KUALA LUMPUR: Tanpa disedari sudah 41 tahun saya berpisah dengan kawan kawan pengasas MRSM Seremban 1972-1976. Malam Ahad lalu seramai 40 orang batch sulung MRSM berkumpul di sebuah restoran di Taman melawati sempena sambutan hari raya aidilfitri
untuk mengenang kembali saat saat indah selama lima tahun di Seremban.
Batch kami seramai 150 orang semuanya lelaki. Batch 1973 baru ada pelajar perempuan. Pada tahun 1972 kami sering ke Kolej Tunku Khursiah (TKC) mengadakan program berbalas pantun yang mana saya wakili MRSM bersama dua orang lagi yang saya sudah lupa siapa mereka.
41 tahun menemui kawan kawan lama yang hebat dengan karier yang berjaya seperti Prof Datuk Dr Lokman Saim, pakar ENT yang kini dengan Kolej Universiti KPJ; Datuk Dr Ismail Mokhtar yang pernah jadi Timbalan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai; Datuk Mohd Nor Ibrahim yang pernah menjadi CEO BERNAS, Roslan Bani Amin juga bekas pegawai UDA yang menyertai BERNAS, Datuk Othman Omar bekas Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Ismail Idris bekas CEO Yayasan Selangor, Dr Halim Abu Bakar pakar sakit puan di Hospital Damai dan ramai lagi yang tak sempat nak sebut nama satu persatu.
Saya bangga dengan pencapaian batch sulung MRSM. Walaupun sudah 10 orang meninggal dunia, di usia 58 tahun kami bangga dengan pencapaian kami walaupun tiada yang berjaya dalam politik. Dr Ismail Mokhtar hampir menjadi calon BN bagi parlimen Lembah Pantai tetapi di saat saat akhir Datuk Seri Shahrizat Jalil masih mahu menjadi calon.
Tahniah kepada Mohd Raj Atan yang bekerja di Jakarta sanggup balik ke Kuala Lumpur semata mata menemui kawan kawan lama. Begitu juga Abu Lais yang sanggup datang dari Melaka dan balik ke sana selepas habis majlis.
Semoga lebih ramai lagi batch sulung MRSM dapat berkumpul pada majlis sambutan hari raya aidilfitri tahun hadapan. Syabas kepada pihak penganjur.
No comments:
Post a Comment