Saturday, September 9, 2017
MAMAK YANG RUGIKAN WANG BNM
Tidak mematuhi prosedur, melanggar mandat dan gagal melaporkan nilai kerugian sebenar. Tiga perkara itu dibangkitkan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an di Istana Kehakiman, Putrajaya pada 6 dan 7 September lalu. Berikut adalah intipati keterangan yang diberikan empat saksi berprofil tinggi di hadapan RCI tersebut.
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Bekas Menteri Kewangan
Saksi ke-21 RCI
Pernah mengarahkan Nor Mohamed dipecat sekiranya tidak meletak jawatan.
Tidak mendedahkan siapa yang memberi mandat kepada Nor Mohamed.
Melaporkan kepada Kabinet dalam mesyuarat pada 30 Mac 1994 bahawa kerugian BNM akibat urus niaga mata wang asing cuma sebanyak RM5.7 bilion, sedangkan jumlah sebenar adalah RM15.291 bilion.
Beliau dan Dr. Mahathir tahu tentang kerugian BNM tetapi bekas Perdana Menteri itu tidak memberikan sebarang arahan lanjut.
TAN SRI AHMAD MOHD. DON
Bekas Gabenor BNM
Saksi ke-20 RCI
Aktiviti spekulasi berlaku dalam kegiatan perdagangan wang asing yang dijalankan oleh BNM sekitar akhir tahun 1980-an dan awal tahun 1990-an.
Bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dimaklumkan bahawa BNM tidak akan terlibat dalam aktiviti yang berbentuk spekulasi semata-mata, sebaliknya tumpuan kepada pelaburan yang dapat memelihara nilai rizab dan mengoptimumkan pulangan pelaburan.
Mesyuarat Lembaga Pengarah BNM pada 15 Februari 1995 berhubung Akaun Tahunan 1994 mengambil maklum jumlah keseluruhan kerugian dialami adalah RM10.6 bilion termasuk RM2.7 bilion daripada aktiviti perdagangan mata wang asing.
Keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan BNM setelah beliau mengambil alih jawatan Gabenor pada Mei 1994.
Advertisement
TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP
Bekas Penasihat BNM
Saksi ke-17 RCI
Menafikan semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar 1990-an ditentukan oleh beliau secara bersendirian.
Beliau tidak dipilih secara peribadi oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengendalikan urus niaga mata wang asing di BNM.
Tidak pernah melapor kepada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri tentang sebarang isu berkaitan pengurusan rizab luar BNM.
Mengakui pihaknya melakukan kesilapan ketika ‘membaca’ situasi pasaran dunia sehingga menyebabkan BNM mengalami kerugian.
TAN SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ
Bekas Gabenor BNM
Saksi ke-16 RCI
Mula mengetahui mengenai kerugian besar dialami BNM dalam urus niaga mata wang asing ketika menjadi Ketua Pejabat Perwakilan BNM di London selepas dimaklumkan seorang pegawai kanan bank pusat berkenaan pada Januari 1994.
Timbul kebimbangan serius terhadap pengurusan rizab BNM ekoran kerugian dalam urus niaga mata wang asing sepanjang 1988 dan 1994.
BNM mengalami kerugian kira-kira RM32 bilion sepanjang 1988 hingga 1994, jumlah itu turut mengambil kira keuntungan sebanyak RM2.473 bilion pada 1990.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment