Showing posts with label mpk. Show all posts
Showing posts with label mpk. Show all posts

Saturday, August 25, 2018

MPK DITERUSKAN KERANA MAJORITI MENTERI PH TIADA PENGALAMAN

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan khidmat Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) masih diperlukan kerana mereka mempunyai banyak pengalaman untuk menyelesaikan pelbagai isu penting.

Beliau berkata walaupun kerajaan mempunyai barisan Kabinet penuh tetapi ramai daripada anggotanya adalah baharu dan tiada berpengalaman untuk menyelesaikan sesuatu isu.

“Saya perlu mengakui Kabinet kami tiada pengalaman dan ramai yang baharu. Saya perlu bekerja dengan cepat dan saya perlukan seseorang yang berpengalaman untuk menyusun sesuatu tugas,.

“Menteri baharu tidak berapa tahu mengenai tanggungjawab dalam setiap kementerian. Mereka masih tercari-cari jalan dan mereka tidak boleh melakukan banyak siasatan,” katanya.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata demikian kepada Bernama, New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan Malaysia selepas merasmikan sesi town hall pertama parti berkenaan di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata MPK akan dikekalkan dan diketuai bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sementara peranan majlis itu akan diperbaharui.

Ditanya mengenai pelantikan Dr Muhammad Abdul Khalid sebagai penasihat ekonominya, Dr Mahathir berkata beliau (Muhammad) tidak berada dalam MPK tetapi sebaliknya berperanan sebagai penasihat ekonomi kepada beliau.

“Saya memerlukan analisis berterusan mengenai apa yang berlaku dalam ekonomi negara,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) melantik Muhammad sebagai Penasihat Ekonomi kepada Dr Mahathir berkuat kuasa 27 Ogos ini.

Muhammad kini merupakan pengarah urusan dan ketua pakar ekonomi firma DM Analytics Malaysia.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat di Institut Penyelidikan Khazanah, Suruhanjaya Sekuriti dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).

-- BERNAMA

Tuesday, November 15, 2016

TINDAKAN KAKITANGAN MPK MEMALUKAN

Seorang ahli grup whatsapp Kemaman Kite posting keratan akhbar Harian Metro tentang kemalangan di antara bas dengan kenderaan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) Ahad lalu yang mengatakan polis dapati cukai jalan kenderaan MPK sudah dua tahun mati.

Tak sampai satu minit, seorang kakitangan MPK telah menelefon wanita berkenaan sambil marah-marah kepadanya kerana memuatkan keratan akhbar yang memalukan imej MPK dalam grup wasap berkenaan.

Kebetulan saya turut komen dalam grup wasap itu yang terkejut kenapa MPK sudah dua tahun membiarkan kenderaan MPK tanpa cukai jalan. Saya turut menerima panggilan telefon dari kaktangan MPK yang mengatakan Harian Metro itu tidak betul.

Tindakan warga MPK itu mempertahankan MPK secara cepat dan pantas wajar diberi pujian tetapi memarahi orang yang posting isu tersebut dalam grup wasap adalah tidak wajar. Saya faham beban yang ditanggung oleh warga MPK berkenaan kerana laporan akhbar itu memalukan MPK.

Sepatutnya warga MPK itu menghubungi Hatian Metro dan jelaskan keadaan sebenar. Memarahi wartawan tidak wajar, jika ada, kerana wartawan hanya melaporkan sidang akhbar yang diadakan oleh pihak polis. Sepatutnya bukan sahaja warga MPK itu menghubungi MPK malah beliau sepatutnya menghubungi IPD Temerloh menafikan laporan tersebut. Biar polis membetulkan kenyataan yang silap itu.

Bagi saya, memarahi orang yang posting berita kemalangan itu di dalam mana mana grup whatsapp bukanlah perkara yang betul sebaliknya MPK sepatutnya membuat penjelasan yang berhemah dalam grup whatsapp tersebut.

Sepatutnya warga MPK itu meminta maaf kepada wanita berkenaan kerana bercakap kasar. Saya dah biasa kena marah jadi saya tak trauma sangat seperti yang dihadapi oleh wanita tersebut kerana dimaki sudah menjadi lumrah wartawan.




Gambar di atas adalah gambar hiasan tidak kena mengena dengan kemalangan bas di Temerloh Ahad lalu