KUALA LUMPUR: Kira kira 1,500 pengunjung rumah terbuka Aidilfitri RISDA di ibu pejabatnya semalam tidak menghiraukan hujan lebat.
Mereka tetap mengunjungi gerai gerai yang disediakan dengan pelbagai makanan di sekeliling bangunan ibu pejabat tersebut.
Turut hadir ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dan Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin. Memeriahkan majlis tersebut adalah artis artis tempatan seperti juara Gegar Vaganza, Azarina Azhar, Farhan AF, Azalina Aziz, Noni AF, Asha AF, Lah Ahmad, Ali Terra Rossa, Yang Jamil dan Salwa Abdul Rahman.
Sungguhpun hujan lebat dari pukul 11 pagi ia tidak menghalang orang ramai dari pelbagai kaum menghadiri majlis tersebut. Majlis yang berakhir pada jam 3 petang itu turut meraikan anak anak yatim dari beberapa rumah anak anak yatim.
wowwww
ReplyDelete