JOHOR BAHRU, 7 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) di negeri ini tidak sesekali tergugat dengan pelantikan bekas pemimpin UMNO Johor Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (gambar) sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Malah, Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkembangan itu akan menyebabkan BN lebih bersemangat untuk bekerja kuat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sekali gus menawan beberapa kerusi termasuk yang terlepas daripada genggaman mereka semasa PRU lepas.
"Kerajaan negeri menganggap ini realiti politik, berasaskan keadaan semasa yang dilalui hari ini.
"Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita sebagai parti pemerintah lemah. Saya sudah berkali-kali menyatakan, kita masih mempunyai majoriti selesa dan paling penting ialah melaksanakan tugas dengan baik, bukan melihat kepada angka semata-mata," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 200 penerima di Dewan Serbaguna Taman Scientex, Pasir Gudang, hari ini.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor, diminta mengulas mengenai pelantikan Shahruddin itu, seperti diumumkan Presiden parti berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
Shahruddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, meletak jawatan sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh pada 4 Julai lepas.
Susulan perkembangan terbaharu itu, Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor turut ditanya mengenai kemungkinan lebih ramai anggota BN khususnya UMNO menyertai pembangkang.
"Mereka masih menyayangi parti dan dalam apa keadaan sekalipun, saya yakin mereka boleh berfikir secara mendalam, walaupun saya tidak nafikan parti pembangkang sedang mengasak beberapa kerusi di selatan dan utara Johor," katanya.
Sementara itu, sejumlah RM40,000 diperuntukkan oleh Yayasan Pasir Gudang untuk sumbangan dan bantuan Deepavali itu, berupa wang tunai dan barangan keperluan asas.
Selain kaum India yang merupakan majoriti penerima sumbangan itu, masing-masing 30 masyarakat Melayu dan Cina, turut mendapat bantuan tersebut.
-- BERNAMA
Showing posts with label tidak. Show all posts

Friday, October 7, 2016
Thursday, September 29, 2016
MAHATHIR TIDAK SETUJU ANWAR JADI PM
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan hasrat pakatan pembangkang untuk menjadikan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, bekas Perdana Menteri itu mengesahkan jangkaan banyak pihak bahawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi pilihannya untuk mengisi jawatan tertinggi pentadbiran negara jika pakatan pembangkang berkuasa.
Salleh berpandangan, Dr. Mahathir berbuat demikian untuk menangkis dakwaan yang menyatakan beliau mahu anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri.
“Jadi, tindakan menamakan Muhyiddin sebagai bakal Perdana Menteri membayangkan anaknya tidak akan mengambil alih jawatan berkenaan.
“Namun, itu tidak bermakna Mukhriz tidak boleh dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan pada masa sama, Muhyiddin menjadi Perdana Menteri sementara,” katanya dalam kenyataan melalui laman blog beliau, http://sskeruak.blogspot.my, malam tadi.
Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM telah menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 ketika berucap dalam satu majlis di London baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, cadangan Dr. Mahathir itu dibantah oleh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang termasuk Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Ketua Sekretariat pakatan pembangkang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang bertegas mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tindakan Dr. Mahathir itu membuktikan beliau tidak dapat lari daripada menonjolkan sifatnya sebagai seorang diktator.
Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) memberitahu, pembangkang yang sememangnya dalam keadaan lemah akan menjadi semakin berpecah belah kerana Dr. Mahathir membuat keputusan tanpa berunding dengan sekutu-sekutunya.
“Saya yakin akhirnya masa depan PPBM akan menjadi bertambah pudar serta dipinggirkan oleh parti-parti pembangkang yang lain,” jelasnya.
Mohd. Puad menambah, Anwar juga tidak akan memberi ruang kepada Dr. Mahathir untuk memperalatkannya dengan mudah berikutan pengalaman pahit dipecat oleh bekas Perdana Menteri itu.
Monday, September 26, 2016
TINDAKAN SHAFIE APDAL TIDAK BERI KESAN KEPADA POLITIK SABAH
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Keputusan bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk mengambil alih sebuah parti yang diasaskan di Sabah, dilihat oleh penganalisis politik sebagai laluan pintas yang menyediakan platform politik untuk beliau bertanding pilihan raya umum akan datang.
Walaupun masih awal untuk mengetahui kesan daripada langkah beliau itu, penganalisis bagaimanapun percaya bahawa bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu tidak mungkin memberi kesan terhadap senario politik Sabah, mahupun menyebabkan sebarang perubahan besar dalam sokongan rakyat terhadap Umno.
Khamis lepas, Shafie pergi ke pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya untuk memutuskan sebarang perubahan kepada nama parti, logo dan pelbagai butiran lain. Turut hadir, Anggota Dewan Undangan Negeri Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong, dan bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Anggota Parlimen Penampang Darell Leiking.
Shafie, yang mengambil alih sebuah parti yang ditubuhkan di Sabah pada 2013, memberitahu pemberita bahawa nama dan lain-lain butiran baharu parti itu hanya akan diumumkan selepas RoS meluluskannya.
PARTI ASAL SABAH
Penganalisis politik Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata adalah jelas bahawa Mohd Shafie cuba untuk menjimatkan masa dan tenaga dengan mengambil alih parti sedia ada kerana urusan untuk mendaftarkan parti baru akan memakan masa.
"Dengan khabar angin yang tersebar bahawa pilihan raya akan diadakan lebih awal, mengambil alih (sebuah parti yang tidak aktif) adalah satu langkah bijak. Dia (Shafie) kini perlu mempunyai strategi (untuk memastikan kejayaan parti)," kata Jeniri, yang berkhidmat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Tanpa sokongan kuat daripada peringkat akar umbi dan senarai calon-calon yang boleh dipercayai, agak sukar bagi parti itu untuk memenangi sokongan rakyat, katanya.
Selain itu, cabaran paling besar bagi Shafie adalah untuk menyatukan semua parti pembangkang di negeri itu di bawah satu pakatan.
"Dia tahu bahawa satu-satunya cara untuk dia (kekal dalam politik) adalah dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan bukannya menebarkan sayapnya ke Semenanjung. Inilah hakikat praktikalnya. Saya tidak memandang rendah terhadap Datuk Seri Shafie tetapi pengaruhnya adalah terhad kepada kumpulan tertentu," kata Jeniri.
Seorang lagi penganalisis politik, Dr Suffian Mansor berkata keputusan Shafie untuk mengambil alih sebuah parti yang diasaskan di Sabah mungkin berpunca daripada fakta bahawa kebanyakan ahli-ahli politik Sabah dan Sarawak tidak mahu dikaitkan dengan parti-parti dari Semenanjung.
"Adalah bijak bagi beliau untuk tidak menyertai PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Dia perlu mendapat sokongan akar umbi masyarakat tempatan. Seperti yang anda tahu, rakyat di Sabah dan Sarawak lebih suka menyokong parti tempatan. Jika dia bergabung dengan PPBM, pasti ramai yang akan akan menyoalnya tentang bagaimana dia akan berjuang untuk membela hak-hak Sabah," katanya.
Suffian, pensyarah kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata Shafie mungkin telah mengkaji pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini dan menyedari bagaimana sentimen tempatan memberi kesan terhadap keputusannya dan membolehkan Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar.
(Pada pilihan raya Sarawak 7 Mei lepas, BN memenangi 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.)
"Pertama, dia perlu menambat hati dan minda pengundi Sabah tetapi saya rasa akhirnya partinya akan bergabung dengan PPBM.
"Tetapi kini, masalah yang paling besar adalah bagaimana parti itu akan bekerjasama dengan PKR di Sabah. DAP tidak menjadi masalah kerana mereka lebih cenderung untuk bertanding di kawasan majoriti Cina; PKR, di sisi lain, akan memilih untuk kerusi campuran dan juga majoriti Islam," kata Suffian.
MUNGKIN BEKERJASAMA DENGAN USNO BARU
Pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial UNIMAS Dr Arnold Puyok percaya bahawa Shafie berkemungkinan "menyekutukan dirinya" dengan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau USNO Baru, yang ditubuhkan pada 2013.
"Bagaimanapun, saya kira pengundi Islam berkemungkinan besar akan menyokong CM (Ketua Menteri) Musa Aman dan pemimpin-pemimpin Bajau lain seperti Datuk Seri Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia)," katanya.
Profesor Madya di Jabatan Sosiobudaya Universiti Malaya (UM) Dr Awang Azman Awang Pawi berkata penyertaan parti yang diterajui Shafie dalam politik Sabah boleh menjejaskan PKR lebih daripada BN atau parti-parti pembangkang lain seperti DAP.
"Kesan awal terhadap PKR berlaku selepas Darell keluar parti (untuk menyertai Shafie). Di Sabah, adalah perkara biasa untuk ahli-ahli politik melompat dari satu parti kepada yang lain. Sekarang kesemua mata tertumpu kepada (Ketua PKR Sabah) Datuk Seri Lajim Ukin... pastinya menarik untuk melihat apakah langkah beliau seterusnya. Adakah beliau akan menyertai parti Shafie?"
Awang Azman berkata politik Sabah sangat bersifat kenegerian dan pembentukan satu lagi parti pembangkang akan menolak PKR, yang merupakan parti nasional, terpinggir ke satu sudut.
Lajim, yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, meninggalkan UMNO pada 2012 untuk menyertai PKR. Beliau kini merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah.
PRAMATANG
Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik dan Keselamatan Universiti Malaysia Sabah, Dr Zaini Othman pula berpendapat bahawa adalah terlalu awal untuk meramalkan kesan langkah terbaru Shafie.
"Ia adalah jelas bahawa dia mahu menjadikan kehadirannya dirasai di Sabah selepas meninggalkan UMNO. Orang ramai telah menjangkakannya tetapi bagi saya, ia masih terlalu awal untuk menganalisis kesan politiknya ke atas Sabah dan pada peringkat kebangsaan," katanya.

Friday, September 23, 2016
UMNO SABAH TIDAK TERJEJAS DENGAN PARTI BAHARU
PETALING JAYA, 23 Sept (Bernama) -- UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah yakin sokongan rakyat di negeri itu kekal positif dan akan berterusan walaupun terdapat usaha untuk membangunkan sebuah parti politik baharu, kata Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.
Katanya tindakan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah dan bertanding pada pilihan raya umum akan datang disifatkan tidak akan menjejaskan BN.
"Saya cukup yakin rakyat kekal dengan UMNO dan BN, ini kerana kita sudah mempunyai 'track record' dan 'trademark'... jadi, sudah pasti terdapat perbezaan yang amat ketara," katanya kepada pemberita pada prapelancaran Sambutan 50 Tahun Felcra, di Perkarangan Utama Sri Pentas, di sini Jumaat.
Mohd Shafie dilaporkan mengesahkan beliau telah mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.
Parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Mohd Shafie bagaimanapun enggan mendedahkan nama baharu serta nama parti yang telah diambil alih itu bagi menghormati beberapa pihak dan pengumuman hanya akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada ROS.
Bung Moktar berkata pembangunan kepada rakyat yang selama ini dilakukan oleh BN dan UMNO bukan perkara mudah dan memerlukan perancangan berterusan.
"Kerajaan pimpinan BN sentiasa mendengar masalah rakyat dan berusaha menyelesaikannya dengan segera.
"Itu adalah kelebihan kita. Kita mampu bersatu dalam beberapa isu walaupun bukan semua isu tersebut kita boleh setuju tetapi akhirnya kita akan bersetuju dengan isu-isu yang tertentu dan ini akan memberi kelebihan kepada BN sebab kita memahami perjuangan masing-masing," ujar beliau.

Subscribe to:
Posts (Atom)