KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti masih dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan berhubung mutilasi alat kelamin wanita (FGM) di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perbincangan itu termasuk melihat kepada faedah daripada amalan berkenaan, dan menambah bahawa walaupun FGM dilihat sebagai amalan budaya di Malaysia, ia tidak sama dengan yang diamalkan di Afrika.
“Kami sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan kerana setakat ini ia sebenarnya sesuatu yang berhubung dengan kebudayaan yang kita lakukannya sejak sebelum ini, dan ini satu daripada perkara yang mereka katakan tetapi cara kita tidak sama dengan orang Afrika.
“Kita akan bincang dan lihat dan sekiranya ia tidak memberi sebarang manfaat barulah kita patut lakukan sesuatu (mengenainya),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada Rabu bahawa Putrajaya telah mnegelirukan kajian Universal Periodic Review (UPR) mengenai hak asasi manusia berhubung FGM apabila ia mempertahankan FGM ke atas bayi perempuan sebagai ‘tanggungjawab budaya’ di Malaysia.
Ulasan saya, Suhakam nampaknya amat jahil cara wanita Islam bersunat. Bersunat itu sunat bukannya wajib tapi untuk kesihatan lelaki Islam dan wanita Islam dikehendaki bersunat. Bagi lelaki Islam, ia potong kemaluan lelaki ketika berusia 7 tahun ke atas. Namun demikian ramai juga kanak kanak yang berkhatan sebelum umur 7 tahun.
Tradisi berkhatan sudah jadi amalan kanak kanak lelaki. Apabila orang bukan Islam masuk Islam maka kemaluannya disunatkan. Amalan bersunat ini sudah jadi satu budaya orang Islam. Malah kini ramai lelaki bukan Islam berkhatan juga kerana ia baik untuk kebersihan dan kesihatan. Ada kawan Cina saya beritahu saya bahawa dia bersunat. Saya tak percaya. Apabila dia tunjukkan kemaluannya baru saya percaya orang bukan Islam pun bersunat.
Bagi kanak kanak wanita pula dia bersunat waktu baby dengan memotong sedikit kelentit wanita. Tujuannya bila dewasa nafsu wanita terkawal dan juga untuk kebersihan. Tetapi di Afrika wanita Islam yang sudah besar dikhatankan yang menyebabkan ia sakit dan nampak zalim. Itu di Afrika dan bukannya di Malaysia yang menjadi punca Suhakam jahil.
Sebab itu apabila wanita bukan Islam berumur 23 tahun masuk Islam, mana ada wanita itu dikhatankan. Tak logik langsung ia berlaku di Malaysia. Kenapa tradisi bersunat untuk wanita Islam sejak baby yang mahu diperjuangkan Suhakam. Lebih baik Suhakam cari isu lain jika benar ia mahu meningkatkan martabat wanita Islam. Isu bersunat di kalangan wanita Islam di Malaysia nampak sangat betapa bodohnya Suhakam.
No comments:
Post a Comment