Monday, August 8, 2016

BANYAK SUSAH JUMPA MENTERI

Sibuk betul jadi menteri. Susah mahu jumpa. Nak jumpa bukannya senang. Kena buat temujanji dengan setiausaha sulit (SUS). Yang peliknya hantar whatsapp kepada SUS nak buat temujanji jumpa menteri, SUS tak jawab whatsapp kawan saya.

Kawan saya kenal menteri itu. Apabila SUS tak jawab whatsapp itu, dia hantar whatsapp kepada menteri pula beritahu ada pelabur dari Taiwan mahu jumpanya. Menteri itu pun dua kali lima dengan SUS tidak jawab whatsapp kawan saya.

Nak kata whatsapp tak sampai, tak logik pasal ada tanda dua right biru. Maknanya menteri dan SUS itu sudah baca whatsapp kawan saya. Tapi mereka sengaja tak jawab whatsapp.

Bodohnya menteri itu. Jangan dipersoal siapa kawan saya itu. Yang penting layanlah pelabur dari Taiwan itu. Bukankah ini merosakkan imej negara apabila ada menteri yang tak nak jumpa pelabur. Pelabur itu bukannya mahu duit kerajaan tapi mahu bawa duit ke negara ini.

Pelabur itu bukan mahu rebut kontrak yang ada.Nampaknya menteri ini tidak mesra pelabur. Nanti gua beritahu PM supaya pecat menteri ini. Jangan beri dia tanding lagi dalam PRU akan datang. Buat malu Malaysia. Bila tak jadi menteri, baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah.

2 comments:

  1. Saya setuju. Kalau sikap Menteri macam ni patut letak jawatan. Ada tu pula tu bila majlis rasmi, siap cakap pintu pejabat saya sentiasa terbuka. Kalau ada masalah boleh datang. Call saja sus saya diboleh realisikan temujanji....hampeh

    ReplyDelete
  2. Saya setuju. Kalau sikap Menteri macam ni patut letak jawatan. Ada tu pula tu bila majlis rasmi, siap cakap pintu pejabat saya sentiasa terbuka. Kalau ada masalah boleh datang. Call saja sus saya diboleh realisikan temujanji....hampeh

    ReplyDelete