KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengenai pelantikan tiga portfolio kanan dalam Kabinet kerajaan yang belum dimuktamadkan dan masih dalam perbincangan itu adalah pandangan peribadi semata-mata.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pendirian parti adalah sama dengan kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerajui kerajaan baharu Persekutuan.
"Itu pandangan dia (Rafizi) kita harus menghormatinya, tapi pada akhirnya dalam jemaah ini melihat kepada keputusan parti dan keputusan rasmi itu telah dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
"...dan saya yakin proses ini akan berjalan dengan baik, cukup kondusif dan kita mahu ia mestilah memenuhi aspirasi rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Kemenangan Rakyat Parlimen Gombak di Dataran Greendwood, di sini, hari ini.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari, ADUN Gombak Setia, Hilman Idham dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.
Semalam, Rafizi menerusi laman rasminya Rafiziramli.com berkata perbincangan rundingan jemaah menteri termasuk tiga portfolio kanan dalam kerajaan iaitu Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan masih berjalan dan belum dimuktamadkan.
Rafizi berkata ia susulan ketiadaan wakil PKR di dalam mesyuarat dan semasa pengumuman pelantikan tiga portfolio kanan dalam kerajaan itu.
Mohamed Azmi, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata parti itu akan meneruskan perbincangan dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengenai senarai penuh anggota Kabinet kerajaan.
Mengenai barisan exco kerajaan negeri Selangor, Mohamed Azmi berkata senarai 10 nama yang akan mengangkat sumpah esok untuk menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah,' katanya.
Menurutnya, majlis angkat sumpah akan diadakan pada 2 petang esok.
"Kita akan melihat beberapa muka baharu esok. Saya percaya in adalah pasukan yang mantap dan kami akan terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat di Selangor," katanya.
Showing posts with label azmin. Show all posts

Sunday, May 13, 2018
Monday, January 29, 2018
AZMIN AKUI PAKATAN HARAPAN GAGAL MUKTAMADKAN PENGAGIHAN KERUSI DUN
SHAH ALAM, 29 Jan (Bernama) -- Pakatan Harapan Selangor dilihat masih gagal memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Perkara itu diakui Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyifatkan pihaknya masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.
Beliau berkata meskipun masih belum memutuskan soal pengagihan kerusi DUN, Pakatan Harapan Selangor bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk sekiranya PRU14 diadakan pada April depan.
"Adalah selamat untuk saya menyatakan bahawa kami sudah bersedia untuk itu (PRU14), sama ada dari segi calon, pengagihan kerusi dan persediaan untuk pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Jamzuri Ardani baru-baru ini yang dilaporkan berkata bahawa beliau (Mohamed Azmin) cuba melengah-lengahkan masa pengagihan kerusi DUN bagi menghadapi PRU14.
Menerusi laporan portal berita, themalaysianinsight.com, Jamzuri mengakui bahawa pengagihan kerusi DUN bagi Pakatan Harapan itu masih gagal diputuskan sehingga kini walaupun tarikh akhir bagi memuktamadkan perkara itu ditetapkan Rabu ini.
Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada PRU14, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata perkara itu masih belum diputuskan kerana tertakluk kepada perbincangan dengan parti.
-- BERNAMA

Sunday, January 14, 2018
AZMIN MAIN WAYANG TAWARKAN PARLIMEN GOMBAK KEPADA MAHATHIR
SHAH ALAM, 14 Jan (Bernama) -- Tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menawarkan kerusi Parlimen Gombak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hanyalah wayang semata-mata.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Johan Abdul Aziz berkata menteri besar itu hanya ingin mencari alasan untuk lari daripada kegagalannya berkhidmat kepada penduduk di situ.
"Saya lihat ramai penduduk di Parlimen Gombak bersungut kerana diabaikan kepimpinan Mohamed Azmin sehingga ada kawasan yang tidak pernah dilawati beliau. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar pula yang terpaksa turun ke kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Parlimen itu bagi mengatasi masalah bumbung rosak dan sampah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya malam tadi, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR bersedia memberi laluan kepada Dr Mahathir di Parlimen Gombak sekiranya dipersetujui oleh PKR.
Sebelum ini, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan kesediaan untuk bertanding dalam PRU14 membabitkan satu daripada tiga kerusi Parlimen iaitu Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu.
Pada Ahad lepas, Konvensyen Pakatan Harapan Ke-2 mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang itu memenangi PRU14.
Ketua Pemuda UMNO Selangor Zainuri Zainal berkata Mohamed Azmin menawarkan kerusi Parlimen Gombak kepada Dr Mahathir kerana mengetahui beliau mempunyai peluang tipis untuk mengekalkan kerusi itu pada PRU14 berikutan tidak lagi mendapat sokongan daripada PAS.
Ini kerana, beliau berkata kemenangan Mohamed Azmin di Parlimen itu pada PRU12 dan PRU13 adalah hasil sokongan dan bantuan daripada pemimpin serta jentera PAS.
Pada PRU13, Mohamed Azmin menewaskan calon Barisan Nasional Raman Ismail dan calon Bebas Saiz Nazar Abu Baker dengan majoriti 4,734 undi.

Saturday, February 11, 2017
PERANG PSIKOLOGI AZMIN SUDAH DIJANGKA
PASIR SALAK, 11 Feb (Bernama) -- Isu yang cuba dibangkitkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kononnya seorang menteri kanan meletak jawatan adalah perang psikologi yang sudah dijangka, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Katanya Menteri Besar Selangor itu memang gemar bermain perang saraf bagi menggambarkan seolah-olah UMNO lemah.
"Masyarakat jangan terpedaya dengan tuduhan seolah-olah kabinet dan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpecah. Jadi jangan terperangkap dengan perang saraf Azmin itu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Badan Amal Pusat Khidmat Parlimen Pasir Salak di Kampung Gajah hari ini.
Semalam, Mohamed Azmin memuat naik status berbentuk pertanyaan menerusi akaun Twitternya mengenai seorang menteri kanan telah meletak jawatan.
Susulan itu, Najib mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor tersebut selain meminta Mohamed Azmin mengemukakan nama menteri yang dimaksudkan.
Hari ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media di Kota Kinabalu, Sabah menyifatkan dakwaan Mohamed Azmin sebagai satu pembohongan.
Sementara itu di ARAU, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah politik pembangkang dengan sengaja menimbulkan isu tidak munasabah.
"Kalau ada menteri nak letak jawatan, mesti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih tahu. Takkan Azmin dari parti pembangkang yang lebih tahu?
"Saya rasa rakyat pun boleh fikir yang dakwaan Azmin itu semata-mata dakyah yang dicipta," tegasnya.
Terdahulu, Shahidan yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 2,000 masyarakat Tionghoa di kawasan Parlimen Arau bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Hwa Aik di sini.

Thursday, November 17, 2016
PEMUDA UMNO PERSOAL KHALID KIRA MURAH, AZMIN KIRA MAHAL
Pengerusi Biro Profesional Muda pergerakan itu, Shahril Sufian Hamdan menegaskan, penilaian tersebut harus didedahkan oleh Mohamed Azmin kerana jumlah RM2.7 bilion itu tidak menepati persetujuan kerajaan negeri semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menetapkan tawaran pengambilalihan ekuiti Splash hanya berjumlah RM250.6 juta daripada jumlah keseluruhan kos membabitkan empat syarikat konsesi perkhidmatan air bernilai RM9.65 bilion.
Menurutnya, semasa pentadbiran Abdul Khalid, kerajaan negeri ketika itu difahamkan menggunakan kaedah pembayaran berdasarkan pulangan ekuiti pada kadar 12 peratus setahun dengan pemotongan mana-mana bayaran dividen melibatkan empat syarikat konsesi.
“Dari segi pecahan kos keseluruhan pengambilalihan empat syarikat konsesi, pentadbiran kerajaan negeri semasa di bawah Abdul Khalid menetapkan RM1.97 bilion bagi pembayaran ekuiti manakala RM7.67 bilion lagi diperuntukkan bagi kos liabiliti yang diambil alih.
“Malah, kos keseluruhan RM9.65 bilion itu telah ditetapkan menerusi Perjanjian Utama yang ditandatangani di antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
“Walau bagaimanapun, keadaan ini amat berbeza dengan tawaran baharu kerajaan negeri untuk mengambil alih ekuiti Splash pada nilai RM2.7 bilion yang membawa maksud kos sebenar pengambilalihan syarikat itu dijangkakan mencecah RM5.7 bilion merangkumi tambahan liabiliti bernilai RM3 bilion. Justeru, kita minta Menteri Besar dedahkan laporan penilaian yang dibuat di sebalik harga tawaran baharu yang dipertahankan kerajaan negeri itu,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor di sini.
Yang hadir sama Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Fakhzan Md. Noor dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Mua'adzam Shah Yaakop.
Tambah Shahril, sekiranya Mohamed Azmin kekal mempertahankan harga tawaran pengambilalihan ekuiti Splash pada nilai RM2.7 bilion dan liabiliti RM3 bilion, itu akan menyebabkan kos keseluruhan pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi perkhidmatan air meningkat kepada RM13.51 bilion.
“Apakah kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar ketika ini cuai dalam menguruskan wang rakyat? Kita bimbang peningkatan kos pengambilalihan Splash akhirnya terpaksa ditanggung rakyat menerusi kenaikan tarif air pada masa depan,” ujarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)