Thursday, July 6, 2017

HISHAMMUDIN CABAR SARAWAK REPORT KEMUKAKAN BUKTI



KUALA LUMPUR 6 Julai - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencabar portal propembangkang, Sarawak Report untuk mengemukakan bukti mengenai tuduhan terbaru portal itu berkaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa membayar RM7 juta kepada Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (BSPP), Leftenan Jeneral Datuk Abdul Hadi Hussin.


Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata, tugas utama Kementerian Pertahanan adalah berkaitan dengan soal keselamatan negara dan agensi berkenaan tidak pernah terlibat dengan sebarang agenda politik.


“Saya tiada apa-apa untuk di­sembunyikan, tugas Kementerian Pertahanan adalah jelas untuk menjaga keselamatan negara.

“Kalau ada tuduhan tertentu berkaitan Kementerian Pertahan buktikan dan jangan hanya mengundang spekulasi,” katanya selepas merasmikan Kompleks Mutiara Perwira Niaga Malaysia (Pernama) Pangkalan Udara Su­bang dekat sini hari ini.
Advertisement






Sebelum ini Sarawak Report mendakwa kewujudan transaksi kononnya melalui akaun bank peribadi Najib menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Portal berkenaan mendakwa Najib membayar RM7 juta kepada Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (BSPP) pada 8 April 2013, kira-kira sebulan sebelum PRU yang diadakan pada 5 Mei 2013.

Melalui satu e-mel, Sarawak Report mendakwa mungkin Abdul Hadi Hussin boleh menjelaskan mengapa BSPP menerima cek peribadi daripada Perdana Menteri hanya sebulan sebelum pilihan raya yang lalu.


No comments:

Post a Comment