Tuesday, August 23, 2016

SELEPAS MUSA, MEGAT JUNID PULA JADI MANGSA MAHATHIR



PUTRAJAYA - Anak sulung bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yakin bahawa sebarang tindakan atau keputusan yang diambil oleh Allahyarham sebelum ini berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah di atas arahan serta persetujuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Megat Fairus Megat Junid berkata, dalam konteks penahanan ISA, sekiranya benar Allahyarham menandatangani surat penahanan tersebut, ia adalah melalui kebenaran dan pengetahuan Mahathir yang merupakan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu.

"Malah kemungkinan besar ia adalah atas arahan beliau (Mahathir) yang juga turut memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ketika itu," katanya ketika sidang media di Kelab Tasik Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, menerusi blog Chedet.cc, Tun Mahathir mendakwa tindakan penahanan ISA telah ditandatangani Megat Junid.

Dalam pada itu, Megat Fairus memaklumkan bahawa beliau merasa pelik dengan dakwaan tersebut memandangkan bagaimana kuasa sebesar itu boleh diberikan kepada timbalan menteri selama 11 tahun tanpa pengawasan dari seorang menteri.

"Selaku waris, saya dan keluarga amat sedih dan kesal atas dakwaan yang dilemparkan Mahathir kepada insan yang sudah tiada," katanya.

Tambah beliau, pihaknya berharap agar Mahathir tidak mengulangi pertuduhan dan memburukkan nama Allahyarham yang sudah meninggal dunia.

Ulasan saya, baru baru ini Dr Mahathir menafikan menaja Musa Hitam melawan Ku Li bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1981 kerana kononnya beliau mematuhi arahan Hussein Onn yang mahu Dr Mahathir bekerjasama dengan Ku Li selepas Hussein bersara dari politik.

Sebaliknya Dr Mahathir kata Musa yang menemuinya minta sokongan beliau untuk menentang Ku Li yang lebih senior dari Musa sebagai Naib Presiden Umno. Kali ini Megat Junid pula jadi mangsa Dr mahathir yang kononnya menandatangani surat arahan menahan ahli politik di bawah ISA.

Masakan Dr Mahahir selaku Menteri Dalam Negeri memberi kuasa penuh kepada Megat Junid sedangkan Megat Junid hanya sekadar timbalan menteri sahaja. Jika benar, ini bermakna Megat Junid mendapat kepercayaan penuh Dr Mahathir tanpa merujuk kepada menterinya.

Sebaliknya jika Megat Junid menerima arahan Dr Mahathir ini bermakna Megat Junid menjadi mangsa Dr Mahathir. Senang senang Dr Mahathir melepaskan tangannya sedangkan seperti kata Megat Fairus ayahnya tidak dapat menjawab tuduhan Dr Mahathir.

No comments:

Post a Comment