KEMAMAN, 16 Julai (Bernama) -- Usah terpedaya permainan politik Pakatan Harapan dengan barisan kepimpinan baharu mereka, kata Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar.
Beliau selaku Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata walaupun kepimpinan pakatan tersebut diketuai oleh orang Melayu, tetapi Parti Demokratik Rakyat (DAP) tetap menjadi kuasa utama kerana mempunyai 36 kerusi berbanding PKR 28 kerusi, Parti Amanah Negara enam kerusi dan satu kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Dalam negara yang mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen, mana-mana parti paling banyak memenangi (kerusi) parlimen maka parti tersebutlah yang boleh menubuh kerajaan..dan sekarang ini kita boleh lihat parti mana paling banyak menguasai parlimen...hanya satu parti sahaja," kata beliau di majlis terbuka aidil fitri DUN Air Putih semalam.
Showing posts with label wan hakim. Show all posts
Showing posts with label wan hakim. Show all posts
Sunday, July 16, 2017
Sunday, April 2, 2017
SIAPA GANTI WAN HAKIM JIKA BELIAU TANDING PARLIMEN?
KEMAMAN: Kerusi DUN yang paling selamat di Kemaman ialah DUN Air Putih. Sebab itu ramai yang berebut nak jadi calon bagi DUN tersebut.
Namun demikian BN pernah kalah pada tahun 1999 apabila meletakkan orang luar, Dr Ramli Taib sebagai calon kepada calon PAS, Ismail Harun. Oleh itu tragedi 1999 mungkin berulang jika BN letak salah calon.
ADUN sekarang, Wan Hakim Wan Mokhtar dikatakan lebih berminat bertanding di kerusi parlimen Kemaman. Beliau sudah dua penggal menjadi ADUN dan peluangnya untuk jadi Exco amat tipis maka beliau mahu beralih arah pula.
Empat calon yang disebut sebut bakal bertanding di DUN Air Putih ialah Tuan Kecil Tuan Tengah, Ustaz Zulkifli Sulong, Norzilam Mohamed dan Dr Zaki.
Tuan Kecil adalah ahli jawatankuasa bahagian Umno yang paling lama. Ketika bertanding secara rakit antara team Datuk Abu Bakar Ali dengan team Datuk Seri Ahmad Said, beliau yang menyokong Abu Bakar Ali tetap menang secara solo sedangkan 19 ahli jawatankuasa yang menang adalah orang Ahmad Said. Setiap kali PRU namanya naik. Kini sebagai pengurus pasukan bolasepak Terengganu, namanya naik semula sebagai calon Air Putih.
Tetapi ada yang berpendapat beliau yang berusia 60an sudah tua untuk jadi calon. Ustaz Zukifli pula anak tempatan yang dahulunya ahli jawatankuasa pemuda bahagian. ustaz yang belajar di Jordan ini kini adalah ahli jawatankuasa bahagian dan timbalan pengerusi penyelaras DUN Air Putih.
Norzilam, 42, adalah bekas Pengarah BTN Terengganu yang kini menjadi penolong pengarah kanan BTN di Putrajaya. Beliau adalah seorang pemidato. Sejajar dengan kehendak Perdana Menteri yang pernah menyebut mahu anak FELDA menjadi calon, maka Norzilam yang menetap di Kg Baru, FELDA Neram layak jadi calon.
Dr Zaki pula berasal dari Dungun buka klinik di Cheneh. beliau dahulu orang PKR kini aktif di Cheneh yang menyebabkan ada majlis dalam DUN Air Putih, Wan Hakim selalu jemput beliau hadir bersama Norzilam dan ustaz Zulkifli. Wan Hakim yang mahu bertanding di kerusi parlimen menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk memilih sama ada Ustaz Zulkifli atau Norzilam atau Dr Zaki.
Subscribe to:
Posts (Atom)




