Friday, March 1, 2019

DR IBRAHIM ALI BAKAL PM KESEMBILAN?

SEMENYIH: Bekas ahli parlimen Bebas, Datuk Paduka Ibrahim Ali berkata orang PH sebut Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri kelapan.

"Belum tentu Anwar jadi Perdana Menteri walaupun disebut berulang kali Anwar bakal Perdana Menteri kelapan," kata Ibrahim dalam ceramahnya di PDM Bandar Rinching di sini malam tadi yang turut dihadiri Bossku Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya lagi, beliau pun boleh sebut beliau bakal Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan yang menggamatkan para hadirin kerana belum tentu beliau akan jadi Perdana Menteri kesembilan.

Ibrahim Ali juga mendakwa lulus Ph D dan layak dipanggil Dr Ibrahim Ali kerana ijazah doktor falsafah beliau adalah asli dan bukannya palsu.

Ucapan Ibrahim Ali yang kelakar menarik perhatian para hadirin walaupun sudah 15 tahun beliau tidak sepentas dengan bekas bossnya Najib Razak dalam pergerakan pemuda Umno dahulu.

"Saya dipecat dari Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas kerana marah kepada Tok Pa (Datuk Mustapha Mohamad) menggugurkan saya sebagai ketua penaja bahagian Pasir Mas. Jadi saya tetap berjiwa Umno walaupun 15 tahun di luar Umno dan malam ini saya bantu BN kerana PH banyak merosakkan negara di mana para pengundi Semenyih perlu menyelamatkan Malaysia pada esok hari," katanya.

Ibrahim berkata Tok Pa pecat beliau yang setia dengan Umno tetapi bila BN kalah, Tok Pa orang yang pertama lompat masuk Parti Bersatu.

"Inikah pejuang tulen Umno yang melompat seperti beruk? Orang kata saya katak suka lompat parti tetapi Tok Pa adalah beruk yang melompat parti" katanya sambil disambut gelak ketawa para hadirin.

Beliau mendakwa pada malam perbincangan penubuhan Parti Bersatu di rumah Tan Sri Muhyiddin, beliau turut dipanggil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad  dan jika beliau kaki bodek  maka hari ini beliau sudah jadi menteri PH kerana beliau amat rapat dengan Dr Mahathir.

"Kalau Mat Sabu yang gagal belajar memasak boleh jadi menteri, saya yang lulus ijazah ketika dalam tahanan ISA pun boleh jadi menteri," katanya disambut gelak ketawa.

Katanya lagi, beliau ada prinsip kerana tak mahu Bersatu bergabung dengan DAP yang kekal dengan konsep Malaysian Malaysia.

"Bila saya tanya Tun kenapa Bersatu sokong DAP, Tun cakap ini politik. Pada jam 2 pagi bila mesyuarat selesai saya suruh Muhyiddin gugurkan nama saya sebagai penaja ahli majlis tertinggi Parti Bersatu," dakwanya lagi.


No comments:

Post a Comment