KUALA NERUS, 28 Feb (Bernama) -- Operasi menyelamat dan mencari (SAR) pembantu am Jabatan Pengurusan Pembangunan Universiti Sultan Zainal Abidin yang hilang sejak keluar memancing 11 hari lalu dihentikan petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman berkata bagaimanapun operasi berskala kecil masih diteruskan bagi mengesan Wan Abdul Manan Wan Ahmad ,49.
"Sehingga ke hari ini pencarian masih menemui jalan buntu dan operasi secara besar-besaran kita hentikan kira-kira pukul 5 petang tadi, namun operasi dalam skala kecil masih diteruskan mengikut keupayaan agensi masing-masing,"katanya.
Showing posts with label jangan. Show all posts

Tuesday, February 28, 2017
Monday, October 3, 2016
PAS JANGAN TERPEDAYA DENGAN HELAH BERSATU
CHUKAI: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, PAS tidak harus terpedaya dengan helah Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) yang ingin menjadikan parti itu sebagai tangga untuk mencapai cita-citanya.
Katanya, PAS perlu mempertahankan prinsipnya supaya parti itu tidak dijadikan alat oleh parti baharu di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah mengecam PAS suatu ketika dahulu.
"Malah, Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohammad pernah mengecam PAS dengan menuduhnya parti dadah dan sebagainya.
"Dari segi calon dan jenteranya, Bersatu berharap kepada pada PAS untuk memenangi dan menjadikannya sebagai batu loncatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan di dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasek, di sini.
Ahmad Shabery yakin PAS tidak semudah itu terpengaruh dengan parti baharu yang tidak mempunyai pengikut yang ramai.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin dalam ceramahnya di Kemasek, malam kelmarin bahawa parti itu akan berbincang dengan PAS mengenai pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.
Sunday, September 4, 2016
JANGAN BALAS DENDAM KEPADA ORANG YANG PERNAH ZALIMI KITA
JASIN, 4 Sept (Bernama) -- Kehebatan pemimpin UMNO bukan datang daripada diri mereka semata-mata sebaliknya datang daripada sokongan anggota peringkat akar umbi parti, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti itu berkata pemimpin UMNO perlu sedar kedudukan dan jawatan dipegang mereka hari ini adalah suatu amanah yang diberikan anggota peringkat akar umbi parti.
"Kita (pemimpin UMNO) ada atas pentas ini kerana di bawah (anggota akar umbi) sokong kita. Kerana yang bawah yang atas ini jadi hebat.
"Jadi bila ada di atas ini, kena tahu lah kehebatan itu bukan kerana diri kita semata-mata tetapi kerana sokongan akar umbi kita," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jasin di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam dan kira-kira 1,000 anggota UMNO Bahagian Jasin.
Ahmad Zahid berkata pemimpin UMNO perlu menjalankan amanah dalam kedudukan dan jawatan diberikan akar umbi kepada mereka dan bukan menjadikannya sebagai sesuatu yang memberikan pulangan lumayan dalam pelbagai bentuk.
"Berapa lama boleh pegang jawatan. Sampai dalam kubur. Selagi pegang jawatan kita mesti jaga kebajikan anak buah kita. Jangan kira cawangan mana bahagian mana perwakilan mana yang sokong kita, selepas menang pegang jawatan kita mesti adil jaga semua," katanya.
Beliau berkata dalam menjalankan amanah itu, pemimpin UMNO perlu mengenepikan protokol bagi mendekati anggota peringkat akar umbi dan juga rakyat secara keseluruhannya.
Katanya dengan mengenepikan protokol dalam mendekati rakyat, pemimpin UMNO dapat menguasai minda dan hati nurani mereka seterusnya memperoleh sokongan untuk parti pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita ada Tan Sri Ali (Mohd Ali) dari dulu suka turun padang, pergi kenduri dari pagi sampai petang tengok rakyat tanpa protokol semua, semangat begini harus ada pada pemimpin," katanya.
Ahmad Zahid turut berkongsi pengalamannya ketika bertugas sebagai penolong pengurus di Bank Simpanan Nasional (BSN) sekitar tahun 70an yang mengamalkan sikap mesra dengan semua petugas dari semua peringkat.
Namun sikapnya itu kurang disenangi pengurusnya yang beranggapan tindakan itu melanggar protokol dan menerima teguran daripada pengurusnya berkenaan perkara itu.
"Tetapi saya berpendapat, saya berhak berkawan dengan semua orang menyebabkan saya bertindak untuk berhenti kerja, dalam masa sama saya berdoa untuk keadilan kepada saya yang akhirnya 15 tahun kemudian saya kembali sebagai Pengerusi BSN," katanya.
Beliau berkata setelah menjadi Pengerusi BSN, beliau tidak menaruh dendam kepada bekas pengurusnya itu sebaliknya memberikan kenaikan pangkat kerana pengurus itu bertugas dengan cemerlang malah antara individu yang terlibat dalam proses mengkorporatkan BSN.
"Saya bukan riak atau takbur tetapi di sini ambillah pengajaran bila berada di atas, jangan menzalimi dengan membalas dendam kepada mereka yang pernah menzalimi kita.
"Dalam kitaran hayat politik, ada naik turunnya, kita kena ingat itu selalu, jika kita ikhlas dan konsisten maka hak kita akan jadi hak kita," kata Ahmad Zahid.
Beliau juga mendapat tepukan gemuruh daripada mereka yang hadir kerana tetap bersemangat untuk berucap kira-kira 50 minit menyampaikan nasihat pada majlis itu walaupun suaranya serak dan tersekat-sekat kerana mengalami sakit tekak.
"Saya minta maaf, suara tak berapa dengar ni.. tapi kerana sayang dengan orang Jasin saya teruskan, saya pun dinasihatkan supaya tidak datang kerana sakit ini tetapi nama saya Zahid Hamidi, sekali janji mesti ditepati," katanya.
-- BERNAMA

Monday, August 22, 2016
JANGAN JADI PONDAN KATA SALLEH
Para pemimpin UMNO semua peringkat diminta jangan bersikap seperti pondan ketika parti diasak dengan serangan oleh musuh-musuhnya.
Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, mereka mesti berani dalam perjuangan dan jangan teragak-agak untuk melancarkan serangan terhadap musuh.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia memberitahu, semua pemimpin UMNO tidak sepatutnya hanya menunggu musuh ‘membunuh’ mereka.
“Tidak guna kita menjadi pemimpin kalau bersikap seperti pejuang yang pengecut.
“Belum pun bertempur kita sudah mengaku kalah, pantang sekali mengaku kalah sebelum berjuang,” katanya ketika berucap merasmikan secara serentak mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Cheras di sini Sabtu lalu.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee; Ketua Wanita bahagian, Datuk Zurainah Musa; Ketua Pemuda bahagian, Johari Yazid dan Ketua Puteri bahagian, Nazatulshima Shamsuddin.
Menurut Salleh, setiap pemimpin UMNO mesti mempunyai tiga sifat penting bagi memenangi hati ahli parti dan rakyat iaitu pertama, tidak sombong dan berlagak apabila memegang jawatan; kedua, jangan kedekut atau lokek memberi buah fikiran; dan ketiga, berkhidmat membantu parti.
-
Friday, August 19, 2016
JANGAN PANDANG REMEH KEPADA PARTI BAHARU
HULU TERENGGANU, 19 Ogos (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Jailani Johari mengingatkan anggota dan pemimpin parti supaya jangan alpa dan memandang remeh penubuhan parti baharu oleh bekas pemimpin UMNO.
Beliau berkata mereka harus bekerja lebih kuat sebagai satu pasukan bagi memastikan pengaruh parti baharu itu kelak tidak menular khususnya di Terengganu.
"Saya menyeru kepada semua pihak (pemimpin) dan anggota UMNO supaya tidak leka dan memandang remeh akan penubuhan parti itu dan kita haruslah lebih bekerja kuat," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada persidangan perwakilan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak selaku Bendahari UMNO.
Jailani yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia bagaimanapun yakin parti baharu itu tidak akan berkekalan dan akan berkubur.
"Saya yakin parti baharu tersebut akan terkubur pada PRU14 (pilihan raya umum ke-14) nanti seperti yang pernah berlaku kepada parti Semangat 46," katanya.
Jailani berkata kekuatan UMNO bergantung pada keupayaan mempertahankan perpaduan dan menyelesaikan segala kemelut dalam parti walau sekecil mana sekalipun.

Sunday, August 14, 2016
JANGAN SEKADAR BERI AMARAN, DATUK DZUL
PUTRAJAYA, 14 Ogos (Bernama) -- Hentikan rasuah dan salah guna kuasa sekarang atau bersedia berdepan tindakan tegas pasukan penguatkuasaan.
Itu amaran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad, 48, yang sekaligus turut membuka ruang kepada pelaku rasuah untuk tampil 'menyerah diri' secara sukarela bagi memungkinkan hukuman lebih ringan dipertimbangkan terhadap mereka.
"Datang sekarang, ini peluang yang saya buka, datang bila-bila masa sebelum diambil tindakan. Kalau sudah diambil tindakan baru nak jumpa kami, tak payahlah. Kalau dah rasa 'panas', datanglah.
"Kita akan kaji dan bincangkan dengan pihak Peguam Negara apa tindakan yang boleh diambil (untuk diringankan hukuman) kerana soal pendakwaan adalah di bawah tanggungjawab mereka," katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama di pejabatnya, di sini pada Sabtu.
Tawaran itu walau dilontarkan dalam nada penuh toleransi, namun ketegasan bos baharu agensi antirasuah negara itu jelas kelihatan apabila menyifatkan tidak akan 'pilih bulu' dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab suruhanjaya itu dalam usaha mencegah jenayah rasuah di negara ini.
Dzulkifli yang mengambil alih jawatan itu menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed bermula 1 Ogos lepas berkata fokus utama beliau sebaik dilantik menerajui SPRM ialah untuk menekankan peranan suruhanjaya itu dalam usaha meningkatkan integriti sama ada di sektor awam atau swasta.
Katanya dalam melaksanakan peranan itu, tidak mustahil amaran yang diutarakan itu diterjemahkan dengan serbuan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta yang berkaitan jika terdapat sebarang bukti pelakuan rasuah.
"Nantikan saja dalam masa terdekat ini, akan ada 'salam perkenalan' daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu," katanya.
Katanya tempoh dua minggu (sejak mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM) sudah cukup untuk beliau memahami mengenai suruhanjaya itu dan sudah sampai masanya untuk melihat hasil perlaksanaannya.
"Saya seorang lelaki yang kurang berkata-kata. Saya tidak banyak bercakap, saya seorang yang gemar melakukan dan mengambil tindakan. Saya ingin beri nasihat dan amaran kepada yang terlibat rasuah agar berhenti serta-merta.
"Ini bukan amaran kosong. Kepada sesiapa yang selama ini mempunyai pendapatan yang lain daripada gaji yang sepatutnya diterima, iaitu rasuah, sila hentikan," katanya.

Wednesday, August 3, 2016
LU JANGAN NAFI MAHU KELUAR UMNO
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ajil, Ghazali Taib hari ini menafikan desas-desus yang tersebar kononnya beliau akan keluar UMNO.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri itu sebaliknya menegaskan beliau akan setia menjunjung amanat parti itu dan mempertahankan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
GHAZALI TAIB
"Tak ada, saya orang UMNO ... takkan saya nak keluar parti. UMNO akan saya junjung, presiden akan saya pertahankan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu semalam.
Ditanya mengenai kenyataannya dalam laporan akhbar hari ini yang menegur pentadbiran negeri pimpinan Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman, Ghazali berkata, ia bertujuan memastikan rakyat merasa keberkesanan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu.
"Sebagai wakil rakyat yang mendengar suara rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan hasrat rakyat supaya negeri Terengganu, kerajaan negeri Terengganu disegani dan dihormati.
"Teguran dan nasihat kerana ini kerajaan rakyat, jadi rakyat memerlukan yang sempurna bagi perkhidmatan yang terbaik. Kalau saya tak sampaikan bermakna saya telahpun tidak melakukan amanah rakyat," katanya.
Gua mahu ulas sikit kenyataan ADUN Ajil itu. Betul ke lu tak mahu keluar Umno? Lu berani sumpah junjung al quran di masjid Ajil? Kalau Ahmad Said dipecat dari Umno, lu tetap dalam Umno ke? Jangan nafi ooi. Nanti makan sumpah ooi macam Ahmad Said. Kenapa dulu bila Mat Said keluar Umno pada tahun 2013 lu ikut dia keluar Umno? Lu sudah lupa ke?
Sekarang Ahmad Said meroyan kerana dimakan sumpah. Lu pun mahu jadi macam dia ke? Lu kata lu buat kenyataan akhbar kerana menyampaikan hasrat rakyat. Rakyat mana yang bodoh mahu Ahmad Said kacau Razif sebagai MB? MB tak boleh buat kerja kerana Ahmad Said ganggunya. Jadi rakyat yang rugi.
Rakyat macam lu yang mahu politik Terengganu terus tidak stabil. Lu boleh tegur Razif, tapi lu Exco lu tegurlah ikut saluran. Miting Exco ada kan. Buat apa guna akhbar untuk tegur Razif? Lu pernah jadi guru. Lu mahu cakap mesti dalam miting guru hentam guru besar. Mana boleh hentam guru besar guna akhbar. Itu pun lu tidak boleh fikir? Lu kena ingat jangan sampai rakyat Ajil berdemontrasi depan pejabat DUN Ajil minta lu letak jawatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)