KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata rizab Bank Negara adalah kira kira RM400 bilion pada 31 Julai 2016.
Katanya, jangan kita diperbodohkan oleh pembangkang.
"Hutang kita kepada KDNK hanya 54.5 peratus berbanding dengan Singapura iaitu 89 peratus daripada KDNK," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi,pertumbuhan KDNK kita antara yang terbaik di Asean.
"Walaupun ekonomi global lambat meningkat, ekonomi kita masih meningkat sebanyak 4.1 peratus pada separuh pertama tahun ini sedangkan Singapura hanya meningkat sebanyak 2 peratus," katanya.
Beliau yang juga ahli parlimen Titiwangsa menambah lebihan akaun kita untuk tahun 2015 adalah kira kira RM95 bilion dan RM45 bilion untuk enam bulan pertama tahun 2016.
"Kedudukan negara kita mengikut Fitch, Moody dan Standard & Poor kekal sebagai A- berbanding dengan semua negara Asean kecuali Singapura, kita adalah jauh lebih baik," tegasnya.
Mengenai pasaran modal, beliau berkata sangat kuat dengan nilai RM2.8 trilion. Pasaran ekuiti bernilai RM1.7 trilion dan sukuk/bon bernilai RM1.1 trilion.
"Sistem kewangan kita sangat berdaya tahan manakala sektor perbankan juga dipermodalkan dengan baik," jelasnya lagi.
Johari berkata ekonomi kita terdiri daripada pelbagai sektor. Sektor perkhidmatan adalah 54 peratus daripada KDNK kita dikuti dengan 23 peratus sektor pembuatan, 9 peratus perlombongan, 8 peratus pertanian dan 4 peratus pembinaan.
No comments:
Post a Comment