Friday, August 12, 2016
PEMBANGKANG DAH BEREBUT KERUSI
Sayap Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Perak percaya strategi satu lawan satu adalah formula terbaik bagi menumbangkan Umno, BN di negeri tersebut.
Justeru, Setiausahanya, Safarizal Saleh mahu isu pembahagian kerusi antara semua parti pembangkang termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) segera diperbincangkan.
"Sudah tentu kerusi yang bakal menjadi pilihan BERSATU adalah kerusi yang akan ditandingi oleh Umno dengan pada masa yang sama, ia turut ditandingi PAS diikuti oleh AMANAH jika dipersetujui di dalam Pakatan Harapan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Oleh itu, Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, AMANAH dan PKR serta BERSATU perlu berbincang pada kadar segera bagi menentukan semua kerusi yang bakal ditandingi, jelas beliau.
Ujar Safarizal, gerak kerja bersama perlu disusun lebih awal bagi memastikan gabungan Pakatan Harapan dan BERSATU benar-benar menjadi lawan kepada BN terutamanya di Perak, khususnya.
Pada masa yang sama, Pemuda AMANAH Perak telah menyenaraikan empat kerusi dewan undangan negeri (DUN) iaitu Lubok Merbau, Manjoi, Pasir Panjang dan Selama yang berpotensi untuk dirampas pembangkang.
Ini kerana, jelas Safarizal, BN menang di keempat-empat kerusi berkenaan dengan majoriti rendah di bawah 1,000 undi pada pilihan raya umum yang lalu.
"Pada masa yang sama, kami turut meninjau beberapa kerusi berpotensi lain seperti Kenering, Kubu Gajah, Batu Kurau, Alor Pongsu, Trong, Chenderoh, Belanja, Bota, Kampong Gajah dan Slim," tambahnya.
Buat masa ini, BN Perak yang dikepalai oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menguasai 31 kerusi DUN manakala pembangkang mendapat 28 kerusi dengan DAP 18, PAS 5 dan PKR 5.
Ulasan gua, Nampaknya BERSATU belum diluluskan pendaftarannya oleh ROS pembangkang sudah berebut kerusi. Nampaknya PKR, Amanah bimbang kerana dengan adanya BERSATU, parti baharu itu akan merebut kerusi PKR dan Amanah.
Oleh itu baguslah mereka berbalah merebut kerusi kerana ini beri kelebihan kepada BN untuk berhadapan dengan pembangkang pada PRU yang akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment