Friday, August 12, 2016

MAT JIDIN, LU ORANG SIAPA

Sidang DUN Terengganu pada 8 Ogos lalu berjalan lancar tapi Exco Kerajaan Terengganu, Datuk Mat Jidin Shafie tiba tiba buat kenyataan bahawa bekas MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tidak berhasrat buat onar pada sidang tersebut.

Seolah-olah dari kenyataan tersebut, Mat Jidin menganggap MB Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman takut pada bayang bayang sedangkan Razif berjaga jaga supaya peristiwa yang berlaku pada bulan Mac lalu tidak berulang pada 8 Ogos lalu.

Apa motif lu cakap macam tu Mat Jidin? Lu pun cakap terima kasih  PM yang panggil semua ADUN BN ke rumahnya walaupun sudah lewat malam PM masih ada masa untuk layan mereka. Berapa orang yang datang Mat Jidin? Gua difahamkan 8 orang ADUN sahaja yang hadir dari 15 orang.

Siapa yang panggil? PM yang panggil atau lu yang atur mereka jumpa PM? Apa motif lu bawa mereka jumpa PM? Adakah lu mahu supaya mereka beritahu PM supaya  Razif digantikan dengan lu?

Lu tak payah sokong PM. Semua orang tahu lu orang Tan Sri Muhyiddin Yasin. Lu pernah jemput Muhyiddin rasmi persidangan perwakilan Setiu masa Muhyiddin jadi TPM. Lu terhutang budi kepada Muhyiddin kerana lantik lu sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sewaktu Muhyiddin jadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Lu memang penyokong kuat Muhyiddin. Banyak kali lu jemput Muhyiddin rasmi persidangan perwakilan bahagian Setiu. Lu juga setia dengan Mat Said. Bila Razif ada kes dengan istana, lu sudah pasang angan angan mahu jadi MB. Pasal lu tahu kalau lu jadi MB, lu akan patuhi Mat Said dan semua kroni Mat Said akan hidup semula.


Kalau PRN diadakan takdirnya lu tak jadi calon BN, sudah tentu Muhyiddin tawarkan lu jadi calon Parti BERSATU. Memang ngamlah itu.

No comments:

Post a Comment