JOHOR BAHRU, 18 Mac (Bernama) -- Tindakan bapanya yang membawa pulang borang permohonan menyertai pasukan polis ke rumah, mendorong Maimunah Abd Razak yang ketika itu berusia 19 tahun mengisinya, sehingga mencatat sejarah sebagai seorang daripada 54 anggota wanita pertama diterima menyertai pasukan polis negara ini sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
Memulakan perkhidmatan pada 1 Julai 1956, Maimunah, 82, yang bersara awal dengan pangkat terakhir sebagai Sub Inspektor pada 1 Mac 1983, boleh berbangga hari ini kerana tersenarai antara 400 individu penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) yang disampaikan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
“Ketika ayah (Allahyarham Abd Razak Jailani) saya tunjuk borang itu (permohonan menyertai polis), saya tidak takut untuk mengisinya dan menyertai pasukan itu. Lagipun saya memang sedang mencari kerja dan ketika itu saya berumur 19 tahun,” katanya yang ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini
No comments:
Post a Comment