapi mereka enggan dengar.

"Kami faham kemarahan mereka, tapi ini bukan cara bertindak balas," katanya.

Ulasan saya, apa Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin buat? Kenapa beliau tidak tegas menangkap semua yang terlibat dalam pergaduhan di kuil dua malam lepas. Kenapa ia berulang semula semula di pejabat One City? Kenapa beliau terlalu lemah. 

Sunday, November 25, 2018

OBLONG BURGER SETANDING MC DONALD'S

SERDANG, 24 Nov (Bernama) -- Jika 15 tahun lalu beliau hanya peniaga burger kecil-kecilan di tepi jalan di Jitra, Kedah, kini beliau berazam untuk mempunyai sebuah perniagaan francais besar seperti McDonald’s.

Bagi Yusof Ishak, 45, Pengasas Bersama francais Oblong Burger, beliau yakin hasratnya itu mampu dicapai dalam tempoh 15 tahun lagi.

Menurutnya, syarikat itu yang diasaskan bersama Zunita Nordin dan Mohd Farid Mohd ZainIshak, kini meraih pendapatan antara RM6 juta hingga 12 juta setahun dan mampu menghasilkan 150,000 patty burger sehari,

Yusof berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

Beliau berkata Oblong Burger yang mempunyai sebuah kilang memproses daging burger di Jitra kini sedang menambah baik dan memperbesarkan kilang tersebut yang terletak di kawasan seluas 8.9 hektar untuk menjadi sebuah kompleks yang dapat mempertingkatkan hasil pengeluaran.

Menurutnya, beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuka beberapa gerai burger yang diuruskannya sendiri sebelum mengambil keputusan mengeluarkan patty burger untuk kegunaan gerainya.

Pada 2005, beliau bersama Zunita dan Mohd Farid telah membuka kilang pemproses patty burger tersebut yang menghasilkan 5,000 patty sehari.

“Kini Oblong Burger mempunyai lebih 3,000 peniaga yang menggunakan produk mereka di dalam dan luar negara seperti di Thailand dan Brunei,” katanya.

Yusof berkata, syarikat itu kini dalam perancangan untuk mengeksport produknya ke Mesir, Singapura, China, Vietnam dan Indonesia.

-- BERNAMA

Saturday, November 24, 2018

190 PASANGAN DIRAIKAN DALAM WALIMATULURUS PERDANA SERENTAK DI LAPAN PARLIMEN TERENGGANU



MARANG, 24 Nov (Bernama) -- Keputusan menyertai Walimatulurus Perdana Terengganu Edisi ketiga 2018, anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) membolehkan sepasang pengantin golongan kurang upaya (OKU) melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

Syed Izz Zahiruddin Syed Kamaruddin, 25, yang mengalami kecacatan kedua-dua tangan akibat demam panas semasa kecil bersyukur akhirnya dapat disatukan dengan pasangannya, Nur Najihah Mohamad, 24, yang dikenalinya sejak lima tahun lalu.

Beliau yang berasal dari Kuala Ibai, dan isterinya dari Pengadang Baru, bekerja di syarikat yang sama di Jalan Panji Alam, dekat ini, pada mulanya merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada Februari tahun depan.

"Saya mengenali isteri saya melalui Facebook sejak lima tahun lalu dan kami berkawan rapat selepas itu dan mula merancang untuk mendirikan rumah tangga," katanya ketika ditemui pemberita di majlis bagi Parlimen Marang di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini hari ini.

Turut hadir menyerikan majlis, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Nur Najihah pula berkata, pada mulanya beliau tidak tahu yang suaminya itu menghadapi kecacatan anggota, setelah berkawan rapat dan bertemu baru beliau mengetahui keadaan lelaki itu.

"Namun saya dan keluarga reda di atas ketentuan Ilahi dan menerima Syed Izz seadanya," katanya.

Pasangan itu antara 190 pasangan yang diraikan kerajaan Terengganu dalam majlis yang diadakan serentak di seluruh lapan Parlimen hari ini dengan kos keseluruhan sebanyak RM800,000.

Ahmad Samsuri ketika ditemui pemberita kemudiannya menasihatkan golongan muda di negeri itu yang berhasrat melangsungkan perkahwinan merebut peluang menyertai program itu pada masa depan.

Katanya langkah itu menjimatkan perbelanjaan pasangan pasangan dan keluarga mereka.

"Program itu boleh membantu mereka terutama yang baru terlibat dalam alam pekerjaan, yang sukar mengumpul wang untuk kelengkapan perkahwinan kerana ia tentu memakan masa. Jadi inilah ruang yang ada dan sudah sepatutnya kita jangan lepaskan," katanya.

Katanya, program tahunan itu ia juga sebenarnya terbuka kepada pasangan bukan Islam di negeri ini.

"Setakat ini kita belum menerima permohonan daripada pasangan bukan Islam untuk menyertai program ini… jika ada, kita mengalu-alukan kerana mereka juga rakyat negeri ini,” katanya.

-- BERNAMA

Friday, November 23, 2018

SAMI HINDU KESAL WAYTHA MOORTHY TAK TOLONG DIA MASUK PARLIMEN



KUALA LUMPUR: Seorang Sami Hindu hari ini menyatakan rasa kesal selepas mendakwa dihalang memasuki parlimen kerana berpakaian agama Hindu.

Ramaji, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman mendakwa dihalang masuk kira-kira jam 5.50 petang semalam ketika ingin menghadiri perjumpaan bersama Menteri Perpaduan, P Waythamoorthy berhubung isu kuil.

"Ketika saya memberi MyKad untuk pemeriksaan, seorang polis bantuan mendekati kereta saya dan memberitahu bahawa saya tidak boleh masuk ke dalam (parlimen) kerana berpakaian 'Kaavi' iaitu pakaian agama Hindu dan ia tidak mematuhi kod etika pakaian di Parlimen.

"Ketika saya mempersoalkan kepadanya, kenapa pakaian agama Hindu dilarang sedangkan pakaian agama lain dibenarkan, beliau cuba mengalihkan isu dengan memberitahu bahawa beliau perlu memeriksa adakah nama saya dalam senarai nama yang diberikan oleh menteri," katanya kepada Malaysiakini.

Ramaji turut mendedahkan ini kali pertama beliau dihalang masuk ke parlimen, sedangkan aktivis Hindraf pernah mengadakan beberapa perjumpaan dengan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi di parlimen.

"Semasa era Pak Lah, saya pernah menghadiri ke parlimen, tetapi tidak pernah dihalang. Inilah kali pertama," tegasnya lagi.

Ramaji turut merakamkan rasa kecewa terhadap Waythamoorthy selaku menteri perpaduan yang tidak campur tangan untuk membenarkan beliau memasuki parlimen.




"Malah salah seorang pegawai khas Waytamoorthy memberitahu saya bahawa Waythamoorthy mencadangkan perjumpaan ini ditukar ke tempat lain selepas saya tidak dibenarkan masuk.

"Inilah sikap menteri yang kononnya nak memperjuangkan hak-hak kita. Tetapi, tidak berani membawa saya masuk ke parlimen," ujar Ramaji lagi.

Ramaji merupakan seorang sami Hindu yang berpakaian 'Kaavi' merupakan satu pakaian suci mengikut kepercayaan agama Hindu.

Thursday, November 22, 2018

KERAJAAN BUKA TENDER BANGUNKAN SISTEM SUBSIDI MINYAK BERSASAR

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kerajaan telah mengeluarkan tender terbuka bagi membangunkan sistem subsidi minyak bersasar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tender itu dikeluarkan Kementerian Kewangan yang menguruskan perolehan pada Isnin lepas.

"Tender ini bagi mencadang, mengkaji, mereka bentuk, membangun, membekal, memasang, menguji dan mentauliah serta mengoperasi perkakasan perisian dan aplikasi untuk sistem subsidi minyak secara bersasar bagi petrol RON95," katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Nor Azrina Surip (PH-Merbok) mengenai hasil libat urus yang telah dilaksanakan kementerian berhubung subsidi berkenaan.

Saifuddin berkata pemilihan pembekal bagi membangunkan sistem itu akan dilaksanakan secara kompetitif bagi memastikan kecekapan sistem tersebut.

"Kita harap apabila itu dimuktamadkan (tender pembekal) maka kementerian ini boleh melakukan langkah yang berikutnya," katanya.

Saifuddin optimis subsidi minyak bersasar itu akan dapat dilaksana pada suku kedua tahun depan secara berperingkat.

Beliau berkata sejurus pengumuman pelaksanaan subsidi berkenaan pada Belanjawan 2019, kementeriannya telah mengadakan sesi pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk Bank Negara Malaysia, syarikat-syarikat pengusaha stesen minyak dan persatuan pengguna bagi mengenal pasti apa yang diperlukan dalam program subsidi tersebut.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata ketika ini, penggunaan petrol RON97 dan RON95 di negara ini mencecah 1.2 bilion liter petrol setiap bulan.

"Bagi (penggunaan) RON95 ialah 90 peratus daripada 1.2 bilion itu,” katanya.

Belanjawan 2019 dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini memperuntukkan subsidi petrol kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

-- BERNAMA

Wednesday, November 21, 2018

PUSAT PENGAJIAN AL QURAN AR RAHMAN (PPAQAR) TAWAR TEMPAT KEPADA PESARA DALAMI AL QURAN















KEMAMAN: Pada tahun 1998 Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK), Datuk Haji Azman Muda berhasrat untuk membina sebuah pusat untuk pesara belajar al quran di Terengganu  yang dinamakan sebagai Desa Aman tetapi ia tidak kesampaian apabila BN kalah pada PRU 1999.

Namun demikian 19 tahun kemudian hasrat Datuk Haji Azman tercapai apabila bekas perisik tentera yang juga bekas  pegawai khas kepada bekas beberapa orang menteri , Datuk Haji Mustafa Abdul Rahman  (Tok Pa) yang kini menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang agama membuka Pusat Pengajian Al Quran Ar Rahman  (PPAQAR) di Kampung Tumpat, Kemasik, Kemaman.

Ia dibangunkan pada April 2018 dan kini siap 75  peratus dan ia akan menawarkan tempat kepada 30 orang setiap masa selama satu hingga tiga bulan kepada pesara atau warga dewasa tempatan untuk mendalami ilmu al quran dan lain lain ilmu agama  yang mana tenaga pengajarnya didatangkan khas daripada pasantren Indonesia anak murid Pak Habib Umar Al Attas serta guru guru tempatan yang berkelulusan dari universiti Jordan, Mesir dan Madinah.

Menurut Tok Pa, sehingga kini hampir RM200,000 telah dibelanjakan untuk membina pusat tersebut dengan menggunakan peruntukan sendiri dengan penjualan aset dan simpanan beliau. Sebahagian lagi RM25,000 hasil sumbangan zakat  tokoh korporat dan orang ramai.


"Pusat ini dibuka kepada semua tanpa sebarang bayaran kecuali untuk makan minum. Malah asrama akan disediakan kepada mereka yang mahu belajar di sini selama tiga bulan," katanya yang mana sukatan pelajarannya diluluskan oleh MAIDAM.

Tok Pa berharap apabila PPAQAR siap kelak ia dapat menyediakan langskap yang cantik sebagai pusat tahfiz dalam taman termasuk menyediakan tempat rekrasi di tepi Sungai Tumpat, tempat berkuda, kebun buah-buahan yang diberi percuma kepada para pelajar dan program berperahu. Malah homestay disediakan kepada keluarga pelajar yang ingin menziarahi mereka yang sedang belajar di situ.

Untuk memenuhi hasrat ini, beliau menyeru semua ahli perniagaan menderma kepada pusat ini untuk mendapatkan saham akhirat.

PPAQAR terletak di tanah seluas 2.5 ekar di Kampung Tumpat milik arwah ayah Tok Pa, Abdul Rahman bin Ali (Pok Roman) seorang Special Constable (SC).

Mereka berpindah ke Kemasik apabila Malaya diisytiharkan darurat pada tahun 1948. Sebelum tahun 1948, Kampung Tumpat adalah perkampungan orang Melayu yang berasal dari Tumpat dan Gunung, Bachok, Kelantan.

Ketika kerja membersih hutan dilakukan pada April lalu banyak bahan sejarah ditemui termasuk kubur lama Kampung Tumpat. PPAQAR terletak 7 km dari jalan besar Chukai - Kuala Terengganu sebelum tiba di Kampung Semanyor dan ia mudah diakses dari Kuala Lumpur melalui LPT2 ikut exit Kijal sejauh 10 km.

Sebarang pertanyaan bolehlah whatsapp ke no hp 0179851152

Tuesday, November 20, 2018

MENTALITI MENTERI PARTI BERSATU SAMA DENGAN MENTERI UMNO?



KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa agar wakil rakyat pembangkang dihormati dan tidak dilarang memasuki institusi pendidikan.

"Saya tidak faham mengapa isu seperti ini masih timbul di Malaysia baru.

"PH mestilah berbeza. Kita mesti melakukan lebih baik dalam hal ini dan semua perkara," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Anggota parlimen Setiawangsa itu membuat gesaan itu sebagai tidak bersetuju dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung ahli politik pembangkang diwajibkan meminta kebenaran untuk memasuki sekolah kerajaan.


Dalam kenyataan di Dewan Rakyat semalam, Maszlee menegaskan bahawa anggota parlimen pembangkang yang ingin masuk sekolah kerajaan perlu mendapat kebenaran daripada kementerian melalui pengarah jabatan pendidikan negeri.

Jelas Nik Nazmi, mengharamkan pembangkang memasuki sekolah dan institusi pengajian lain adalah "penyalahgunaan kuasa" yang paling buruk berlaku ketika BN memerintah.

Tambahnya, ramai pimpinan PH termasuk dirinya sendiri pernah menjadi mangsa.

"Walaupun berkhidmat sebagai Exco Pendidikan Selangor dari 2014-2018, saya sentiasa dihalang daripada melawat sekolah-sekolah di sana.

"Saya juga dihalang daripada bercakap di alma mater saya, Kolej Yayasan UEM - kerana tekanan politik ke atas pentadbiran kolej.

"Saya masih ingat - saya terpaksa berpura-pura menjadi mahasiswa - termasuk masuk ke kampus menggunakan motosikal bagi memenuhi jemputan di Universiti Malaya," katanya.

Justeru, tegas Nik Nazmi, PH tudak boleh meneruskan amalan "menindas" kerajaan terdahulu.

"Kita mesti mempercayai semua wakil rakyat tanpa mengira parti - untuk bertindak secara bertanggungjawab apabila terlibat dengan perbincangan awam. Mereka telah mendapat kepercayaan dari pengundi mereka.

"Tindakan tentu boleh diambil jika mana-mana wakil rakyat menyalahgunakan platform ini, seperti dengan menghasut kebencian kaum atau agama atau menyebarkan dakyah kepartian.

"Tetapi dalam kebanyakan kes - ahli politik harus dibenarkan masuk ke sekolah, kolej dan universiti apabila mereka dijemput untuk berbuat demikian," katanya.

Sementara itu, BERSIH dalam kenyataan berasingan hari ini turut berkongsi kebimbangan berhubung isu sama.

Bersih menyifatkan garis panduan yang dinyatakan Maszlee itu sebagai mendiskriminasikan wakil rakyat pembangkang yang dipilih rakyat.

"Ketika pemerintahan BN, wakil rakyat pembangkang sering mengadu kerana tidak dibenarkan masuk sekolah awam.

"Adakah kerajaan PH melakukan perkara sama kepada pembangkang hari ini?" kata badan pendesak pembaharuan pilihan raya itu.


Tambah kenyataan Bersih itu lagi, sekiranya terdapat kebimbangan berhubung ahli politik memasuki sekolah, garis panduan yang ditetapkan perlu dikenakan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti.

Sementara itu, BERSIH dalam kenyataan berasingan hari ini turut berkongsi kebimbangan berhubung isu sama.

Bersih menyifatkan garis panduan itu sebagai mendiskriminasikan wakil rakyat pembangkang yang dipilih rakyat.

"Ketika pemerintahan BN, wakil rakyat pembangkang sering mengadu kerana tidak dibenarkan masuk sekolah awam

"Adakah kerajaan PH melakukan perkara sama kepada pembangkang hari ini?" kata badan pendesak pembaharuan pilihan raya itu.

"Sekiranya terdapat kebimbangan berhubung kehadiran ahli politik di institusi pendidikan membawa mesej tertentu yang tidak sesuai dengan suasana pendidikan, kebimbangan itu perlu ditangani dengan garis panduan yang sama terhadap semua parti politik.

"Justeru, kami menggesa menteri pendidikan segera menarik semula arahan yang menetapkan ahli parlimen pembangkang perlu mendapat izin untuk masuk sekolah dan menggantikannya dengan garis panduan yang sama untuk semua ahli politik yang dijemput menghadiri program di sekolah," katanya.

Monday, November 19, 2018

MB SELANGOR KENA LETAK JAWATAN KES PAPAN TANDA TULISAN BAHASA CINA



SHAH ALAM, 19 Nov (Bernama) – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan dengan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.

Titah itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

“Operasi penukaran papan tanda jalan ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum tarikh sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-73 Sultan Selangor iaitu pada 11 Dis ini,” demikian menurut beliau dalam surat bertarikh hari ini.

Ulasan saya, siapa yang buat arahan kepada MBSA untuk menambah tulisan bahasa Cina kepada papan tanda di daerah Shah Alam? Kalau mesyuarat Exco yang buat arahan, maka Menteri Besar kena bertanggungjawab kerana beliau yang mengetuai Exco Selangor.

Oleh itu Menteri Besar perlu minta ampun kepada Sultan Selangor atau letak jawatan sebagai Menteri Besar.

Sunday, November 18, 2018

PENGUNDIAN PKR KENA BUAT SERENTAK SATU HARI MACAM UMNO



SHAH ALAM: Dalam ucapan penangguhan semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim mengimbas kembali pemilihan PKR yang merupakan pemilihan terpanjang buat parti politik di negara ini.

Pemilihan PKR bermula secara rasmi pada 22 September lalu, tetapi kehangatannya sudah bermula sebelum itu ketika tempoh pencalonan dan persaingan terbuka antara kem Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Anwar berkata, sepanjang tempoh tiga bulan imej PKR "parah" disebabkan pemilihan parti.

"Kita akui sistem pemilihan ini lemah, banyak kecelaruan. Saya tak begitu arif tentang komputer pun tahu (maklumat dalam) tablet boleh hilang.

"Dan sebab itu banyak laporan dan tiga bulan imej PKR parah," katanya.

Beliau dipercayai merujuk 'serangan siber' yang didakwa berlaku ketika pemilihan di cabang Julau - cabang paling kontroversi bagi pemilihan kali ini.

"Ada petugas (jawatankuasa pemilihan pusat, JPP) yang salah guna kuasa apabila dipilih menjadi JPP. Sepatutnya dia perlu ketepikan sentimen, dia sokong siapa," katanya lagi.

Beliau berkata kelemahan perjalanan pemilihan PKR menyebabkan ada pihak yang memintanya campur tangan.

"Ada orang luar kata saya harus tegas, jika tidak tak layak jadi perdana menteri.

"Mereka tak faham keputusan pimpinan parti ialah memastikan JPP bebas daripada pengaruh pimpinan, termasuk saya. Kalau saya campur tangan, tak bersihlah pemilihan," katanya lagi.

Dalam pemilihan ini, sistem e-undi menjadi sasaran utama apabila dilaporkan menjadi punca pemilihan semula terpaksa dibuat di sejumlah cabang, dan beberapa negeri menangguhkan pemilihan.

Cabang Julau pula menjadi perhatian apabila menyaksikan pertambahan ahli sehingga 13,000 dalam masa sehari - iaitu pada 26 Jun lalu.

Anwar bagaimanapun tetap menyatakan penghargaan kepada Pengerusi JPP Rashid Din dan berkata yakin dengan integritinya.

"Tahniah kepada Rashid...tetapi tiada upaya beliau (untuk) menjamin (kelancaran pemilihan) dengan batasan waktu, jentera dan ahli."

Beliau berkata antara tumpuannya sebagai presiden selepas ini adalah untuk menyelesaikan masalah disiplin dalam parti dan pertelingkahan yang timbul ketika pemilihan.

Ulasan saya, PKR kena kaji semula pemilihan di peringkat cabang. Buat serentak satu hari di seluruh negara macam pemilihan Umno. Apa yang berlaku sekarang buat pemilihan PKR ikut negeri maka setiap calon dapat berarak dari negeri ke negeri mengganggu pemilihan di cabang lain.

Yang buat kecoh penyokong dari Semenanjung di Sabah dan bukannya ahli PKR Sabah. Maka cadangan untuk buat pengundian serentak satu hari lebih menguntungkan PKR kerana tidak beri peluang kepada penyokong calon berarak dari satu cabang ke cabang lain untuk memenangkan calon masing masing.

Friday, November 16, 2018

AZMIN ADA JAWATAN MENTERI HANYA DAPAT 51 PERATUS UNDI KENA MUHASABAH DIRI


oleh RAFIZI RAMLI

Esok akan bermula Kongres Nasional PKR yang melabuhkan tirai kepada pemilihan parti kali ini.

Keputusan untuk Majlis Pimpinan Pusat mungkin hanya akan diumumkan kemudiannya.

Saya dimaklumkan, secara tidak rasmi beza undi di antara saya dan saudara Azmin Ali ialah lebih kurang 2,500 undi, iaitu kurang 2 peratus dari jumlah keseluruhan yang mengundi (sekitar 141,000 orang anggota parti).

Saya fikir saudara Azmin bakal diumumkan timbalan presiden dengan undi popular yang tidak melebihi 51 peratus, berbanding dengan undi saya sekitar 49 peratus.

Jumlah undi ini berlatar belakangkan persoalan mengenai integriti dan ketelusan proses pemilihan yang dipersoalkan oleh semua calon yang bertanding.

Ada beberapa isu yang menjadi kontroversi, termasuklah kebebasan pengawas-pengawas oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang daripada awal lagi dipersoalkan kerana aduan-aduan yang mereka berat sebelah.

Begitu juga dengan masalah sistem e-pengundian. Ada bukti yang kukuh bagaimana undi-undi telah hilang secara sistematik seperti yang dibentangkan oleh saudara Akmal Nasir (ketua Pemuda PKR yang baru) melibatkan undi di cabang-cabang besar yang dilihat berpihak kepada saya.


Kita juga dikejutkan dengan peristiwa “penghadang isyarat” (jammer) di Kuala Selangor dan talian Celcom dipotong di Pensiangan.

Paling kontroversi ialah kejadian data dihapuskan di Julau dan kehadiran aplikasi Prey di dalam peranti tablet yang digunakan untuk undian. Pada hari kejadian, JPP mengakui peranti tablet telah dicerobohi dan mengumumkan menggantung keputusan di Julau.

Selepas itu, JPP menukar pendirian dan bertegas tiada data yang terkesan walaupun kejadian itu benar-benar berlaku.

Dengan perbezaan undi sekitar 2,500 sahaja atau kurang dari 2 peratus dari jumlah keseluruhan yang keluar mengundi, pengundian di Julau (yang mempunyai lebih 13,000 anggota) boleh mengubah keputusan untuk jawatan Timbalan Presiden dan jawatan-jawatan lain.

Saya ada asas yang kukuh untuk berkeras supaya diadakan semula pemilihan. Tambahan pula JPP memang mengakui berlakunya pencerobohan dan Ketua Unit IT JPP, Alvin Teoh memang ditahan polis untuk siasatan berhubung kes ini.

Namun, saya juga sedar bahawa kepentingan perjuangan dan parti mengatasi segala-galanya. Kita menawarkan diri untuk memikul amanah dengan hasrat boleh membawa parti ke peringkat yang lebih baik dan meningkatkan khidmat parti kepada rakyat.

Jika dalam usaha kita mendapatkan amanah itu, parti dijerumuskan ke dalam ketidaktentuan dan persengketaan yang berpanjangan, itu bertentangan dengan niat asal kita untuk berkhidmat.

Saya mengambil kira kesan kekalahan kepada saudara Azmin adalah lebih besar berbanding jika saya mengalah. Beliau seorang menteri kanan, penyandang jawatan sebagai dua penggal dan bekas menteri besar. Kekalahan beliau di tangan seorang penganggur akan dijadikan alasan untuk beliau berundur terus dari persada politik.

Sebab itu, saya menjangkakan penyokong-penyokong beliau lebih sukar menerima kekalahan berbanding dengan saya.

Saya juga telah melihat bagaimana penyokong kuat beliau, saudara Vernon Kedit telah bertalu-talu membuat laporan kepada SPRM mengenai keanggotaan di cabang Julau (yang sebelum itu tidak pun dibantah) sehingga menyebabkan kakitangan parti ditahan SPRM.

Saya yakin, jika pemilihan semula diadakan di Julau (dan besar kemungkinan saya akan menang), akan ada watak seperti ini yang akan mengheret parti ke peringkat Pendaftar Pertubuhan dan mahkamah.

Akhirnya, kita tidak ubah seperti pepatah Melayu “menang sorak, kampung tergadai”.

Apabila pergolakan dari pemilihan parti ini berpanjangan melangkaui Kongres Nasional hujung minggu ini, bebannya akan ditanggung oleh Anwar Ibrahim, presiden kita.

Beliau akan dituduh tidak berkemampuan mengendalikan parti. Beliau akan dikritik kerana dilihat tidak mampu mendisiplinkan pimpinan parti di bawah.

Selari dengan tuduhan dan kritikan itu, akan ada suara sumbang dari luar dan dalam parti yang mempersoalkan kewibawaan beliau menjadi Perdana Menteri ke-8.

Saya tidak terjun ke persada reformasi sejak 20 tahun lalu dengan niat mahu merebut kuasa. Saya benar-benar mahu melihat keadaan yang lebih baik untuk rakyat biasa, kerana saya datang dari keluarga susah dari Terengganu.

Saya benar-benar yakin kalau kita bawa perubahan yang mengangkat idealisme reformasi yang kita perjuangkan, nasib rakyat akan menjadi lebih baik.

Dan saya juga yakin orang yang paling baik untuk melaksanakan idealisme reformasi itu ialah Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang ke-8.

Oleh itu, saya membuat keputusan lebih awal untuk tidak mendesak melalui biro politik dan mengalah lebih awal.

Lagi pun, keputusan pemilihan kali ini adalah cukup jelas. Undi popular saudara Azmin hanyalah 51 peratus, berbeza 2 peratus sahaja dengan undi popular saya yang melambangkan dua aliran berbeza yang sama kuat dan sama penting di dalam parti.

Isyarat yang dihantar melalui undi anggota yang memberi kemenangan kurang dua peratus kepada saudara Azmin (dalam keadaan beliau menteri kanan, penyandang jawatan selama 8 tahun dan bekas menteri besar), adalah isyarat yang perlu diperhalusi oleh beliau sendiri.

Thursday, November 15, 2018

SUHAKAM PUN JAHIL CARA WANITA ISLAM MALAYSIA BERSUNAT



KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti masih dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan berhubung mutilasi alat kelamin wanita (FGM) di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perbincangan itu termasuk melihat kepada faedah daripada amalan berkenaan, dan menambah bahawa walaupun FGM dilihat sebagai amalan budaya di Malaysia, ia tidak sama dengan yang diamalkan di Afrika.

“Kami sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan kerana setakat ini ia sebenarnya sesuatu yang berhubung dengan kebudayaan yang kita lakukannya sejak sebelum ini, dan ini satu daripada perkara yang mereka katakan tetapi cara kita tidak sama dengan orang Afrika.

“Kita akan bincang dan lihat dan sekiranya ia tidak memberi sebarang manfaat barulah kita patut lakukan sesuatu (mengenainya),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada Rabu bahawa Putrajaya telah mnegelirukan kajian Universal Periodic Review (UPR) mengenai hak asasi manusia berhubung FGM apabila ia mempertahankan FGM ke atas bayi perempuan sebagai ‘tanggungjawab budaya’ di Malaysia.

Ulasan saya, Suhakam nampaknya amat jahil cara wanita Islam bersunat. Bersunat itu sunat bukannya wajib tapi untuk kesihatan lelaki Islam dan wanita Islam dikehendaki bersunat. Bagi lelaki Islam, ia potong kemaluan lelaki ketika berusia 7 tahun ke atas. Namun demikian ramai juga kanak kanak yang berkhatan sebelum umur 7 tahun.

Tradisi berkhatan sudah jadi amalan kanak kanak lelaki. Apabila orang bukan Islam masuk Islam maka kemaluannya disunatkan. Amalan bersunat ini sudah jadi satu  budaya orang Islam. Malah kini ramai lelaki bukan Islam berkhatan juga kerana ia baik untuk kebersihan dan kesihatan. Ada kawan Cina saya beritahu saya bahawa dia bersunat. Saya tak percaya. Apabila dia tunjukkan kemaluannya baru saya percaya orang bukan Islam pun bersunat.

Bagi kanak kanak wanita pula dia bersunat waktu baby dengan memotong sedikit kelentit wanita. Tujuannya bila dewasa nafsu wanita terkawal dan juga untuk kebersihan. Tetapi di Afrika wanita Islam yang sudah besar dikhatankan yang menyebabkan ia sakit dan nampak zalim. Itu di Afrika dan bukannya di Malaysia yang menjadi punca Suhakam jahil.

Sebab itu apabila wanita bukan Islam berumur 23 tahun masuk Islam, mana ada wanita itu dikhatankan. Tak logik langsung ia berlaku di Malaysia. Kenapa tradisi bersunat untuk wanita Islam sejak baby yang mahu diperjuangkan Suhakam. Lebih baik Suhakam cari isu lain jika benar ia mahu meningkatkan martabat wanita Islam. Isu bersunat di kalangan wanita  Islam di Malaysia nampak sangat betapa bodohnya Suhakam.

Wednesday, November 14, 2018

DAP DAN PKR TIDAK AKAN DIBENARKAN BERTANDING DI SARAWAK?

KUCHING, 14 Nov (Bernama) — Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mencadangkan agar hanya parti 100 peratus berasaskan Sarawak dibenarkan bergerak di negeri ini.

Sehubungan itu, kata beliau, mungkin ia sesuatu yang mendesak dan perlu untuk menggalakkan penubuhan parti pembangkang baharu yang berasaskan Sarawak sepenuhnya serta tidak bersekutu dalam apa jua cara pun dengan parti politik bukan dari Sarawak untuk menyertai politik di negeri ini.

“Bagi kami GPS (Gabungan Parti Sarawak), kami benar-benar sebuah parti berasaskan Sarawak dan diterajui hanya oleh anak Sarawak,” kata Abang Johari, yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Tuesday, November 13, 2018

HANNAH YEOH MALU SEBUT SUAMI TIDAK PANDAI MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS PUNCA PERCERAIAN DII DEWAN RAKYAT



KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Hannah Yeoh mendedahkan beliau malu untuk menyebut faktor-faktor lain penceraian di parlimen hari ini.

Terdahulu, Yeoh memberitahu Dewan Rakyat, perceraian antaranya berlaku disebabkan isteri suka membasuh baju pada waktu malam, suka mengikuti rombongan beramai-ramai, suami tidak suka isteri makan dalam kereta, gaji suami lebih rendah dan pasangan tidur berdengkur.

Beliau berkata demikian dengan memetik statistik dari Jabatan Syariah Selangor.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil bagaimanapun di Twitter berkongsi senarai penuh 23 sebab, dengan menanda alasan yang dinyatakan Yeoh dengan warna kuning.


Senarai itu didahului dengan alasan punggung isteri menggerutu, diikuti suami tidak pandai melakukan hubungan seks di tempat kedua.

Perkara lain termasuk isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu, suami mencurigai setiap tindakan isteri, berebut rancangan TV dan pasangan lupa mengepam tandas.

Yeoh turut menjawab soalan Anggota Parlimen Kangar Amin Ahmad berkaitan sebab-sebab penceraian melibatkan pasangan berkahwin lima tahun dan ke bawah.

Berdasarkan statistik kementerian, kata Yeoh, terdapat 2,932 kes penceraian di Wilayah Persekutuan antara tahun 2013 dan 2017.

Katanya, data dari negeri-negeri lain sedang dikumpulkan.

Bagi bukan Melayu pula, Yeoh berkata Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan 14,440 kes penceraian untuk tempoh sama bagi kategori sama.

Katanya, lima tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling sukar.

Berdasarkan tinjauan pada 2014, lebih satu pertiga kes penceraian berlaku dalam tempoh itu, katanya lagi.

Monday, November 12, 2018

MUHYIDDIN NASIHATI DR MASZLEE LEPASKAN JAWATAN PRESIDEN UIA

PUTRAJAYA, 12 Nov (Bernama) -- Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dinasihatkan supaya melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan segera, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kerajaan dan parti telah membuat keputusan tersebut namun Anggota Parlimen Simpang Renggam itu meminta sedikit masa untuk berbuat demikian.

"Ini keputusan kerajaan dan juga parti, dan beliau tahu dan terima keputusan tersebut...atas sebab itu saya suka menasihatkan beliau untuk berbuat demikian secepat yang mungkin," katanya mengulas kedudukan Maszlee sebagai Presiden UIAM yang dipersoalkan kelayakannya kerana memegang portfolio sebagai menteri Kabinet.

Sunday, November 11, 2018

MOHON JADI AHLI TERUS BN JIKA UMNO TERBUBAR

MELAKA, 11 Nov (Bernama) -- Anggota UMNO di seluruh negara diminta menjadi anggota terus Barisan Nasional (BN) sekiranya UMNO terbubar, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata langkah menjadi anggota terus BN itu hanyalah bersifat sementara bagi menunggu kepimpinan UMNO memulihkan kembali parti tersebut.

“Kalau terbubar UMNO ada empat cara untuk kembalikan keadaan seperti biasa, jika perlu kita jadikan BN rumah tumpang sekejap. BN (boleh) ambil ahli terus jadi (anggota UMNO) masuk (BN) terus sementara pulihkan UMNO,” katanya di sini hari ini.

Saturday, November 10, 2018

WARTAWAN TAK DIUNDANG KE MAJLIS DR MASZLEE?



KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik enggan menjawab soalan wartawan mengenai isu peletakan jawatan sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Sebaliknya Maszlee menyifatkan pertanyaan seperti itu sebagai tidak menghormati tuan rumah selepas beliau merasmikan majlis konvokesyen universiti itu hari ini.

"Di mana you dapat berita ini?" soalnya kepada wartawan yang bertanya.

Apabila wartawan tersebut mengatakan maklumat itu diperoleh daripada salah seorang pembantunya, Maszlee menyifatkan wartawan berkenaan sebagai 'tetamu tidak diundang'.

"Saya tak fikir sesuai bincangkan perkara itu, khabar angin itu, pembantu ke apa sajalah. You don't want to be party crashers (kamu jangan jadi macam tetamu tak diundang).

"Orang sedang menghadapi satu peristiwa yang bermakna, bersejarah, memberi scroll (untuk ijazah), awak nak bawa berita yang khabar angin sebenarnya. Saya rasa tidak sesuai.

"Kalau inginkan penjelasan tentang isu ini, kita akan bincang kemudian. Setiausaha akhbar saya akan undang kamu semua.

"Tapi bukan pada hari ni, kamu tidak mahu bersikap menghormati tuan rumah. Di hari perkahwinan, kamu datang sebagai tetamu tak diundang dan tanya bila nak bercerai," katanya dalam campuran bahasa Melayu dan Inggeris.

Semalam, salah seorang pembantu Maszlee mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa menteri itu bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai presiden UIA.

Pembantu itu berkata Maszlee akan berbuat demikian selepas mendapat pengganti yang sesuai dan selepas minggu konvokesyen universiti itu berakhir.

Bagaimanapun, UIA menafikan perkara itu dan mengatakan tidak dimaklumkan mengenai hasrat Mazslee untuk melepaskan jawatan.

Maszlee sebelum ini menerima tekanan sejak dilantik sebagai presiden UIA pada September.

Pengkritik termasuk kumpulan mahasiswa berkata pelantikan itu melanggar manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) yang menjamin autonomi universiti, selain mempunyai konflik kepentingan memandangkan Maszlee adalah menteri pendidikan.

Maszlee menolak dakwaan tersebut dan menegaskan pelantikannya dibuat oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah atas nasihat perdana penteri.

UIA juga menyokong pelantikan tersebut dengan mengatakan Maszlee pernah berkhidmat di universiti itu sebagai pensyarah dan setuju untuk berkhidmat selama tiga tahun sebagai presiden tanpa bayaran.

Friday, November 9, 2018

DI CABANG BATU PUN ADA KES AHLI BARU PKR TAPI TIADA LIPUTAN MEDIA

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) – Sentimen keterlaluan bagi mempertahankan kelompok masing-masing menyebabkan isu keanggotaan di cabang Julau diberikan perhatian berlebihan walaupun proses pendaftaran keanggotaan baharu parti telah dilakukan secara telus, terbuka dan bertanggungjawab.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata PKR sebelum ini juga menerima aduan mengenai permohonan pendaftaran anggota baharu di beberapa cabang di Selangor termasuk 1,000 permohonan di cabang Batu yang dilakukan tanpa sebarang serahan borang permohonan keanggotaan sehingga ke hari ini dan kes permohonan pendaftaran dari kalangan anggota RELA dan penerima bantuan kerajaan negeri Selangor didaftarkan sebagai anggota tanpa pengetahuan mereka.

"Kes-kes seperti ini telah dimaklumkan kepada Biro Politik dan permohonan keanggotaan baharu untuk kes-kes tersebut telah diterima oleh Biro Politik dengan sebulat suara, namun tiada liputan media berlaku dalam kes-kes tersebut selain daripada cabang Julau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata tiada sebarang bantahan diterima pihak ibu pejabat PKR dari cabang Julau mengenai isu keanggotaan di cabang itu sehingga tarikh tutup bantahan 17 Julai lalu.

Thursday, November 8, 2018

PKR BUKAN MILIK KELUARGA ANWAR IBRAHIM?

KUCHING, 7 Nov (Bernama) -- Anggota PKR Sarawak yang akan melaksanakan pemilihan parti minggu ini diingatkan supaya tidak mudah dibeli oleh ‘tauke’, sebaliknya mempertahankan parti itu yang ditegakkan atas agenda reformasi.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata anggota parti itu yang akan mengundi boleh diibaratkan turun untuk ‘berperang’ bagi mempertahankan PKR yang wujud bukan untuk individu, kumpulan atau keluarga, sebaliknya untuk rakyat keseluruhan.

“Kita menolak kronisme, nepotisme dan korupsi, kalau inilah semangat yang ditunjukkan oleh anggota dan pimpinan PKR Sarawak saya percaya hujung minggu ini kita akan mencipta satu lagi sejarah bahawa orang Sarawak tidak boleh dibeli oleh tauke-tauke.

“Kita tidak ada wang berjuta-juta ringgit, kita tidak ada jet peribadi, kita hanya ada semangat dan idealism, jangan mana-mana tauke merampas perjuangan PKR Sarawak,” katanya dalam ucapan pada majlis makan malam bersama anggota parti PKR daripada 29 cabang Sarawak di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian serta beberapa calon dalam Pasukan Muafakat Keadilan yang dipimpin Mohamed Azmin.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden berkata anggota parti perlu memilih pemimpin yang peduli kepada anggota, rakyat, dan sayang kepada Sarawak serta mahu membangunkan parti itu.

“Jangan bersandarkan kepada tauke, jangan sama sekali main politik wang dalam pemilihan parti. Saya mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah pun menjalankan siasatan dan beberapa orang telah pun ditahan.

“Saya mahu SPRM teruskan siasatan bukan sahaja melihat kepada siapa yang terlibat tetapi siasat siapa dalang. Dalang juga harus dihadapkan ke muka pengadilan, jangan runtuhkan apa yang telah kita bina selama 20 tahun, jangan kerana kerakuskan kamu nak letakkan anak kamu, nak letak pakcik kamu nak letak bapa saudara kamu, nak letak bapa kamu, kamu hina anggota yang lama berjuang menegakkan keadilan di bumi Kenyalang,” katanya.

-- BERNAMA

Wednesday, November 7, 2018

KPLB ADA KAEDAH UNTUK BANTU TINGKATKAN PENDAPATAN PEKEBUN KECIL

PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mempunyai kaedah untuk membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil ketika berdepan dengan cabaran penurunan harga komoditi getah dan kelapa sawit, kata Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Mengulas laporan mengenai keluhan golongan penoreh getah dan pekebun sawit yang terbeban akibat penurunan harga dan cuaca yang tidak menentu, beliau berkata kementeriannya mempunyai pelbagai program keusahawanan yang boleh disertai golongan tersebut yang berminat berbuat demikian.

Bercakap dalam taklimat media berkenaan Ekspo Inovasi dan Keusahawanan Desa (Inotekdesa) 2018 di kementeriannya di sini hari ini, Rina berkata beliau sedia berjumpa golongan berkenaan berhubung alternatif yang boleh ditawarkan untuk membantu walaupun golongan berkenaan tidak lagi di bawah kendalian kementeriannya.

"Isu berkaitan pendapatan penduduk luar bandar amat dekat dengan kita dan atas faktor itu, kementerian telah menyediakan program peningkatan pendapatan melalui bidang keusahawanan yang boleh diceburi mereka.

"Selain peluang perniagaan, inovasi dalam sektor kelapa sawit seperti pembuatan topi keledar serta produk biodiesel juga merupakan antara langkah awal yang akan diperkenal kementerian, sekali gus meningkatkan permintaan kepala sawit," katanya.

Rina juga yakin nasib para pekebun kecil akan diberi perhatian sewajarnya oleh Felcra Bhd dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang kini diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

-- BERNAMA

Tuesday, November 6, 2018

GARIS PENDAPATAN TETAP KRITERIA UTAMA UNTUK SUBSIDI RON95



KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mempunyai mekanisme dan syarat tersendiri bagi memastikan subsidi RON95 sebanyak 30 sen seliter benar-benar dinikmati golongan B40 atau pengguna yang berpendapatan rendah.


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kereta berkapasiti enjin 1,500 cc (1.5 cc) dan motosikal berkapsaiti enjin 125 cc hanya syarat umum, namun garis pendapatan pemilik tetap menjadi kriteria utama bagi melayakkan seseorang pemilik kenderaan menikmati subsidi tersebut.


Dengan kata lain jelas beliau, sekiranya pemilik berkenaan mempunyai kereta 1.5 cc namun tidak termasuk dalam kalangan golongan B40, mereka tetap tidak layak menikmati subsidi 30 sen seliter itu.

"Kriteria yang layak bukan satu sahaja kerana kita ambil kira kombinasi jenis dan umur kenderaan serta garis pendapatan pemilik. Ada orang kaya banyak kereta. Kereta 1.5 cc itu mungkin kereta ketiga atau keempat dia. Kalau dia ada Mercedes-Benz tapi 1.5 cc itu pun tidak layak. Tidak logik golongan B40 mampu beli Mercedes-Benz.

"Saya ambil contoh di Kelantan ini pula ramai yang bawa Mercedes, dan kereta dia di atas 1.5 cc tapi kita tengok balik, itu kereta lama yang usianya sampai 35 tahun. Kita kena pertimbangkan kelayakan mereka juga," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Food Aid Foundation Cawangan Kelantan di Love Kitchen, Berek 12, di sini hari ini.

Ketika membentangkan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan pemilik kereta berkapasiti enjin 1,500 cc dan motosikal berkapsaiti enjin 125cc akan menikmati RON95 sebanyak sen seliter.

Kata Guan Eng, pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter manakala pemilik motosikal 40 liter


Monday, November 5, 2018

MANA JANJI PH MAHU ISYTIHAR ASET MENTERI DAN AHLI PARLIMEN PH?



KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Governans, Integriti, Akauntabiliti dan Ketelusan (GIAT) kecewa apabila wakil rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) membuat pengisytiharan pendapatan tanpa memperincikan aset keseluruhan mereka.

Pada sidang media hari ini, jurucakap GIAT, Cynthia Gabriel berkata butiran pendapatan menteri dan anggota parlimen yang dimuat naik di laman web SPRM sebelum ini 'jauh dari yang dijanjikan HARAPAN' sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Pengisytiharan aset bererti anda perlu mengisytiharkan semua aset, termasuk gaji, akaun bank, saham, hartanah, dan seumpamanya, termasuk yang dimiliki di luar negara," katanya.

Cynthia menjelaskan bahawa maklumat pendapatan 10 lagi menteri dan 34 anggota parlimen belum dimuat naik di laman web berkenaan.

"Ini jelas sikap tidak hormat dan 'tak kisah' di kalangan anggota parlimen dan mereka yang memegang jawatan menteri," katanya.

GIAT memberikan masa dua lagi minggu untuk menteri HARAPAN dan anggota parlimen mengisytiharkan aset mereka secara terperinci.

"Sekiranya gagal, GIAT akan menamakan dan memalukan individu dan anggota parlimen yang belum mengisytiharkan aset mereka," katanya.

Cynthia, yang merupakan pengarah Combat Corruption and Cronyism (C4) berkata, GIAT juga akan menamakan anggota parlimen dan menteri yang butiran pengisytiharan pendapatan belum dimuat naik di laman web SPRM.

Dalam manifesto pilihan rayanya, Pakatan Harapan (HARAPAN) berjanji untuk mewajibkan kesemua anggota Dewan Rakyat, Dewan Negara dan pegawai kerajaan berpangkat Jusa C ke atas membuat pengisytiharan aset dan pendapatan.

Banyak pihak yang mengkritik pengisytiharan harta yang disiarkan di laman web SPRM itu kerana hanya melibatkan pendapatan bulanan.

Jumaat lalu, The Star melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sebagai berkata pihaknya sedang menunggu kata akhir daripada kabinet untuk menyiarkan aset-aset yang diisytiharkan menteri.

Mengulas perkara itu, Cynthia berkata sikap "mengalihkan kesalahan" antara pihak dalam kerajaan seperti itu tidak boleh diterima dan hanya menunjukkan kerajaan HARAPAN tiada tekad politik.

Beliau menggesa kerajaan merangka Akta Pengisytiharan Harta, satu undang-undang baru untuk memastikan individu tertentu mengisytiharkan aset dan liabiliti - dalam dan luar negara - secara berkala.

Untuk itu, katanya lagi, kerajaan boleh merujuk Rangka Kerja Pengiystiharan Harta Umum (PADF) - yang dibuat oleh GIAT dan Badan Peguam Malaysia - untuk merangka undang-undang baru itu.







GIAT adalah gabungan pertubuhan masyarakat sivil merangkumi C4 dan NGO-NGO lain.

Turut hadir adalah Pegawai Penyelidikan Perundangan C4 Fadiah Nadwa Fikri, Setiausaha Agung Amnesty International-Malaysia Muhammad Mohan, dan Pengerusi MyPJ Jeffrey Phang.

Terdapat tanggapan bahawa pengisytiharan harta secara terperinci membawa ancaman risiko kepada ahli politik dan keluarga mereka.

Mengulas perkara itu, Phang berkata ahli politik sepatutnya sudah menjangka tuntutan untuknya berbuat demikian dan tidak menjadikan faktor keselamatan sebagai alasan.

"Kita boleh lihat ramai taikun di Malaysia yang kia tahu sangat kaya, dan mereka mengisytiharkan akaun dan saham milik mereka. Mengarut untuk mereka (ahli politik) berkata mereka tidak akan berbuat demikian (kerana faktor keselamatan)," katanya lagi.

Sunday, November 4, 2018

ZURAIDA AKAN BAWA ISU KEANGGOTAAN PKR JULAU KE MESYUARAT PUSAT MINGGU DEPAN

SIBU, 4 Nov (Bernama) -- Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin akan membawa kemelut keanggotaan yang melanda PKR cabang Julau ke satu mesyuarat peringkat pusat parti pada minggu depan.

Beliau berkata, pucuk pimpinan parti perlu meneliti serta membincangkan permasalahan tersebut bagi mengelakkannya berterusan.

Katanya, perkara tersebut pernah dibangkitkan tetapi setakat ini belum ada keputusan jelas dicapai.

“Saya ingat dah beberapa kali di bawa ke peringkat pusat (PKR) tapi seolah-olah tidak ada keputusan jelas. Saya harap minggu depan ada satu lagi mesyuarat yang boleh kita bincangkan lagi untuk kebaikan parti, satu keputusan bijak dan adil harus dibuat.

“Kita hanya ada (masa) satu minggu sahaja lagi, esok (sudah) Isnin sampai Jumaat. Kita tengok apa keputusan dibuat pucuk pimpinan samada untuk meneruskan (pemilihan PKR cabang Julau) atau menangguh," katanya pada sidang media malam ini selepas membuat tinjauan ke beberapa rumah panjang kawasan daerah Sibu dan Kanowit pada sebelah siang.

Saturday, November 3, 2018

AZMIN KUAT TEMBERANG



KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Rahman berkata calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kuat temberang apabila beliau menjangkakan jumlah anggota Parlimen daripada UMNO akan semakin menyusut menjelang akhir bulan Oktober lalu.

Berucap pada Pidato Malaysia Baru sempena pemilihan PKR di Kuala Terengganu pada 1 Oktober lalu, Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, berkata daripada 49 anggota Parlimen UMNO ketika ini, akan tinggal 'tiga, empat kerat sahaja'.

"Keadilan (PKR) hari ini adalah blok terbesar di Parlimen. PKR ada 51 anggota Parlimen, DAP mempunyai 42 anggota Parlimen, UMNO ada 49 orang. Esok mungkin 40 orang, kemudian 20 orang dan hujung bulan ini tinggal tiga empat kerat sahaja," katanya. 

Tajuddin mendakwa Azmin nak menang jawatan timbalan presiden PKR menggunakan isu empat ahli parlimen Umno sahaja yang tinggal semata mata untuk menarik undi daripada ahli ahli PKR.

"Nak kempen pun gunalah isu lain, "kata beliau yang menegaskan 40 ahli parlimen Umno akan buat keputusan secara en block untuk bekerjasama dengan mana-mana parti.

Katanya lagi, Umno masih kuat kenapa perlu lompat ke parti yang kecil.

Beliau tidak bersetuju Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti dari jawatan Presiden Umno kerana katanya jika semua pemimpin Umno didakwa di mahkamah maka semua akan bercuti .

"Lim Guan Eng pun tak letak jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika didakwa di mahkamah sedangkan Zahid bukan lagi ada jawatan kerajaan," tegasnya.



RATING TERTINGGI BAGI BULAN OKTOBER 2018

Berita "Graduan UCAM diseru lakukan anjakan paradigma" yang disiarkan dalam blog ini pada 11 Oktober lalu mendapat rating tertinggi dengan 264 hits bagi bulan Oktober 2018.

10 rating tertinggi ialah:-

1. Graduan UCAM diseru lakukan anjakan paradigma (11.10) - 264 hits
2. Sempatkah Anwar jadi PM? (15.10)
3. Azan Ismail tolak tawaran RM5 juta kerana yakin dengan perjuangan Anwar (3.10)
4. Hujung bulan ini ahli parlimen umno tinggal 4 orang sahaja( 1.10)
5. Ada juga orang percaya DIMP diberi dengan harga RM5,000 (23.10)
6. Mahathir bersara PM selepas dua penggal pada tahun 2028? (18.10)
7. Mana pemuda Umno bila Zahid dituduh pecah amanah? (18.10)
8. Dasar kebangsaan industri 4.0 garis 13 strategi (31.10)
9.Takkan Azmin bekas MB kalah di Selangor (14.10)
10. Beri peluang Mahathir pimpin negara satu penggal (28.10)

Friday, November 2, 2018

KERAJAAN LAMA BAYAR HUTANG 1MDB HAMPIR RM7 BILION SECARA RAHSIA

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan itu dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang.

Walaupun harapan rakyat tinggi, ia boleh menjadi satu daripada bajet yang paling sukar di tengah-tengah dakwaan penyelewengan, perbelanjaan diragui serta hutang tinggi yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional, menjadikan lembaran imbangan fiskal hampir tidak dapat diperbaiki.

Berikut adalah maklumat terkini mengenai Belanjawan 2019:

- Menteri Kewangan Lim Guan Eng bentang Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat.

- Belanjawan 2019 adalah belanjawan julung kali dibawah Kerajaan Pakatan Harapan - Lim Guan Eng.

- Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018.

- Belanjawan 2019 bertemakan 'Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera' .

- Tumpu tiga fokus dengan 12 strategi utama bagi mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia.

- Kerajaan Persekutuan telah menstruktur semula pendekatan belanjawan melalui Zero-Based Budgeting iaitu sistem belanjawan berasaskan sifar belanjawan.

- Kerajaan akan membentangkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal atau Fiscal Responsibility Act pada 2021 untuk mengelak perbelanjaan yang tidak terkawal dan menyebabkan hutang yang maha besar.

- Kerajaan berhasrat bentang Akta Perolehan Kerajaan tahun depan untuk kawal selia proses perolehan bagi memastikan ketelusan dan persaingan terbuka.

- Kerajaan akan melaksanakan perakaunan akruan bagi menggantikan perakaunan asas tunai bermula 2021.

- Jumlah jaminan kerajaan meningkat dari RM69.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM238 bilion pada 2017 iaitu peningkatan drastik sebanyak 244%.

- Kerajaan akan wujudkan Pejabat Pengurusan Hutang yang bertanggungjawab untuk semak dan urus hutang dan liabiliti kerajaan.

- Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek LRT3 daripada RM31.6 bilion kepada hanya RM16.6 bilion.

- Kerajaan akan bekerjasama dengan kerajaan asing untuk memulangkan segala aset dan wang tunai berkaitan dengan 1MDB yang telah dirampas.

- Low Taek Jho atau Jho Low yang terlibat skandal 1MDB telah didakwa di Amerika Syarikat.

- Hutang langsung kerajaan persekutuan mencatat RM687 bilion atau 50.7 peratus daripada KDNK pada akhir 2017.

- Kerajaan rancang untuk melaksanakan penjualan tanah secara berjadual dan berperingkat kepada pembida tertinggi tertakluk kepada syarat tanah bagi memaksimumkan hasil kepada kerajaan.

- Kerajaan akan memperkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai jualan mulai 1 Januari 2019.

- Perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Perkhidmatan.

- Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

- Kerajaan akan lancar Program Khas Pengakuan Sukarela (Special Voluntary Disclosure Program) untuk memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara sukarela sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan.

- LHDN akan teliti dan siasat harta kekayaan luar biasa yang ditunjukkan melalui pemilikan barang-barang mewah seperti barang kemas, jam tangan, beg tangan, kereta mewah atau hartanah.

- Cukai, fi dan levi sektor perjudian yang tidak dinaikkan sejak 2005 turut dipinda.

- Lesen kasino akan dinaikkan dari RM120 juta kepada RM150 juta setiap tahun.

- Duti kasino akan dinaikkan kepada 35 peratus ke atas pendapatan kasar.

- Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar.

- Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.

- Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.

- Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.

- Kerajaan akan memperkenalkan kadar tambahan BSH RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

- Dianggarkan sebanyak 4.1 juta isi rumah akan terus menerima bantuan kewangan daripada kerajaan dengan peruntukan RM5 bilion.

- Subsidi minyak secara bersasar kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

- Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.

- Bagi menstabilkan bekalan dan menyeragamkan harga barangan keperluan asas, terutama di Sabah dan Sarawak, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta.

- Kerajaan akan mengenal pasti dan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan social enterprise untuk menyokong usaha mereka dalam membantu komuniti yang kurang bernasib baik dan terpinggir.

- Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang buruh bagi memperkasakan pasaran buruh, kebajikan pekerja dan melarang sama sekali amalan diskriminasi oleh pihak majikan.

- Kerajaan melalui usahasama dengan syarikat insurans swasta akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40.

- Kerajaan prihatin dan ingin membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan dengan melaksanakan sepenuhnya Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mulai 1 Januari 2019.

- Pemberian bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada pesara yang layak.

- Kerajaan meluluskan kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai beragama Islam untuk tunai ibadah umrah sebanyak tujuh hari sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.

- Kerajaan peruntukkan hampir RM29 bilion untuk perkhidmatan kesihatan yang merupakan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tahun lepas.

- Bagi hargai penjawat awam bukan beragama Islam, Kerajaan perluas kemudahan cuti tanpa rekod tujuh hari bagi tujuan keagamaan sepanjang tempoh perkhidmatan.

- Kerajaan teruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara (mamogram), program vaksinasi HPV dan ujian saringan Pap Smear di hospital dan klinik Kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

- Kerajaan cadang perkenalkan duti eksais mulai 1 April 2019 pada kadar 40 sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum.

- Mempertingkatkan keselamatan dalam negeri dan pertahanan negara dengan peruntukan pembangunan RM5.9 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

- Peruntukan RM400 juta untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters kerajaan yang dikenal pasti.

- REHDA bersetuju untuk mengurangkan sebanyak 10% harga rumah yang tidak tertakluk kepada kawalan harga untuk projek baharu.

- Kerajaan peruntukkan RM240 juta dengan memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 2019.

- Kerajaan turut memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019.

- Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan yang terbesar berjumlah RM60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan tahun 2019.

- Peruntukan bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion untuk membantu golongan miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai.

- Kerajaan naik taraf dan selenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta tahun 2018.

- Kerajaan sedia peruntukan RM100 juta untuk pembinaan semula sekolah daif seluruh negara.

- Memperkasa aktiviti penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan RM400 juta.

- Kerajaan teruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.

- Kerajaan peruntukkan RM17.5 juta kepada MyPAC untuk hasilkan 600 akauntan Bumiputera yang diiktiraf dalam jangka masa lima tahun.

- Pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara dua peratus hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

- Pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman PTPTN pekerja bagi tahun berakhir 2019.

- Layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.

- Menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Kewangan Islam yang diketuai Kementerian Kewangan dan dianggotai BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

- Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas.

- Kerajaan akan laksana Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dengan peruntukan RM1 bilion.

- Kerajaan akan menguatkuasakan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang dijangka akan menurunkan harga jalur lebar talian tetap sekurangnya 25% pada hujung tahun 2018.

- Sebanyak RM210 juta diperuntukkan bagi tahun 2019 sehingga 2021 untuk menggalakkan peralihan kepada Industri 4.0.

- Khazanah Nasional Berhad akan membangunkan 80 ekar tanah di Subang sebagai hub aeroangkasa bertaraf dunia.

- Kerajaan melalui BPMB akan menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri dengan saiz dana RM3 bilion dengan insentif subsidi kadar faedah dua peratus.

- Dana pembiayaan PKS oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60 peratus jaminan SJPP termasuk RM1 bilion untuk PKS Bumiputera.

- Dalam laporan Doing Business Report 2019 oleh Bank Dunia, Malaysia telah melonjak dari tempat ke-24 ke tempat ke-15 di peringkat global.

- Memperuntukkan RM100 juta bagi menambahbaik keupayaan industri PKS dalam industri halal.

- Menyediakan Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah berjumlah RM1 bilion disediakan oleh institusi kewangan Islam dengan kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak dua peratus.

- Permodalan Usahawan Nasional Berhad akan menyediakan peruntukan RM200 juta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta pembelian premis perniagaan untuk disewa kepada PKS Bumiputera.

- Sebanyak RM100 juta diperuntukkan kepada TEKUN untuk membiayai usahawan kecil.

- RM2.46 bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara landasan keretapi untuk mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan negara.

- Menjadikan tanah seluas 380 ekar di Pulau Indah sebagai Zon Perdagangan Bebas untuk menyokong dan memangkin aktiviti perkapalan dan logistik di Pelabuhan Klang.

- Peruntukan RM30 juta bagi membantu semua pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).

- Kerajaan sedia Insentif Pengeluaran Getah dengan peruntukan RM50 juta bagi mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil.

- Pekebun kecil akan menerima sokongan pendapatan daripada Insentif Pengeluraran Getah jika harga getah jatuh bawah RM2.20 sekilogram.

- Geran sepadan RM100 juta akan disediakan kepada syarikat swasta bagi program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa untuk meningkatkan angka ketibaan pelancong.

- Kemudahan bebas cukai kepada kedai bebas cukai di Pelabuhan Swettenham di Pulau Pinang bagi menggalakkan lagi sektor pelancongan kapal persiaran.

- Kerajaan komited jadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai untuk merealisasikan potensi sebenar pulau tersebut.

- RM20 juta kepada Malaysia Healthcare Tourism Council (MHTC) untuk menjalinkan usahasama dengan hospital swasta yang terkemuka bagi menjenamakan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan.

- Membina dan menaiktaraf jalan raya, jalan luar bandar dan jambatan dengan peruntukan RM926 juta.

- Kerajaan perluas akses bekalan elektrik dan air di luar bandar dengan peruntukan masing-masing RM694 juta dan RM738 juta.

- Peruntukkan RM100 juta untuk memperkasa pembangunan masyarakat Orang Asli.

- Bagi penempatan FELDA, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM100 juta bagi menaiktaraf jalan, RM160 juta bagi projek sistem bekalan air, RM35 juta bagi projek membina dan naiktaraf bangunan serta projek pemasangan lampu jalan.

- Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak tertakluk kepada kajian rasionalisasi kos.

- Dana sebanyak RM2 bilion disediakan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau untuk galak pelaburan industri teknologi hijau.

- Belanjawan 2019 akan memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding anggaran RM290.4 bilion peruntukan pada tahun 2018.

- Peruntukkan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 taska di bangunan kerajaan ke arah meringankan bebanan kerja ibu yang bekerja.

- Kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan ke bawah, manakala RM250 kepada pesara kerajaan.

- Tabung Harapan Malaysia ini merupakan simbol semangat taat setia dan patriotisme rakyat Malaysia untuk membantu Kerajaan Persekutuan melangsaikan hutang negara yang diwarisi pentadbiran terdahulu.

-- BERNAMA

Thursday, November 1, 2018

KPLB PERLU KREATIF DALAM KEWANGAN YANG TERHAD

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menggunakan kaedah lebih kreatif dalam memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan luar bandar dapat dibekalkan, dalam keadaan kewangan negara yang terhad.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kementerian berusaha memenuhi tanggungjawab kepada rakyat, terutama meneruskan projek-projek yang memberi kesan secara langsung kepada masyarakat luar bandar.

"Dengan keadaan kewangan negara sangat terhad, tapi dalam masa sama kita ada tanggungjawab untuk beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat, maka kita perlu lebih kreatif, kita kena kurangkan ketirisan dan pembaziran.

“Kaji semula projek-projek yang sedang dilaksanakan dan kita lihat boleh buat penjimatan lima hingga 10 peratus, serta dalam masa yang sama memperkukuhkan penyelarasan antara kerajaan negeri dengan pusat.

"Kita amat berharap semua yang dipohon dalam Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan esok, diluluskan demi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat luar bandar," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama, di sini.

Rina bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah peruntukan yang dipohon KPLB. Belanjawan 2019 akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat, esok.

Mengulas lanjut, katanya dengan keadaan ekonomi negara yang tidak begitu memberangsangkan ketika ini, ditambah saranan kerajaan untuk berjimat cermat, kementeriannya terbuka untuk bekerjasama dengan pihak swasta dan badan bukan kerajaan yang mampu menawarkan projek pembangunan dengan harga lebih murah namun tidak menjejaskan kualiti.

"Kita akan mengkaji jika projek-projek seperti pembinaan rumah, jalan, sistem bekalan air terutamanya di kawasan pedalaman dengan kualiti tinggi tetapi kos yang murah ini boleh dilaksanakan, terutamanya di kawasan terpencil seperti di kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak serta di tempat-tempat yang lain, kenapa tidak," katanya.

Anggota Parlimen Titiwangsa itu berkata bajet kali ini fokus pada pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan, bekalan air dan elektrik di luar bandar, selain mengadakan program pendidikan dan keusahawanan, dua elemen penting dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar, terutama mereka yang masih berada di bawah garis kemiskinan.

Selain itu, katanya, hampir 50 peratus bajet yang akan diterima nanti, diperuntukkan kepada pembangunan Sabah dan Sarawak yang memerlukan kos projek lebih tinggi berikutan faktor geografi kedua-dua negeri itu.

"Kita ada pelan khas untuk Sabah dan Sarawak, kita jamin selepas ini kedua-dua negeri ini takkan ketinggalan dari segi pembangunan, sebab yang ketinggalan itu disebabkan banyak birokrasi, tak ada kerjasama yang baik, kalau nak cepatkan (pembangunan di Sabah dan Sarawak) maka kena ada kerjasama yang baik di antara kerajaan negeri dan pusat," katanya.

-- BERNAMA