Monday, December 24, 2018

YADIM TOLAK CADANGAN WANITA ISLAM SERTAI PERTANDINGAN UNDUK NGADAU PESTA KAAMATAN

KOTA KINABALU, 24 Dis (Bernama) -- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah menolak cadangan Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Unduk Ngadau Pesta Kaamatan peringkat negeri supaya wanita Muslim di negeri ini dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik pesta berkenaan.

Pengarah YADIM Sabah Samin Ongki berkata Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Sabah serta fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah dengan jelas menyebut larangan wanita Muslim di negeri ini menyertai pertandingan ratu cantik itu, dan ia perlu terus dihormati oleh semua pihak.

Justeru, Samin memohon jawatankuasa penganjur Unduk Ngadau menghormati sensitiviti umat Islam dengan tidak meneruskan cadangan tersebut.

Sunday, December 23, 2018

11 KETUA CABANG SOKONG SUPARADI SEBAGAI PENGERUSI MPN KELANTAN

KOTA BHARU, 23 Dis (Bernama) -- Pelantikan Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan yang baharu menerima sokongan hampir kesemua ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu.

Mohamad Suparadi berkata dalam pertemuan yang diadakan hari ini 11 ketua cabang telah menyatakan sokongan terhadap pelantikan beliau iaitu cabang Pasir Mas, Pasir Puteh, Jeli, Kuala Krai, Gua Musang, Bachok, Pengkalan Chepa, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu dan Tumpat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan itu beliau berkata tiga lagi cabang iaitu Ketereh, Kubang Kerian dan Rantau Panjang masih belum menyatakan pendirian mereka.

Saturday, December 22, 2018

TIGA PASANGAN PENGANTIN KAHWIN SERENTAK UNTUK JIMAT KOS



ALOR SETAR, 22 Dis (Bernama) -- Tiga pasangan pengantin dari Kampung Seberang Alor, Hutan Kampung, di sini, cukup bertuah apabila diraikan serentak dalam program Majlis Walimatulurus Perdana, yang sangat meriah hari ini.

Walaupun program anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kampung Seberang Alor itu dibuat secara sederhana, namun kira-kira 500 tetamu hadir untuk meraikan hari bahagia pasangan Nur Atirah Saiful Anuar, 21, dan Zulkifli Mustafa, 21; Muhd Amirul Faiz Mohd Zamri, 24 dan Amiza Jamil, 22; serta Amirul Othman, 31, dan Fatin Sofie Aina Narzeman, 20.

Pengerusi kelab tersebut Mohmad Nasir Ismail berkata, program itu julung kali diadakan dengan kerjasama Surau An-Nahdlatul Al-Islamiyyah, di sini, bertujuan membantu golongan muda yang ingin mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana.

"Selalunya, apabila hendak buat majlis perkahwinan memerlukan kos tinggi yang boleh mencecah sehingga RM15,000 ke RM20,000. Jadi kita (kelab) bersama kariah surau telah mengadakan mesyuarat fikir bagaimana boleh bantu tiga pasangan pengantin ini untuk buat kenduri tanpa membebankan mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.

Menurut Mohmad Nasir, setiap pasangan pengantin yang menyertai majlis itu hanya dikenakan bayaran sebanyak RM500 sahaja, sementara perbelanjaan untuk majlis perkahwinan ditanggung sepenuhnya menerusi sumbangan pelbagai pihak.

“Kos keseluruhan majlis ini berjumlah RM16,000 di mana kita berjaya mengumpulkan wang tersebut dalam tempoh dua bulan menerusi sumbangan pelbagai pihak termasuk daripada Anggota Parlimen dan agensi kerajaan," katanya.

Katanya, majlis itu sepatutnya disertai lima pasangan, namun pihaknya terpaksa memilih tiga pasangan sahaja memandangkan lokasi majlis perkahwinan itu tidak mampu menampung kehadiran tetamu daripada pihak lima pasangan pengantin.

Terdahulu, majlis yang diadakan di perkarangan Surau An-Nahdlatul Al-Islamiyyah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena berkata usaha yang dilakukan oleh kelab dan surau di tersebut sangat baik bagi merealisasikan impian tiga pasangan mempelai tersebut untuk mengadakan majlis dengan kos yang sedikit.

"Sekarang nak buat majlis makan kos yang besar jadi saya harap usaha ini akan diteruskan dan tidak perlu buat majlis besar-besaran dengan keadaan ekonomi negara dan diri yang tidak menentu. Jadi semua benda itu perlu diambil kira," katanya.

Sementara itu, Amirul dan Fatin Sofie Aina melahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada semua pihak yang membantu meringankan beban kewangan untuk mereka melangsungkan majlis perkahwinan.

“Saya berharap usaha ini juga boleh memberi inspirasi kepada pasangan lain untuk mengadakan majlis secara berkumpulan dan menjimatkan,” kata Amirul.

-- BERNAMA

Friday, December 21, 2018

UMNO AKAN BERI LEBIH KUASA KEPADA PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- UMNO akan menyusun dan menstruktur semula operasi parti itu dalam usaha memperkasakannya kembali selepas menghadapi pelbagai tekanan termasuk sebilangan pemimpinnya meninggalkan parti.

Dalam hala tuju baharu parti itu, pemangku jawatan presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata antara perubahan yang bakal dilakukan adalah memberikan lebih kuasa kepada pentadbiran UMNO negeri untuk merangka strategi di negeri masing-masing.

"Tidak ada rasa kekitaan dan juga rasa pemilikan daripada UMNO negeri, semuanya diserahkan kepada ibu pejabat. Oleh itu kita buat supaya ketua perhubungan negeri dan bahagian akan bersama-sama mengatur strategi bagi memenangi pilihan raya umum ke-15 akan datang.

"Ini akan dilakukan oleh satu jawatankuasa untuk melihat bagaimana kita boleh memberi kuasa yang lebih banyak kepada negeri-negeri - tidak berpusat di ibu pejabat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, di sini, hari ini.

Beliau berkata pada masa yg sama UMNO bersetuju memberikan autonomi penuh kepada UMNO Sabah bagi mengatur strategi untuk bangkit semula setelah beberapa pemimpin parti di negeri itu bertindak meninggalkan UMNO.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata parti itu akan menjadi jurucakap kepada rakyat dalam memperjuangkan nasib mereka selain bertekad menjadi pembangkang yang berkaliber dan efektif di Parlimen.

Mengenai pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands yang akan diadakan pada 26 Jan depan, Mohamad yang juga pemangku Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata satu mesyuarat BN akan diadakan pada masa terdekat bagi menetapkan calon yang bakal bertanding pada PRK itu.

Mesyuarat turut bersetuju memilih Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Menteri Besar Pahang menjadi pengarah PRK bagi parti itu manakala Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri akan mengatur strategi dan program bagi jentera pilihan raya berkenaan.

-- BERNAMA

Thursday, December 20, 2018

MOHAMAD HASSAN KENA TANDING DI PRK CAMERON HIGHLANDS UNTUK DILANTIK KETUA PEMBANGKANG



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluar kenyataan hari ini menetapkan pengundian pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highland pada 26 Januari 2019 (Sabtu) dan undian awal pada 22 Jan.

PRK ini diisytiharkan, ekoran pengisytiharan Mahkamah Pilihan Raya bahawa keputusan kerusi P 078 pada PRU 14 yang lalu adalah terbatal.

Pada PRU yang lalu 9 Mei 2018, jumlah pengundi adalah 32,048 undi.

Kini jumlah pengundi adalah 32,009 undi yang diisytiharkan SPR.

Wujud pengurangan yang berkemungkinan disebabkan pelbagai faktor seperti kematian, perpindahan alamat dan lain-lain.

Wujud beberapa perkara dan situasi menarik untuk dilihat pada PRK kali ini.

Pertama, PRK kali ini memperlihatkan pertembungan antara dua kerajaan iaitu kerajaan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan dan Barisan Nasional di peringkat Negeri Pahang.

Bagaimana corak kempen yang bakal berlaku? Menarik juga untuk melihat isu-isu yang digemburkan oleh pelbagai pihak terutama di kalangan NGO seperti BERSIH berkaitan isu penggunaan jentera kerajaan.

Bagaimana kedua pihak menanganinya?

Pada PRU 14 yang lepas Mei 2018 apabila P 078 mengalami pertembungan pertandingan 5 penjuru menyaksikan keputusan:

• BN mendapat 10,307 undi
• PH diwakili DAP mendapat 9,710 undi
• PAS mendapat 3,587 undi
• Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendapat 680 undi dan
• Berjasa mendapat 81 undi

PAS telah mengumumkan tidak bertanding dan bakal membantu calon pembangkang.

Justeru, menarik untuk melihat ke arah manakah kecenderungan ahli PAS yang dahulunya dengan kekuatan 3,587 undi untuk mengundi bukan Melayu dalam

kerencaman polemik-polemik yang berkaitan isu Melayu-Islam yang dibangkitkan kini.

Berdasarkan komposisi kaum data demografi PRU 14 pada Mei 2018, pecahan komposisi kaum adalah seperti berikut yang dijangka tidak berbeza jauh dalam PRK kali ini:



• Melayu – 33.44%
• Cina – 28.42%
• India – 14.42%
• Lain-lain (Orang Asal kebanyakannya) 23.67%

Berdasarkan komposisi tersebut antara penentu kemenangan calon-calon pilihan raya lalu khususnya bagi Barisan Nasional adalah undi orang Asal yang agak tinggi jumlahnya iaitu 23.6%.

Tidak hairanlah, Parlimen Cameron Highland ini pernah digolongkan sebagai kubu kuat BN. Jika dahulu orang Asal menyokong BN, namun bagaimanakah ‘trend’ tersebut kini setelah kerajaan Persekutuan di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Adakah suasana negeri Pahang yang dalam penguasaan kerajaan BN akan mempertahankan landskap PRU yang lepas?

Suasana pastinya tidak mudah buat gabungan BN khususnya MIC yang meletakkan calon dalam PRU lepas.

Kemelut dalaman Umno pastinya memberi kesan kepada penggerak jentera BN.

Pakatan Harapan berdasarkan konvensyen atau kesepakatan empat PRK pasca PRU 14, ke semua PRK yang dilangsungkan telah dipertanggungjawabkan kepada parti gabungan Pakatan Harapan yang menjadi calon di kerusi tersebut pada PRU 14.

Pastinya kali ini menjadi tanggungjawab DAP untuk kekal menghantar calon bertanding mewakili Pakatan Harapan.

Cabaran DAP pastinya untuk meraih sokongan undi Melayu dan orang Asal yang jumlahnya hampir 56% undi.

Institut Darul Ehsan (IDE) menyambut baik langkah penambahbaikan SPR yang diumumkan oleh Datuk Azhar Azizan Harun pada PRK kali ini.

SPR telah mengumumkan langkah memberi ruang kepada calon-calon yang bertanding untuk menghantar borang ke Pejabat Pengurus Pilihan Raya untuk semakan awal sebelum hari penamaan calon.

Kaedah ini membolehkan proses perjalanan penamaan calon berkaitan isu-isu teknikal dapat disemak lebih awal berkaitan dengan isu-isu seperti status bankrupsi , isu penyata kewangan dan status calon, penyokong dan pencadang.

SPR juga mengumumkan dua langkah pro aktif iaitu yang pertama, untuk menyiarkan proses pengiraan undi secara langsung melalui media sosial dan media elektronik adalah satu langkah yang baik dalam proses pendidikan demokrasi untuk rakyat.

Kedua, SPR juga mengumumkan langkah proaktif untuk menyiarkan keputusan awal pengundian adalah satu tindakan positif bagi memberikan maklumat yang pantas dan terkini kepada rakyat.

Pengalaman IDE dalam PRU 14 yang lepas dan tiga PRK yang lalu telah berjaya membantu parti-parti politik melalui Sistem SPERA untuk memaparkan keputusan awal berdasarkan maklumat Borang 14.

Pengalaman IDE, dengan sistem SPERA yang dibangunkan keputusan awal boleh diperolehi seawal jam 6.00 petang dan jumlah keseluruhannya selewat-lewatnya jam 7.00 ptg.

Namun demikian, dalam kenyataan SPR, masih lagi meletakkan sasaran 70 peratus turun mengundi walaupun berdasarkan trend empat PRK pasca PRU 14, peratusan turun mengundi paling tinggi adalah di PRK Port Dickson 58.3 peratus.

Justeru, SPR perlu bersedia dengan strategi bagi menggalakkan pengundi untuk turun mengundi bagi mencapai sasaran tersebut.

Menangani isu peratusan turun mengundi ini, SPR sendiri harus menjalankan kempen untuk pengundi turun dengan menggunakan saluran media utama dan media sosial.

Berdasarkan kajian IDE sejak dahulu, hari Sabtu masih dilihat hari yang kurang sesuai untuk hari pengundian bagi suatu pilihan raya kecil terutama kepada pekerja swasta disebabkan mereka masih bekerja di hari Sabtu dan juga kepada pengundi-pengundi yang tinggal di luar Cameron Highland.

Hari Ahad atau hari cuti masih merupakan hari terbaik buat pengundi untuk membuang undi.

SPR dan parti-parti politik perlu juga mengatur strategi untuk membantu pengundi keluar mengundi pada hari tersebut khususnya pengurusan trafik.

Ramai sedia maklum, Cameron Highland khususnya di kawasan-kawasan pelancongan memang terkenal sesak di hari cuti sekolah.

Kepada rakyat Parlimen P 078 Cameron Highland, selamat mengundi, jalankan tanggungjawab anda sebaiknya untuk memilih pemimpin mewakili anda di Dewan Rakyat!


Ulasan saya, ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam sedang menjalankan bancian siapa yang layak jadi ketua pembangkang sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak atau Khairy Jamaluddin.


Bagi saya, pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan (Tok Mat) layak jadi ketua pembangkang. Macam mana beliau mahu jadi ketua pembangkang sedangkan beliau bukan ahli parlimen?


Pada 26 Januari 2019 akan diadakan PRK Cameron Highlands. Bagi saya, daripada meletakkan calon MIC untuk mempertahankan kerusi BN lebih balik letak calon Umno. Maka ini peluang bagi Tok Mat bertanding kerusi parlimen. Apabila beliau menang automatik beliau akan dilantik ketua pembangkang.


Kenapa perlu ambil orang luar bertanding di Pahang? Ini adalah kerana kita mahu Tok Mat jadi ketua pembangkang di parlimen maka pemimpin Umno Pahang kena beri laluan kepada Tok Mat. Lagipun Pahang adalah kubu kuat BN. Tambahan pula ketua bahagian Cameron Highlands adalah MB Pahang sendiri, Wan Rosdy.


Kalau orang kampung Tok Mat (Port Dickson) boleh terima orang Pulau Pinang (Anwar Ibrahim) jadi ahli parlimen maka apa salahnya orang Pahang terima orang Negeri Sembilan bertanding di dalam PRK ini. Pada PRU akan datang Tok Mat kembali bertanding di Rembau di bahagiannya sendiri.


Bagi saya PRK Cameron Highlands peluang terbaik bagi Umno menghantar Tok Mat ke parlimen. Jika MIC kekal bertanding orang Melayu mungkin tak undi calon BN selepas berlakunya kematian Muhammad Adib yang menyinggung perasaan orang Melayu.


Fikir-fikirkanlah cadangan saya ini, Tok Mat. Sebagai pemangku presiden Umno, Tok Mat boleh bincang dengan MB Pahang, Wan Rosdy. Lagipun ini PRK dan bukannya PRU. Maka PRK ini BN kena menang untuk mempertahankan kerusi yang ada.


Wednesday, December 19, 2018

TINDAKAN ZAHID MEMANG TEPAT PADA WAKTUNYA DEMI KELANGSUNGAN UMNO



KUALA  LUMPUR: Pengumuman Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk yang menyerahkan tugasnya sebagai presiden Umno kepada timbalannya Mohamad Hasan semalam nampaknya gagal memuaskan hati semua pihak dalam parti itu.

Seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di Johor berkata kenyataan Zahid semalam bersifat tergantung terutama dalam soal hala tuju Umno.

Beliau yang meminta namanya tidak disiarkan berkata, Zahid misalnya tidak memberi tempoh masa yang khusus peralihan tugas itu.

"Nak kata dia mahu berehat agak kasar. Apa yang berlaku semalam adalah timbalan jalankan tugas presiden, pendekatan yang lembut. Maknanya dia (Zahid) tak mahu berhenti atau letak jawatan.

"Jadi ia agak kabur dan sekadar mahu redakan golongan yang tak berpuas hati dengannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tindakan Zahid semalam susulan desakan agar beliau meletakan jawatan sebagai presiden selepas sejumlah pemimpin dan anggota parlimen Umno mengumumkan keluar parti.

Semalam ketika ditanya tentang tempoh masa pemindahan tugas itu, Zahid hanya berkata sehingga Mohamad tidak sanggup lagi memikulnya atau merasakan beliau mampu menjalankan kembali tugas itu.

Ketua Pemuda itu berkata lagi, Umno tidak boleh mengulang kesilapan mempertahankan presiden mereka yang terpalit dengan tuduhan skandal - seperti yang dilakukan ketika Najib mengemudi parti itu.

Katanya, sebelum PRU ke-14 Umno mempertahankan Najib yang terkait dengan skandal 1MDB kerana tidak mahu melihat parti itu runtuh, namun rakyat tetap menolak mereka sehingga hilang kuasa.

"Kita tak mahu pisang berbuah dua kali. PRU ke-14 kita kalah sebab isu integriti melibatkan Najib. Sekarang presiden kita pun berdepan tuduhan berkaitan integriti," katanya merujuk 46 pertuduhan yang dihadapi Zahid.

"Dulu kita pertahankan institusi presiden, tetapi sekarang kita tak mahu ia menjadi isu yang beri kesan kepada parti. Jika kita tak belajar dari kesilapan, memang kita pekak dan buta," katanya lagi.

Katanya lagi, Umno kini tidak dapat memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan kerana terganggu dengan tuduhan melibatkan presidennya.

Beliau bagaimanapun tidak berkata Zahid perlu meletakkan jawatan dengan segera, sebaliknya menggesa pemilihan semula diadakan.

Tindakan Zahid semalam boleh dikatakan mengejutkan apabila beliau sebelum ini tampak bertegas untuk terus menjalankan tugas sebagai presiden di sebalik desakan terhadapnya.

Ia mendapat pujian daripada dalam parti itu, antaranya Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang yang menyifatkannya sebagai luar biasa dan Naib Presiden Khaled Nordin yang menganggapnya berjiwa besar.

Sementara itu, exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata Zahid akhirnya sedar beliau kian hilang pengaruh dalam parti itu.

"Zahid sedar dia lose grip dan demi selamatkan parti, dia berkorban," katanya.

Beliau berkata Zahid mungkin perlu terus berehat sehinggalah pemilihan Umno akan datang, iaitu pada 2021.

"Dia tak perlu berundur kerana dipilih oleh perwakilan. Dia cuma perlu berehat kerana masalah Umno adalah tentang kepimpinan, apabila (tugas) diserahkan kepada Mohamad Hasan ramai akar umbi rasa lega," katanya lagi.

Ulasan saya, akhirnya Zahid terima pandangan akar umbi supaya beliau berehat untuk menumpukan kepada kes mahkamahnya. Bagi saya, Zahid berjiwa besar kerana sanggup dengar pandangan akar umbi.

Imej Umno tercalar mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlibat dalam skandal 1MDB sehingga BN gagal mempertahankan kerajaan yang diterajui selama 61 tahun. Maka ahli Umno mendesak Zahid berundur kerana kononnya kes mahkamahnya akan menyukarkan BN untuk menumbangkan kerajaan PH pada PRU akan datang.

Saya adalah penyokong Zahid sejak tahun 1987 saya mengenalinya ketika beliau adalah setpol Menteri Belia dan Sukan. Saya terhutang budi kepada beliau kerana beliau meluluskan lesen securiy guard saya setelah dua kali Hishamuddin Hussein menolak permohonan syarikat saya tetapi dalam soal politik saya tak sokong ketika Zahid bertanding presiden Umno pada Ogos lalu. 

Saya sokong Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) kerana saya nampak Ku Li calon presiden Umno yang paling bersih antara tiga calon yang bertanding. Saya sudah diberitahu orang dalam SPRM bahawa jika Zahid menang, beliau akan didakwa di mahkamah. Ternyata selepas beliau menang jawatan Presiden Umno, esoknya beliau dipanggil SPRM untuk menyiasat kes pecah amanah dalam yayasan yang dipengerusikannya.

Jadi lebih baik beliau berundur untuk menumpukan kes mahkamah beliau. Sudah tentu kes itu akan lama berlarutan sehingga selepas PRU akan datang. Dalam politik semua serba mungkin. Dr Mahathir yang sudah bersara pada tahun 2003 tak disangka sangka dilantik semula sebagai PM pada tahun 2018.

Oleh itu jika mahkamah memutuskan bahawa Zahid tak bersalah maka beliau boleh bertanding semula jawatan presiden Umno kerana perwakilan bebas memilih persidennya. Jadi tindakan Zahid amat dihargai demi kelangsungan Umno. Pemimpin datang dan pemimpin pergi. Maka terserahlah kepada Datuk Mohamad Hassan mencorakkan Umno.

Tuesday, December 18, 2018

KALAU SAYA ISYTIHAR ADUN BEBAS, RAMAI ADUN BN AKAN IKUT SAYA KATA ADNAN



KUANTAN: Bekas Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob menasihatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi "jangan menggelabah" dan patut lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan supaya tidak mencipta lebih ramai musuh.

"Selaku orang tua, saya nasihatkan presiden jangan menggelabah dalam keadaan Umno tidak stabil.

"Jangan menambah musuh," katanya, lapor media tempatan.

BH Online memetik Adnan berkata sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bersedia mengikut jejak langkahnya menjadi Adun bebas jika beliau berbuat demikian.

Sebaliknya, Adnan yang juga Adun Pelangai dan Ketua Umno Bahagian Bentong menjelaskan beliau cuma mengenangkan menteri besar sekarang, Wan Rosdy Wan Ismail yang dianggap sebagai saudara kandungnya.

"Saya mengenangkan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail yang saya anggap macam adik kandung.

“Saya nak beritahu, saya bukan ada pengaruh sangat. Jadi MB pun 19 tahun je. Kalau hari ini saya isytihar jadi Adun bebas, sebahagian besar Adun akan ikut saya.

“Saya bukan takbur, boleh jatuh kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang. Ini bukan niat saya. Setakat ini saya ahli Umno tegar. Cuma Umno nampak tak segar,” katanya lagi.

Laporan BH Online juga menyatakan kenyataan Adnan itu dikongsikan Naib Presiden Umno, Hishammuddin Hussein kepada wartawan menerusi WhatsApp apabila diminta mengulas dakwaan Ahmad Zahid berhubung wujud gerakan membeli MP dan Adun Pahang untuk berpaling tadah seterusnya menjatuhkan BN di negeri itu.

Hishammuddin dipetik laporan itu berkata Adnan menjawab dakwaan Ahmad Zahid dan kemudian dikongsikan kepada pemimpin tertinggi Umno.

“Let Pahang leaders answer u my friend. Mantan MB has spoken. Rahman Mohamad, Ahli Parlimen Kuala Lipis has also answered Press’,” kata Hishammuddin, petik BH Online lagi.

Semalam, Ahmad Zahid berkata ada gunting dalam lipatan yang berusaha menumbangkan kerajaan BN di Pahang dengan membawa MP dan Adun Umno berpaling tadah.



Mengulas lanjut, Adnan dipetik berkata kenyataan Ahmad Zahid itu sebagai terlalu rambang.

“Kenyataan presiden ini tersangat rambang.

“Setahu saya Hishammuddin... tidak pernah menghubungi sesiapa di Pahang untuk mengajak ahli parlimen atau Adun Pahang meninggalkan Umno.

“Soal dapat maklumat, tak perlu jadi ‘menteri polis’, ‘menteri askar’. Pernah jadi menteri besar kecil pun banyak dapat maklumat, termasuk maklumat sulit mengenai presiden.

“Tulisan saya bukan sebab ‘siapa makan cili, dia terasa pedas’. Saya wajib jawab sebab kenyataan presiden dibuat dalam konteks Umno Pahang,” katanya.

Sementara itu, Adnan juga mendedahkan beliau telah bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak pernah minta jumpa Tun (Dr Mahathir). Tun yang panggil saya jumpa beliau. Sebelum berjumpa Tun saya menyembah maklum kepada Pemangku Raja dan memaklumkan kepada Menteri Besar.

“Perjumpaan dengan Tun selama setengah jam berkisar masa depan Melayu. Saya baru sekali saja sekali berjumpa Tun” katanya.

Monday, December 17, 2018

POLIS KENA CARI PEMBUNUH ADIB SAMPAI KE LUBANG CACING

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kini disiasat dan diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, kata Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab.

Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh tetapi kini diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Muhammad Adib, 24, yang cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam ini.

Perkara itu disahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin kepada pemberita di IJN.

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil itu.

Allahyarham pada asalnya dirawat di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, sebelum dipindahkan ke IJN pada hari sama.

-- BERNAMA

Sunday, December 16, 2018

BIAR SAYA KALAH ASALKAN RAKYAT BEBAS DARI ASAP ROKOK

IPOH, 16 Dis (Bernama) -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan beliau tidak bimbang akan kehilangan undi pada pemilihan Parti Amanah Negara (Amanah) tahun depan susulan cadangan larangan merokok di premis makanan yang dikeluarkan kementerian itu.

Pengarah Strategi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah itu berkata beliau akan tetap menjalankan tugas serta tanggungjawabnya, dan cadangan yang dianggap dianggap 'tidak popular' itu tidak akan berubah.

“Ada sahabat yang menegur saya mengatakan tahun hadapan, tahun pemilihan (parti), saya tidak akan dapat undi mereka… tak apa. Biar saya kalah atas mendirikan prinsip menjamin kesihatan rakyat,” katanya ketika sesi penggulungan pimpinan nasional di Konvensyen Nasional Amanah 2018 di sini hari ini.

Friday, December 14, 2018

GADIS 18 TAHUN MENANG MISS MALAYSIA KEBAYA 2018



KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Aini Sophi Shamsol Zainal,18, dari Melaka merangkul Anugerah Miss Malaysia Kebaya 2018 pada Grand Final Miss and Mrs Malaysia Kebaya 2018 malam ini.

Beliau turut memenangi Anugerah Popular Kebaya 2018 dan juga Anugerah Fotogenik Kebaya 2018.

Bagi Anugerah Mrs Malaysia Kebaya 2018 pula dimenangi oleh Nur Hazwani Che Rahim, 30 dari Kuala Lumpur.

Sepuluh finalis daripada pelbagai latar belakang berjaya ke peringkat akhir kategori Miss Malaysia Kebaya 2018 manakala tujuh orang finalis bagi kategori Mrs Malaysia Kebaya 2018.

Thursday, December 13, 2018

RAFIZI DILANTIK NAIB PRESIDEN?



KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) – Mohd Rafizi Ramli berkemungkinan dilantik semula sebagai Naib Presiden PKR untuk mengisi jawatan lantikan dalam senarai kepimpinan tertinggi parti itu bagi penggal 2018-2021.

Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, berkata beliau tidak menolak kemungkinan itu berdasarkan pendirian yang dinyatakan oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesediaannya memberi tempat kepada individu yang memberi sokongan kepada parti.

“Kemungkinan Rafizi tersenarai itu ada, sebab Anwar dah cakap semua yang bersedia memberi sokongan dan bantuan kepada parti untuk kukuhkan jentera parti akan dikumpulkan, akan diserapkan untuk kepimpinan akan datang,

“Senarai penuh jawatankuasa akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pembukaan persimpangan bertingkat Pantai Sentral dekat Lebuhraya Baru Pantai (NPE) yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir, hari ini.

Pada proses pemilihan PKR baru-baru ini, Rafizi tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden.

Wednesday, December 12, 2018

BUNG MOKHTAR YANG SETIA DENGAN UMNO DILANTIK PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SABAH

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — UMNO Sabah tidak terbubar atau tergugat dengan tindakan keluar parti beramai-ramai pemimpinnya hari ini, kata Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata suatu analisis dilakukan terhadap beberapa jawatan dalam Badan Perhubungan UMNO Sabah bagi membolehkan parti itu menyusun dan merombak badan perhubungan itu, termasuk melaksanakan pelan penggantian di peringkat bahagian sebagaimana dalam Fasal 15.7 dan Fasal 15.8 Perlembagaan UMNO.

“Apa yang berlaku di Sabah merupakan suatu tindakan yang telah dijangka dan ini tidak sama sekali melemahkan perjuangan UMNO yang banyak menabur jasa di negeri itu,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Ekoran krisis kepimpinan UMNO Sabah, Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkuatkuasa hari ini, menggantikan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yang keluar parti.

Tuesday, December 11, 2018

EMPAT PEMIMPIN UMNO YANG JUMPA PM ADA MASAALAH

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mengakui terdapat empat pemimpin UMNO Sabah telah bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya hujung minggu lalu.

Beliau berkata dua daripadanya adalah Anggota Parlimen dan dua lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

"Saya tidak tahu siapa yang keluar, saya tak boleh buat kenyataan, nanti kawan-kawan kecil hati, tetapi saya tahu siapa dia, bila, dan apa yang telah dibincangkan.

"Saya boleh mengesahkan kita ada perbincangan beberapa hari lepas dengan beberapa ketua bahagian termasuk pengerusi perhubungan dan juga setiausaha perhubungan. Mereka turut menjelaskan kepada saya permasalahan yang mereka hadapi dan ia kelihatan agak kompleks," katanya pada media di lobi Parlimen hari ini.

Annuar berkata sedemikian ketika mengulas mengenai laporan media yang menyebut UMNO Sabah dijangka akan dibubarkan dan pengumumannya bakal dibuat pengerusi perhubungan negeri parti itu, Datuk Hajiji Noor hari ini.

Empat anggota Parlimen UMNO dari Sabah dijangka keluar parti itu bagi menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan persekutuan.

Mengulas lanjut, Annuar berkata beliau mengikuti perkembangan ini dengan hati yang terbuka kerana UMNO tidak mempunyai sebarang ikatan atau kontrak seperti yang dibuat parti lain.

"Kita tidak ada kontrak, baiah serta ikatan-ikatan yang cuba menyekat wakil rakyat UMNO terutamanya berhijrah ke mana-mana parti.

"Satu aspek wakil rakyat kita terus dilamar. Kita terus dihubungi, diajak, dipujuk ,dilamar dan kita ambil sikap terbuka terpulang kepada wakil-wakil rakyat kita untuk membuat pendirian politik masing-masing.

-- BERNAMA?

Monday, December 10, 2018

KHAIRY TIDAK TERLIBAT PAKSA ZAHID BERUNDUR

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak tahu menahu tentang laporan yang mendakwa ada usaha di kalangan pimpinan UMNO untuk memaksa presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur sebelum akhir tahun ini.

Khairy, yang juga bekas calon Presiden UMNO dalam pemilihan parti Jun lalu, berkata beliau tidak terlibat sama dalam hal berkenaan jikapun ia (komplot itu) benar.

"Saya tak dengar apa-apa, saya tak tahu apa-apa, kalau ada sebarang usaha, ia tidak melibatkan saya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar NST yang mendakwa terdapat kalangan pimpinan parti itu yang sudahpun merumuskan laluan untuk Ahmad Zahid berundur daripada jawatannya.

Sunday, December 9, 2018

PH BIAYAI PARTI MELALUI JUAL MEJA BUKAN MELALUI KOMISEN PROJEK KERAJAAN

PUTRAJAYA, 9 Dis (Bernama) – Majlis Makan Malam Amal Pakatan Harapan (PH) berjaya mengumpul dana sebanyak RM1.665 juta melalui penjualan meja pada acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam ini.

Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata, keseluruhan 156 buah meja telah berjaya dijual bagi mengumpul dana secara telus dan berintegriti.

Menurutnya, dana tersebut dimasukkan terus ke akaun bank PH.

“Kita mahu memastikan iltizam PH untuk tidak menggunakan dana kerajaan untuk aktiviti politik kepartian dapat dilaksanakan.

“Dalam masa yang sama, kita juga mahu gerak kerja parti komponen PH dapat terus berjalan dengan lancar demi manfaat rakyat,” katanya pada majlis itu.

Dr Wan Azizah merupakan pengerusi jawatankuasa majlis berkenaan dengan bertujuan menjana kewangan PH bagi membiayai kos operasi, pengurusan dan aktivitinya.

Majlis bertema ‘Memenuhi Harapan, Mengisi Kemenangan’ itu turut dihadiri Perdana Menteri, yang juga Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Hadir sama ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah.

-- BERNAMA

Saturday, December 8, 2018

JANGAN UNGKIT KEDUDUKAN MB JOHOR



KUALA LUMPUR: Kedudukan Menteri Besar Johor, Osman Sapian tidak perlu dibangkitkan demi memastikan kestabilan politik di negeri itu, kata presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Menteri Dalam Negeri itu berkata ahli atau parti komponen boleh menyuarakan pendapat melalui saluran yang betul sekiranya ada perkara berbangkit.

“Bagi menentukan politik di negeri ini stabil, kedudukan Menteri Besar tidak seharusnya dibangkitkan, lagipun kita ada peraturan-peraturan, kalau berbangkit dalam parti boleh menyalurkan dalam parti seperti konvensyen. Ini satu daripada cara.

“Kita mengamalkan dasar demokratik terbuka, tetapi kalau ada usaha-usaha untuk buat itu ini, ia tidak baik bukan sahaja untuk individu, tetapi negeri Johor. Jadi kita perlu terima, bagi saya Datuk Osman sudah buat apa yang terbaik setakat hari ni,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan usaha melobi seorang exco di negeri itu untuk dijadikan Menteri Besar pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Bersatu Johor 2018 di Kulai hari ini. Osman sendiri turut hadir dalam konvensyen berkenaan.

Muhyiddin berkata, beliau tidak menafikan Osman pernah beberapa kali bertemu dengannya dan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan pelbagai perkara.

“Jadi rakyat perlu beri sokongan supaya kerajaan PH Johor mantap. Itu bagi saya amat mustahak,” katanya.

Osman baru-baru menerima kritikan apabila kerajaan negeri membatalkan pewartaan Pulau Kukup sebagai taman negara yang dilindungi.

Keputusan itu dibuat ketika mesyuarat exco pada 24 September lalu.

Antara yang mengkritik Osman ialah tokoh wartawan A Kadir Jasin yang menggesa menteri besar itu sama ada memberikan penjelasan atau meletakkan jawatan.

Kadir sendiri dilihat merupakan penyokong kuat Mahathir.

Semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendedahkan istana sedar ada pihak cuba melobi salah seorang exco kerajaan negeri dalam cubaan untuk menggantikan Osman.

TMJ, dalam akaun Twitternya, berkata: “Anda bukan seorang Perdana Menteri. Apa yang membuatkan anda berfikir dengan cuba melobi seseorang menjadi Menteri Besar yang boleh menjadi boneka anda, anda boleh mengawal Johor?

“Anda melobi seorang exco kami menjadi Menteri Besar. Kami tahu itu. Ini bukan lagi 1992. Negeri Johor masih ada Sultan yang memerintah,” katanya.

Friday, December 7, 2018

ISU PTPTN PUNCA PH KALAH PRU AKAN DATANG?

SHAH ALAM, 7 Dis (Bernama) -- Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilihat boleh menjadi antara punca kerajaan Pakatan Harapan (PH) 'dikeluarkan' daripada terus mentadbir negara, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Berikutan itu, beliau berkata isu berkenaan harus dibincang dengan baik oleh semua pihak kerana ia melibatkan kos sara hidup yang sering menjadi topik utama dibangkitkan golongan muda masa kini.

"Kalau saya tak berjaya angkat suara anak muda tentang ini (PTPTN), maksudnya saya gagal. Sebab itu, kalau kita bincang tentang PTPTN, saya kena pertahankan (keutamaan golongan muda) dan bawa ke jemaah menteri untuk mencari kaedah yang komprehensif menyelesaikannya.

Thursday, December 6, 2018

PELEKAT TMM2020 JUGA AKAN DITAMPAL DI BADAN PESAWAT INDIGO AIRLINES INDIA



KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi mempertahankan cadangan kementerian untuk menampal pelekat khas 'Tahun Melawat Malaysia 2020’ (TMM 2020) pada badan pesawat Malaysia Airlines (MAS) sebagai usaha mempromosi industri pelancongan negara ini.

Beliau berkata cadangan itu adalah baik untuk menarik pelancong asing ke negara ini.

Terdahulu, dalam satu jawapan di Dewan Rakyat, Mohammadin berkata kementerian kini dalam perbincangan dengan MAS dan syarikat penerbangan luar antaranya IndiGo Airlines (India) untuk menampal pelekat tersebut sebagai usaha menarik dan meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia.

Sementara itu Mohamaddin Ketapi menyifatkan Malaysia berada di landasan yang betul bagi mencapai pertumbuhan industri pelancongan yang mampan.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Mohamaddin berkata industri pelancongan negara merupakan antara penyumbang utama kepada sektor perkhidmatan negara, dengan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 14.9 peratus atau RM201.4 bilion.

“Industri pelancongan merupakan penyumbang ketiga terbesar dengan sumbangan bernilai RM73.3 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar. Di samping itu, guna tenaga industri pelancongan juga mencatatkan rekod tertinggi iaitu seramai 3.2 juta orang, 22.7 peratus daripada jumlah guna tenaga keseluruhan pada 2016,” katanya.

Wednesday, December 5, 2018

SIAPA BOHONG: DR AZIZ BARI ATAU SAARANI MOHAMAD?



IPOH: Gambar dan akuan bersumpah lima Adun Umno yang bertemu exco Perak Dr Abdul Aziz Bari menjadi sandaran bagi ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Saarani Mohamad untuk membuktikan dakwaan cubaan menjatuhkan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu, lapor media tempatan.

Saarani dipetik Utusan Online berkata, kesemua bukti berkenaan akan diserahkan kepada pihak polis sekiranya beliau dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

"Akuan bersumpah ini adalah bukti sahih dan dibuat berasaskan apa yang dilaporkan oleh lima Adun kepada saya. Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Negara, kertas siasatan telah dibuka dan ini bermakna saya akan dipanggil pada bila-bila masa.

"Saya bukan menipu dan mereka-reka cerita. Saya ada akuan bersumpah daripada kesemua Adun Umno yang telah ditemui secara peribadi oleh Adun Tebing Tinggi (Dr Abdul Aziz Bari). Dia sendiri pergi jumpa dan gambar pun ada," katanya hari ini.

Saarani juga mengulas penafian yang dibuat Abdul Aziz susulan pendedahan beliau mengenai 'komplot' itu di dalam sidang DUN semalam.

'Saya bukan pembohong'

"Dia perasan dia kuat sebab dapat undian tinggi pada pemilihan DAP.

"Bagaimanapun satu benda yang dia perlu belajar dan fikir, bukan dia seorang sahaja yang berminat dengan jawatan menteri besar, dia silap. Di antara mereka yang lain akan persoalkan.




"Saya bukan pembohong dan tiada niat untuk jatuhkan air muka dia. Saya mahu menjaga keamanan dan keselamatan negeri Perak. Saya tidak mahu cara mendapatkan kerajaan secara tidak demokratik," jelasnya lagi.

Semalam, Abdul Aziz menafikan dirinya menjadi dalang untuk menjatuhkan menteri besar menerusi undi tidak percaya.

Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Negeri menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Saarani BN-Kota Tampan) sebagai satu 'cerita kartun'.

Terdahulu, Saarani semasa sesi perbahasan Belanjawan Perak 2019 ‘menggambarkan’ Abdul Aziz sebagai dalang komplot untuk menjatuhkan menteri besar.

Tuesday, December 4, 2018

MP PEMBANGKANG PUJI ZURAIDA



KUALA LUMPUR: Menteri PH perlu belajar bagaimana untuk bertindak daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang dilihat rajin bekerja dan meneruskan agenda-agenda pembangunan rakyat.

Sebagai contoh, kata Halimah Mohamad Sadique (BN-Kota Tinggi), Zuraida cepat bertindak dalam kejadian seperti enam anggota bomba yang lemas, rusuhan kuil di Seafield, dan memindahkan anggota bomba yang parah, Muhammad Adib Mohd Kassim dari Pusat Perubatan Subang Jaya ke Institut Jantung Negara.

“(Zuraida) menteri wanita berani. Sentiasa peka dan bertindak pantas.

“Kadang-kadang menteri-menteri ini tidak tahu dia kena buat perkara-perkara seperti ini dan kadang-kadang bercakap entah apa-apa" kata Halimah ketika membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, selain meneruskan agenda-agenda pembangunan rakyat, termasuk daripada kerajaan terdahulu, Zuraida juga banyak mencadangkan perkara-perkara baru.

“Saya minta maaf kepada menteri yang lain. Ini memang menteri yang bekerja. Jadi saya terpaksa ucap tahniah kepada menteri yang tahu buat kerja dengan baik.




“Saya ucap tahniah kepada menteri kerana tetap meneruskan agenda rakyat. Meneruskan kesinambungan apa yang telah dilakukan oleh menteri terdahulu.

“Saya harap menteri-menteri lain ini belajar la macam mana Ampang (Zuraida) s melaksanakan tugasnya itu,” kata Halimah.

Halimah pernah menjadi timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan semasa kerjaan BN sebelum ini.

Monday, December 3, 2018

ROSAK KALAU DR MASZLEE TERUS PIMPIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN



KUALA LUMPUR: Selepas bekas perdana menteri Najib Razak, giliran Dr Rais Yatim pula mengkritik cadangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik untuk memasukkan skandal 1MDB dalam sejarah Malaysia.

Rais yang merupakan bekas menteri dan penasihat kerajaan menyuarakan kebimbangannya terhadap kementerian pendidikan yang diterajui Maszlee.

"Kalau betullah berita ini, sia-sia (jika) dia dibiarkan terus memimpin kementerian pendidikan. Rosak," ciapnya di Twitter.

Setakat ini, ciapan oleh pengerusi Bersatu Negeri Sembilan itu dikongsi 769 pengguna Twitter lain termasuk Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Ia turut melampirkan satu laporan media bertajuk “Skandal 1MDB masuk sukatan pelajaran Sejarah” yang memetik kenyataan Maszlee berhubung perkara itu.

Ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Maszlee berkata skandal 1MDB dan jenayah ahli politik seperti "menyamun" akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia.

MasyaAllah ...kalau betullah berita ni sia sia dia di biarkan terus memimpin Kementerian Pendidikan. Rosak

"Saya boleh memberi jaminan bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia supaya generasi di masa depan tidak akan mengulanginya," katanya.

Maszlee bagaimanapun tidak menyebutkan secara spesifik sama ada isu 1MDB akan dimasukkan dalam kurikulum sekolah.

Beliau menjawab celahan Anggota Parlimen Pontian Ahmad Maslan berhubung mata pelajaran Sejarah di sekolah swasta.

"Jika kita tidak tahu sejarah, maka berkemungkinan kita akan mengulangi keburukan sejarah yang pernah dilalui, dan saya ingin tahu ada berapa sekolah swasta di negara yang mengambil (subjek) Sejarah seperti 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina," katanya.

Najib - yang terpalit secara langsung dengan skandal itu - turut menyindir Maszlee berhubung kenyataan terbarunya itu.

"Saya rasa tak lama lagi Maszlee sendiri akan masuk dalam buku sejarah. Ada masa dan tempatnya kita berpolitik, dan bukan di sekolah," katanya lagi.

Sunday, December 2, 2018

LEBIH BAIK BUBAR MCA

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) – Perhimpunan Agung MCA ke-65 sebulat suara meluluskan resolusi untuk memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pusat memulakan proses pembubaran Barisan Nasional (BN) dan membentuk perikatan baharu.

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata BN telah mengalami kecondongan kuasa yang amat ketara dan setiap parti komponen memerlukan penghayatan dan penilaian semula bagi mentransformasikan parti masing-masing.

"Justeru demi kebangkitan semula, BN perlu dibubarkan dalam suasana persefahaman dan persetujuan bersama supaya dapat memberi ruang yang bebas dalam usaha transformasi dan pembinaan semula,"katanya.

Ulasan saya, daripada bubar BN lebih baik bubarkan MCA kerana masyarakat Cina sudah menolak MCA sebagai parti yang mewakili kaum mereka.

Saturday, December 1, 2018

MCA TAK BAWA UNTUNG PUN KEPADA BN

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- MCA akan memutuskan sekiranya ia akan kekal bersama dengan Barisan Nasional (BN), atau meninggalkannya, atau mungkin mendesak agar pakatan itu dibubarkan sahaja; pada perhimpunan agung tahunannya esok, kata Timbalan Presidennya Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliu berkata komuniti Cina berpandangan MCA harus meninggalkan BN walaupun MCA sebagai rakan pengasas kepada penubuhan pakatan BN sudah sekian lama mengharungi saat ‘susah-senang’ kewujudannya bersama dengan Umno dan MIC sejak negara mendapai kemerdekaan.

“Pada ketika BN dalam keadaan lemah susulah kekalahan teruk pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lepas, persoalan kini adalah sama ada MCA harus meninggalkan BN, atau meminta agar BN dibubarkan selaras dengan kedudukan MCA sebagai angota pengasas kepda penubuhan BN. Ini adalah pilihan yang perlu diputuskan oleh anggota MCA untuk masa hadapannya,” katanya semasa berucap merasmikan perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA di sini hari ini.

Ulasan saya, lebih baik MCA keluar dari BN kerana MCA bukannya parti mewakili masyarakat Cina. MCA tak bawa untung pun pada BN. MCA menang satu kerusi sahaja. Itu pun MCA bertanding di kawasan orang Melayu. Jadi tak ada makna MCA berada dalam BN. MCA bertanding guna lambang sendiri pada PRK Seri Kembangan pun ditolak oleh pengundi Cina. 

Friday, November 30, 2018

1,333 ORANG BACA KISAH SEORANG GIGOLO

Seramai 1,333 orang baca "Kisah Seorang Gigolo" yang disiarkan dalam blog ini semalam mengungguli carta tertinggi bagi bulan November 2018.

10 hit tertinggi bagi bulan November adalah seperti berikut:-

1.  Kisah Seorang Gigolo (29.11.2018)- 1,333 hits
2. Pusat Pengajian Alquran Al Rahman (PPAQAR) tawar tempat kepada pesara dalami al quran (21.11.2018)
3. Mohon jadi ahli terus BN jika Umno terbubar (11.11.2018)
4. MB Selangor kena letak jawatan kes papan tanda tulisan Bahasa Cina (19.11.2018)
5. Hannah Yeoh malu sebut suami tak pandai melakukan hubungan sex punca perceraian di Dewan Rakyat (13.11.2018)
6. DAP dan PKR tidak akan dibenarkan bertanding di Sarawak? (19.11.2018)
7. Orang India takkan undi Bersatu bila dikata kuil Hindu didirikan di atas tanah milik orang lain (28.11.2018)
8. Mana janji PH mahu isytihar asset menteri dan ahli parlimen PH? (5.11.2018)
9. Sami Hindu kesal Waytha Moorthy tak tolong dia masuk parlimen (23.11.2018)
10. Suhakam pun jahil cara wanita Islam Malaysia bersunat (15.11.2018)

Thursday, November 29, 2018

KISAH SEORANG GIGOLO

KUALA LUMPUR: Selepas kerajaan BN kalah pada Mei lalu Rashid (bukan nama sebenar) telah dibuang kerja dari sebuah agensi kerajaan kerana dia adalah  kakitangan kontrak. Sewaktu menganggur inilah dia aktif semula buka Facebooknya Rashid Samad.

Jun lalu ada personal mesej masuk ke dalam Facebooknya dari seorang wanita bernama Aishah Lee(gambar). Aishah Lee mengajak Rashid jadi gigolo untuk menawarkan perkhidmatan sex kepada Puan Seri dan Datin.  Rashid pun whatsapp Aishah Lee (0143916762)  untuk menjadi gigolo kerana pendapatannya lumayan. Maka Rashid isi borang dan bayar RM600 kepada akaun RHB Bank Azami bin Mohd Yusof (nombor akaun 11418300293833).

Rashid memang kaki perempuan. Maka dia tak kesah tidur dengan Datin asalkan dapat wang sebanyak RM5,000 sekali tidur. Pendapatan itu agak lumayan di saat saat dia tiada pekerjaan. Hampir sebulan dia dah bayar RM600, hari yang dijanjikan tiba pada 17 Julai,  untuk jumpa Datin di Hotel Sheraton Imperial  di Jalan Sultan Ismail. Tiba tiba dia disuruh bayar RM1,900 duit insuran kerana banyak Datin yang hilang duit selepas bersama gigolo. Duit itu hanya sebagai deposit dan akan dikembalikan semula bila Datin tidak kehilangan duit atau barang kemasnya.

Marah Rashid. Di saat saat akhir itu mana nak cari RM1,900. Maka temujanji dengan Datin petang itu dibatalkan. Pada 25 Ogos Rashid masukkan RM900 kepada akaun yang diberi Aishah Lee manakala RM1,000 dimasukkan pada 8 Ogos. Maka selesailah duit insuran RM1,900 yang akan dikembalikan semula.

Pada 26 Ogos Rashid tunggu Datin di Hotel Sheraton Imperial tapi Aishah Lee tutup handphonenya. Duit sudah dibayar RM2,500 tapi Datin yang ditunggu tak tiba. Kecewa Rashid menunggu Datin sampai pukul 10 malam di hotel itu. Tak dapat dia meniduri Datin yang mana dia sudah berangan akan menjilat tubuh Datin dari hujung rambut sampai hujung kaki.  Esoknya Aishah jawab dia ada masalah dengan suaminya maka  dia tak dapat uruskan kedatangan Datin ke hotel.

Rashid seorang yang pemaaf. Dia terima alasan Aishah. Selepas tak jadi jumpa Datin pada 26 Ogos Rashid menunggu gilirannya. Fb Aishah Lee dah ditukar nama Nurul Jaafar. Sebulan menunggu maka pada 25 September Rashid buat keputusan menuntut semula wangnya sebanyak RM2,500 daripada Aishah Lee.

Setiap hari Rashid whatsapp Aishah tanya bila nak dipulangkan semulanya wangnya sebanyak RM2,500. Pada 28 Oktober Aishah jawab akan dikembalikan wang Rashid pada bulan November. Dia baru balik dari Bali. Bukan main seronok dia ke Bali tipu duit orang. Satu orang dia kutip Rm2,500 entah banyak mana lelaki yang mahu jadi gigolo terpedaya dengan Aishah. Kaya raya dengan menipu orang.

Pada 15 November Aishah suruh bayar RM500 untuk kos pemulangan wang. Rashid kata kenapa tak tolak RM500 dari RM2,500, Aishah kata tak boleh kerana ia jabatan yang berasingan. Katanya jabatan akaun berasingan dengan jabatan refund.Rashid marah dan mahu pergi ke ofis Aishah tapi ofis Malaysian & Singapore Sugar Mummy Agency terletak di 22, Puast Perdagangan, Jalan Bandar, Pasir Gudang, Johor Bharu dan bukannya di Kuala Lumpur.

Rashid mengalah dan akhirnya masuk RM500 ke dalam akaun RHB Azami bin Mohd Yusof pada 16 November. Esoknya Rashid tanya bila nak pulangkan semula RM2,500 tapi Aishah senyap. Kena tipu RM3,000 kata Rashid dalam hati.

Pada 23 November Rashid disuruh bayar RM650 lagi untuk refundable and cancellation fees. Minggu lepas dah bayar RM500 hari ini kena bayar RM650 lagi. Rashid sudah tidak sabar lagi. Maka Rashid maki Aishah babi, biar mampus dipanah petir dan mati berlanggar.

Sakit hati betul Rashid. Gara gara nak jadi gigolo terbang RM3,000. Celaka punya Aishah Lee. Aku tak halal duit aku RM3,000. Makanlah duit aku sehingga buncit perut engkau kata Rashid kepada Aishah.

Begitulah pengakuan Rashid bin Samad kepada blogger newajilpost.blogspot.my

Wednesday, November 28, 2018

ORANG INDIA TAKKAN UNDI BERSATU PADA PRU 2023 BILA DIKATA KUIL DIDIRIKAN DI TANAH MILIK ORANG LAIN

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan meluluskan usul dan menjadikankan syarat bahawa rumah ibadat seperti masjid, kuil atau gereja tidak boleh dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masalahnya sekarang ialah “kuil didirikan di atas tanah milik orang lain”.

"Cara ini akan menyelesaikan masalah. Masalahnya sekarang ialah kuil dibina tanpa mengambil kira siapa yang memiliki tanah itu, dan kemudian apabila pemiliknya mahu balik tanah tersebut, ia akan menimbulkan masalah.

"Kuil dibina di mana-mana sahaja walaupun di tanah milik orang lain. Itulah masalah yang kita lihat hari ini," kata beliau pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Menara Yayasan Selangor hari ini.

Dr Mahathir menjawab soalan mengenai langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengelak insiden serupa seperti kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights daripada berlaku.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberi penjelasan berhubung insiden rusuhan di kuil tersebut di Dewan Rakyat esok sekiranya usul tergempar yang dikemukakan oleh anggota Parlimen untuk membahaskan insiden itu diluluskan oleh Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusuf.

Pada Selasa, anggota parlimen dari Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mengetepikan perbezaan politik mereka dan mengemukakan usul kepada Speaker untuk membahaskan insiden melibatkan Kuil Sri Maha Mariamman.

Ketika mengulas mengenai keadaan kuil, Dr Mahathir berkata ia juga tidak begitu jelas buat masa ini.

Kepada soalan sama ada rusuhan itu ada kena-mengena dengan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Dr Mahathir berkata kerajaan tidak akan menghalang orang ramai daripada berdemonstrasi tetapi ia harus dilakukan dengan cara yang betul tanpa melibatkan perbuatan jenayah.

-- BERNAMA

Tuesday, November 27, 2018

HOSPITAL KPJ SEREMBAN GEMPAR ANCAMAN BOM

SEREMBAN, 27 Nov (Bernama) -- Hospital Pakar KPJ Seremban di sini gempar hari ini berikutan menerima ancaman bom daripada individu tidak dikenali pada jam 4.45 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima maklumat awal kejadian daripada pihak polis pukul 5.07 petang dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

“Seramai 117 pesakit biasa, lima pesakit unit rawatan rapi dan 169 kakitangan diarahkan mengosong bangunan serta merta dan berkumpul di perkarangan hospital. Malah ada juga pesakit yang kritikal terpaksa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) buat sementara.

“Seramai 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Seremban 2 serta pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dikerahkan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tinjauan Bernama mendapati keadaan diawasi rapi oleh anggota keselamatan dan suasana dalam keadaan terkawal.

Bagaimanapun, kira-kira dua jam kemudian, pesakit dibenarkan memasuki semula bangunan secara berperingkat.

Namun, sehingga pukul 7.05 malam, pasukan polis termasuk Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) masih menjalankan pemeriksaan di bangunan lapan tingkat itu.

-- BERNAMA

Monday, November 26, 2018

APA MUHYIDDIN BUAT?



SUBANG JAYA: Kekecohan tercetus lagi di sekitar kuil Seafield Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di Subang Jaya tidak sampai 24 jam selepas rusuhan awal pagi kelmarin.

Kekecohan terbaru berlaku ketika kira-kira 2,000 individu berkumpul di kawasan kuil itu sejak malam semalam, meskipun polis telah menggesa orang ramai bersurai.

Meskipun jumlah yang berkumpul semakin berkurangan, dalam kejadian terbaru sekitar pukul 1 pagi tadi, terdapat kebakaran baru dilihat di kawasan itu.

Beberapa individu dilihat menyerang lori bomba yang tiba di tempat kejadian. Mereka membaling objek ke arah lori bomba dan turut cuba menghalang petugas media yang berada di lokasi daripada membuat rakaman.

Sekumpulan besar individu turut berarak ke kompleks Once City dan menyerang pejabat pemaju yang merupakan pemilik tanah kuil berkenaan.

Anggota polis dan sekurang-kurangnya sebuah lori Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berada di tempat kejadian.

Sementara itu, bekas pengerusi jawatankuasa kuil berkenaan, M Nagaraju berkata, kebanyakan individu yang berkumpul di luar kuil itu bukan penduduk tempatan.

Justeru, katanya, mereka sukar dikawal.

"Kami cuba nasihatkan mereka, tapi mereka enggan dengar.

"Kami faham kemarahan mereka, tapi ini bukan cara bertindak balas," katanya.

Ulasan saya, apa Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin buat? Kenapa beliau tidak tegas menangkap semua yang terlibat dalam pergaduhan di kuil dua malam lepas. Kenapa ia berulang semula semula di pejabat One City? Kenapa beliau terlalu lemah. 

Sunday, November 25, 2018

OBLONG BURGER SETANDING MC DONALD'S

SERDANG, 24 Nov (Bernama) -- Jika 15 tahun lalu beliau hanya peniaga burger kecil-kecilan di tepi jalan di Jitra, Kedah, kini beliau berazam untuk mempunyai sebuah perniagaan francais besar seperti McDonald’s.

Bagi Yusof Ishak, 45, Pengasas Bersama francais Oblong Burger, beliau yakin hasratnya itu mampu dicapai dalam tempoh 15 tahun lagi.

Menurutnya, syarikat itu yang diasaskan bersama Zunita Nordin dan Mohd Farid Mohd ZainIshak, kini meraih pendapatan antara RM6 juta hingga 12 juta setahun dan mampu menghasilkan 150,000 patty burger sehari,

Yusof berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

Beliau berkata Oblong Burger yang mempunyai sebuah kilang memproses daging burger di Jitra kini sedang menambah baik dan memperbesarkan kilang tersebut yang terletak di kawasan seluas 8.9 hektar untuk menjadi sebuah kompleks yang dapat mempertingkatkan hasil pengeluaran.

Menurutnya, beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuka beberapa gerai burger yang diuruskannya sendiri sebelum mengambil keputusan mengeluarkan patty burger untuk kegunaan gerainya.

Pada 2005, beliau bersama Zunita dan Mohd Farid telah membuka kilang pemproses patty burger tersebut yang menghasilkan 5,000 patty sehari.

“Kini Oblong Burger mempunyai lebih 3,000 peniaga yang menggunakan produk mereka di dalam dan luar negara seperti di Thailand dan Brunei,” katanya.

Yusof berkata, syarikat itu kini dalam perancangan untuk mengeksport produknya ke Mesir, Singapura, China, Vietnam dan Indonesia.

-- BERNAMA

Saturday, November 24, 2018

190 PASANGAN DIRAIKAN DALAM WALIMATULURUS PERDANA SERENTAK DI LAPAN PARLIMEN TERENGGANU



MARANG, 24 Nov (Bernama) -- Keputusan menyertai Walimatulurus Perdana Terengganu Edisi ketiga 2018, anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) membolehkan sepasang pengantin golongan kurang upaya (OKU) melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

Syed Izz Zahiruddin Syed Kamaruddin, 25, yang mengalami kecacatan kedua-dua tangan akibat demam panas semasa kecil bersyukur akhirnya dapat disatukan dengan pasangannya, Nur Najihah Mohamad, 24, yang dikenalinya sejak lima tahun lalu.

Beliau yang berasal dari Kuala Ibai, dan isterinya dari Pengadang Baru, bekerja di syarikat yang sama di Jalan Panji Alam, dekat ini, pada mulanya merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada Februari tahun depan.

"Saya mengenali isteri saya melalui Facebook sejak lima tahun lalu dan kami berkawan rapat selepas itu dan mula merancang untuk mendirikan rumah tangga," katanya ketika ditemui pemberita di majlis bagi Parlimen Marang di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini hari ini.

Turut hadir menyerikan majlis, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Nur Najihah pula berkata, pada mulanya beliau tidak tahu yang suaminya itu menghadapi kecacatan anggota, setelah berkawan rapat dan bertemu baru beliau mengetahui keadaan lelaki itu.

"Namun saya dan keluarga reda di atas ketentuan Ilahi dan menerima Syed Izz seadanya," katanya.

Pasangan itu antara 190 pasangan yang diraikan kerajaan Terengganu dalam majlis yang diadakan serentak di seluruh lapan Parlimen hari ini dengan kos keseluruhan sebanyak RM800,000.

Ahmad Samsuri ketika ditemui pemberita kemudiannya menasihatkan golongan muda di negeri itu yang berhasrat melangsungkan perkahwinan merebut peluang menyertai program itu pada masa depan.

Katanya langkah itu menjimatkan perbelanjaan pasangan pasangan dan keluarga mereka.

"Program itu boleh membantu mereka terutama yang baru terlibat dalam alam pekerjaan, yang sukar mengumpul wang untuk kelengkapan perkahwinan kerana ia tentu memakan masa. Jadi inilah ruang yang ada dan sudah sepatutnya kita jangan lepaskan," katanya.

Katanya, program tahunan itu ia juga sebenarnya terbuka kepada pasangan bukan Islam di negeri ini.

"Setakat ini kita belum menerima permohonan daripada pasangan bukan Islam untuk menyertai program ini… jika ada, kita mengalu-alukan kerana mereka juga rakyat negeri ini,” katanya.

-- BERNAMA

Friday, November 23, 2018

SAMI HINDU KESAL WAYTHA MOORTHY TAK TOLONG DIA MASUK PARLIMEN



KUALA LUMPUR: Seorang Sami Hindu hari ini menyatakan rasa kesal selepas mendakwa dihalang memasuki parlimen kerana berpakaian agama Hindu.

Ramaji, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman mendakwa dihalang masuk kira-kira jam 5.50 petang semalam ketika ingin menghadiri perjumpaan bersama Menteri Perpaduan, P Waythamoorthy berhubung isu kuil.

"Ketika saya memberi MyKad untuk pemeriksaan, seorang polis bantuan mendekati kereta saya dan memberitahu bahawa saya tidak boleh masuk ke dalam (parlimen) kerana berpakaian 'Kaavi' iaitu pakaian agama Hindu dan ia tidak mematuhi kod etika pakaian di Parlimen.

"Ketika saya mempersoalkan kepadanya, kenapa pakaian agama Hindu dilarang sedangkan pakaian agama lain dibenarkan, beliau cuba mengalihkan isu dengan memberitahu bahawa beliau perlu memeriksa adakah nama saya dalam senarai nama yang diberikan oleh menteri," katanya kepada Malaysiakini.

Ramaji turut mendedahkan ini kali pertama beliau dihalang masuk ke parlimen, sedangkan aktivis Hindraf pernah mengadakan beberapa perjumpaan dengan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi di parlimen.

"Semasa era Pak Lah, saya pernah menghadiri ke parlimen, tetapi tidak pernah dihalang. Inilah kali pertama," tegasnya lagi.

Ramaji turut merakamkan rasa kecewa terhadap Waythamoorthy selaku menteri perpaduan yang tidak campur tangan untuk membenarkan beliau memasuki parlimen.




"Malah salah seorang pegawai khas Waytamoorthy memberitahu saya bahawa Waythamoorthy mencadangkan perjumpaan ini ditukar ke tempat lain selepas saya tidak dibenarkan masuk.

"Inilah sikap menteri yang kononnya nak memperjuangkan hak-hak kita. Tetapi, tidak berani membawa saya masuk ke parlimen," ujar Ramaji lagi.

Ramaji merupakan seorang sami Hindu yang berpakaian 'Kaavi' merupakan satu pakaian suci mengikut kepercayaan agama Hindu.

Thursday, November 22, 2018

KERAJAAN BUKA TENDER BANGUNKAN SISTEM SUBSIDI MINYAK BERSASAR

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kerajaan telah mengeluarkan tender terbuka bagi membangunkan sistem subsidi minyak bersasar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tender itu dikeluarkan Kementerian Kewangan yang menguruskan perolehan pada Isnin lepas.

"Tender ini bagi mencadang, mengkaji, mereka bentuk, membangun, membekal, memasang, menguji dan mentauliah serta mengoperasi perkakasan perisian dan aplikasi untuk sistem subsidi minyak secara bersasar bagi petrol RON95," katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Nor Azrina Surip (PH-Merbok) mengenai hasil libat urus yang telah dilaksanakan kementerian berhubung subsidi berkenaan.

Saifuddin berkata pemilihan pembekal bagi membangunkan sistem itu akan dilaksanakan secara kompetitif bagi memastikan kecekapan sistem tersebut.

"Kita harap apabila itu dimuktamadkan (tender pembekal) maka kementerian ini boleh melakukan langkah yang berikutnya," katanya.

Saifuddin optimis subsidi minyak bersasar itu akan dapat dilaksana pada suku kedua tahun depan secara berperingkat.

Beliau berkata sejurus pengumuman pelaksanaan subsidi berkenaan pada Belanjawan 2019, kementeriannya telah mengadakan sesi pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk Bank Negara Malaysia, syarikat-syarikat pengusaha stesen minyak dan persatuan pengguna bagi mengenal pasti apa yang diperlukan dalam program subsidi tersebut.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata ketika ini, penggunaan petrol RON97 dan RON95 di negara ini mencecah 1.2 bilion liter petrol setiap bulan.

"Bagi (penggunaan) RON95 ialah 90 peratus daripada 1.2 bilion itu,” katanya.

Belanjawan 2019 dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini memperuntukkan subsidi petrol kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

-- BERNAMA

Wednesday, November 21, 2018

PUSAT PENGAJIAN AL QURAN AR RAHMAN (PPAQAR) TAWAR TEMPAT KEPADA PESARA DALAMI AL QURAN















KEMAMAN: Pada tahun 1998 Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK), Datuk Haji Azman Muda berhasrat untuk membina sebuah pusat untuk pesara belajar al quran di Terengganu  yang dinamakan sebagai Desa Aman tetapi ia tidak kesampaian apabila BN kalah pada PRU 1999.

Namun demikian 19 tahun kemudian hasrat Datuk Haji Azman tercapai apabila bekas perisik tentera yang juga bekas  pegawai khas kepada bekas beberapa orang menteri , Datuk Haji Mustafa Abdul Rahman  (Tok Pa) yang kini menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang agama membuka Pusat Pengajian Al Quran Ar Rahman  (PPAQAR) di Kampung Tumpat, Kemasik, Kemaman.

Ia dibangunkan pada April 2018 dan kini siap 75  peratus dan ia akan menawarkan tempat kepada 30 orang setiap masa selama satu hingga tiga bulan kepada pesara atau warga dewasa tempatan untuk mendalami ilmu al quran dan lain lain ilmu agama  yang mana tenaga pengajarnya didatangkan khas daripada pasantren Indonesia anak murid Pak Habib Umar Al Attas serta guru guru tempatan yang berkelulusan dari universiti Jordan, Mesir dan Madinah.

Menurut Tok Pa, sehingga kini hampir RM200,000 telah dibelanjakan untuk membina pusat tersebut dengan menggunakan peruntukan sendiri dengan penjualan aset dan simpanan beliau. Sebahagian lagi RM25,000 hasil sumbangan zakat  tokoh korporat dan orang ramai.


"Pusat ini dibuka kepada semua tanpa sebarang bayaran kecuali untuk makan minum. Malah asrama akan disediakan kepada mereka yang mahu belajar di sini selama tiga bulan," katanya yang mana sukatan pelajarannya diluluskan oleh MAIDAM.

Tok Pa berharap apabila PPAQAR siap kelak ia dapat menyediakan langskap yang cantik sebagai pusat tahfiz dalam taman termasuk menyediakan tempat rekrasi di tepi Sungai Tumpat, tempat berkuda, kebun buah-buahan yang diberi percuma kepada para pelajar dan program berperahu. Malah homestay disediakan kepada keluarga pelajar yang ingin menziarahi mereka yang sedang belajar di situ.

Untuk memenuhi hasrat ini, beliau menyeru semua ahli perniagaan menderma kepada pusat ini untuk mendapatkan saham akhirat.

PPAQAR terletak di tanah seluas 2.5 ekar di Kampung Tumpat milik arwah ayah Tok Pa, Abdul Rahman bin Ali (Pok Roman) seorang Special Constable (SC).

Mereka berpindah ke Kemasik apabila Malaya diisytiharkan darurat pada tahun 1948. Sebelum tahun 1948, Kampung Tumpat adalah perkampungan orang Melayu yang berasal dari Tumpat dan Gunung, Bachok, Kelantan.

Ketika kerja membersih hutan dilakukan pada April lalu banyak bahan sejarah ditemui termasuk kubur lama Kampung Tumpat. PPAQAR terletak 7 km dari jalan besar Chukai - Kuala Terengganu sebelum tiba di Kampung Semanyor dan ia mudah diakses dari Kuala Lumpur melalui LPT2 ikut exit Kijal sejauh 10 km.

Sebarang pertanyaan bolehlah whatsapp ke no hp 0179851152

Tuesday, November 20, 2018

MENTALITI MENTERI PARTI BERSATU SAMA DENGAN MENTERI UMNO?



KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa agar wakil rakyat pembangkang dihormati dan tidak dilarang memasuki institusi pendidikan.

"Saya tidak faham mengapa isu seperti ini masih timbul di Malaysia baru.

"PH mestilah berbeza. Kita mesti melakukan lebih baik dalam hal ini dan semua perkara," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Anggota parlimen Setiawangsa itu membuat gesaan itu sebagai tidak bersetuju dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung ahli politik pembangkang diwajibkan meminta kebenaran untuk memasuki sekolah kerajaan.


Dalam kenyataan di Dewan Rakyat semalam, Maszlee menegaskan bahawa anggota parlimen pembangkang yang ingin masuk sekolah kerajaan perlu mendapat kebenaran daripada kementerian melalui pengarah jabatan pendidikan negeri.

Jelas Nik Nazmi, mengharamkan pembangkang memasuki sekolah dan institusi pengajian lain adalah "penyalahgunaan kuasa" yang paling buruk berlaku ketika BN memerintah.

Tambahnya, ramai pimpinan PH termasuk dirinya sendiri pernah menjadi mangsa.

"Walaupun berkhidmat sebagai Exco Pendidikan Selangor dari 2014-2018, saya sentiasa dihalang daripada melawat sekolah-sekolah di sana.

"Saya juga dihalang daripada bercakap di alma mater saya, Kolej Yayasan UEM - kerana tekanan politik ke atas pentadbiran kolej.

"Saya masih ingat - saya terpaksa berpura-pura menjadi mahasiswa - termasuk masuk ke kampus menggunakan motosikal bagi memenuhi jemputan di Universiti Malaya," katanya.

Justeru, tegas Nik Nazmi, PH tudak boleh meneruskan amalan "menindas" kerajaan terdahulu.

"Kita mesti mempercayai semua wakil rakyat tanpa mengira parti - untuk bertindak secara bertanggungjawab apabila terlibat dengan perbincangan awam. Mereka telah mendapat kepercayaan dari pengundi mereka.

"Tindakan tentu boleh diambil jika mana-mana wakil rakyat menyalahgunakan platform ini, seperti dengan menghasut kebencian kaum atau agama atau menyebarkan dakyah kepartian.

"Tetapi dalam kebanyakan kes - ahli politik harus dibenarkan masuk ke sekolah, kolej dan universiti apabila mereka dijemput untuk berbuat demikian," katanya.

Sementara itu, BERSIH dalam kenyataan berasingan hari ini turut berkongsi kebimbangan berhubung isu sama.

Bersih menyifatkan garis panduan yang dinyatakan Maszlee itu sebagai mendiskriminasikan wakil rakyat pembangkang yang dipilih rakyat.

"Ketika pemerintahan BN, wakil rakyat pembangkang sering mengadu kerana tidak dibenarkan masuk sekolah awam.

"Adakah kerajaan PH melakukan perkara sama kepada pembangkang hari ini?" kata badan pendesak pembaharuan pilihan raya itu.


Tambah kenyataan Bersih itu lagi, sekiranya terdapat kebimbangan berhubung ahli politik memasuki sekolah, garis panduan yang ditetapkan perlu dikenakan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti.

Sementara itu, BERSIH dalam kenyataan berasingan hari ini turut berkongsi kebimbangan berhubung isu sama.

Bersih menyifatkan garis panduan itu sebagai mendiskriminasikan wakil rakyat pembangkang yang dipilih rakyat.

"Ketika pemerintahan BN, wakil rakyat pembangkang sering mengadu kerana tidak dibenarkan masuk sekolah awam

"Adakah kerajaan PH melakukan perkara sama kepada pembangkang hari ini?" kata badan pendesak pembaharuan pilihan raya itu.

"Sekiranya terdapat kebimbangan berhubung kehadiran ahli politik di institusi pendidikan membawa mesej tertentu yang tidak sesuai dengan suasana pendidikan, kebimbangan itu perlu ditangani dengan garis panduan yang sama terhadap semua parti politik.

"Justeru, kami menggesa menteri pendidikan segera menarik semula arahan yang menetapkan ahli parlimen pembangkang perlu mendapat izin untuk masuk sekolah dan menggantikannya dengan garis panduan yang sama untuk semua ahli politik yang dijemput menghadiri program di sekolah," katanya.

Monday, November 19, 2018

MB SELANGOR KENA LETAK JAWATAN KES PAPAN TANDA TULISAN BAHASA CINA



SHAH ALAM, 19 Nov (Bernama) – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan dengan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.

Titah itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

“Operasi penukaran papan tanda jalan ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum tarikh sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-73 Sultan Selangor iaitu pada 11 Dis ini,” demikian menurut beliau dalam surat bertarikh hari ini.

Ulasan saya, siapa yang buat arahan kepada MBSA untuk menambah tulisan bahasa Cina kepada papan tanda di daerah Shah Alam? Kalau mesyuarat Exco yang buat arahan, maka Menteri Besar kena bertanggungjawab kerana beliau yang mengetuai Exco Selangor.

Oleh itu Menteri Besar perlu minta ampun kepada Sultan Selangor atau letak jawatan sebagai Menteri Besar.

Sunday, November 18, 2018

PENGUNDIAN PKR KENA BUAT SERENTAK SATU HARI MACAM UMNO



SHAH ALAM: Dalam ucapan penangguhan semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim mengimbas kembali pemilihan PKR yang merupakan pemilihan terpanjang buat parti politik di negara ini.

Pemilihan PKR bermula secara rasmi pada 22 September lalu, tetapi kehangatannya sudah bermula sebelum itu ketika tempoh pencalonan dan persaingan terbuka antara kem Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Anwar berkata, sepanjang tempoh tiga bulan imej PKR "parah" disebabkan pemilihan parti.

"Kita akui sistem pemilihan ini lemah, banyak kecelaruan. Saya tak begitu arif tentang komputer pun tahu (maklumat dalam) tablet boleh hilang.

"Dan sebab itu banyak laporan dan tiga bulan imej PKR parah," katanya.

Beliau dipercayai merujuk 'serangan siber' yang didakwa berlaku ketika pemilihan di cabang Julau - cabang paling kontroversi bagi pemilihan kali ini.

"Ada petugas (jawatankuasa pemilihan pusat, JPP) yang salah guna kuasa apabila dipilih menjadi JPP. Sepatutnya dia perlu ketepikan sentimen, dia sokong siapa," katanya lagi.

Beliau berkata kelemahan perjalanan pemilihan PKR menyebabkan ada pihak yang memintanya campur tangan.

"Ada orang luar kata saya harus tegas, jika tidak tak layak jadi perdana menteri.

"Mereka tak faham keputusan pimpinan parti ialah memastikan JPP bebas daripada pengaruh pimpinan, termasuk saya. Kalau saya campur tangan, tak bersihlah pemilihan," katanya lagi.

Dalam pemilihan ini, sistem e-undi menjadi sasaran utama apabila dilaporkan menjadi punca pemilihan semula terpaksa dibuat di sejumlah cabang, dan beberapa negeri menangguhkan pemilihan.

Cabang Julau pula menjadi perhatian apabila menyaksikan pertambahan ahli sehingga 13,000 dalam masa sehari - iaitu pada 26 Jun lalu.

Anwar bagaimanapun tetap menyatakan penghargaan kepada Pengerusi JPP Rashid Din dan berkata yakin dengan integritinya.

"Tahniah kepada Rashid...tetapi tiada upaya beliau (untuk) menjamin (kelancaran pemilihan) dengan batasan waktu, jentera dan ahli."

Beliau berkata antara tumpuannya sebagai presiden selepas ini adalah untuk menyelesaikan masalah disiplin dalam parti dan pertelingkahan yang timbul ketika pemilihan.

Ulasan saya, PKR kena kaji semula pemilihan di peringkat cabang. Buat serentak satu hari di seluruh negara macam pemilihan Umno. Apa yang berlaku sekarang buat pemilihan PKR ikut negeri maka setiap calon dapat berarak dari negeri ke negeri mengganggu pemilihan di cabang lain.

Yang buat kecoh penyokong dari Semenanjung di Sabah dan bukannya ahli PKR Sabah. Maka cadangan untuk buat pengundian serentak satu hari lebih menguntungkan PKR kerana tidak beri peluang kepada penyokong calon berarak dari satu cabang ke cabang lain untuk memenangkan calon masing masing.