Tuesday, August 16, 2016

KALAU TAK PETEH KETING BN MENANG DI LADANG



Pemimpin Umno Bahagian Kuala Terengganu mengingatkan ahlinya tidak hanya menuturkan kemenangan di mulut sebaliknya bergerak segera melakukan kerja ke arah kemenangan menjelang PRU14.

Ketuanya, Datuk Mohd Sabri Alwi berkata, walaupun BN bertapak di Terengganu ketika ini, ahli Umno perlu menyedari BN gagal peroleh sebarang kerusi pada PRU lepas di parlimen itu.

Sehubungan itu katanya, apa yang dinikmati di bahagian Kuala Terengganu hari ini hanyalah kerana menumpang tuah atas kejayaan BN mengekalkan kedudukan sebagai kerajaan.

“Semua kita nak menang tapi kalau hendak menang kenalah kerja. Bukan sebut (menang) sampai mulut berbuih tetapi kerja tak buat.

“Kerja untuk Umno ini tidak ada balasan apa pun. Kita sertakan keikhlasan kita untuk kerja kepada parti yang kita sayang. Kerana parti Umno ini sahajalah yang akan membela orang Melayu kita, orang Islam kita, negara kita,” katanya ketika Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, di sini.

Beliau berkata, walaupun Umno Bahagian Kuala Terengganu mengalami kekalahan teruk baru-baru ini, namun pihaknya berterima kasih kepada pucuk pimpinan kerana masih memberi kepercayaan kepada pihaknya memperbaiki keadaan pada PRU akan datang.

Ini terbukti apabila Perdana Menteri selaku Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 20 Ogos 2016 di Stadium Negeri.

Beliau berkata, Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Terengganu turut dirasmikan, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ogos tahun lalu.

Dalam masa sama, beliau turut berharap semua pihak memberi sokongan padu kepada beliau selaku Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu untuk memastikan matlamat kemenangan tercapai.

Ulasan gua, bukan mudah kepada Mat Kerak nak rampas empat DUN dan satu parlimen pada PRU akan datang. DUN Batu Buruk dan DUN  Wakaf Mempelam sudah jadi kubu kuat PAS sejak tahun 1978 lagi. DUN Bandar mungkin boleh dirampas jika pengundi China kembali mengundi BN manakala kerusi DUN Ladang boleh menang jika ahli Umno bersatu.

Dengan adanya AMANAH mungkin penyokong PAS berpecah dua dan ia beri kelebihan kepada BN tetapi selain dari kerja kuat seperti kata Mat Kerak, para penyokong Umno jangan peteh keting apabila BN meletakkan sesiapa sahaja jadi calon.

Gua nampak DUN Ladang dan DUN Bandar, BN boleh menang dan jika BN sudah menang dua kerusi DUN maka kemenangan calon parlimen BN amat cerah. Oleh itu gua rasa tak payah gantung cawangan bekas ketua bahagian, Datuk Roslan Awang Chik yang kononnya cawangannya tidak buat sebarang aktiviti. Penggantungan ini menyebabkan penyokong Umno semakin berpecah. Oleh itu Adik Mat kena tarik Roslan menyokong Adik Mat kerana tanpa sokongan ini mustahil BN dapat merampas kerusi DUN Ladang. Apatah lagi Roslan pernah menjadi wakil rakyat di DUN tersebut.

No comments:

Post a Comment