Saturday, August 6, 2016

BEKAS YB DITAHAN POLIS KERANA GELOMBANG KUNING?

Gua dengar seorang bekas YB sudah ditahan polis kerana menjadi dalang kepada pemasangan kain rentang Gelombang Kuning. Kononnya kain rentang anti MB, Ahmad Razif Abdul Rahman telah dipasang di banyak tempat menjelang sidang Dewan Undangan Negeri esok.

Gua mahu ucap syabas kepada pihak polis yang berjaya memberkas pemasang kain rentang sehingga tertangkap dalang yang mengupah mereka. Bekas ahli parlimen itu pernah menjadi ketua bahagian dan digugurkan sebagai calon oleh Datuk Seri Idris Jusoh pada PRU 2008.

Pada PRU 2013 beliau dipilih semula oleh Datuk Seri Ahmad Said sebagai calon parlimen lagi tetapi kali ini beliau tewas teruk. Gua hairan kenapa  bekas YB yang merupakan penyokong Ahmad Said itu sanggup buat kerja terkutuk itu. Buat malu saja.

Gelombang Kuning yang ditaja oleh bekas YB itu cuba melagakan pihak istana dengan MB sedangkan isu tersebut sudah lama selesai. MB sendiri sedar bahawa pelucutan bintang kebesaran adalah hak mutlak Sultan Terengganu. Jadi tak perlukan lagakan pihak istana dengan MB.

Di Ajil pula ada orang yang pandai pandai turunkan kain rentang menyokong MB. Kenapa YB Ghazali arahkan orangnya menurunkan kain rentang tersebut sedangkan Razif adalah ketua kerajaan negeri.


Gua juga mahu ulas kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mahu MB dan bekas MB mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik.

Gua hairan kenapa Shabery mahu play safe dalam politik. Sebagai ahli parlimen di Terengganu beliau sepatutnya memberi sokongan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Ahmad Razif kerana Razif dilantik oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno dua minggu lepas, Shabery tidak menyokong pemecatan ketua bahagiannya dari Umno. Gua pun faham lu terhutang budi kepada Ahmad Said kerana dari no body tidak ada kedudukan dalam bahagian tiba tiba lu terus jadi timbalan ketua bahagian setelah menyertai rakit Ahmad Said menentang rakit Datuk Abu Bakar Ali pada pemilihan Umno pada tahun 2000. Lu tanding ketua pemuda pada tahun 1998 pun kalah.

Siapa lu mahu nasihati MB sedangkan lu hanya timbalan ketua bahagian. Malah masa lu dilantik sebagai ketua penerangan Umno Terengganu di zaman Idris MB, lu gagal kerana lu sibuk di pusat. Idris selalu merungut lu tidak berfungsi sebagai ketua penerangan Umno negeri.

Takkan lu tak tahu punca sebenar masalah ini timbul kerana ketua bahagiannya buat usul undi tidak percaya kepada MB. Apakah lu merestui tindakan ADUN Kijal itu mengemukakan undi tidak percaya kepada MB?

Gua pun hairan dengan lu, Shabery. PM datang ke Terengganu gua tak nampak muka lu. Muka Idris ada. Takkan sebagai menteri terlalu sibuk hinggakan big boss datang ke KT lu tak boleh hadiri majlis boss lu itu.MB pergi ke Kemaman minggu lepas pun gua tadak nampak muka  lu Shabery.

 Lu kata lu sendiri tidak jamin kemenangan empat DUN di Kemaman jika MB dan bekas MB terus bertelagah. Sepatutnya lu nasihati ketua bahagian lu  terima qada dan qadar dan memberi sokongan kepada Razif dan bukannya main politik play safe.

Orang Kemaman pun sudah tidak mahu lu jadi ahli parlimen lagi. Cukuplah tiga penggal. Dahulu Datuk Seri Ismail Said orang luar jadi ahli parlimen Kemaman tetapi beliau pandai jaga kawasan. Orang Kemaman lihat lu bukan seperti Ismail Said yang jarang ada di kawasan dan sukar ditemui. Pegawai lu pula turut menghentam MB seperti Cikgu Fauzi Adam seolah olah direstui oleh lu.

Malah lu cuba membela Bulat apabila ditamatkan jawatan sebagai Pegawai Pembangunan DUN Chukai dengan menulis surat kepada MB supaya kaji balik penamatan jawatan tersebut. MB tamatkan jawatan PPD tetapi MB tawarkan jawatan pegawai khas MB kepada Bulat tetapi Bulat menolak tawaran tersebut. Jadi bukan salah MB. Lu tak payah campurlah urusan MB. Lu jagalah MOA lah baik baik.

Sebagai menteri lu tidak menolong rakyat Terengganu. Rugi letak lu dalam kabinet kalau tidak boleh tolong rakyat Terengganu. Lebih baik Idris sebagai menteri banyak bantu rakyat Terengganu. Tak ada guna Terengganu ada dua menteri kalau tak boleh tolong rakyat Terengganu.

No comments:

Post a Comment