Thursday, September 22, 2016

SHAFIE AFDAL MAHU JADI KETUA MENTERI SABAH?



PUTRAJAYA 22 Sept. - Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini mengesahkan beliau telah mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.



Mohd. Shafie Apdal


Menurut Mohd. Shafie, parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini.

Bagaimanapun, Mohd. Shafie enggan mendedahkan nama baharu serta nama parti yang telah diambil alih itu bagi menghormati beberapa pihak dan pengumuman hanya akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada ROS.

“Parti ini akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan keahliannya berkonsepkan untuk semua kaum, kami juga sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai matlamat yang sama.

“Saya tidak menubuhkan parti baharu kerana perlu melalui beberapa prosedur yang panjang dan tindakan ambil alih parti politik sedia ada adalah yang terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghantar permohonan kepada ROS di sini hari ini.

Mohd. Shafie tiba di ROS pada pukul 9.35 pagi diiringi beberapa penyokongnya termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong dan Ahli Parlimen Penampang, Darrell Leiking.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Semporna itu pada 4 Julai lalu mengumumkan keluar parti selepas keahliannya digantung Majlis Tertinggi UMNO sejak 24 Jun lalu.

Pengumuman dibuat beberapa hari selepas Majlis Tertinggi memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mengulas mengapa beliau tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohd. Shafie berkata, PPBM terlalu bersi

Ulasan saya, nampaknya Shafie Apdal lebih berminat menjadi Ketua Menteri Sabah. Sebab itu beliau mengambilalih sebuah parti berasaskan Sabah dan ia akan menjadi rakan kongsi Pakatan Harapan. Sebagai bekas Naib Pesiden Umno selama dua penggal, sepatutnya beliau menyertai PPBM dan menjadi menjadi penaja Timbalan Presiden PPBM berganding bahu dengan Muhyiddin Yasin.

Sebaliknya beliau lebih berminat menjadi pemimpin negeri berbanding dengan pemimpin pusat. Sebab itu beliau rela menghidupkan parti berasaskan Sabah. Maka rakyat Sabah ada pilihan sama ada mahu mengekalkan Musa Aman sebagai ketua menteri atau memilih Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri.

No comments:

Post a Comment