Tuesday, April 4, 2017

MAT SENTOL PERINTIS TEKNIK KESAN KHAS FILEM MELAYU

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya, mengakui dirinya bukan sahaja seorang pelakon komedi dan pengarah filem 1950-an hingga 1970-an, malah perintis atau Bapa Teknik Kesan Khas filem Melayu.

Mat Sentol, 91, yang berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia perfileman memiliki pengalaman luas dalam penghasilan teknik kesan khas menerusi filem arahannya, berkata beliau bersedia untuk berkongsi kebolehannya itu dengan pembuat filem pada masa kini.

Antara filemnya yang memperlihatkan teknik kesan khas adalah Mat Bond, Mat Tiga Suku dan Mat Magic, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mengenai pengalamannya dalam dunia perfileman pada Program Kajian Insan 'Khazanah Seni Negara' di Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), di sini semalam.

No comments:

Post a Comment