Thursday, August 25, 2016

PERANCANGAN MAHATHIR TIDAK MENJADI



KUALA LUMPUR 24 Ogos -Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Mohd. Johari Abu Bakar memberitahu, segala perancangan Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri tidak menjadi kenyataan.

Menurut beliau, konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri gagal kerana ketiga-tiga tokoh iaitu bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed  tidak mengikut te­lunjuk Dr. Mahathir.

“Situasi itu menepati peribahasa Melayu ‘lain diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi’,” jelasnya.

Sementara itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Hamdan berkata,dakwaan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun tentang konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan rekaan semata-mata.

Katanya,  perkara itu disahkan melalui kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang pengkhianatan terhadap tiga bekas pegawai tinggi kerajaan bergelar Tan Sri baru-baru ini.

“Mengikut logik akal, jika tiada perancangan sulit, masakan ada pengkhianatan dalam kalangan mereka ?

“Harap orang muda boleh menilai perkara ini kerana ia menggambarkan bahawa laporan polis yang dibuat oleh Khai­rul Azwan adalah satu tindakan ber­asas,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Dr. Mahathir pada Ahad lalu mendakwa, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed telah dikhianati oleh pihak yang tidak dinamakan identitinya.

Beliau membuat dakwaan itu selepas Khairul Azwan menjelaskan, tindakan­nya membuat laporan polis ter­hadap tiga bekas pegawai kerajaan di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 26 Julai lalu berjaya menggagalkan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri.


No comments:

Post a Comment