Saturday, April 1, 2017

BIAR PUCUK PIMPINAN TENTUKAN CALON



KUALA TERENGGANU - Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yakin akan memperoleh kemenangan besar sekiranya bertanding dalam PRU14.

Bagaimanapun, beliau berkata, belum memutuskan sama ada ingin bertanding atau tidak.

“Saya tak nak komen lagi kalau diminta untuk terus kekal bertanding bagi kerusi Kijal, tengok keadaan, mungkin fikiran akan berubah pada bila-bila masa.

“Namun, kalau saya bertanding di Kijal, Inshaa-ALLAH, tiada masalah. Tetapi, kalau saya tak bertanding, calon tu kena saya pilih bagi memastikan kemenangan Umno dan BN di kawasan itu,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Wisma Darul Iman, di sini, baru baru ini

Ahmad Said berkata, calon yang dipilih mestilah berkaliber dan dipercayai bagi menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin rakyat.

“Kalau pilih calon secara suka-suka, kalau kalah saya tak tahu dan tak nak bertanggungjawab. Sebab itulah senarai nama calon kita akan tentukan, sebab saya lebih tahu dan lebih rapat dengan orang bawahan saya,” katanya.

Mengulas mengenai senarai nama calon Umno Bahagian Kemaman yang sebelum ini dikatakan akan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, katanya, ia belum dimuktamadkan lagi.

Ulasan saya, BN pernah tewas di Kijal pada PRU1999 walaupun calonnya seorang Exco, Ahmad Said. Oleh itu beliau mahu calon yang beliau pilih pada PRU akan datang jika beliau tidak bertanding,

Katanya, kalau calon yang tidak beliau pilih kalah, beliau tidak mahu bertanggungjawab tambahan pula calon lain dipilih secara suka suka.

Ulasan saya, takkan pucuk pimpinan BN mahu pilih calon suka suka. Sudah tentu mereka sudah kaji buruk baik letak calon A atau B bertanding menggantikan Ahmad Said.

Takkan BN nak pilih calon yang tidak berkaliber. PMO sudah lama bermukim di setiap DUN menilai setiap calon. Malah pemimpin setempat pun tak kenal siapa orang PMO itu kerana mereka buat kerja tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. 

Mereka tidak mahu berat sebelah. mereka temui akar umbi untuk mengetahui siapa kehendak akar umbi. Kalau mereka temui ketua cawangan atau pengerusi JKKK sudah tentu pandangan kedua-dua ini "bias".

Maka PMO ada cara tersendiri untuk memilih calon yang mampu menang berdasarkan kehendak akar umbi. Oleh itu dakwaan Ahmad Said bahawa beliau lebih tahu dan lebih rapat dengan orang bawahan belum tentu calon pilihannya menang.

Buktinya Ahmad Said memilih Wan Ahmad Nizam bertanding di DUN Chukai pada PRU 2013tetapi kenapa beliau kalah teruk? Ini bermakna Wan Ahmad Nizam bukan pilihan akar umbi tetapi pilihan Ahmad Said.

Jiika calon pilihan Ahmad Said kalah di Kijal siapa yang mahu disalahkan? Oleh itu kita serah kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang terbaik. Kalau calon itu kalah ini bermakna orang Umno sendiri yang sabotaj.

No comments:

Post a Comment