PULAU PINANG 16 Feb. – Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memberi ‘perhatian istimewa’ kepada permohonan membina projek perumahan rakyat yang dirancang oleh agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini.
Zainal Abidin
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya sudah menghantar pelan pembinaan kira-kira 10,000 unit rumah tersebut kepada kerajaan negeri namun sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas.
Malah, beliau turut melahirkan rasa kesal kerana ada permohonan yang sudah menunggu kelulusan lebih tiga tahun selain ditangguhkan lebih 25 kali selepas dibawa ke mesyuarat kerajaan negeri.
“Sebab itu kita menggesa kerajaan negeri memasukkan permohonan pelan kita ini dalam kategori `laluan khas’ dan memberi kelulusan segera supaya kita dapat membina secara serentak kira-kira 10,000 unit rumah rakyat ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Persekutuan di sini, hari ini.
Menurut Zainal Abidin, 10,000 unit rumah rakyat itu tidak termasuk 46,000 buah lagi yang dirancang dibina pihaknya di negeri ini pada masa depan.
Jelasnya, kesemua unit perumahan itu akan dibina oleh lapan agensi di bawah Kerajaan Pusat yang sudah bersedia dari aspek pelan, kewangan serta tanah dan hanya menunggu kelulusan kerajaan negeri.
Beliau menambah, projek perumahan itu melibatkan harga bawah RM400,000 seunit di bahagian pulau dan bawah RM250,000 seunit di Seberang Perai.
“Setakat ini, Kerajaan Pusat sudah membina hampir 6,000 unit rumah rakyat membabitkan 34 projek dan sebenarnya lebih banyak unit boleh disiapkan sekiranya kerajaan negeri tidak melengah-lengahkan kelulusan permohonan kita,” katanya.
Ulasan saya, penangguhan kelulusan kerajaan negeri terhadap projek perumahan rakyat membuktikan bahawa kerajaan DAP adalah anti Melayu kerana sudah pasti yang akan menduduki perumahan itu adalah orang Melayu. Justru itu kerajaan Pulau Pinang tidak berminat meluluskan projek yang menguntungkan orang Melayu.
No comments:
Post a Comment