Thursday, August 11, 2016

GU CAYA SAMA LU, KU LI



Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tekad untuk setia bersama UMNO sekiranya ditawarkan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau berkata tidak timbul soal akan berpaling tadah dengan parti
pembangkang dan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya adalah ahli UMNO, dan saya tidak nampak apa-apa salah dalam parti UMNO dan jika terdapat apa-apa yang salah dalam parti, saya akan memberi cadangan, pendapat dalam parti. Saya menerima semuanya di dalam parti," katanya kepada pemberita selepas membuka Pameran Perdagangan dan Khidmat Berkaitan untuk Artifak Asia di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat Kumpulan Asian Heritage Museum Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Mukhriz.

Tengku Razaleigh berkata penubuhan parti baharu itu akan menemui jalan sukar kerana ia membabitkan parti pembangkang yang kini jelas sedang berpecah-belah.




Kira-kira 50 artifak dari beberapa negara termasuk China dipamerkan bermula hari ini sehingga 14 Ogos di Muzium Warisan Seni, Universiti Malaya.

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan
permohonan pendaftaran parti itu di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya Selasa lepas.

-Bernama

No comments:

Post a Comment