Tuesday, September 13, 2016

WSJ TIDAK BERLANDASKAN PRINSIP KEWARTAWANAN



KUALA LUMPUR 13 Sept. - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, rakyat Malaysia tidak harus terpengaruh dengan laporan Wall Street Journal (WSJ) kerana tindakannya secara berterusan menyerang urusan politik Malaysia, jelas tidak berlandaskan prinsip kewartawanan.


Beliau berkata, sebaliknya WSJ telah menunjukkan sikap angkuh dan visi terpesongnya mengenai Malaysia dan jika rakyat Malaysia menerimanya bulat-bulat, ia akan menghakis keharmonian, kestabilan dan kemakmuran negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Beliau berkata, laporan WSJ kini tidak pun mempunyai maklumat baharu dan mereka hanya mengulangi berita lama dan mengumpulkan semula tuduhan-tuduhan tanpa bukti yang telah mereka laporkan sebelum ini.

"Mereka tidak berbuat apa-apa pun untuk mewajarkan tuduhan yang mencemarkan itu selain memetik sumber yang tidak dinamakan dan dokumen yang secara misterinya didakwa hanya WSJ yang telah bercakap dan melihatnya.

"Sumber dan dokumen ini mungkin tdak wujud atau mungkin daripada musuh-musuh serta tidak lengkap ataupun salah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment