Tuesday, July 4, 2017

PERKASA SERAH NOTIS KEPADA KKM



KUALA LUMPUR 4 Julai - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menerusi peguamnya hari ini mengemukakan notis terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berhubung satu kenyataan akhbar melibatkan isu kelonggaran Bahasa Melayu bagi melantik pegawai perubatan.


Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, notis berkenaan meminta Kementerian Kesihatan menarik balik kenyataan akhbar tersebut dan tidak menguatkuasakan kelonggaran syarat yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


Jelas beliau, Perkasa memandang serius isu tersebut dan membuat keputusan melantik peguam bagi menguruskan tuntutan saman berkenaan yang diserahkan kepada Kementerian Kesihatan hari ini.

No comments:

Post a Comment