Friday, September 9, 2016

CEO RAPID RAIL SDN BHD PATUT LETAK JAWATAN



KUALA LUMPUR 9 Sept. - Perkhidmatan tren Rapid KL LRT, laluan Kelana Jaya tergendala selama hampir sejam pagi semalam berikutan gangguan teknikal di Stesen Jelatek ke Stesen Damai.


Gangguan perkhidmatan yang berlaku menyebabkan penumpang yang kebanyakannya dalam perjalanan ke tempat kerja terkandas dan terpaksa berjalan kaki di atas trek LRT memandangkan tren tidak berfungsi.

Jurucakap RapidKL akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 3 petang ini bagi menjelaskan punca gangguan yang berlaku terhadap perkhidmatan tersebut.

Utusan Malaysia semalam melaporkan gangguan perkhidmatan LRT yang berlaku di antara Stesen Ampang Park dan Stesen Dang Wangi, menyebabkan laluan antara beberapa stesen di pusat bandar raya dihentikan untuk memulihkan keadaan.



Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta Rapid Rail Sdn. Bhd. memberi penjelasan mengenai gangguan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) membabitkan laluan Setiawangsa-KLCC semalam.


Beliau menganggap insiden kedua dalam tempoh seminggu itu sebagai membimbangkan.

“@MyRapidKL should explain LRT breakdown this morning. Concerned abt recent disruptions. Two breakdowns in a week is very worrying,” katanya dalam catatan Twitter beliau semalam.

Insiden itu berlaku pada waktu puncak 9 pagi tadi apabila sebuah tren dari Datuk Keramat menuju ke Jelatek tiba-tiba terhenti di atas trek di antara Stesen Datuk Keramat dan Damai, menyebabkan penumpang terperangkap di dalam tren selama 20 minit.

Semua penumpang kemudian diarahkan keluar dan berjalan di atas trek menuju ke Stesen Damai, yang mengambil masa hampir 10 minit.

Menurut Twitter Rapid KL, servis bagi kedua-dua perjalanan itu pulih semula kira-kira 11.45 pagi.

Pada Rabu lepas, ribuan pengguna perkhidmatan LRT terkandas berikutan masalah teknikal yang menyebabkan keseluruhan perkhidmatan dari laluan Gombak hingga Putra Heights terjejas bermula 7 pagi.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari sama meminta Rapid Rail Sdn. Bhd. mengemukakan laporan penuh mengenai gangguan perkhid­matan LRT laluan Kelana Jaya itu selewat-lewatnya pada 21 September ini.

Ulasan saya, CEO Rapid Rail perlu letak jawatan kerana gagal memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para penumpang LRT sehingga terpaksa datang lambat ke pejabat, dimarahi boss, gagal menemui pelanggan yang dijanjikan.

Rapid Rail memang lembab. Saya tengok sudah lama eskelator di stesen Masjid Jamek tidak dibaiki yang menyebabkan orang tua nak naik 50 anak tangga amat seksa. Sudah dua bulan eskaltor itu tidak dibaiki.

No comments:

Post a Comment