KUANTAN, 6 Okt (Bernama) -- Kesemua 29 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Pahang hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk terus kekal menerajui pentadbiran kerajaan negeri dan jentera BN negeri.
Kumpulan wakil rakyat BN, diketuai ADUN Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin, berkata khidmat Adnan, yang juga ADUN Pelangai, masih diperlukan untuk mengetuai jentera parti dan BN menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Atas semangat solidariti ADUN Pahang, kami berpendapat adalah amat wajar Adnan meneruskan kepimpinan kerana beliau masih lagi mendapat perkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri.
"Selain itu, belau juga masih mendapat mandat dan sokongan daripada semua ADUN BN iaitu 27 ADUN dari UMNO dan dua ADUN dari MCA," katanya dalam sidang media khas di Wisma Sri Pahang di sini.
Sidang media itu dihadiri oleh 27 daripada 29 ADUN BN. Tiga ADUN BN iaitu ADUN Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak, ADUN Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud dan ADUN Padang Tengku, Datuk Mustapa Long tidak hadir kerana mempunyai urusan rasmi dan berada di luar negara.
Bagaimanapun, Shahiruddin berkata ketiga-tiga ADUN terlibat telahpun memberikan mandat kepadanya untuk turut menyatakan sokongan terhadap Adnan yang hampir 18 tahun menjadi menteri besar.
Katanya sepanjang kepimpinannya, Adnan telah berjaya mewujudkan suasana kerjasama erat antara wakil-wakil rakyat, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pusat serta pertubuhan bukan kerajaan (NG0).
Justeru, katanya, kesemua ADUN BN Pahang berasa amat selesa bekerja berpasukan di bawah kepimpinan Adnan serta kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata langkah ADUN BN menyatakan solidariti itu adalah berikutan kenyataan yang dibuat oleh Adnan pada 9 Sept lepas yang menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya akan datang.
"Kita akan hantar surat sokongan yang ditandatangani oleh kesemua ADUN BN ini kepada menteri besar dalam masa terdekat supaya beliau menarik balik hasratnya," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berharap dengan kenyataan itu, beliau berharap ia akan dapat memadam semua khabar angin tentang pertukaran jawatan menteri besar.
"Kita nak tumpukan usaha dan jentera parti untuk hadapi pilihan raya," katanya.
-- BERNAMA
Showing posts with label tak. Show all posts
Showing posts with label tak. Show all posts
Thursday, October 6, 2016
Wednesday, September 28, 2016
UMNO KEDAH TAK GENTAR DENGAN MUKHRIZ
ALOR SETAR, 26 Sept (Bernama) -- UMNO Kedah tidak gentar sekiranya bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Mukhriz, yang kini menjadi Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berhak bertanding di mana-mana kerusi seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam dan Parlimen Jerlun yang pernah disandangnya.
"Mungkin Mukhriz mahu bertanding di Parlimen Kubang Pasu yang pernah disandang bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad. Kita alu-alukan dan kita tidak gentar untuk berhadapan dengan parti itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Kedah di sini, hari ini.
Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah mengulas laporan media mengenai kenyataan Mukhriz yang mahu mengetuai PPBM di Kedah dan seterusnya bertanding dalam PRU ke-14 di negeri kelahirannya itu.
Ditanya mengenai sokongan kepada PPBM, Ahmad Bashah berkata mereka yang menyokong parti pembangkang itu adalah yang kecewa kerana tidak mendapat sebarang jawatan dalam parti di peringkat cawangan.
"Parti itu (PPBM) hanya disokong oleh mereka yang kecewa dengan UMNO sama seperti pemimpinnya yang kecewa dengan UMNO. Sekarang mereka yang kecewa itu ada peluang untuk mendapat jawatan," katanya.
Ahmad Bashah berkata perkara itu tidak menggugat kedudukan UMNO kerana parti berusia 70 tahun itu telah menabur bakti kepada rakyat dan mereka mampu menilai perjuangan yang dilakukannya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mewujudkan bazar wanita bagi membuka peluang kepada golongan itu menambah pendapatan sekaligus menjadi pusat sehenti untuk peniaga dan usahawan wanita.
Terdahulu, Ahmad Bashah dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datuk Yatimah Sarjiman serta Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Suraya Yaacob menjadi tetamu pada program bicara santai bersama Menteri Besar Kedah dengan topik 'Muafakat Wanita Kedah'.
--BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)