Monday, August 22, 2016

JANGAN JADI PONDAN KATA SALLEH



Para pemimpin UMNO semua peringkat diminta jangan bersikap se­perti pondan ketika parti diasak dengan serangan oleh musuh-musuhnya.


Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, mereka mesti berani dalam perjuangan dan jangan teragak-agak untuk melancarkan serangan terhadap musuh.

Beliau yang juga Menteri Ko­munikasi dan Multimedia memberitahu, semua pemimpin UMNO tidak sepatutnya hanya menunggu musuh ‘membunuh’ mereka.

“Tidak guna kita menjadi pemimpin kalau bersikap seperti pejuang yang pengecut.

“Belum pun bertempur kita sudah mengaku kalah, pantang sekali mengaku kalah sebelum berjuang,” katanya ketika berucap merasmikan secara serentak mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Cheras di sini Sabtu lalu.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee; Ketua Wanita bahagian, Datuk Zurainah Musa; Ketua Pemuda bahagian, Johari Yazid dan Ketua Puteri bahagian, Nazatulshima Shamsuddin.

Menurut Salleh, setiap pe­mimpin UMNO mesti mempunyai tiga sifat penting bagi memenangi hati ahli parti dan rakyat iaitu pertama, tidak sombong dan berlagak apabila memegang jawatan; kedua, jangan kedekut atau lokek memberi buah fikiran; dan ketiga, berkhid­mat membantu parti.

-

No comments:

Post a Comment